Saturday, December 13, 2008

-SeDaaaaP!-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam masakan..salam aurora..


Hehe..satu peluang!..hihi..actually..sedih jugak..hmm..rabu-10hb12..mie and 2 0rang abangku-man and acik kena tinggal kat umah..huhu..ayoh ada urusan kerja kat penang..yang leh ikut omi,bihah and faiz je..huhu..tinggal la kami 3 beradik kat umah..huhu..dan dorang ambik kesempatan untuk ziarah kubur arwah adik(alfatihah)..a'a..rindu kat siti..dah lama sangat kak imie tak ziarah siti..siti apa khabar?..kak imie doakan siti bahagia kat sana ye..insyaAllah kita kan jumpa lagi kelak..kak imie teringin sangat nak jumpa siti..rindu sangat.....

Continue balik..kat mana nak sambung ye..hehe..so, memandangkan omi takda kat umah and just tinggal mie and abang2 mie je,jadi terpaksarela la melakukan beberapa tugas rumah termasuk memasak..hehe..honestly,memang tak pandai memasak and tak pernah memasak!..biasanya jadi tukang kopek(ke kupas?) bawang, tukang kacau lauk, tukang kacau omi masak and yang paling penting tukang makan..hehe..bukan taknak belajar memasak tapi memang takda peluang nak tunjuk skil(poyo!)..memandangkan peluang dah terbuka luas,seluas-luasnya aku menakluk dapur itu..heee~

Inilah realiti..mie berani gerenti ramai kaum hawa diluar sana yang tak pandai memasak terutama pelajar-pelajar IPT(macam mie la!)..ramai..bukan semua..ada jugak yang pandai..tambah-tambah lagi yang duk hostel, ada pembantu rumah atau mak yang teramat rajin(macam omi..hehe-ambik kesempatan ni!)..adik-beradik mie sendiri..bila dah kena duduk rumah sewa baru start belajar masak..sebab dari kecik duk hostel(tapi mie duk rumah je dari kecik..tak pandai jugak masak..adeh..)..sorang kawan pernah cakap..'takpelah mizah..yang penting ada minat nak masak and nak belajar masak'..so..jom kita pakat tanam minat ya!=)


Memandangkan omi dah prepare siap-siap lauk untuk hari khamis..jadi mie tak dapat la tunjuk skil semalam..huhu!..just panaskan lauk and celur sayur je..abang-abangku nih memang kuat makan..habis lauk!..kena la mie masak hari nie..hihihi..takda benda dah dalam peti sejuk tu..jadi i guna je la apa yang ada kat dalam peti karun tu..memandangkan percubaan pertama..jadi wat yang simple-simple je dulu..so..inilah hasilnya!

-aYaM MaSaK KiCaP-

nyam!nyam!=)


komentar - acik je bagi komen..memandangkan dia pandai masak..thanz bro!..man?..asal leh dimakan..makan je la..thanz bro!..sebab habis jugak laukku..hehe..

mie:

>>sedap..
>>ada rasa kicap..bukan rasa kari..

>>kicap agak pekat..

>>masin!..tapi ok lagi la..makan dengan nasi..okla..

>>hiasan..aku main campak jela!

acik:

>>kicap nie pekat nie..kena bagi cair sikit..lagi menarik..

>>masin?..ok dah ni..

result - acik cairkan sikit kuah dia..better!=)

ni dia resepi suka hati mie..hehe..

-BaHaN-BaHaN-

# 1/2 ekor ayam(potong ikut suka hati la!)

#3-4 ulas bawang merah(tumbuk kasi halus)

#2-3 ulas bawang putih(nie pun kasi tumbuk jugak)

#3-4 ulas bawang besar(yang nie dihiris)

#1 inci halia(hiris pahtu tumbuk)

#2-3 biji cabai(mie tak makan pedas..so,cabai biasa je..kalau suka pedas..letak r cili padi leh gak)

#kicap pekat

#minyak masak

#garam secukupnya(tak berani nak komen..huhu)

#beberapa sudu serbuk kunyit

#air tapis secukupnya(erk..)

#beberapa hiris cili cupsicom hijau(betul ke eja ni?)

