Saturday, July 30, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 7-

CATATAN AN-NUR : 7

"Rindu omi..rindu ayah..rindu keluarga..rindu sahabat-sahabat.."


26 Julai 2011

"kak, akak ada bawak tudung lebih tak? tudung sy kecik la.."



"ermm..esok akak pakai tudung purple nie, jadi, awak gunalah tudung hitam tue deh.."



Sementara aku selesai mengiron baju2 untuk dipakai esok, dia terbaring, tertido keletihan..

"sayang..bangun2, akak dah selesai iron baju.." dia minta untuk dikejutkan setelah aku siap.

"tudung hitam tue pun akak dah ironkan :) "

"ooh, akak dah iron..terima kasih"


-Keesokan hari-

Cantik orangnya..padanlah jika suka melawa, orang utara kata, melaram..

"dek..kalu awak rendahkan sket lagi sanggul tue, lagi cantik :)"

"ok2 kak.."

Memang cantik, subhanaAllah..keindahan ciptaan Allah..

-Keesokan harinya-

"akak..akak tau tak apa saya rasa bila pakai tudung labuh hari tue?"

"Awak rasa camane? :)"

"Sy rasa best kak..rasa lapang, tenang jer..dulu mak sy selalu belikan sy tudung labuh. mak sy memang pakai tudung labuh. dan dia banyak belikan utk sy. tapi sy taknaklah pakai..sy rasa kolot sgt sesiapa yg pakai tudung labuh.."

Errkk.


"Tapi sekarang..sy nak pakai tudung labuh lah kak..”

Aku just bawak beberapa helai tudung datang ke sini. 2 helai tudung hitam untuk dipakai sehari-hari. Jadi, rasa berat hati jugak, huhu..

“Kalu camtue, ambik jelah tudung akak tue. Pakai jelah :)”

“Takpe2 kak.. kak umah sy banyak..sy nak guna tudung labuh yg mak sy belikan utk sy sebelum nie.."

Alhamdulillah..


Eh! Bukan sebab dia taknak tudung tue lah..

Tapi, syukur pada Illahi, Allah buka pintu hatinya. Semoga istiqamah dek..SubhanaAllah..


p/s: aku masih demam, dan merindui mereka-mereka yang berada dalam hatiku.

-2.00pm, 26 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-

-CaTaTaN aN-NuR : 6-

CATATAN AN-NUR : 6

"kaffarah dosa.."


25 Julai 2011

Pulang dari program. Aku demam! :(

Tapi ada kisah menarik yg terjadi semasa kami di Ijtima’ Harakiy. Ada dua kisah yang akan aku kongsikan. Ianya ada kaitan dengan penghuni rumah perlindungan tersebut. Satu aku cerita hari ini, satu lagi esok hari deh, insyaAllah.

Hari Sabtu malam, ada dinner. Best! Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun ada datang,hehe. Adakah aku akan di AUKU kan? Keh3..Bahkan, semasa pembentangan seminar pada petangnya, salah seorang panel adalah Dr Mujahid Yusof Rawa, katanya, “hari nie saya disini bukan politician” sangat professional. Guess what? Beliau adalah Pengerusi South East Asia Intereligious Council For Peace! Memang best!


Dah lama aku tak rasa gementar hingga aku terketar-ketar sejuk beku macam kat Alaska! Kesnya apa? Nak kuar tanya satu soalan. Adoooiii~ Sahabat2 yg mengenali aku, mesti tak percaya kalu aku kata camtue, tapi serius! Aku ketar sampai mengetap bibir! Pucat muka-muka! Tue baru nak keluar, belum tanya pun lagi. Tapi disebabkan badan takleh nak control tahap vibration yg berlaku, maka dengan sedihnya aku tak keluar tanya soalan tersebut. Pasal pluralitism dan interfaith dialogue. Rugi sangat rasa takdapat tanya. Sebabnya, persoalan aku bukan aku nak tahu jawapan sebenarnya, tapi bertujuan nak bukak minda peserta-peserta seminar. Camane tak mengelentar, majority peserta adalah golongan-golongan belia berpendidikan, senior-senior. Huhu..


Ookay, itu kisah di siang hari. Malamnya sebelum berlangsungnya dinner, selepas habis seminar. Kami di sini, mendapat satu khabar berita. Kak Ada melarikan diri dari rumah! Yaa, kakak aku yg muallaf tue! Ya Allah, tuhan ja yang tau. Terpinga-pinga aku. Huhu. Dikatakan berlaku kejar-mengejar antara penghuni yang lain dengan Kak Ada.

Sampai ke malam, taktahu apa yang terjadi. Semalam, yakni ahad malam, semasa aku drive pulang, Kak A ceritakan apa yang berlaku. Kak A pulang ke rumah lepas dinner pada malam tersebut. Ustazah yang mulanya bertenang bila mendapat tahu, kemudian menjadi risau. Sebabnya, ustazah baru teringat, yang sebenarnya Kak A nie ada masalah mental! Huhu. Yaa, pihak Jabatan Agama Islam yg bertanggungjawap sembunyikan kisah yang sebenar dari pengetahuan kami semua. MasyaAllah, ada ke patut.


Malam tue, Kak A pulanglah kembali ke rumah. Setelah ustazah “panggil”. Lupa pulak aku apa istilahnya, tapi dengan memohon bantuan dari Allah swt semata-mata. Bila dikorek-korek ceritanya dari Kak Ada. Ada pelbagai version, malamnya lain dia cerita pada ustazah. Sebelum tido lain pulak ceritanya. Huhu. Tapi yang misterinya,

“Saya teringat kat ustazah, saya pun pergi hospital, saya g jumpa polis sebab saya taktahu nak pergi mana. Saya kena tahan kat polis sebab takda IC. Polis mintak no untuk dihubungi. Masa tu saya bagilah no ustazah”


Haaa, yang misterinya, mana dia tahu no ustazah? Kedua, kalau pun dia tahu no ustazah, camane dia boleh ingat? Sedangkan ustazah tak pernah bagi pun no dia sebelum nie dan Kak Ada tak pun bawak apa-apa kertas masa keluar tu. Jeng3! Kuasa Allah untuk melindungi hamba-hambaNya. SubhanaAllah!

