Showing posts with label -DaKWaH-. Show all posts
Showing posts with label -DaKWaH-. Show all posts

Monday, February 20, 2012

-SaYaNGi RaSuLuLLah SeDaLaMNYa-

Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera..salam aurora..salam kecintaan..

SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar

Post terakhir, Ogos 2011, sekarang Februari 2012
Dah jadi rimbunan hutan dah KehijauanAurora nie..

Tadi masa bukak KehijauanAurora, terkejut gak mie, ouchh, so shomeeyy! 
Kena sharpen skill menulis dan rajen-rajen lagi menulis nie, canteq la renovation yang blogspot buat! Awesome! ^_^

Nampaknya KehijauanAurora pun perlu buat renovation jugak nie, yosh, nantikan! ^_^

Mie rasa mie patut say thank to Miss Lady <-- kelik!kelik!
Mie tak rasa pun nak jawap contest dia, tapi contest dia sangat menarik, satu usaha dakwah yang sangat bagus, ada yang mie tengok yang buat contest tersebut antaranya first time buat post pasal islamik, bagus kan, tahniah ukhti! Teruskan usaha dakwah miss Lady ye, ^_^

Nak say thank sebabkan konon-konon nak join contest tu lah mie sapu sikit-sikit sawang yang masih banyak kat KehijauanAurora nie, hehe..jadi mie pun sudilah join first time contest blogger nie..

Contest : Sayangi Rasulullah Sedalamnya

1. Terbuka kepada semua bloggers lelaki dan wanita - mie perempuan! kira lulus tak syarat nie? :p

2. Follow blog Miss Lady dan Pencinta Hijab - dah kelik follow dah! :D

3. Mesti letak banner contest.


I miss him so muchh, sebak dah mata nie teringatkan betapa cintanya Rasulullah pada ummatnya hingga saat lafaz terakhit Rasulullah s.a.w (haaa, jangan lupa selawat yer..)

4. Tajuk post mestilah Sayangi Rasulullah Sedalamnya - oooh, baeeekkk! ^_^

5. Buat entry berkenaan sekurang-kurangnya satu sikap peribadi Rasulullah yang kamu sanjungi - nanti baca ye kat bawah nie, taaadaaa!

6. Mesti tag sekurang-kurangnya seorang kawan blogger anda - lama dah tak maen tag-tag nie, hihi.
Mie nak tag semua yang follow KehijauanAurora! terutama my boss - Azmi Hisam sebab dah lama tak tanya khabar dia..

7. Komen kat blog Miss Lady - jap, jap bagi siap tulis lu, heee...

Tarikh tutup penyertaan adalah 20 September iaitu BESOK, hoho :p

iNSaN PaLiNG RoMaNTiK

Yaaa, mie pilih sifat romantik Rasulullah saw sebab mood tengah jiwang sekarang nie :D

Pesanan kepada bakal hubby mie yang belum pasti siapa, hehe..

Friday, April 22, 2011

-HePi eaRTH DaY!-


Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam keriangan!

Salam Hari Bumi!
^^^___^^^
Hepi Earth Day!

Tahukah anda? Hari ini Hari Bumi? omputih kata, Earth Day~

Apa itu Hari Bumi? Hari untuk Bumi rehat kah? hehe..

Jom tanya abang hensem serba tahu Google, dijawab oleh adik manis banyak ilmu Wikipedia:

"Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April."


Boleh baca lanjut di sini<---

Pendek kata kenapa boleh timbul Hari Bumi ini adalah bagi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar memandangkan hari demi hari Bumi kita nie semakin sakit..pelbagai bencana alam dan pemanasan global berlaku..Earth Day dan Earth Hour mungkin adik-beradik kembar..mungkin sesetengah pihak memandang enteng usaha sebegini..boleh nak bagi pandangan anda, mie tak kata salah..tapi janganlah menidakkan tanpa anda sendiri tidak melakukan apa-apa!

Bumi sakit puncanya dari kita sendiri..kemudian, kita lah jugak yang merungut..panas lah..banjirlah..itu lah..ini lah..sedap atau tak semuanya kesan daripada tindakan manusia sendiri!

Mungkin kita tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara besar seperti tanam pokok atau sebagainya..tetapi banyak benda-benda yang kecil yang berada sekililing kita yang kita boleh lakukan..sebagai contoh, tutup lampu, kipas dan alatan elektrik jika tak gunakan..hinggalah kepada buang sampah!

