Showing posts with label -MoTiVaSi-. Show all posts
Showing posts with label -MoTiVaSi-. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

-KeHiDuPaN RiNGKaS TaPi SiGNiFiKaN-


Assalamualaikum wrt wbt..
Salam sejahtera..salam aurora..salam keilmuan!

Semalam ada seorang ukhti sharekan artikel ini..


tersenyum mie bila membacanya..kenapa?entah la..namun terasa senang dan suka..mungkin kerana tajuknya "Menyukakan Hati"? ^_^

lantas blog tersebut terus mie bookmarkan..dan pagi nie..sepagi mie menghabiskan waktu dengan membaca artikel-artikel tulisan Prof Kamil Ibrahim..itu pun belum habis lagi..

Siapa Prof Kamil Ibrahim?
^_^

sangat simple tapi penuh manfaat..seperti tajuk blognya..
"Kehidupan Ringkas tapi Signifikan"

mie kongsikan jua dengan anda semua :)


p/s: dunia hari ini makin mudah untuk kita dapatkan ilmu..antara mahu atau tidak sahaja..tapi jua perlu berhati-hati..


Sunday, April 24, 2011

-aNuGeRaH-

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam mujahadah!

Dalam meniti badai kehidupan,
Dalam menepis ketakutan berpanjangan,
Hujahan demi hujanan menimpa,
Satu persatu berlingkar mengelilingi pemikiran.

Mengulangi? pastinya tidak.
Hanya Illahi Maha Mengetahui,
Hanya pada Nya memohon pertolongan,
Mengharap keampunan.

Tabahlah diri,
Kuatkan hati,
Perbaikilah diri dengan ilmu,
Perhiasilah hati dengan amal.

Itu balasan dari Nya,
Terimalah,
Mungkin itu anugerah penyucian dari dosa.

Itu tanda sayang Nya,
Sabarlah,
Mungkin itu anugerah peningkatan iman.

Itu Kebesaran Nya,
Bersyukurlah,
Anugerah nikmat Nya sentiasa berpanjangan.

Jauh ku dari Nya,
Tidak Dia lupakan ku walau sedetik,
Rasakan balasan dari Nya,
Hukuman yang penuh kasih sayang,
tiada lain hanya Allah Yang Maha Esa.

Persoalan demi persoalan menerjah ruang minda,
Jawapannya hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui,
Bersangka baiklah,
Beristikarah menuntun petunjuk ya Rabbi..

-aurora hijau-
24 April 2011
10.00 pagi
Taman Desa Paduka

Teringat insan ini..ingin mie jadi seperti dirinya..moga mie beroleh kekuatan yang ada hanya pada Allah Maha Kuasa..

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

-InTeaM-

Saturday, April 23, 2011

-CuBa BY aiDiL-

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam keinsafan..

Jom layan lagu Cuba by Aidil!

Eh..eh..tak dapat nak upload..

Layan lirik pun jadilah~

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia


p/s:
‎"Bersabar dan bersyukurlah dengan ujian dari Nya..itu tanda Allah mahu mengingatkan kita.."


Friday, February 4, 2011

-iM VeRy eaSy PeRSoN?-

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan!

Lalalala~

Blogghosting malam-malam nie..

Tetiba jumpa test nie..

Menarik! Nak try!

Let see the result~

You are 32% controlling/perfectionist!

You are a very easy person to know. You usually go with the flow, and are really pretty ordinary. You trust other people to do a good job, and you don't have to be in control of everything. You don't sweat the small stuff, and you aren't very judgemental towards other people.

How controlling/perfectionist are you?
Take More Quizzes


Hoho..mie tak tahu eh..dia yang kata..bukan mie kata, hehe ;D

Mie memang suka jawab quiz test camnie..tym ambik subject stress management dan psikoloogy dulu, test-test camnie memang mie tetiba rajin nak wat, hihi..juz want to know about myself..

Nilai diri dan muhasabah..tak kira la result nyer positif or negative..ada jer tau negative pun ,terutama yang bab-bab kelemahan, pasti ada kelemahan ok!

Ok, jom tido!