Sunyi sepi rumah nie bila Kak Ada takde. Sekarang dia berada di rumah bapa angkatnya, yg satu-satunya sudi terima dia. Yang lain-lain bila dihubungi, semuanya tak sanggup. Kesian dia.


p/s: Mungkin kena jugak bukak center untuk org yg ada masalah psychiatry.

-6.30 pm, 25 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam : Demam :(-

-CaTaTaN aN-NuR : 5-

CATATAN AN-NUR : 5

"mencabar diri sendiri untuk kebaikan, apa salahnya? mujahadah!"


22 Julai 2011

Hari nie aku banyak menyendiri dalam bilik. Entahla, entah ke sekian kalinya, aku rasa penat dengan mainan emosi disini. Aku mencabar diri untuk belajar mengawal emosi ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku.

Tengaharinya, mengemas barang. Eh? Nak balik dah ke? Give up?


Taklah, petang nie hingga ahad akan berlangsungnya Ijtima’ Harakiy ke-2 dan Seminar Siasah Syariyyah:Demokrasi & Pluraliti dan jugak Muktamar PKPIM ke-50. Yaa, aku attend! Jeng3~


Aku tak berhasrat untuk mencatat kandungan program ini. Tengoklah camane. Kalau ada kisah yang menarik, akan aku kongsikan juga. Jika tak, kita jumpa hari isnin ini.. ^_^

-2.30 pm, 22 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-

-CaTaTaN aN-NuR : 4-

CATATAN AN-NUR : 4

"kemahiran yg ada pada diri memberi nilai tambah pada kehidupan seharian"


21 Julai 2011

Hari nie bangun agak lewat, huhu. Mungkin penat bermain dengan emosi kut (alasan!) Pagi nie, abg Kak Ria akan datang. Kelihatan titisan-titisan jernih membasahi pipi Kak Ria. Rakan-rakan pula penuh dengan emosi. Mereka juga mengharapkan pengakhiran yang baik ketika berada disini, yakni memperoleh keinsafan, insyaAllah. Menyusuri sebuah kereta membawa pulang seorang insane yang mengarapkan keredhaan untuknya. Doaku agar dia kuat menempuhi dugaan dunia, begitu juga diriku.


Hari nie juga ada aktiviti baru lagi di rumah ini, hehe. Ada jer ustazah nie. Memang ustazah seorang usahawan yg berjaya. Disokong penuh pula oleh suami tercinta. Impian seorang isteri yg proaktif aktivitis mahasiswa semasa di kampus, seorang suami yg tidak menghalang penglibatannya di dunia luar dan menyokong penuh segala usaha. Namun, si isteri juga perlu ingat tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Andaipun bukan harapan semua isteri, tapi ianya harapan aku! Hehehe :D


Ustazah datang dengan membawa penuh barang2 dengan playar dan cutter pun ada. Maka, aktiviti bermula, “Tasbih Kasih!” Ya, home made! Kreatif betul mereka disini dan aku, tengok jelah, hehe..Tak retilah nak buat!huuu~


Malamnya, aku ikut Kak A ke Masjid Negeri. Ada diskusi tertutup dengan seorang bapak dari Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. MasyaAllah, satu pemikiran ilmu yg aku sangat jahil tentangnya! Kaya sungguh ilmu Allah. Banyak yang aku perolehi mala mini. Banyak juga yg aku tak faham dan meminta pandangan seorang sahabat yg mengikuti kursus sains politik. Tajuk malam nie, ‘Berpolitik di jalan dakwah, berdakwah di jalan politik’. Sharing session dengan Bapak tersebut berkenaan Maqasid Siasah dan usaha dakwah oleh Dewan Dakwah Islamiah Indonesia amat mengkagumkan aku! Konklusi yg aku boleh simpulkan, sungguh mantap tarbiyyah ahli-ahli DDIP! Yang keluar hasil tarbiyyah bukan calang-calang orang, bukan saja hafiz! Hafaz beratus-ratus kitab! Dan sahabat aku terus memeningkan aku dengan istilah-istilah politiknya. Adoi! (aku tau dia baca catatan nie, saje nak tulis gak,kui3).


Pulang ke rumah agak lewat. Bersahur dengan nasi lemak free dan terus dibuai mimpi. Zzzz.

-12.30 am, 22 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-

Tuesday, July 26, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 3-

CATATAN AN-NUR: 3

"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi." Al-A'araf: 178


20 Julai 2011

Hari nie duk rumah jer, tak kuar g mana-mana. Pagi nie siapkan borang akses individu dan borang semak ibadah. Aku rasa kedua-duanya sangat penting sebabnya ada yang dah lama menghuni dan ada yang baru, jadi sejauh mana dah pencapaian mereka dalam ibadah terutamanya perlu di akses. Borang semak ibadah pula sebagai satu KPI untuk mereka.

Sambil-sambil aku siapkan kerja. Kakak yang muallaf tu, Kak Ada (bukan nama sebenar) datang bilik aku. Sekali lagi dia cerita macam-macam. Adeh, pening aku dibuatnya. Bila dia mula ceritakan kisah yang sama, aku cepat-cepat potong ayatnya.

Asyik diulang-ulangnya ayat ini. “Saya muallaf. JAIS tu takmahu dah bantu saya. Kalau yang baru peluk Islam, baru dia bantu. Tapi kalu kat Kelantan, dah 10 atau 20 tahun pun, semua orang bantu muallaf”.

Salah.


“Kak Ada, apa tue maksud muallaf?”

“Bukan camtu kak, muallaf nie maksudnya orang yang cenderung hatinya pada Islam walaupun belum peluk Islam. Akak dah 8 tahun peluk Islam dan akak pernah belajar di Pondok Pasir Tumboh, lebih hebat dari saya”. Diulang-ulangnya lagi kisah yang terjadi padanya di pondok. Adeh.

“Kak, kalau betul akak tak buat, itu semua fitnah, akak doa banyak2 pada Allah. Biar Allah membalas perbuatan mereka, akak tak perlu buruk-burukkan mereka, kalau tak sama jelah kita dengan mereka. Kita tak sama macam mereka kan?”

“Saya tak sangka orang pondok macam tue. Dia ustaz. Guru kita”. Adoi!