-JoM MaSaK!-

1. Potong ayam dulu comey-comey dan bersihkan.

2. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Pahtu goreng sehingga hampir-hampir masak, 2/3 masak pun dah ok dah, cuma mie bimbang ayam mie tak masak je..hehe..Kemudian ketepikan dulu.

3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili yang ditumbuk halus tadi sampai naik bau. Masukkan kicap pekat.

4. Kemudian masukkan ayam dan air. Goreng sampai ayam masak.

5. Akhir sekali campakkan cabai, bawang besar dan cupsicom yang dah dihiris ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.

6. Nyam..nyam..dah boleh makan!=)


-DaGiNG GoReNG BLaCK PePPeR-

sedapnyeeeeerrrr!

komentar - nie percubaan kedua buat daging black pepper..kedua-duanya guna resipi sendiri..biasanya buat daging goreng biasa je..first time try..masa cuti lepas matrik..fail!..betul!..kena basuh balik daging tu..pahtu goreng cam biasa..istilah lain..recycle balik..kali ni..wah!..success!..alhamdulillah=)..sukanyaaa....

mie:

>>sedaaaappp bangat..yuuhuuu..

>>pedas lada hitam..huhu..tapi tetap sedap..

>>daging ada yang liat..ada yang tak..hihi..tak tau..ada yang tersalah potong kut..

acik:

>>emm..oklah..sedap

result - laju je habis..hehe=)

Memandangkan resipi sendiri..so, rahsia untuk tatapan umum..hihi..kalau ada yang nak resipi(ada ke?)..buzz mie k(ym-mimie_best89),(gt-mimie.mizah),(skype-mimie_mizah)..poyo je..macam chef lak..ahakz~


Dari Abu Hurairah r.a. Berkata:

“Tidak Sekali-kali Rasulullah s.a.w Mencela Makanan. Jika Baginda Menyukainya, Maka Baginda Makan. Jika Baginda Tidak Menggemarinya, Maka Baginda Tidak Makan”

[HR Bukhari dan Muslim]

Wednesday, December 10, 2008

-eiD aDHa YaNG BeReRTi BuaTKu-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam pengorbanan..salam eid adha..salam aurora..

pandai lembu nih posing..

Alhamdulillah..mie dapat merasai sendiri apa yang diperkatakan orang sebelum nie..'raya haji
kat klate ni macam raya posa
tau..meriaahhh'..betul..betul..betul..bahang kepenatan nya masih dirasai..huhu..kali ini omi yang tunaikan qurban..kali pertama mie menyaksikan semua tatatertib ibadah qurban ini dilangsungkan..hehe..sebelum nie tengok dari jauh je takut kena kejar kat lembu..hehe..alhamdulillah..tak sabar nak masuk the next step..practikal..(",)

Hmm..suatu perkara yang merisaukan mie..mana tenaga anak-anak muda kita?pada hari kejadian..yang ramainya kaum hawa..kaum adam yang ada pun sebaya ayoh dan beberapa orang pemuda kampung..itu pun terpaksa tunggu berjam-jam..tunggu tukang penyembelih datang..ayoh nak sembelih takda pisau yang sesuai..tak perlu mie persoalkan orang lain..abang-abangku sendiri..adeh..selagi boleh selagi itu dielaknya..adei~

ayoh segak berbaju ungu=)


-eiD aDHa YaNG BeReRTi BuaTKu-

Kenapa? Tak sama ke dengan before-before this?..Memang tak sama..jauh sekali perbezaannya..kenapa dan mengapa sukar sekali untuk digambarkan..pelbagai perkara yang dilalui sebelum 10 zulhijjah membuatkan raya aidiladha ini cukup bererti buat diriku..bermacam-macam peristiwa yang berlaku yang menuntut seribu satu pengorbanan..kesabaran..10 zulhijjah 1429H..tarikh ini meninggalkan suatu pengertian dalam diriku..kepada sahabat-sahabatku..jazakumullahu khair atas semua message-message perjuangan dan pengorbanan yang dihantar..maaf kalau ada yang tak dibalas..tak prasan kredit habis..huhu..semoga diri ini dan sahabat-sahabat fillah sekalian terus istiqomah dalam arus perjuangan ini yang sentiasa menuntut pengorbanan..

..Labaikala syarikala kalabaik..