Errr..mie tak dapat tido sebenarnya..batuk tak henti-henti sampai termuntah-muntah..huhu

Dah berapa malam dah, sangatla letih, sampai otot-otot perut pun semua dah sakit-sakit..korang tak pernah rasa ker camnie? meanings that korangnyer batuk tu still tak serius lagi, ekeke..sape pernah rasa, tentu tau camane terseksa kan..huhu


Moga cepat sembuh yer Cik Mimie Aurora..ameen..

Tuesday, January 4, 2011

-eDCouSTiC-


Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan!

Ingatan: Coretan ini ditulis untuk mengingatkan ku bahawa niat yang benar itu penting..
Coretan ini ditulis agar ku mengingati perjalanan hidup ku yang tak seberapa..

Sekarang..mie atas bas..on the way untuk Lawatan Ilmiah ke Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Hospital Putrajaya..lawatan budak-budak tadika, hehe..

Nak pergi ke taknak..mula-mulanya..sebabnya..haa, tengok nie!



Ianya bukan sekadar konsert..tapi suatu impian..impian yang Allah makbulkan..walaupun sedih, agak..tapi, sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..

------------------------------------
(April, 2010)
------------------------------------

Melihatkan terdapat beberapa aktiviti hiburan yang tidak menepati syariat Nya telah berlangsung di USMKK..maka terlintas untuk cuba membawa satu environment baru dalam hiburan di USMKK..

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya apabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
-Raihan-

Nak panggil kumpulan-kumpulan Nasyid tanah air..dah terlalu biasa dibuat..
Kebetulan ketika ini, ada dua kumpulan Nasyid alternatif Indonesia yang tengah hangat..satu kumpulan Mie suka dengar lagu-lagu mereka..satu kumpulan lagi..kureng sket..hehe..

Jadi..langkah bermula untuk membawa mereka ke USMKK..alhamdulillah, mendapat feedback yang positif dari pihak mereka..dan....

Im blurr! bila dah dapat hubungi mereka..ada perkara yang memblurr kan mie..how to bring them here??errr..bukan senang, nak bawa artis Indonesia datang first time plak tu!

Makanya..usaha itu terkandas begitu sahaja..dan mie hanya mampu terus berharap agar ianya dapat menjadi kenyataan jua..

--------------------------------------
(Disember, 2010)
--------------------------------------

"Mizah, nanti awak cek emel, ;)"
"err..kenapa kak? saya kat atas bas nie.."
"xpe..nanti awak tengok jer..pasti awak suka nanti"
"baek..suspen je akak nie,huhu"

Ya rabbi! Allahu Akbar! Nak meloncat pun ada..alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..subhanaAllah..siapa sangka?

Pihak yang kami pernah berurusan untuk Konsert Shoutul Harakah haritu menawarkan satu offer kepada kami..buat pertama kalinya, EDCOUSTIC datang ke Malaysia dan mereka ke USMKK..subhanaAllah..

Ianya tak mampu diucapkan dengan kata-kata..dan mie memang tak sabar nak menanti kehadiran mereka..

Tetiba..baru terperasan tarikh..huhuhuhu..sangatlah sedey~~~~
tetapi..kerana teringatkan balik akan niat untuk membawa mereka kerana ingin menyajikan hiburan yang indah kepada masyarakat kampus..maka, mie meredhai dan bersyukur walaupun tak dapat menyaksikan konsert mereka..(p/s: sedey seposen, huhu)

Tahniah dan terima kasih kepada penggerak-penggerak yang bertungkus-lumus untuk menjayakannya! ^_^

Terdapat banyak lagu-lagu Edcoustic yang mie suka, hehe..sebabnya lagu-lagu dorang nie kena nga jiwa mie nie, hee..antaranya~

"Aku Ingin MencintaiMu"
"Muhasabah Cinta"
"Menjadi Diriku"
"Nantikan Ku di Batas Waktu"
"Sendiri Menyepi"

dan terimalah lagu yang paling mie suka dari Edcoustic!^_^
(sebab ada bunyi gitar,heee~)

SEBIRU HARI INI

sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permaidani di taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
(p/s:bayangkan mie tengah main gitar sambil nyanyi lagu nie ;p)

p/s: Ingatlah..dengan niat yang betul, pasti Allah akan menolongMu..