“Dalam hati nie, ada seketul darah, nama dia hati. Hati kita nie Allah yang pegang. Dia berhak memberi petunjuk kepada siapa yg dikehendaki dan sebaliknya. Allah pilih orang-orang yang Dia kehendaki belajar pondok dan atas usaha orang tue dia nak belajar kerana apa. Jika dia belajar ikhlas kerana Allah, Allah akan tunjukkan jalan, tapi kalau dia belajar kerana nak menunjuk-nunjuk, ilmu dia dapat tak sampai ke hati. Kak Ada dan saya pun macam tue jugak. Jadi kerana belajar ikhlas kerana Allah.”

Dari satu cerita ke satu cerita. Kali nie semua aku jawap balik. Akhirnya dia malu sendiri. Ya Allah, kurniakan dia kefahaman.


“Kak Ada ada banyak buku tak?” “Ada, banyak! “

Aku meminta dia membawa ku ke biliknya. “Ok kak, dalam banyak-banyak buku nie, mana satu yang akak tak baca lagi?” Dia tunjukkan satu buku. Hadiah yang dia dapat masa ke kem motivasi baru-baru ini.

“Kak, saya nak akak baca yang No 1 nie, nanti malam nie saya tanya. Boleh?”

“Saya kalau membaca sikit, sakit kepala. Nanti saya tido”

“Takpe, akak baca sikit-sikit. Kalau sakit kepala, tido ajer, bila bangun, dah tak sakit kepala kan? Haa, jadi akak sambung baca balik. Boleh?”

Sambil tersenyum-senyum. “InsyaAllah”

“Akak baca tau, saya tanya malam nie.”

Fuhh, penat juga melayan kerenahnya. Aku menyambung kerja ku. Siap!


Kelas aku akan bermula minggu hadapan. Jadi, waktu yang ada aku gunakan untuk merangka jadual dan menyiapkan bahan-bahan. Petangnya, sangat best! Nanti bolehlah aku ambil tempahan hias hantaran,hoho. Masakan tidak, duduk kat sini, dikelilingi oleh orang-orang yang kreatif-kreatif, hehe. Aku belajar lah sikit-sikit. Anak Ustazah Haslinda akan bertunang, aku tak pasti bila. Jadi, barang-barang hantaran dia hantarkan ke rumah ini untuk dihias. Yang menghias pastinya Kak A. Kreatif orangnya! Bertuah siapa yang dapat! (Promote Kak A sket,hehe ;p) Jadi, aku belajar bagaimana membuat bunga ros dari reben. Awal-awal kucup jer jadinya, macam apa jer,haha. Pastu, tengok-tengok dah beberapa kuntum siap! ^_^. Sebab ralit sangat duk buat, tetiba aku tak sedar lilin yang panas tu menitik atas jari aku. Wahh, bagus! Sekarang ada cop dah jari nie, huhu..


Hari nie hari Rabu. Jadi, malamnya ada tazkirah. Kali nie yang menyampaikan adalah Rin (bukan nama sebenar), tajuk pasal Larangan Bergelak Tawa. Buku yang digunakan ialah Tanbihul Ghafilin(Peringatan Bagi Yang Lupa) oleh . SubhanaAllah, kagum aku dengan penyampaian dan kupasannya, ternyata dia membuat homework. Sedar tak sedar, 4 helai buku nota aku penuh dengan catitan tazkirah malam nie! Bahkan dia boleh sampaikan dengan begitu jelas dengan loghat Sabah nya bah.

“Contohnya macam kita di sini. Rumah ini tempat yang baik. Tapi, kita yang masuk ke sini pastinya dari sebab yang tidak baik kan? Dan bila kita mahu keluar nanti, kita ingin menjadi orang yang lebih baik dan kita punya hasrat mahu kembali semula ke sini, benar kan bah? Tapi kali itu bukan sebagai penghuni lagi, tetapi sebagai sukarelawan.”

Aku memandangnya. Aku yakin kata-katanya lahir dari hati. Kerna aku tersentuh dengan bait-bait tutur itu. Aku mengawal diri agar tiada air mata yang mengalir. Dia memandangku. Dan aku hanya mampu tersenyum.


Esok adalah hari terakhir bagi salah seorang penghuni disini. Aku meminta izin untuk berbicara dengannya. Aku mulakan dengan bertanyakan latar belakang diri dan keluarganya. Kak Ria ceritakan satu persatu pasal diri, keluarga dan apa yang berlaku pada dirinya. Dengan suara yang sebak, dia ceritakan bagaimana, pada suatu malam dia keluar makan dengan seorang kawan lelaki, yang dah lama dia kenal, usia makan, lelaki tersebut memberikan air mineral pada nya untuk diminum. Sedar-sedar, dia berada di sebuah bilik, di atas katil tanpa seurat benang pun di badan, dan lelaki itu tersenyum melihatnya. Waktu dan ketika itu, dia sangat marah dan sangat sedih. Aku diam membisu membiarkan dia bercerita dan menangis.

“Akak tak sedar akak pregnant sampailah usia kandungan dah nak hampir masuk 7 bulan. Perut pun tak besar dan akak takda alahan ke, penat ke. Akak keje PA, kamu taulahkan PA, pakai ketat-ketat, tak nampak pun macam akak pregnant”


“Pastu camane akak tau akak pregnant?”

“Akak rasa tak sedap sebab rasa macam dah lama tak datang period. Jadi, akak pergi hospital sendiri wat checkup, akak memang sangat-sangat terkejut bila doctor beritahu dah mengandung 7 bulan!”

SubhanaAllah.


Aku teringat. Ada kajian kes yang dilakukan oleh seorang doktor yang mengatakan remaja-remaja perempuan sekarang tidak tahu antara salah satu akibat melakukan seks adalah mengandung. Bahkan dari apa yang diceritakannya, jelas, soal kitaran haid juga kurang tahu.

“Mizah tau tak, akak sebelum nie smoking. Lepas apa yang berlaku pada akak malam tue, akak rasa tak tenang nak merokok. Akak juz ingat mungkin tue seru supaya akak berhenti merokok. Jadi, akak berhenti. Rupa-rupanya sebab akak mengandung. Perasaan tue Allah hadirkan sebab ada nyawa baru dalam perut akak. Tapi, akak langsung tak sedar.”


“Lepas akak tau akak pregnant, apa akak buat?”