Pengorbanan kita tak setanding Nabi Ismail a.s,

Perjuangan kita tak sehangat perjuangan Rasulullah s.a.w,

Namun teruskanlah, istiqamahlah,

Kerana masih ada nilainya disisi Allah..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

(-jazakallahu khair buat yang kirimkan ucapan ini-)

-aiDiL aDHa KaLi iNi-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam eid saeed..salam aurora..




'hang kat mana nie?'kat umah la..esok kan raya..'raya?raya apa?'esok kan raya haji..hang tak tau ke..'aku tak rasa cam raya pun'..suatu perbualan sehari sebelum raya dengan seorang kawan lama mie..hmm..mie tak dapat nafikan..ketika menatap di pulau pinang, mie sendiri tak merasai kehangatan eid saeed ini..terlalu hambar..cuti sempena hari raya aidil adha ini pun sekadar sehari di negeri tersebut..langsung tak berpeluang nak balik kampung..hanya terasa cuti untuk rehatkan diri..sedangkan 10 zulhijjah membawa erti yang terlalu besar dalam kamus seorang muslim..pengorbanan..perjuangan..keikhlasan..suatu kisah yang perlu diimbau kembali..yang perlu diingati...


Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu.


Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
'Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu'.(surah as-saaffat ayat 102)
Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar'.(surah as-saaffat ayat 102)
Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
'Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)'.(surah as-saaffat ayat 103).


Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah SWT telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.'(surah as-saaffat ayat 104-111).


Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Get this widget Track details eSnips Social DNA

HAIKAL-ERTI PENGORBANAN

Apa erti jihad tanpa pengorbanan

Apa erti kata-kata tanpa dikotakan

Nabi Ibrahim lambang kejujuran

Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan

Apa erti cinta tanpa pengorbanan

Nabi Ismail contoh tauladan

Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah

Beribadah mengingati sejarah

Berlutut di Baitul Kaabah

Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat

Yang kaya atau melarat

di hadapan Yang Maha Perkasa

Tiada Rasa Ingat Akan Allah Tanpa Ujian,

Tiada Rasa Kehambaan Tanpa Kepasrahan,

Tiada Rasa Pergantungan Tanpa Kepayahan,

Sesungguhnya Allah Memberi Kemudahan Dalam Kepahitan.

Friday, October 3, 2008

-SYaWaL KeMBaLi LaGi-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam aidilfitri..salam kemaafan..salam aurora..

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"..ucapan ini sokmo ditujukan pabila tiba hari raya..mie pun nak ucap benda sama gak..hehe..ianya seumpama suatu tradisi yang wajib dilafazkan takkala hari raya..bukan setakat jalan kat kota bharu je kena sapu roti, tapi sms pun jam gak..naik pening handphone ku..huhu..cian cayangku nie..sebut pasal sms raya,fuuhh..banyak+kasiran,hmm,maybe sebab dah bertambah saing-saing-saing..thanxz lotz frenz=)..alhamdulillah,sempat balas semuanya,kalau ada yang belum dapat tu,maybe sesat kat mana-mana tu kut..huhu..tapi..tertanya-tanya mie..apa tema sms raya tahun ni?pantun ke?wahh..majoriti sms raya yang mie dapat semuanya berbentuk pantun..apesal yerk?..

Lagi satu,jalan-jalan kat klate tahun ni pun lain macam je..kalu sebeluum ni,certain-certain tempat je yang jam,kali ni,kat mana-mana pun jam,dasat-dasat..makin bertambah+++ lak kereta,nak keluar raya pun susah..orang-orang luar terutamanya dari KL agak kesian la..duk KL jam,balik kampung pun jam..huhu..adakah kejaman ni melambangkan klate kian maju?..


Hmm..tahun ni first time raya kat klate..eh,bukan..raya kat umah sendiri kat klate..umah baru..hehe..alhamdulillah,walau umah ni tak sama cam umah kat terengganu(best kat ganu agih,huhu)..tapi,amat selesa la jugak,darabxx(asyik tambah je,darab la pulak) dah masuk internet sekarang,hehe..aduh,anak-anak zaman sekarang..macam iklan petronas tahun ni..haaa,sebut pasal iklan raya tahun ni..ya ampun,sejak balik cuti,tertunggu-tunggu iklan-iklan dari company-company besar macam petronas and telekom(eh,TM dah sekarang) and lain-lain lagi la..tadi baru first time tengok iklan raya petronas tahun ni..tu pun jumpa kat UTube..kat tv,tarak pun..huhu..agak kecewa tahun ni,selain TM,iklan lain cam tak best je,ada jugak yang ulang yang tahun-tahun before this,adei..-iKLaN PeTRoNaS-(tak reti r nak download dari utube,tak biasa bukak,huhu)..overall,iklan raya tahun ni down je belake..kenapa ek?..

