Friday, October 3, 2008

-SYaWaL KeMBaLi LaGi-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam aidilfitri..salam kemaafan..salam aurora..

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"..ucapan ini sokmo ditujukan pabila tiba hari raya..mie pun nak ucap benda sama gak..hehe..ianya seumpama suatu tradisi yang wajib dilafazkan takkala hari raya..bukan setakat jalan kat kota bharu je kena sapu roti, tapi sms pun jam gak..naik pening handphone ku..huhu..cian cayangku nie..sebut pasal sms raya,fuuhh..banyak+kasiran,hmm,maybe sebab dah bertambah saing-saing-saing..thanxz lotz frenz=)..alhamdulillah,sempat balas semuanya,kalau ada yang belum dapat tu,maybe sesat kat mana-mana tu kut..huhu..tapi..tertanya-tanya mie..apa tema sms raya tahun ni?pantun ke?wahh..majoriti sms raya yang mie dapat semuanya berbentuk pantun..apesal yerk?..

Lagi satu,jalan-jalan kat klate tahun ni pun lain macam je..kalu sebeluum ni,certain-certain tempat je yang jam,kali ni,kat mana-mana pun jam,dasat-dasat..makin bertambah+++ lak kereta,nak keluar raya pun susah..orang-orang luar terutamanya dari KL agak kesian la..duk KL jam,balik kampung pun jam..huhu..adakah kejaman ni melambangkan klate kian maju?..


Hmm..tahun ni first time raya kat klate..eh,bukan..raya kat umah sendiri kat klate..umah baru..hehe..alhamdulillah,walau umah ni tak sama cam umah kat terengganu(best kat ganu agih,huhu)..tapi,amat selesa la jugak,darabxx(asyik tambah je,darab la pulak) dah masuk internet sekarang,hehe..aduh,anak-anak zaman sekarang..macam iklan petronas tahun ni..haaa,sebut pasal iklan raya tahun ni..ya ampun,sejak balik cuti,tertunggu-tunggu iklan-iklan dari company-company besar macam petronas and telekom(eh,TM dah sekarang) and lain-lain lagi la..tadi baru first time tengok iklan raya petronas tahun ni..tu pun jumpa kat UTube..kat tv,tarak pun..huhu..agak kecewa tahun ni,selain TM,iklan lain cam tak best je,ada jugak yang ulang yang tahun-tahun before this,adei..-iKLaN PeTRoNaS-(tak reti r nak download dari utube,tak biasa bukak,huhu)..overall,iklan raya tahun ni down je belake..kenapa ek?..

Sudirman (Balik Kampung)

Perjalanan jauh tak ku rasa

Kerna hati ku melonjak sama

Ingin berjumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya

Deru angin turut sama berlagu

Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang

Ho ho... Balik kampung (3X)

Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang

Satu-satu tersemat di kalbu

Pasti terubat rindu di hati

Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Antara raya kat terengganu,penang and kelantan,yang mana best yerk?masing-masing ada kemanisannya..tapi tak dapat dinafikan lebih best bila tinggal kat terengganu,dari ganu,naik kereta ramai-ramai balik beraya di kelantan(dulu-dulu,asyik mabuk kereta je)..tahun ni,mie sayu je dengar lagu balik kampung(sudirman),ye la,tak terasa balik kampung pun..sebab dah stay and study kat kampung!huhu..lagu yang best tu pun jadi tak berselera nak nyanyi..huhu..takpelah,jimat duit takyah beli tiket=p..rindu kat kawan-kawan,sahabat-sahabat kat ganu,penang..teringat kenangan-kenangan raya di matrix pahang..


JoM KiTa RaYa!!?