“Akak takut sangat Mizah. Akak kan bongsu, seorang perempuan. Akak tau abang-abang akak kalu dorang tahu, mesti mati akaknya. Akak takut sangat. Mak ayah dah takda. Abang-abang akak yang jaga akak. Pastu akak rapat sangat dengan salah seorang abang akak tue. Akak tau mesti dia akan marah sangat dengan akak, mesti dia sangat-sangat kecewa dengan akak”

“Akak tak tau nak buat apa. Akak cerita dekat bos akak, dia perempuan. Bos akak terkejut dan tak sangka jugak. Pastu dia nasihatkan akak gtau kat abang akak. Akak berkeras taknak. Dia pun susah-payah wat surat menyatakan akak berkursus selama tiga bulan di Kedah.”


Ditakdirkan Allah, bila akak tersebut call ke cawangan Kedah untuk meminta alamat bila abang dia mintak, cawangan bank tersebut di Kedah baru sahaja ditutup. Hati nya terus keliru. Dia menumpang sementara di rumah kawan bos dia. Tak tahu arah tuju. Sebelum dia menumpang di rumah kawan bosnya, mak boyfriend dia mengajak untuk dia tinggal di rumahnya. Tapi, boyfriendnya bila tahu, sangat marah.

“Percayalah cakap saya, abang awak takkan marah pada awak. Depa sayang pada awak. Dia takkan pukul awak”, kata bosnya.


“Mizah tau tak mizah, betul mizah. Akak ingat abang akak akan pukul akak lepas akak beritahu. Tapi, dia duduk sebelah akak, dan perkara pertama dia tanya, “baby sehat?” bicaranya dalam sedu.

Kisahnya panjang. Bagaimana abang-abangnya yang lain bertindak bila dapat tahu. Tetapi aku kagum dengan semangatnya, dia sendiri berusaha mencari rumah perlindungan semata-semata taknak abang-abangnya mendapat malu dan dia ingin berubah. Dia taknak lagi minum arak, taknak lagi bersosial-sosial. Dia nak berubah.


“Apa yang akak dapat bila masuk rumah nie?”

“Apa yang akak tak pernah buat dulu, akak buat Mizah. Solat, Puasa, Qiam.Facebok-facebook tu akak nak buang, tak guna dah, mengarut je semua tu! Akak rasa sangat tenang Mizah. Akak nak datang sini balik, akak nak jadi sukarelawan kat sini.”

Ketika saat melahirkan. Abang yang rapat dengannya ada bersama-sama dengannya. Jika tak kerana sakit, pasti dia akan melompat memeluk abangnya. Ya, kasih sayang keluarga, sebesar mana pun kesalahan seseorang ahli keluarga, kasih sayang tu takkan luput. Jika kasih sayang sesame manusia pun sebesar itu, kasih sayang Allah pasti berlipat kaliganda lagi kerana kita hambaNya.


Hatiku kian bergelora dan akhirnya aku turut sama menitiskan airmata bila dia ceritakan pasal anaknya. Aku cuba mengalihkan pandanganku agar aku tidak turut sama menangis ketika mana dia teresak-esak. Aku biarkan jer dia dan ku membisu. Anaknya menghadapi masalah ketika dilahirkan, baby tak menangis dan doctor kata baby tertelan najis. Air ketubannya keruh dan banyak. Dalam hati aku menggangap mungkin kerana kesan dari dia merokok sebelum ini. Beberapa hari baby diletakkan dalam incubator. Kak Ria sangat sedih bila pulang ke rumah kerana dia tak dapat bawa baby bersama malah baby juga turut sama menghidapi penyakit Kuning. Setiap malam dia menangis dan berdoa untuk anaknya. Kasih seorang ibu!


Lelaki yg buat perkara tersebut padanya, hanya ketawa bila dia gtau yang dia mengandung.

“Ko tau tak kenapa aku buat camtue kat ko? Aku berdendam nga ko!Aku cinta pada ko! Aku apoarch ko secara baik, ko tolak aku secara kasar! Aku sangat cintakan ko! Ko tau tak?”

Ada waktu ketika, katanya, “Memandangkan ko dah ngandung anak aku, kita buat lagi nak? Haha!”

“Syaitan!”

Ya Allah, jauhkan aku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka semua dari gangguan orang-orang yang berdendam dan busuk hati.


Aku cuba mengalih topic perbualan agar dia tidak terus kesedihan mengingati anaknya yang telah diserahkan kepada anak angkat.

“Akak, apa pengalaman paling best akak kat sini?”

“Seronok Mizah.” Ceritanya penuh keriangan.


“Kalau akak keluar nga Kak A keluar barang kan, akak rasa sangat tak selesa. Rasa macam orang-orang sekeliling pandang akak. Bukan pandang hina, tapi, terutamanya lelaki, akan rasa macam dorang perhatikan gerak-geri akak, akak malu sangat”

“Akak..Allah Maha Pengampun, An-Nur ayat 1-4, begitu keras larangan Allah kepada hamba-hambaNya tapi ayat ke-5, Allah katakan kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Malah, banyak ayat Al-Quran yang mengatakan sedemikian rupa.”

“Akak duduk kat sini, mungkin boleh tumpukan perhatian beribadah sepenuhnya pada Allah. Bila akak keluar nanti, akak akan hadapi dunia yang penuh dengan godaan, akak kena bersedia, dan akak kena kuat, akak kena ingat Allah sokmo. Ingat, Allah memberi ujian untuk menguji kita samada betul atau tak kita nie beriman padaNya. Kenapa Allah nak uji? Sebabnya kak, syurga tue sangat indah, Dia takkan izin sebarangan orang untuk masuk ke syurganya. Dan kita tak tahu yang mana satu dari amalan kita yang Allah terima dan yang mana menjadi mangkin rahmat dariNya seperti kisah seorang pelacur memberi air minum. Akak tau kan kisah tue?”


“Iman kita nie naik turun naik turun. Kita akan rasa bila iman kita mula turun, sebab tu kita kena cepat-cepat cari cara untuk kembali mengingati dia. Saya pun sama jer kak. Kalu duk umah, solat pun kekadang lewat. Sebab tu saya suka keluar bersama nga sahabat2. Jadi kak, nanti keluar, akak cari sahabat2 yang boleh membimbing diri. Kat mana nk cari sahabat? Dekatkan diri dengan rumah Allah, dengan majlis-majlis ilmu. InsyaAllah, akak kan jumpa. Dan kak, sifat malu tue sifat orang mukmin. Sifat tue mampu mencegah kita dari buat perkara-perkara tak elok,insyaAllah.”