Friday, November 26, 2010

-HePi-HePi-

Assalamualaikum wrt wbt

Salam sejahtera, salam aurora, salam cuti-cuti!

Hoyeah!


Exam sudah habis!


Walaupun paper last tadi sangat pelik!


Hingga mie rasa seperti ini!


Hingga menyebabkan mie buat begini!


Mintak nasihat dari dia..

Dia kata..

"mudah jer..rilek la..dah lepas.."

Mie kata..

"senang nyer.."

Dia kata lagi..

"to make it easy is to keep it easy easy.."

=_="
sambil lirik lagu,
"senyum, jangan kata apa-apa~"
tetiba berkumandang..


Berdoa dan tawakalllah~


dan teruskan lah hidup dengan gembira dan "senang" seperti ini~


Manfaatkan cuti baik-baik deh~


HePi HoLiDaY! ^_^


Saturday, November 13, 2010

-aCTioN:WRiTiNG-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora!

Hati..mahu sahaja menekan-nekan papan kekunci ini..menari-nari mahu meluncur kata dan rasa..

Tetapi..jari..begitu malas mahu bertindak..kononnya..mahu menunggu satu masa yang sesuai..

Begitu lah kita sehari-hari..

Lidah laju membicara..tetapi tindakan nya bagaimana?

Asthgarfirullah..

Kini..jom kita ubah! ^_^

Omputeh kata, "action speaks louder than words!"

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" as-saff ayat 2

Tuesday, October 5, 2010

-iM DaRe To FaiL-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan..salam rejuvenasi mahasiswa!

Itz my dream..dah lama..tersangat lama..untuk mie merealisasikannya..impian yang bukan hanya anganan..

Pernah dengar kisah Mat Jenin?..mesti ramai dah tahu kan..kita dah disajikan dengan cerita Mat Jenin sejak dari kecil lagi..tapi malang..seribu juta kali malang..kita ditipu dan diperdaya oleh omputeh..tak sedar-sedar lagi..

Kisah Mat Jenin memaparkan bagaimana Mat Jenin panjat pokok kelapa..lalu dia berangan di atas pokok tu..berangan-angan yang dia kaya dan hidup mewah..dan kerana panjang angan-angannya, maka dia tak sedar dia berada di atas pokok, lalu mati kerana terjatuh..

Itu tipu!
Hanya rekaan!
Minda penjajah!

Cerita Mat Jenin versi mie adalah..apabila Mat Jenin tu berangan-angan di atas pokok kelapa..dia terus berusaha dan terus berusaha memetik buah kelapa agar angan-angannya untuk jadi kaya menjadi kenyataan..dia tak mati jatuh pokok, tetapi dia terus hidup dengan mempunyai impian dan berjaya!

Tapi!

Panjang angan-angan membawa kepada keburukan!Hayya..camana nie?sekejap kata bagus, sekejap kata buruk..benar, mie tak nafikan, Rasulullah melarang untuk panjang angan-angan..tetapi bukan berusaha..kita perlu ada impian dan usaha untuk mencapai impian tersebut..bukan sekadar koya dan terus koya, tanpa ada usaha..itu yang dilarang!

Itz my project! of course i want the best for my project! dah tersangat lama untuk mie realisasikannya..semua perancangan dijalankan dengan rapi agar tiada pihak-pihak yang cuba menghalang, menyekat..pelan awalnya diusahakan secara diam-diam dengan melibatkan beberapa orang sahaja..

Tapi kini, bila ianya menjadi kenyataan..arghh! ramai pulak yang nak masuk campur! itz good..i also want u guys punya opinion..but, please, please, understand! if u want the project going well-planned, i want it much-much more because itz my dream and mie yang usahakan untuk merealisasikannya!

I know im not good..masih banyak perlu belajar dan belajar..jadi, mie sedar..kerana itu mie minta pendapat pada orang-orang yang mie yakini kemampuannya..and thanz to them because supporting mie..i really appreciate it..bukan mie membuat keputusan sendiri..keputusan yang dibuat berdasarkan pandangan-pandangan dari banyak pihak..samada yang positif atau negatif, semuanya ditimbang tara..