Haa! berapa ramai yang bungkusan coklat atau gula-gula main campak jer?? ish3..benda nie kecik jer, tapi kita tak sedarkan..nak tolong kutip sampah bila nampak depan mata, kita rasa malu (malu tak bertempat namanya nie), jadi, sekurang-kurangnya janganlah kita yang jadi penyumbang membuang sampah merata-rata..mie yakin orang yang baca blog nie mempunyai tahap pendidikan yang mampu berfikir dan moral yang tinggi, makanya, fikir-fikirkanlah~

Mie tak dapat lupakan..memang rasa bersalah hingga sekarang,huhu..masa tu darjah lima, sebelas tahun..sekolah wat rombongan, mie ikut sekali..sampai kat satu tempat tu, kami berhenti rehat, kat atas bukit apa ntah, kawasan R&R yang femes tu..nak dijadikan cerita, mie ada beli air tin, habis minum tu, cari tong sampah kat sekitar takda, nak g jauh-jauh, tak berani, maklumlah first time kuar dari famili..nak campak jer pun tak berani..payah sangat, kawan mie pun dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk "tolong" campakkan tin air tersebut ke bawah bukit..duuuushhhh~ooohhh~tidak~~~

itulah pertama dan terakhir kalinya mie buang sampah merata-rata..seingat mie lah..

Boleh jer kan bila makan gula-gula tu, bungkusannya kita masukkan dalam poket dulu jika tak jumpa tong sampah? kan? boleh jer kan kiter kumpulkan sampah-sampah dalam satu beg plastik dulu? kan?

batang lolipop tu pun jangan main campak jer! eh, mie pun suka makan lolipop gak, hihi c(:

lagi bagus jika dapat wat 3R-recycle, reuse,erk(se lagi gape ek?huhu)

Bukan sekarang jer, beribu-ribu tahun dahulu lagi sebelum Bumi ini sakit Allah dah ingatkan kita:

"Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(Ar-Ruum 30:41)

"Dan janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
(Al-A'raaf 7:56)

Allah swt menjadikan kita hamba dan khalifah di muka bumi ini..bukan tanggungjawap pemimpin negara sahaja, tetapi setiap dari kita! ya! saya! kamu! kamu! dan kamu! apa tugas hamba? apa tugas khalifah? Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang melakukan kerosakkan, mahu kah kita berada dalam golongan yang Allah tak suka? sobsob..

"Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakkan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan."
(Al-Baqarah 2:205)

Apakah yang boleh dibuat untuk kesejahteraan bumi?
anda bijak, fikir-fikirkan!
dan
Selamat Hari Bumi! ^_^

p/s: mie memandang orang yang membuang sampah merata-rata adalah orang sangat tidak bermoral!



Wednesday, April 20, 2011

-aLaM & aL-QuRaN-


Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam keriangan!

Ada orang tanya mie lagi, "kenapa blog kamu nie diberi nama kehijauan aurora?"

Sebabnya..mie takboh jawap lagi!again!hehe..rasanya cam pernah dah tulis pasal nie..

ermmm..

ermmm..

haaa..ada lah!

kat first post, hehe..leh klik disini<-----

Tapi apapun..ianya berkisahkan alam..beberapa hari lepas dah tulis pasal bintang kan? rinie nak tulis bulan pulak..hehe..ok-ok, bukan lah..nak tulis pasal alam~

Mie bukan suka tengok bintang jer..tapi sangat suka pada alam..banyak rasanya entry dalam blog nie yang mie kaitkan dan ada kaitan dengan alam..