“InsyaAllah dek”


“Kak..akak ada hak untuk tak maafkan dia. Dia yang berlaku kejam pada akak. Tapi, jika akak dapat maafkan dia itu lebih kak. Dia lagi kesian kak, dia kekal dalam keadaan begitu, tak sedar akan kesalahan, tapi Allah bagi petunjuk pada akak. Jika akak dapat maafkan dia, doakan dia, agar dia berubah dan bertaubat dan agar dia tak buat perkara begitu lagi pada orang lain. Tapi, akak ada hak untuk tak maafkan dia jika dia tak mintak maaf pada akak.”

“Akak jangan jauh dari kawan-kawan akak. Kalau akak rasa tak kuat, takpe. Tak perlu lagi kawan dengan kawan-kawan sebegitu. Tapi, jika akak cuba dekati mereka, cuba sampaikan pada mereka tentang Islam, tentang kebenaran. Akak dah rasai keindahan agama Allah kan? Akak dah tau hukuman-hukuman Allah bagaimana kan buat hamba-hambaNya yang lalai? Kesian mereka kak, kalau bukan akak yang sampaikan, siapa lagi kak?”

Air mukanya berubah. Menyedari akan hakikat itu. Dan, aku juga menyedari yang aku dah banyak bercakap, huhu.


Buku, ‘Hidup Bukan Rahsia, Aku, Dia dan Mereka’ karya Sis Zabrina bertukar tangan.

“Nie hadiah yg tak seberapa dari saya untuk akak. Akak baca buku nie deh dan ingat saya,hehe..”

“Terima kasih Mizah. Akak gembira dapat jumpa awak. Akak pasti akan rindu rumah nie bila keluar esok.”

Hati ku sangat bergelora. Terasa diri lagi hina berbandingnya. Malam ini, ada insan yang membasahi sejadahnya.

-12.24 am, 21 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-


p/s: Tetiba aku merasakan kaum Adam juga perlukan bimbingan!



Thursday, July 21, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 2-

CATATAN AN-NUR: 2

" Pengalaman hidup adalah mutiara yang sangat berharga"


18 Julai 2011

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kak A ( Pengurus Rumah aka Warden) baru pulang dari usrah jemaah. Alhamdulillah, lega aku rasa, nasib baik tiada apa-apa kes dan perkara yang tak diingini berlaku semalam. Sambil-sambil aku tengah edit siri 1 di blog, Kak A bersuara,

“Mizah, nanti awak imamkan solat sunat tasbih, awak reti tak?”

“Bila tue kak?”

“Erm..bila nanti ada Qiamullail. Nati akak gtau”

Hati dah cuak. “Kak, sepanjang 22 tahun sy hidup nie, baru sekali saya solat sunat tasbih, waaa~”

“Akak first time jadi imamah solat fardhu berjemaah kat sini.” Senyumnya. “ Kat sini, banyak yang akak belajar.”


Yaa, semasa sesi taaruf dan tazkirah semalam,

“Akak datang sini akan mengajar kami ke?” tanya mereka pada ku.
“ :), akak bukan mengajar, tapi kita akan sama-sama belajar,insyaAllah”

Dua prinsip yang aku sentiasa pegang yang diajar ketika awal-awal aku menceburi diri dalam dunia perjuangan ini.

‘ Bersedia untuk tidak bersedia’ Pening?

Maksudnya, sentiasa bersedia untuk sesuatu yang kita tidak bersedia pun akan hadapi perkara tersebut.

‘Hidup kita, kitaran belajar-mengajar-diajar, ianya berlaku serentak’ Faham kan?

“InsyaAllah kak, akak bagi masa kat sy sikit, saya praktis dulu”

Kedatangan ku bukan untuk menjadi sekadar seorang ustazah. Aku ingin menjadi seorang sahabat.

Malaikat terus bertasbih pada yang Maha Pencipta ketika hampir semua makhluknya dibuai mimpi kecuali orang-orang yang beruntung.


19 Julai 2011

Subuh nan syahdu. Usai solat,

“Akak mintak maaf”. Aku terima reaksi yang sama ketika aku bersalaman dan memeluk mereka sambil melafazkan perkataan itu selepas isya’ semalam. Mereka tersenyum, penuh kehairanan. Penuh dengan tanda soal di atas kepala. Ianya mencuit hati ku juga melihat respond mereka, hehe.

Biarkan mereka tertanya-tanya. Harapan ku agar mereka akan bertanya dan juga jadikan ianya amalan di antara mereka. Saling memaafkan.


“Ok, dah kenalkan dengan kakak nie? Panggil apa eh? Panggil ustazah la eh..”

Erk!

“Dia malu. Kak, xpe. kami panggil sebagai tanda hormat”

SubhanaAllah. Bagaimana dapat ku berprasangka pada mereka? Ya Allah, hati-hatikan hati ku dalam setiap tindakan ku.


Pagi ini mendapat sedikit sebanyak respon dari sahabat-sahabat untuk membantu ku disini bagi membantu mereka. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga menjadi saham yang berharga buat kita semua di akhirat kelak!

Silap aku jugak, datang tanpa persediaan. Habis praktikal, masuk kampung orang asli, g kursus NICE, sambung kursus FCR. Terlupa nak fikirkan situasi disini. Arghh! Alasan!


Jadi, aku mula merangka. Moga Allah meredhai. Pening kepala aku. Aku pelajar fizik la! Huhu.

Dari satu website ke satu website. Cari pasal senaman untuk ibu hamil, cari pasal breastfeeding, cari pasal penjagaan baby. Benda lah term-term yang banyak tue~ Jam rasa kepala. Huhu. Dulu, tym sekolah, Kelas Biologi la satu-satunyer kelas yang aku ponteng, terutama bila masuk bab Pembiakan. Ouch! Malu kut~


Waktu tengahari ,kami keluar ke Pejabat Taska, tempat dibina Ustazah yakni Penasihat Rumah ini. Menyiapkan beberapa urusan untuk muktamar jemaah pada hari sabtu ini. Alhamdulillah, rezeki ustazah ini melimpah ruah. Dan dengan rezeki yang dikurniakan itu, susah payah dia berusaha membantu penghuni-penghuni disini. Semoga semakin murah rezekinya dan setiap satunya menjadi saham yang berterusan di akhirat kelak. Moga-moga ini juga menjadi peringatan buat kita semua kerana firman Allah swt :

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” Al-Baqarah 195

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah 261.

Saham yang takkan pernah rugi!