Kerana projek ini konon-kononnya besar ramai pulak yang nak campur tangan? semasa proses-proses mengusahakannya, mereka-mereka ini ada membantu? sekadar terus mengkritik, menghentam menjatuhkan semangat adalah..tambah mendukacitakan, bukan sekadar lawan, tetapi juga kawan yang cuba merendah-rendahkan..

Forum Rejuvenasi Mahasiswa..i want take the risk, apa gunanya nama forum Rejuvenasi Mahasiswa, jika tiada aplikasinya..mahu dibuat grand-grand tanpa objektif dicapai..owh,tidak!

Impian datang..dan adanya objektif yang mahu dicapai..bukan sekadar suka-suka berpenat lelah nak jayakan suatu projek besar..tidak!

Tak terfikir ke golongan-golongan ni? of course mie lagi mahukan yang paling terbaek untuk impian dan usaha mie nie..tak terfikirkah mereka?mie lagi risau dan gementar dengan keputusan yang dibuat..bukan calang-calang risiko yang diambil..tapi, perlu yakinkan diri dan perlu memberi keyakinan pada orang..

Walaupun banyak tugas yang perlu diselesaikan..kekangan masa terhimpit kiri dan kanan..mie tak kesah jika tiada pertolongan diberikan..kerana pasti Allah sentiasa bersama..tapi..tapi..mie perlukan sokongan..mie tetap manusia..manusia yang mempunyai perasaan..manusia yang sifatnya lemah..hanya sokongan yang ku pinta..say that u guys are with me..because..itu adalah risiko..risiko boleh jadi berjaya dan gagal..dan jika gagal..kesannya pada mie mungkin parah..tapi keparahan itu lah yang mengajar..agar mie terus belajar dan belajar..

Suatu kata yang tak mahu mie lafazkan kerana ianya adalah suatu usaha untuk memberi faedah bersama..tapi jika terus menerus menekan mie seperti ini dan mie terpaksa meneruskannya walaupun seorang diri, jika tak mahu membantu atau menyokong..ketahuilah, hanya Allah yang Maha Kuat dan memberikan kekuatan kepada hamba-hambaNya, dan mie ingin katakan..

This is my project!
Go away and dont disturb me!
I will still do that whatever it is, fullstop.

"You should dare to dream the impossible, believe the unbelievable"-Tony Fernandes

Saturday, October 2, 2010

-TeRBuKu-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

Mie mahu menulis..mungkin kerana sudah tiada tempat selain tuhan untuk mie mencoretkan rasa..

Semalam berpeluang ke Kem Back to Basic 561..anjuran Rakan Masjid USMKK untuk adik-adik first year..dan bagi mie..not juz for them..terasa diri ini juga patut diingatkan kembali..

What a wonderful nyte last nyte..bertolak dari USMKK selepas maghrib..tempat dituju tak pasti, tapi cam biasa, redah jelah, hehe..apa lagi sempat makan buah langsat, tambah dengan hujan yang tak berenti-renti turun..

Sampai elok-elok peserta lain sedang solat..sebenarnya mie pergi untuk hantar seorang adik..untuk dia berkongsi sesuatu buat rakan-rakan di situ..walaupun udah tahu akan kisahnya, apa yang dialaminya, namun, bila diceritakan lagi, hati ini tetap tersentuh, air mata tetap mahu mengalir..dek, moga kamu terus tabah..

Lepas tu slot abah, siapa abah? nanti-nantilah mie ceritakan..yup, dah lama tak merasai muhasabah diri seperti itu..

Lepas tu, terus balik ke kampus balik tu jugak memandangkan hari ini terdapat beberapa hal..dan siapa sangka, Allah merencanakan masa bersama-sama mie dengan adek tu..first time jumpa adik tu adalah masa hari orientasi..dan setelah 3 bulan, baru kami dipertemukan semulu..tak dapat lari dari rasa bersalah terhadap adek itu..ya Allah..moga kamu memaaafkan kak, dek..