Sudirman (Balik Kampung)

Perjalanan jauh tak ku rasa

Kerna hati ku melonjak sama

Ingin berjumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya

Deru angin turut sama berlagu

Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girang

Ho ho... Balik kampung (3X)

Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang

Satu-satu tersemat di kalbu

Pasti terubat rindu di hati

Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Antara raya kat terengganu,penang and kelantan,yang mana best yerk?masing-masing ada kemanisannya..tapi tak dapat dinafikan lebih best bila tinggal kat terengganu,dari ganu,naik kereta ramai-ramai balik beraya di kelantan(dulu-dulu,asyik mabuk kereta je)..tahun ni,mie sayu je dengar lagu balik kampung(sudirman),ye la,tak terasa balik kampung pun..sebab dah stay and study kat kampung!huhu..lagu yang best tu pun jadi tak berselera nak nyanyi..huhu..takpelah,jimat duit takyah beli tiket=p..rindu kat kawan-kawan,sahabat-sahabat kat ganu,penang..teringat kenangan-kenangan raya di matrix pahang..


JoM KiTa RaYa!!?

Wahwahwah..tahun ni raya lain sikit..raya macam tak raya tapi sakan jugak raya..macam mana tu yerk?adei..hati tak berapa nak raya,tapi luarannya,bukan main sakan lagi raya..huhu..boleh ke macam tu?ntah le..hal yang belum pasti dan belum selesai sebelum raya menyebabkan tak berapa nak selesa raya..tapi,raya tetap raya sebabnya hari raya ialah hari kita bergembira dan bersuka ria. (Sebab itu setengah ulamak tidak bersetuju bahawa pada hari raya kita menziarahi kubur, nanti kita sedih, menangis)..
-Bergembira kerana telah berjaya menunaikan sebulan puasa.
-Bergembira kerana dapat makan minum.
-Bergembira kerana berpakaian baru.
-Bergembira dapat bertemu sanak saudara.
-Bergembira dalam batas yang ditentukan oleh agama(syarak) dan tidak melampau serta tidak lalai mengingati Allah.


حَدِيثُ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ

*Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum muslimin * Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah sangat-sangat menyayangi kita..buktinya?terang tang-tang depan mata..dua bulan yang Allah kurniakan untuk mengampuni dosa-dosa hambaNya..Allah anugerahkan ramadhan,untuk kita mohon ampun direct ke Dia(hablun minalAllah)..bulan syawal untuk kita mohon ampun sesama manusia(hablun minalnas),semuanya Allah rencana yang terbaik buat kita..semuanya untuk kita!Allahu Akbar!

1 0kt0ber, 1 syawal..kali ni semua adik-beradik ada..berkurang sorang(arwah adik)..bertambah sorang(abang ipar)..lepas je alas perut dalam pukul 8.20pagi(agak lewat dah ni),dua buah kereta bergerak menuju ke masjid kubang kerian untuk solat sunat hari raya aidilfitri..lepas tu balik umah,bermaafan(tradisi ni),then keluar ke umah tok berkumpul ramai-ramai..macam family lain jugak,meriaaaahhh=)..malam tu,kitaorang wat bbq keluarga..fuuhh,penaaattt..huhu..malam ni takda gambar,semua membusykan diri,masing-masing diberi tugas oleh diri sendiri..tukang membakar,tukang menggoreng,tukang wat black pepper sauce,tukang perap,tukang membasuh..and mie yang biasanya jadi cameragirl terpaksa bertugas menyiapkan bahan-bahan untuk dibakar(ayam,sosej,fishball,ball-ball)..power of rafiuddinz famili!bersatu!=]ntah apa-apa la kan..Esoknya(raya kedua),konvoi ke sanak-saudara sebelah ayoh pulak..rutin tahunan..tiap kali raya kalau balik klate,ayoh akan bawa ke semua rumah sanak-saudara ayoh..tapi tahun ni kurang sikit sebab jalan jam,huhu..ayoh anak bongsu dari lapan adik-beradik..kitaorang ni dah sampai jadi moyang sepupu dah!jadi akan terasa la ketidakkenalan sanak-saudara sebelah ayoh..huhu..raya ketiga buat open house(jadi tukang basuh pinggan,huhu)..untuk sanak-saudara and jiran-jiran..salam ukhuwah buat jiran-jiran baruku=)..


abg ipar(abg dd) dapat duit raya!