Sempat lagi ustazah terangkan pada kami pasal emas. Yang dipanggil emas 10 itu apa, emas 916, apa ntah lagi, macam-macam ada! Gelang-gelang batu permata yg bersinar-sinar, Cincin-cincin yang berkilau-kilau. Harga pun lebih murah dari di pasaran sebabnya ustazah kata dia takde kedai! Orang yg berniaga kat kedai-kedai tue banyak maintenance kedai yg nak kena tampung. Sewa kedai pun dah RM 18 000 sebulan. Pantas minda ku mencongak harga! Padanlah mahal sangat. Dan harga makin naik dari hari ke hari. Satu cerita yang menarik dari ustazah, seorang sahabatnya, pensyarah yang ceritakan, pelajarnya membeli emas RM30 K ketika awal2 pengajian dgn menggunakan duit PTPTN, habis pengajian 3 tahun, dia jual balik emas dia, dapat RM90 K, setel PTPTN pun banyak lagi baki! Fuhh!

Psst, ada satu cincin yang aku berkenanlah. Siapalah agaknya yang akan sarungkan cincin tue ke jari manis ku ini? Dimanakah anda wahai putera ku?Lalalalala~

Berada di sana hingga Asar. Aku berpeluang berdua dengan salah seorang penghuni, Syu(bukan nama sebenar). Tak banyak yang aku bualkan, sekadar berkisahkan keluarga dan pendidikannya. Dia seorang yang manis,cantik dan sangat baik. Limpahkan rahmat Mu ya Allah.


Pulang dari Taska, solat Asar. Ooh, aku terlupa. Hari nie birthday Ain (bukan nama sebenar). Dan kami semua berpakat untuk membuat surprise padanya. Yang lain-lain buatkan kek coklat. Bila pulang, kek tersebut dah siap, tinggal Kak A hiaskan. Sangat cantik!

Aku kuar lepak-lepak dengan beberapa orang sambil dukung Mal( bukan nama sebenar), setahun 3 bulan. Sangatlah comel budak nie! Sangat senang dan peramah dengan orang! Buat lah apapun,xmenangis langsung,duk diam-diam,suka senyum, bulu mata lentik. Moga-moga anakku nanti pun mudah urus,dengar cakap camtue jugak,hehe.


Ada yang datang dari Kelantan. Jadi,gapo lagi, gege la jugok jupo saing gak,hehe. Petang nie banyak tips yang aku dapat! Petua/ pantang larang semasa mengandung dan terutama selepas beranak! Dan mereka belajar dari pengalaman sesama mereka sendiri. Yelah, mana ada mak ke,mak mertua ke,atau orang-orang lama yg nak mengajar mereka. Satu persatu mereka citerkan kalu tak ikut pantang larang apa yang akan mereka rasai. Tapi tue pun dorang pantang seminggu dua je. -_-“

Sambil duk cerita pengalaman masing-masing ketika melahirkan, tetiba ada yang berkata, “ Orang-orang yang kat rumah nie takde pun yang beranak susah!” Erk. Aku terkedu.


Planning nak wat surprise selepas Maghrib menjadi. Menangis Ain walaupun dia dah dapat agak, kuikuikui. Bukan aku yang merancang, tetapi rakan-rakan mereka sendiri. Aku makan jugak walaupun tahu risiko kepeningan yang akan dihadapi agar dapat menyenangkan hati-hati mereka. ^_^


Menanti isya’, sempat berbual dengan Nabila (bukan nama sebenar), Umair, sebulan 16 hari demam, menangis-menangis si kecil itu. Diam sekejap di pangkuan ku, kemudian menangis balik, dan terus kuat, aku serahkan balik pada ibunya, takut aku!Huhu. Aku tanya dia pasal breastfeeding.

“1st time tue, nurse ada la ajar sikit-sikit, sekali tu jelah.”

“Dua minggu jer kuar susu. Lepas tue makin sikit dan terus takde”

Dalam fikiran aku terasa pelik.

“ Yang sebelum nie pun camtue jugak, mungkin sebab kami masih muda kut”

“Mandi, cara jaga takde ajar. Dia bawak Umair g mandi, tapi dia tak tunjuk pun camane. Jadi, kat rumah belajar sendiri jelah.”

Ermmm.


Damai doa solat isya’ diimamkan oleh Syu malam nie. Sebak terasa. Aku cuba mengawal emosi agar tidak menangis. Doa nya ikhlas memohon keampunan. Dan terkeluar juga airmata apabila dia mendoakan agar kasih sayang anak-anak mereka walaupun dah diserahkan kepada keluarga angkat tetapi biar berkekalan sehingga ke akhir usia. Kasih sayang seorang ibu!

Kepala mula pening. Masa untuk beristirehat.

-11.00pm, 19 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-

Tuesday, July 19, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 1-

CATATAN AN-NUR: 1

“Aku menulis agar ianya menjadi teladan. Aku menulis agar ianya menjadi iktibar. Untukku dan orang lain mengambil pengajaran. Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hindarkan ku dari sifat-sifat yang tidak patut hinggap di hati dalam mencari keredhaanMu”


16 Julai 2011

22. Makanya sudah lebih 9 tahun aku menanggung dosa pahala sendiri. Terasa begitu banyak masa disia-siakan, begitu banyak dosa yang dilakukan berbanding pahala, sedangkan waktu kematian itu semakin hari semakin mengejari.

Di hari lahirku kali ini, satu lagi pengalaman berbeza. Tempatnya di IIS, Setiawangsa. Pemikiran ku disentap! Kursus Perbandingan Agama kedua ini benar-benar memberi cabaran buat ku. Dua hari berlangsung dengan padat dan penuh berilmiah.


17 Julai 2011

Usai FCR 2, abang ku membuat kejutan. Nak belanja jugak adik kesayangan dia nie,hehe. Singgah sebentar di Restoran Tasik Indah.

“Kesian kat kura kecik tue, takdapat pun nak makan,dan ke hok besar jah sokmo!”
“Hg takpayah la nak kesian ke ye. Ye duk dalam tue lama dah,bukannyer orang g campak dia masuk dalam tasik tue,tahu la tue dia hidup”

Sentap! Kita juga begitu kan? Dah lama kita dilahirkan. Kenapa perlu menagih simpati? Mengharap tumpuan orang? Kenapa tidak kita jadikan pengalaman hidup kita sebagai pedoman dan iktibar untuk melalui hari mendatang?