Banyak yang dikongsi, banyak yang diluahkannya..terasa mahu sentiasa mendampinginya..tapi apakan daya akak dek..hanya doa yang mampu akak utuskan..namun, andai suatu hari, kamu memerlukan seseorang..akak akan berada disisi, tapi akak tak mampu berjanji pada kamu, percayalah Allah sentiasa bersama kamu..

Semalam akak nasihatkan pada kamu..hari ini akak diuji dengan kata-kata akak..subhanaAllah..

Kecewa datangnya kerana adanya harapan..tak salah untuk kita meletak harapan pada manusia kerana kita berada dalam keadaan memerlukan..tapi jangan sampai harapan yang kita letak lebih tinggi dari Dia yang lebih berhak..

Hari ini mie di uji..dengan kata-kata itu..tak dapat nafikan kekecewaan yang hadir dalam hati..tapi, tak mampu untukku marahkan sesiapa..

Hanya ketenangan yang dimahukan..ketenangan..

Terima kasih pada sahabat yang sudi menolong, hanya Allah yang mampu membalasnya..

Tidak terasa untuk mencoretkan apa yang dilalui sejelasnya, sekadar mahu meluahkan rasa yang terbuku..

Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan, tidak ada ketenangan jika ada kebencian..

Friday, July 23, 2010

-THaT'S LiFe-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have,
And still we live & love,
That's life...

The best kind of friends,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word...

And then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.

It's true that we don't know,
What we've got until it's gone...

Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back!
Don't expect love in return,
Just wait for it to grow in their heart,
BUt if it doesn't, be content it grew in yours.

It takes only a minute to get a crush on someone,
An hour to like someone,
And a day to love someone,
But it takes a lifetime to forget someone...

Don't go for looks, they can deceive,
Don't go for wealth, even that fades away,
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile too...

Make a dark day seems bright,
Find the one that makes your heart smile!

May you have,
Enough happiness to make you sweet,
Enough trials to make you strong,
Enough sorrow to keep you human,
And enough hope to make you happy...

Always put yourself in others' shoes,
If you feel that it hurts you,
It probably hurts the other person,too...

The happiest of people,
Don't necessarily have the best of everything,
They just make the most of everything that comes along their way...

Happiness lies for,

Those who cry,
Those who hurt.

Those who have searched,
And those who have tries..

For only they can appreciate the importance of people,
Who have touched their lives.

When you were born, you were crying,
And everyone around you was smiling.
Live your life so that when you die,
You're the one who is smiling,

And everyone around you is crying...

kredit to: kak ina

Tuesday, June 8, 2010

-MaSiHKaH Kau iNGaT?-



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wrt wbt

Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!


Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan HidayahNya yang Maha Esa..


Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..


..dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhanNya..


..dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yg batil..


..dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yg mana dosa..


Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya..


Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya..


Dan kadang-kala kita ingat kepadaNya..


Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya


Buat permata Islam..yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..


Sesungguhnya Islam itu bukan sekadaar agama..tetapi ia adalah cara hidup kita..


Sama ada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..atau dengan perkataan yg lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..


Semuanya Allah telah gariskan untuk kita..hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan ke dalam liang lahat..Islam juga telah mengajar caranya..


Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud..


“Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya”


Tapi sayang sama sekali..kita yg merendah-rendahkannya..kita menjauhkan diri daripadanya..bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identity kita..


Kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah s.w.t tuhan yang maha esa sedang memerhatikan kita..


Kita tahu adanya Allah tapi kita tetap melanggari perintahNya..sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala Nikmat sehingga kita menjadi org yg kufur kepadaNya..


Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya..


Kita juga tahu adanya dosa dan pahala..bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka..


Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah SWT yang Maha Kuasa


Buat mutiara Islam,yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah


Prof Dr Hamka pernah berkata,’Kita boleh menghitung usia kita yg telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yg masih tinggal”


Persoalannya,”bagaimana persediaan kita apabila usia yg terkandung di dalam jasad kita sudahhabis digunakan..?’


Masihkan dikau ingat akan firman Allah s.w.t dalam Hadiith QudsiNya yg bermaksud..’Dariapa Abu Hurairah r.a..


