--KeindahaN AlaM PencetuS InspirasI--KedamaiaN AlaM MencetuS KesyukuraN HatI--KetenangaN AlaM TercetuS SemangaT InsanI--KehijauaN AurorA MelambangkaN DirI--
Sunday, April 11, 2010
Monday, April 5, 2010
-Risiko Lentera Kehidupan-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

Selamat pagi!^_^..mood:nak tido..huhu..sekarang pukul 7.20 pagi..tido lepas Subuh?huhu..tak elok..tak elok..so nak buat apa nie? nak dengar cerita tak?..hehe^_^
Ceritanya bermula camnie..ada seorang pemuda, dia belajar menyeberangi Selat Sunda untuk pulang ke kampung halamannya..dalam pelayaran tue, dia mengalami mabuk laut yang sangat teruk, jadi dia menjauhkan diri daripada penumpang lain dan duduk berehat dalam bilik dia..Pada suatu malam, die terdengar teriakkan,'ada orang jatuh ke dalam laut!'
Tapi..pemuda nie merasakan tiada apa-apa yang boleh dia tolong..sebab apa?sebab dia kan mabuk laut..tapi lepas tue, dia rasa dia perlu tolong jugak!dia tak sanggup biarkan orang tue camtue je..tapi dia mabuk laut,camne nie??..akhirnya, dia berkata,' setidak-tidaknya, saya boleh meletakkan lentera pada tingkap di tepi kapal!' Lalu, dia bersusah payah berdiri dan menggantungkan lentera di tepi tingkap biliknya..ada kaitan ke?sebuah lentera mampu buat apa?orang jatuh laut dengan sebuah lentera, ada kaitan?amenda la pemuda tue..ntah apa-apa!(ini mie yang kata,hehe..)
Keesokan harinya, dia mendengar bagaimana orang yang berjaya diselamatkan itu berkata,' saya nyaris tenggelam dalam kegelapan malam. Tetapi pada satu ketika yang tepat, seseorang meletakkan sebuah lentera pada tingkap di sisi kapal. Ketika lentera itu menyinari tangan saya, seorang pelaut yang berada dalam bot penyelamat menangkap tangan saya dan menarik saya masuk ke dalam botnya.' SubhanaAllah! kerana sebuah lentera oleh seorang pemabuk laut..erk?
KH Abdullah Gymnastiar( Aa Gym), pernah mengatakan konsep 3M nya bagi mengubah diri dalam rangka mengubah dunia, iaitu Mulai daripada diri sendiri, Mulai daripada yang kecil, dan Mulai daripada sekarang juga.
Hidup terasa lebih bermakna bukan kerana perkara-perkara yang besar, tetapi oleh kerana perkara kecil yang dikerjakan dengan jiwa yang besar. Cahaya kehidupan abadi bukan nampak daripada kemilau harta yang dimiliki, bukan juga daripada keindahan kedudukan yang dipunyai atau gelaran yang disandang. Cahaya kehidupan abadi sebenarnya dimulai daripada lentera kecil yang ada dalam diri yang menyala dalam ketulusan untuk memberi pertolongan pada orang lain dalam segala kekurangan dan kecukupannya.
Lentera kehidupan tidak bererti hanya memberi kebaikan dan pertolongan pada orang yang baik dengan kita. Memberi pertolongan kepada orang yang sefaham, sealiran dan sependapat dengan kita adalah suatu perkara biasa. Tetapi, memberi pertolongan atas dasar kasih sayang kepada orang yang membenci kita, yang berbeza pendapat dan tidak sealiran dengan kita merupakan nilai tertinggi daripada lentera kehidupan itu.
Seorang sahabat yang sangat bijak dan rendah diri, walaupun memiliki jawatan yang tinggi, pernah berkata, "harta saya yang abadi itulah yang saya berikan kepada orang lain."
Kata-kata yang menunjukkan nilai-nilai kerohanian yang tinggi itu memberikan inspirasi dan dorongan apa yang kita miliki ketika ini adalah titipan dan sebahagiannya adalah milik orang lain. Inspirasi yang mengukuhkan keyakinan bahawa semua yang kita miliki saat ini tidaklah abadi. Hidup semata-mata adalah berkat bagi orang lain.
Ketika lentera menyala bukan bererti tidak ada risiko, paling tidak adalah risiko ditiup angin lalu padam. Risiko terbesar yang dirasakan seseorang ketika memberi pertolongan pada orang lain, bukan hanya harta yang berkurangan atau tenaga dan waktu yang tersita, tetapi kerana terpaksa mengorbankan ataupun mempertaruhkan harga dan maruah diri. Menyalakan lentera kehidupan bererti rela turun atau merendahkan diri dan hati untuk sama-sama sedarjat dengan orang yang ditolong, dan kemudian bersama-sama membawanya terbang tinggi.
Hambatan utama dalam menyalakan lentera kehidupan sebenarnya datang dari dalam diri sendiri yang tidak mahu keluar memerhatikan dan menolong orang lain. Kehidupan kita sentiasa berhadapan dengan risiko. Tertawa bererti mengambil risiko kelihatan bodoh. Menangis bererti mengambil risiko kelihatan sentimental. Membantu seseorang bererti mengambl risiko melibatkna diri. Menunjukkan perasaan bererti mengambil risiko menunjukkan diri kita yang sebenarnya. Memberitahu idea-idea dan impian kita mengambil risiko untuk kalah. Mengasihi bererti mengambil risiko tidak dikasihi. Hidup bererti mengambil risiko mati. Berharap bererti mengambil risiko putus asa. Mencuba bererti mengambil risiko gagal.
Keberanian mengambil risiko bagi memberikan yang terbaik kepada orang lain, pekerjaan dan masyarakat adalah permulaan baik bagi memulakan kehidupan baru dengan menyalakan lentera kehidupan. Tidak dapat dinafikan, ketika komitmen wujud, pada masa yang sama timbul rasa takut yang menghambat komitmen itu. Berani bererti melawan rasa takut, menguasai rasa takut. Bukannya tidak takut. Lebih baik ambil risiko sekarang daripada sentiasa hidup dalam ketakutan.
Kehidupan yang paling menyedihkan adlaah ketidakberanian mengambil risiko, walau sekecil mana pun. Orang yang tidak mahu mengambil risiko bererti dia tidak dapat meraih apa pun, tidak memiliki apa pun, tidak merasakan apa pun dan akhirnya tidak menjadi sesiapa pun. Nyalakannya lentera risiko dengan risiko apa pun, esok mungkin sudah terlambat dan lentera itu mungkin akan padam.
'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.'
(ali-Imran ayat 142)
Teringat pesan seorang sahabat..andai takut ambil risiko, jangan kata diri seorang pejuang!
p/s: sedang menyiapkan 'senjata' dan 'benteng' untuk berperang..

kredit to Parlindungan Marpaung

Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)