Usai makan, hati masih lagi berdebar. Debaran yang telah dinanti semenjak beberapa bulan lalu. Keputusan yang dibuat akan menjadi realiti tidak lama je lagi, insyaAllah.

Melalui jalan gelap-gelita dengan GPS yang masih kolot tak update latest jalan, membuatkan BP ku makin tinggi. Kenapakah ku ingin pergi? Benarkah keputusan ku ini?

Jam pukul 11.30 malam, sampai ke tempat yang dituju.


18 Julai 2011

Hari ini bakal bermula. Hati masih lagi mendendangkan lagu rock 80 an. Terngiang-ngiang, terlintas-lintas. Satu ayat suci al-Quran yang membuatkan aku membuat keputusan ini. Ayat 1-4 surah an-Nur, benar-benar memberi peringatan buat sekalian manusia, dengan peringatan-peringatan yang lantang dari Allah Maha Berkuasa. Tanpa diduga, air mata mengalir, cukup indah, sangat menyentuh hati, ayat ke-5 an-Nur benar-benar membuatkan mana-mana insan terasa rahmat Allah yang sangat terbentang luas. KeampunanNya yang dijanjikannya sangat besar untuk semua umat manusia yang beriman.

Ingin ku dekati mereka. Ingin ku bicara pada mereka yang mereka boleh jadi lebih mulia dari mana-mana ustaz dan ustazah! Ingin ku selami hati mereka.

“Akak, sy kena wat ngape kat sini?” Jujurnya, aku tidak tahu apa tugas yang perlu aku lakukan disini.

“Takpe, hari nie awak rehat-rehat dulu. Rileks dulu, nanti akak gtau”

Setiap masa berharga, takkan ingin ku persiakan peluang ini. Dah sampai jauh-jauh, takkan nak duduk diam-diam jer. Ku membaca segala apa yang mampu ku baca tentang tempat ini, cuba mencari maklumat-maklumat serba sedikit tentang rumah ini.

Dah taktahu nak baca apa, nak selidik apa. Maka aku pun online, reply wishes birthday dari rakan-rakan di facebook,hehe.


Aku kini di rumah perlindungan wanita Islam. Maksud lebih mudah, disini ada penghuni muallaf (sekarang seorang) dan penghuni mengandung anak luar nikah samada hasil zina ataupun rogol.

Setiap masa dan setiap saat fikiran ku tidak lekang dari berfikir bagaimana dapat ku dekati mereka. APa yang patut aku sampaikan dulu? “Zina tu dosa besar! Masuk neraka!” “Tulah sape suruh tahu buat, sekarang baru nak cari taubat!” sedangkan hati-hati mereka sekarang telah pun mereka dalam keinsafan. Atau “Rahmat Allah itu luas..” “Takpe,takpe, doa banyak-banyak,insyaAllah..Allah itu Maha Pengampun” sedangkan mereka langsung tidak berasa berdosa dengan apa yang pernah mereka lakukan! Buntu!

Disini ada dua buah rumah. Saling bersebelahan. Rumah utama untuk warden, muallaf dan penghuni yang dalam pantang, rumah sebelah untuk bakal-bakal ibu.


“Mizah, tolong angkat telefon akak tue, kut-kut pejabat agama yang col,” kedengaran suara dari satu tempat.
“Haa, aku nak cakap apa kat dia..err,” hati ku makin pandai berkata-kata.

“Assalamualaikum..saya ustaz **** dari Pejabat Agama ****, …”

“Errr, saya bukan ****, saya baru sehari kat sini”

“Ohh, nie warden baru ke? Ok! Camnie ustazah..”

Adeh, ustazah la plak. Panggilan yang aku paling sensitive untuk dipanggil pada diriku. Sangat tak layak! Aku even sekolah agama pun sebulan jer,pastu lari!

Waktu yang digunakan jugak untuk berbual-bual dengan saudari muallaf disini, bual ringan-ringan dulu.

“Mizah, muallaf tu buleh awak nak layan dia bercakap, tapi dia “kureng” sikit. Kalu dia citer pasal lelaki-lelaki, awak jangan layan”

“Gulppp!”

Usai Zohor, mengadap buku Solusi di atas meja, waktu yang sangat mengantuk! Fuhhh~ Kakak warden yang ku kenali dan yang telah membawa ku mengenal jemaah keluar kerana menghantar seorang penghuni pergi wat checkup di klinik swasta.

“Kak, g klinik kesihatan ke?

“Hohoho, nurse di klinik kesihatan lebih pandai dari doc-doc.”

“Haaa?” Keblurran lagi!

“Kepoh! Kecoh!”

Ooh.


“Awak dari Kelantan kan? Mesti tau pondok pasir tumboh kan? Awak pernah belajar kat situ tak?”

“Haa,tau-tau. Pernah la belajar sekejap. Kenapa?”

Maka, sesi luahan perasaan selama hampir 2 jam pun berlangsung.

Hati tersentuh. Ya Allah, besarnya ujian dia!

Banyaknya yang ingin ku katakan, tapi ku biarkan telinga ini setia mendengar. Apalah sangat 2 jam berbanding 5 minggu yang aku akan basuh cukup-cukup! Hohoho~ InsyaAllah.

“Mizah! Jom g hospital, discaj!”

“Erkk..sekarang ke kak atau lepas Asar?” Jam kelihatan lagi 10 minit nak Asar.

“Sekarang!”

Inikah maksud standby 24 jam yang pernah dikatakannya dulu ketika ku menyampaikan hasrat ku? Ataupun saat jadi bidan kerana tak sempat nak hantar ke hospital? Gulpp!

“Baik kak!”


Dalam kereta. Beberapa soalan dapat jumpa pasangannya yakni jawapan. Ingat kan makin lega, tapi…

“Peraturan 1 bla,bla,bla..Peraturan 2 bla,bla,bla..Peraturan 3 bla,bla,bla.. Pagi dorang kelas, waktu petang tue awak buleh la mengajar dorang. Ikut la,ibadah ke, awak nak wat kelas perbandingan agama pun boleh. Nanti lepas maghrib taaruf k. Pastu, dengan dorang , awak xleh dah nak husnulzhon2..budak2 dalam jemaah besenyer lembut2,husnulzhon2..nga dorang awak kena banyak waspada,kena ada syak wasangka, dorang kekadang,ada yang pandai berlakon..depan mak ayah lain,depan kita lain,kat luar lain..nie berdasar pengalaman akak jaga kat sini..”