‘Aku sesuai dgn dugaan hamba Ku kpd Ku..dan Aku bersama dengannya..ketika dia ingat kepadaKu..jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya..Aku akan mengingatinya didalam hatiKu..dan jika dia ingat kepadaKu..dalam lingkungan khalayak ramai..nescaya Aku juga akan mengingatinya..dala lingkungan khalayak ramai yg lebih baik..dan jika dia mendekatiKu sejengkal..Aku pun akan mendekatinya sehasta...dan jika dia mendekatiKu sehasta..nescaya Aku mendekatinya sedepa..dan jika dia datang kepadaKu berjalan..maka Aku mendatanginya dengan berlari..Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi..


Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan..sesungguhnya Allah s.w.t masih mengampunkan dosa kita..


Oleh itu, kembalilah kepadaNya..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya..


Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya..


Agar Islam terus bergemerlapan di seluruh pelusuk dunia,


Sama-samalah kita,

Bersama Memartabatkan Islam


kredit to Bro Fadzil

Sunday, April 11, 2010

Monday, April 5, 2010

-Risiko Lentera Kehidupan-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!



Selamat pagi!^_^..mood:nak tido..huhu..sekarang pukul 7.20 pagi..tido lepas Subuh?huhu..tak elok..tak elok..so nak buat apa nie? nak dengar cerita tak?..hehe^_^

Ceritanya bermula camnie..ada seorang pemuda, dia belajar menyeberangi Selat Sunda untuk pulang ke kampung halamannya..dalam pelayaran tue, dia mengalami mabuk laut yang sangat teruk, jadi dia menjauhkan diri daripada penumpang lain dan duduk berehat dalam bilik dia..Pada suatu malam, die terdengar teriakkan,'ada orang jatuh ke dalam laut!'

Tapi..pemuda nie merasakan tiada apa-apa yang boleh dia tolong..sebab apa?sebab dia kan mabuk laut..tapi lepas tue, dia rasa dia perlu tolong jugak!dia tak sanggup biarkan orang tue camtue je..tapi dia mabuk laut,camne nie??..akhirnya, dia berkata,' setidak-tidaknya, saya boleh meletakkan lentera pada tingkap di tepi kapal!' Lalu, dia bersusah payah berdiri dan menggantungkan lentera di tepi tingkap biliknya..ada kaitan ke?sebuah lentera mampu buat apa?orang jatuh laut dengan sebuah lentera, ada kaitan?amenda la pemuda tue..ntah apa-apa!(ini mie yang kata,hehe..)

Keesokan harinya, dia mendengar bagaimana orang yang berjaya diselamatkan itu berkata,' saya nyaris tenggelam dalam kegelapan malam. Tetapi pada satu ketika yang tepat, seseorang meletakkan sebuah lentera pada tingkap di sisi kapal. Ketika lentera itu menyinari tangan saya, seorang pelaut yang berada dalam bot penyelamat menangkap tangan saya dan menarik saya masuk ke dalam botnya.' SubhanaAllah! kerana sebuah lentera oleh seorang pemabuk laut..erk?

KH Abdullah Gymnastiar( Aa Gym), pernah mengatakan konsep 3M nya bagi mengubah diri dalam rangka mengubah dunia, iaitu Mulai daripada diri sendiri, Mulai daripada yang kecil, dan Mulai daripada sekarang juga.

Hidup terasa lebih bermakna bukan kerana perkara-perkara yang besar, tetapi oleh kerana perkara kecil yang dikerjakan dengan jiwa yang besar. Cahaya kehidupan abadi bukan nampak daripada kemilau harta yang dimiliki, bukan juga daripada keindahan kedudukan yang dipunyai atau gelaran yang disandang. Cahaya kehidupan abadi sebenarnya dimulai daripada lentera kecil yang ada dalam diri yang menyala dalam ketulusan untuk memberi pertolongan pada orang lain dalam segala kekurangan dan kecukupannya.

Lentera kehidupan tidak bererti hanya memberi kebaikan dan pertolongan pada orang yang baik dengan kita. Memberi pertolongan kepada orang yang sefaham, sealiran dan sependapat dengan kita adalah suatu perkara biasa. Tetapi, memberi pertolongan atas dasar kasih sayang kepada orang yang membenci kita, yang berbeza pendapat dan tidak sealiran dengan kita merupakan nilai tertinggi daripada lentera kehidupan itu.