Money..money..money..lagi bertambah umur lagi bertambah duit raya kan?hehe..banyak la ko mizah..hehe..tahun ni still dapat duit raya..segan jugak nak terima,tapi suka jugak=p,hehe..kebiasaan mie,untuk adik-beradik,mie akan bagi benda bukan duit..rasa lebih bermakna buat camtu..tapi,insyaAllah,tahun depan mungkin berubah..hihi=p..lepas ni,dah habis cuti..busy dengan exam pulak,huhu..doa-doakan ku selalu ye=)..wassalam


Upin And Ipin Punya Keluarga,

Salam Lebaran Ucapan Bicara,

Sesiapa Saja Ceria-ceria Sentiasa,

Selamat Bertugas Di Hari Raya.

(pantun ini khas buat yang terpaksa bertugas pada saat-saat orang lain bergembira di hari raya,semoga pengorbanan anda memperoleh nilai yang bermakna dan suatu yang berharga=),-mimie)

Monday, September 29, 2008

-aKTiFKaN RaMaDHaNMu-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam aurora..



'Mizah, update la blog kamu..kosong je..sama je..'..huhu..bukan taknak update la sayang..tapi tak berkesempatan..lagipun blog ini buat masa ini masih belum mampu dijadikan salah satu medan dakwah..jadi, hobi ini belum punya alasan yang kukuh untuk dihinggapi selalu..hmm, mungkin ini bukan kemahiranku..atau mungkin belum lagi..hehe..tapi, betul, mie akui, berdakwah secara tulisan memerlukan kelengkapan dari segi ilmu, ilmu untuk menyampaikan dan menarik perhatian untuk dibaca..apapun caranya, kewajiban ini sewajibnya dilaksanakan..bil hikmah bi kemahiran-kemahiran yang kita ada..betul tak?

Seperti yang mie katakan..dalam mengharungi pelbagai cabaran pada waktu yang mendewasa dan mematangkan diri ini..mungkin blog ini menjadi mangsa tempat luahan rasa hati dan perkongsian pengalaman..belum masanya membentuk suatu medan dakwah yang utuh..jadi kepada sahabat-sahabat yang sentiasa ternanti-nanti coretanku..maaf dipinta jika ianya tidak menepati kehendakmu..namun kan ku cuba untuk membaiki diri, menopup ilmu, memantapkan keyakinan seperti yakinnya kamu dengan diriku..betul..betul..betul..setiap manusia itu punya kelebihan dan kelemahan..yang lemah kita lebihkan..yang lebih kita mantapkan..yang mantap kita sempurnakan..kerana manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian..

-aKTiFKaN RaMaDHaNMu-

Tajuk yang sangat bertepatan..terima kasih kepada abg afzan atas perkongsian idea ini..sangat bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan..suatu aktiviti yang direncana tanpa diduga dan alhamdulillah akhir ianya berjaya..mungkin terdapat beberapa kelemahan dari segi pengurusan..namun dalam versi percubaan pertama..boleh mie katakan ianya hanya sekecil cebisan berbanding dengan segunung kejayaan..tahniah!..tahniah kepada ahli-ahli skuad kerohanian batch Pusat Pengajian Sains Kesihatan Tahun 1(skb ppsk 1)..walaupun skb ini baru sahaja ditubuhkan dan tarafnya menjadi tanda tanya semua pihak(???)..namun anda semua tidak gentar dengan halangan yang mendatang walau baru bertapak di usmkk tidak sampai tiga bulan..tahniah!..dan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan..kepada sahabat-sahabat ku..hehe..mungkin tertanya-tanya aktiviti apa lah yang makcik ni bebelkan..rasanya tidak perlu untuk mie rungkaikan segala-segalanya..kerana penjelasannya sudah sedia ada di sini..bukan mie taknak coretkan sendiri tapi dah lewat sangat dah ni!!den mengantuk dah..huhu..

suatu permulaan..
wallahua'allam..selamat malam~


Allah Pasti Menolong

Orang Yang Menolong AgamaNya

-surah al-hajj, ayat 40-

Thursday, September 18, 2008

-RaMaDHaN Ku-


Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam ramadhan..salam aidilfitri..salam aurora..