Silibus sendiri! Kena syak wasangka! Adeh! Korang faham tak situasi aku nie?? Its not easy ok!

“Baik kak, insyaAllah, saya lakukan apa yang termampu”

Rasa macam nak pusing aircond kete tue ke level 4,cuak giler beb!

Pulang dari hospital bersama ibu muda, disambut oleh bakal-bakal ibu. Senyuman semanisnya ku lemparkan pada mereka. “Apa ko ingat senyuman ko tue menawan sangat sampai boleh memikat mereka boleh dengar cakap ko?” Entah dari mana suara tu datang! Down spirit betullah!

Sembang-sembang sat. “Awak, hari tue masa WF(seorang sahabat ku) datang, awal-awal dia ngajar kelas, budak-budak nie kata bosan. Pastu dia wat games, seronok! :D” kata salah seorang penghuni dengan penuh pengharapan yang dah lebih setahun berada disini kerana tiada tempat tujuan. Polisi di rumah ini, hanya benarkan tinggal paling lama 6 bulan, tapi dia, tiada tempat penggantungan.

“Mati aku! Mesti WF dah wat macam-macam modul. Modul aku nga dia lebih kurang jer, dah kitorang selalu share-share modul, adoi!”

Oh! Aku belum solat asar!

Lepas mandi, sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa bersama saudari muallaf. Luahan hatinya masih belum habis lagi rupanya. Telinga ini ku tadahkan bersama suapan yang sungguh enak.

“Saya dah beberapa hari pergi kaunseling. Pergi sana asyik menangis jer. Tak dapat nak cerita. Sekarang rasa lega, dapat citer. Saya mintak maaf saya banyak cakap..”

“Ohh,takpe,takpe :)”

Lantas citer terus bersambung hingga jam pukul 8pm! -_-“

“Akak tau tak, dalam al-Quran, Allah ada beritahu kat kita semua, dalam surah kedua, Al-Baqarah ayat 216, Allah pesan cukup manis pada kita, ‘boleh jadi…..Allah Maha Mengetahui sedang kita tidak tahu’” Kesian ku padanya. Dia salah faham tentang konsep istikarah. Ya Allah, kurniakan ku lisan yang jelas dan ilham dari Mu agar dapat ku perbetulkan salah faham itu.


Sekarang, semua mata 12 atau mungkin 23 orang (1 muallaf, 11 wanita, 11 baby dalam kandungan) sedang memerhati aku. Aku masih terasa senyuman ku cukup manis, hehe.

Taaruf bermula dengan baik sekali pada ku. Aku cuba sekeras-kerasnya tidak menilai mereka apa-apa. Apa yang mereka lakukan ,itu adalah urusan mereka dengan Allah, bukan tugas aku. Memang sukar. Sukar kerana tidak tahu situasi mereka, tidak tahu apa perasaan mereka, menyesal? Masih seronok? Takut?


Aku mengambil keputusan untuk mendengar. Masa masih panjang untuk ku merancang. Tak kenal, maka tak cinta, insyaAllah :)

Kebiasaanya lepas maghrib, selang semalam, akan ada slot tazkirah..yakni disampaikan secara bergilir-gilir di antara mereka. Jadi,malam nie aku bertuah, malam nie malam yang ada tazkirah! Permulaan yang baik untuk mengenali!

“Nak gtau tau, akak tak belajar sekolah agama. Kalau yg datang sebelum2 nie boleh lah mgajar bahasa Arab ke,tapi akak tak pandai. Akak cuba sampaikn apa yg akak tahu jelah eh,yang tak tahu tu akak kan try tanya orang lain k.”

“Takpe..takpe..akak ajar kitorang sains pun takpe. Kita suka pasal sains! Nanti boleh tanya pasal2 kesihatan jugak :D”

Erkkk, pengsan! -_-“

“Nak dengar satu cerita tak?” Aku pun rasa sangsi nak bercerita atau tak. Ini usrah luarbiasa. Usia ada yang belasan tahun, ada yang dah hampir mencecah 30 an..suka ke dengar cerita-cerita nie? Aku tawakal pada Allah agar kisah itu meninggalkan kesan di hati mereka, jika bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti.

“Ustazah..saya nak tanya..”


Hati memanjatkan kesyukuran. Walaupun terasa sensitive dengan panggilan itu, tapi aku mengalu-alukan pertanyaan mereka. Aku cuba menjawap apa yang aku tahu dan katakan tidak tahu pada apa yang aku tidak tahu. Aku benar-benar mahu menjaga hati ku,niatku,pertuturan ku, agar apa yang disampaikan datang dari hati akan sampai terus pada hati mereka.


Isya’ menjanjikan ketenangan dan suatu pengharapan. Perancangan 5 minggu ini masih belum ada. Tapi aku yakin, Allah akan bantu.

“Akak nak dukung Umair buleh? Tapi kan..tapi kan..akak tak pandai pegang baby! Waaa~”

“Haha! Takde adik kecil ke? Camnie lah kak..”

Manis senyumannya. Lakonan ku menjadi. Cuma, bab tak pandai pegang baby tu kenyataan,tak dapat disangkalkan lagi,huhu. Tapi, Umair akhirnya tertido dalam pangkuanku! :D


“Kak, saya nak tanya, betul ke kalu antibody lemah, kena makan buah langsat?”

“Haaa? Takpernah pulak akak dengar”

“Saya selalu sakit,senang kena demam. Pastu, saya takboleh tengok orang marah-marah, tengking-tengking, kalu tak mesti sakit kepala, demam.”


Now i understand what she tries to say. Korek punya korek, ternyata sangkaan ku betul. Ayahnya panas baran,sejak kecil dia dan ibunya kena pukul,mereka dah bercerai..dan dari satu cerita ke satu cerita dilafazkannya.

Langsat juga jadi pemulanya.

Bukan langsat jer. Macam-macam. Bawang pun ada.

Hati ku tersenyum. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami.


Sebelum melangkah ke rumah utama,

“Kak, hari last WF kat sini, kami dapat merasa air tangan dia. Dia masak nasi kerabu.”

Erkkk!


-11.50 pm, 18 Julai, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-

Fakta : 2008, pelatih di RS 66 orang, 2009, pelatih di RS 86 orang