kat sini pun ada..klik nie!<-----

Sukar nak mengertikan kenapa..mungkin bila mie lahir-lahir tue nampak laut? hehe..seronok kecik-kecik dulu, duk rumah dekat nga laut~ ^_^..hari-hari mie g main kat pantai..dan membuatkan omi risau, tengok-tengok dah hilang, kalih kut lain betar, tengok-tengok duk main kutip siput dah, hihi..pasang pagar kat pintu, mie panjat, kunci pintu dan sorokkan kat tempat tinggi, mie ukah jugop ambik..sorok kunci, mie lompat kut tingkap..nakal yang amat sangat!hehe..last-last omi belikan kasut yang sangaaaaaaaaatttt comel! tapi ada bunyi..disebabkan sangaaaaaaattt comel kasut tu, maka mie pakai selalu..tapi kantoi sokmo, sebab bunyi kling~kling~ -_-"

adeh, panjang lak dah citernya..citer tym kecik-kecik memang seronok! :D

memang lihat kepada alam mampu membuatkan mie tenang-setenangnya..kekadang bila serabut ke, stress ke..mie akan g tengok laut..kalian camane? (perasan ada orang baca blog dia la tue -_-")

eh..taglines blog mie kat atas nie pun ada alam kan :D

dalam al-Quran juga banyak disebut..ini antaranya:

"Demi bintang ketika terbenam."
"By the star when it goes down"
(An-Najm 53:1)


"Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),"
"By the night as it envelops"
(Al-Lail 92:1)


"Demi matahari dan cahayanya di pagi hari"
"By the sun and Dhuha (its daytime)"
(As-Syams 91:1)


"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. " "Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. "

"And it is He Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His mercy (rain). Till when they have carried a heavy-laden cloud, We drive it to a land that is dead, then We cause water (rain) to descend thereon. Then We produce every kind of fruit therewith. Similarly, We shall raise up the dead, so that you may remember or take heed." "The vegetation of a good land comes forth (easily) by the permission of its Lord; and taht which is bad, brings forth nothing but (a little) with difficulty. Thus do We explain variously the Ayat for a people who give thanks."
( Al-A'raaf 7:57-58)


"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

"Say: If the sea were ink for the Words of my Lord, surely, the sea would be exhausted before the Words of my Lord would be finished, even if We brought like it for its aid"
(Al-Kahf 18:109)

"Dan seandainya pohon-pohon di bumu menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahnya kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

"And if all the trees on the earth were pens and the sea (were ink), with seven seas behind it to increase it, yet the Words of Allah would not be exhausted. Verily, Allah is All-Mighty, All-Wise."
(Luqman 31:27)

"Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya", (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "
(Ar-Ra'd 13:27-28)


Tuesday, October 12, 2010

-iSLaM DiD NoT SPReaD BY iTSeLF-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam perjuangan mahasiswa, salam perjuangan ummah!

"Kamu dilahirkan dalam nikmat iman dan islam, kamu merasai keindahan islam..sekarang cuba kamu bayangkan kamu dilahirkan bukan sebagai seorang islam, dan sepanjang hidup mu, tiada siapa pernah ceritakan pada kamu keindahan islam itu, bagaimana kamu rasa?"

Pada saat kali pertama disertakkan oleh Bro Shah Kirit dengan persoalan ini membuatkan mie tersedar..ya Allah..terasa bersalah yang amat..

Mie bukan seorang yang pandai dalam hal-hal agama..senano particle pun takde ilmu di dada ni..tapi, senano particle itulah yang seharusnya kita sampaikan..

Dengan itu, mie terlibat dengan Kelas Peradaban Nabawi, KPN..satu organisasi di USMKK yang mempelajari tentang perbandingan agama..

Tambah menyakinkan diri untuk belajar adalah kerana satu peristiwa lagi..

Ketika itu di Muktamar Abim..tegur seorang kakak melihatkan satu button badge pada beg mie yang tertulis, "Islam is the true religion"..tanya nya, 'how u know Islam is the true religion?'

Dan mie tak tahu nak jawab!ya Allah..keblurran tahap maksima ketika itu..mujurnya kakak itu saudara Islam dan dia tinggalkan mie dengan persoalan itu membuatkan mie mula mencari..alhamdulillah!thank you ya Allah!

Dan sekarang..Allah datangkan ujian..KPN tiada pelapis..dimana silapnya?wallahua'alam..tapi mie salahkan diri sendiri..yang tak dapat komited dengan amanah yang satu ini, ya Allah..

Rakan-rakan, sahabat-sahabat seperjuangan di USMKK..jika anda baca post ini, mohon agar hubungi mie jika berminat untuk meneruskan perjuangan KPN..kami memerlukan anda..eh silap, ummah memerlukan anda!dan anda memerlukan ISLAM!

Suatu kisah sebagai iktibar*terima kasih kepada Doc Jamsani kerana forwardkan kisah ini*

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..