MasyaAllah..lamanya tak mengepost kat sini,huhu..macam-macam kekangan yang terpaksa dihadapi..semoga Allah tabahkan dan permudahkan segala urusan ku..amin..hmm..ada banyak cerita yang nak dicoretkan..nak mula dengan yang mana yerk?hmmm..


Nampaknya, ramadhan pun dah nak melabuhkan tirainya..tinggal dua hari saja lagi..begitu cepat masa berlalu..tapi, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya bulan tarbiyah ini?tepuk dada, tanya hati, tanya iman..namun, bagiku, ramadhan kali ini memberi 1001 makna..sukar untuk ku interpretasikannya dalam bentuk nyata..pasti, dalam mengharungi bulan yang penuh cabaran ini, kita akan mengimbau peristiwa-peristiwa lalu yang berlaku, bukan sekadar sirah para nabi, bahkan juga pengalaman diri..samada suka atau duka..

Kenangan-kenangan bersama arwah adikku sentiasa menerjah diri pabila tiba bulan yang mulia ini, saat-saat azan maghrib berkumandang, teringat akan tanda-tanda yang tidak difahami tapi amat bererti bahawa dia akan meninggalkan kami sekeluarga..itulah takdir yang wajib kita percayai..dan aku tidak punya kekuatan untuk menyambung tulisan tentangnya walau sudah 3 tahun dia kembali pada yang Esa..al-fatihah buat adikku siti (nurhazwani)..


Apa yang ku ingin coretkan di sini, kisah ramadhan ku pada tahun lepas, cukup manis untuk dikenang, pengalaman pertama berbuka puasa bersama teman-teman bukan bersama keluarga..hehe..dan masih terkesan di ingatan ku, jemputan berbuka puasa bersama orang asli di kg sg mas(kalau tak silap), sg lembing,kuantan, pahang oleh IKATAN dan ABIM PAHANG..pukul 8pagi lagi kami keluar tau(mie, ramizah, husna, ina, mastura dan teah)..hehe..destinasi kami yang pertama adalah taski abim al-husna, pejabat Abim untuk persiapan bahan-bahan masakan(thanz to abg anderil yang ambik and hantar kitaorang)..kami memasak kat sana tau!=p..cukup meriah!..petangnya diagihkan barang-barang keperluan seperti pakaian dan makanan..waktu malam pulak setiap keluarga orang asli di situ menerima sumbangan sekampit beras..hmm..balik kolej hampir jam 10 malam..sah!kena tahan kad matrix sebab balik selepas pukul 7..hihihi..tak kesah pun..dan terima kasih banyak-banyak pada ustaz hamidi(ydp abim pahang), abg najib(ydp ikatan), kak nadirah, abg anderil, kak fizah, afifah dan yang lain-lain sebab jemput kitaorang..it's a very amazing experience!bagaimana agaknya kalian sekarang..kapan kita bisa bertemu lagi?

Hidup Itu Sungguh Bermakna,
Jangan Biarkan Ia Berlalu Sia-sia!

Thursday, August 28, 2008

-KaTa PaLiNG BeRBiSa-

Assalamualaikum...

Tiap kali jari ini bergerak-gerak, tiap kali itulah hati tertanya-tanya..perlu?..wajar?..harus?..patut?..namun, tiada sebarang alunan suara..diam..sunyi..kedu..dan jari meneruskan tugasnya..menerima arahan dari kuasa yang satu..minda..entahla apa yang aku inginkan..kian ku cari, kian ia berlari..semakin ku selongkar, semakin bersepah jadinya..dan aku..terus keliru..bertambah bingung dengan diri ini..nak diluahkan..tersepit..malah..tersempit..bagaimana ingin berbicara..sedang aku sendiri tidak tahu..acapkali..kerapkali..apa yang aku ingin sampaikan..disalahertikan..kata-kata yang tersirat disebalik bicara manis yang tersurat akakku..penuh makna..sekarang aku semakin pasti dengan kelemahanku..