Wahwahwah..tahun ni raya lain sikit..raya macam tak raya tapi sakan jugak raya..macam mana tu yerk?adei..hati tak berapa nak raya,tapi luarannya,bukan main sakan lagi raya..huhu..boleh ke macam tu?ntah le..hal yang belum pasti dan belum selesai sebelum raya menyebabkan tak berapa nak selesa raya..tapi,raya tetap raya sebabnya hari raya ialah hari kita bergembira dan bersuka ria. (Sebab itu setengah ulamak tidak bersetuju bahawa pada hari raya kita menziarahi kubur, nanti kita sedih, menangis)..
-Bergembira kerana telah berjaya menunaikan sebulan puasa.
-Bergembira kerana dapat makan minum.
-Bergembira kerana berpakaian baru.
-Bergembira dapat bertemu sanak saudara.
-Bergembira dalam batas yang ditentukan oleh agama(syarak) dan tidak melampau serta tidak lalai mengingati Allah.


حَدِيثُ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ

*Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum muslimin * Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah sangat-sangat menyayangi kita..buktinya?terang tang-tang depan mata..dua bulan yang Allah kurniakan untuk mengampuni dosa-dosa hambaNya..Allah anugerahkan ramadhan,untuk kita mohon ampun direct ke Dia(hablun minalAllah)..bulan syawal untuk kita mohon ampun sesama manusia(hablun minalnas),semuanya Allah rencana yang terbaik buat kita..semuanya untuk kita!Allahu Akbar!

1 0kt0ber, 1 syawal..kali ni semua adik-beradik ada..berkurang sorang(arwah adik)..bertambah sorang(abang ipar)..lepas je alas perut dalam pukul 8.20pagi(agak lewat dah ni),dua buah kereta bergerak menuju ke masjid kubang kerian untuk solat sunat hari raya aidilfitri..lepas tu balik umah,bermaafan(tradisi ni),then keluar ke umah tok berkumpul ramai-ramai..macam family lain jugak,meriaaaahhh=)..malam tu,kitaorang wat bbq keluarga..fuuhh,penaaattt..huhu..malam ni takda gambar,semua membusykan diri,masing-masing diberi tugas oleh diri sendiri..tukang membakar,tukang menggoreng,tukang wat black pepper sauce,tukang perap,tukang membasuh..and mie yang biasanya jadi cameragirl terpaksa bertugas menyiapkan bahan-bahan untuk dibakar(ayam,sosej,fishball,ball-ball)..power of rafiuddinz famili!bersatu!=]ntah apa-apa la kan..Esoknya(raya kedua),konvoi ke sanak-saudara sebelah ayoh pulak..rutin tahunan..tiap kali raya kalau balik klate,ayoh akan bawa ke semua rumah sanak-saudara ayoh..tapi tahun ni kurang sikit sebab jalan jam,huhu..ayoh anak bongsu dari lapan adik-beradik..kitaorang ni dah sampai jadi moyang sepupu dah!jadi akan terasa la ketidakkenalan sanak-saudara sebelah ayoh..huhu..raya ketiga buat open house(jadi tukang basuh pinggan,huhu)..untuk sanak-saudara and jiran-jiran..salam ukhuwah buat jiran-jiran baruku=)..


abg ipar(abg dd) dapat duit raya!

Money..money..money..lagi bertambah umur lagi bertambah duit raya kan?hehe..banyak la ko mizah..hehe..tahun ni still dapat duit raya..segan jugak nak terima,tapi suka jugak=p,hehe..kebiasaan mie,untuk adik-beradik,mie akan bagi benda bukan duit..rasa lebih bermakna buat camtu..tapi,insyaAllah,tahun depan mungkin berubah..hihi=p..lepas ni,dah habis cuti..busy dengan exam pulak,huhu..doa-doakan ku selalu ye=)..wassalam


Upin And Ipin Punya Keluarga,

Salam Lebaran Ucapan Bicara,

Sesiapa Saja Ceria-ceria Sentiasa,

Selamat Bertugas Di Hari Raya.

(pantun ini khas buat yang terpaksa bertugas pada saat-saat orang lain bergembira di hari raya,semoga pengorbanan anda memperoleh nilai yang bermakna dan suatu yang berharga=),-mimie)