Friday, August 22, 2008

-SaLaM PeRJuaNgaN-

Assalamualaikum..

Salam perjuangan..salam ukhwah..salam dakwah..salam aurora..hehe..

Alhamdulillah..sekarang dah ada blog baru..akhirnya..kehijauan aurora terhasil..hmm..sebelum ni dah ada blog tapi sebab tak dapat bagi komitmen dalam writing, sampai username and passsword pun dah tak ingat nak masuk,huhu..so, harap blog kali nie, tak jadi camtu la, insyaAllah..dah lama nak mengepost kat sini tapi disebabkan kekangan masse, seegalanyer terpaksa ditangguhkan, huhu..nie pun terpaksa mencuri-curi masse ditengah kesibukan kota..huhu..

Kenapa tulis blog?kenapa nak kena ada blog?akak pun takde blog lagi..hmmm..kenapa yerk?kenapa perlunya blog yerk?hehe, tsunami pilihan raya dah buktikan, hehe..sebenarnya, semuanya ada jawapan tersendiri..sama ada ianya jawapan or itz just alasan untuk menyedapkan diri..terpulang..kerana anda ada hak atas diri anda..and for mie..kenapa yerk?hehe, susah jugak nak jawap..baca la blog mie, then anda akan tahu..kekadang kita tak mampu nak berkata-kata untuk luahkan sesuatu, kekadang apa yang disampaikan tak sampai-sampai, kekadang kita mencari teman untuk berkongsi pengalaman, dan sentiasa kita tercari-cari sahabat untuk dapatkan nasihat dan teguran, mungkin itulah antaranya, kenapa perlunya blog..terpulang pada anda..rasa-rasanya awal-awal nie, maybe mie akan post something yang berkisarkan pengalaman..sebab still mencari-cari skill writing..hehe..menulis mesti ada skill jugak tau..


Then, mie ditanya lagi, kenapa 'kehijauan aurora'?, aurora tu apa?, kenapa mesti guna aurora? kenapa aurora warna hijau je?, kenapa dan kenapa dan kenapa..itulah kehidupan..kita dikelilingi oleh persoalan yang sentiasa berlegar-legar..kata orang, semua benda ada pro and kontra..tapi, persoalan-persoalan itulah yang akan menjadikan kita lebih berani untuk mengharungi kehidupan, jika kita cuba untuk meleraikan segala persoalan yang menerjah..dan persoalan-persoalan itu juga yang akan mengundang kecelakaan jika kita terus melegarkan diri dengan soalan-soalan tanpa jawapan..so, menjawap soalan-soalan di atas..hehe..cam skema je..'kehijauan aurora' mempunyai makna tersendiri buat diri mie..makna yang terlalu istimewa..hehe..ketika mencari-mencari tajuk yang sesuai untuk blog, ianya datang tanpa di undang,hehe..seram je bunyinya..jawapannya insyaAllah akan menyusul..dan sekali lagi, segalanya terpulang pada anda untuk mendefinasikannya..

Apa lagi nak tulis kat first post ni yerk?hmm..first post la yang penting sebab ia bagi first impression..pandangan pertama..ye ke?kekadang first impression la yang silap..kekadang pandangan pertama la yang mantap..insyaAllah, i will try my best to make sure my blog will be the best for others and myself..dan..nasihat dan teguran serta pendapat dari anda sekalian sangan-sangat dialu-alukan..kita tak mampu untuk maju jika tiada sebarang komentar dari teman-teman..setuju tak?

Akhir kata, nampak cam skema je kan tulisan mie ni..actuali, mie sedang cuba untuk tak gunakan short form..tapi sedikit-sebanyak tak dapat nak lari jugak, huhu..and so sorry coz mencampuradukkan bahasa and i will campuradukkan bahasa, huhu..kenapa? sebab maybe inilah salah satu cara untuk memantapkan english for me..and pada anda, terpulang..maybe one day, with my own effort, i will write and post something in fully english, insyaAllah..kerjasama anda amatlah dihargai..syukran jazilan kasiran..sebelum kata berakhir, sebelum jari terhenti, maaf dipohon, izin dipinta(hehe)..wassalam..





Hidup Itu Sungguh Bermakna,
Bukan Hidup Tanpa Cabaran dan Perjuangan!