Seorang sahabat yang sangat bijak dan rendah diri, walaupun memiliki jawatan yang tinggi, pernah berkata, "harta saya yang abadi itulah yang saya berikan kepada orang lain."

Kata-kata yang menunjukkan nilai-nilai kerohanian yang tinggi itu memberikan inspirasi dan dorongan apa yang kita miliki ketika ini adalah titipan dan sebahagiannya adalah milik orang lain. Inspirasi yang mengukuhkan keyakinan bahawa semua yang kita miliki saat ini tidaklah abadi. Hidup semata-mata adalah berkat bagi orang lain.

Ketika lentera menyala bukan bererti tidak ada risiko, paling tidak adalah risiko ditiup angin lalu padam. Risiko terbesar yang dirasakan seseorang ketika memberi pertolongan pada orang lain, bukan hanya harta yang berkurangan atau tenaga dan waktu yang tersita, tetapi kerana terpaksa mengorbankan ataupun mempertaruhkan harga dan maruah diri. Menyalakan lentera kehidupan bererti rela turun atau merendahkan diri dan hati untuk sama-sama sedarjat dengan orang yang ditolong, dan kemudian bersama-sama membawanya terbang tinggi.

Hambatan utama dalam menyalakan lentera kehidupan sebenarnya datang dari dalam diri sendiri yang tidak mahu keluar memerhatikan dan menolong orang lain. Kehidupan kita sentiasa berhadapan dengan risiko. Tertawa bererti mengambil risiko kelihatan bodoh. Menangis bererti mengambil risiko kelihatan sentimental. Membantu seseorang bererti mengambl risiko melibatkna diri. Menunjukkan perasaan bererti mengambil risiko menunjukkan diri kita yang sebenarnya. Memberitahu idea-idea dan impian kita mengambil risiko untuk kalah. Mengasihi bererti mengambil risiko tidak dikasihi. Hidup bererti mengambil risiko mati. Berharap bererti mengambil risiko putus asa. Mencuba bererti mengambil risiko gagal.

Keberanian mengambil risiko bagi memberikan yang terbaik kepada orang lain, pekerjaan dan masyarakat adalah permulaan baik bagi memulakan kehidupan baru dengan menyalakan lentera kehidupan. Tidak dapat dinafikan, ketika komitmen wujud, pada masa yang sama timbul rasa takut yang menghambat komitmen itu. Berani bererti melawan rasa takut, menguasai rasa takut. Bukannya tidak takut. Lebih baik ambil risiko sekarang daripada sentiasa hidup dalam ketakutan.

Kehidupan yang paling menyedihkan adlaah ketidakberanian mengambil risiko, walau sekecil mana pun. Orang yang tidak mahu mengambil risiko bererti dia tidak dapat meraih apa pun, tidak memiliki apa pun, tidak merasakan apa pun dan akhirnya tidak menjadi sesiapa pun. Nyalakannya lentera risiko dengan risiko apa pun, esok mungkin sudah terlambat dan lentera itu mungkin akan padam.

'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.'
(ali-Imran ayat 142)


Teringat pesan seorang sahabat..andai takut ambil risiko, jangan kata diri seorang pejuang!

p/s: sedang menyiapkan 'senjata' dan 'benteng' untuk berperang..


kredit to Parlindungan Marpaung

Monday, February 8, 2010

-KiTa KeNa JaDi CaM aNGSa?-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam mahasiswa..salam perubahan..salam perjuangan!


Kicauan burung di pagi hari memenangkan..seolah-olah menyanyikan lagu puji-pujian..keindahan alam suatu keunikan..misteri yang sentiasa tersimpan 1001 kerahsiaan..

Pernah tengok tak burung-burung berterbangan? mungkin suatu masa lain kali kita perlu perhatikan..rupanya ada juga sesuatu yang berharga..seperti kisah Habil dan Qabil..

Ok..back to the story..apa kaitan plak dah dengan burung-burung nie?apa nya yang dorang wat?
Sedar atau tak sedar..jika kita perhatikan, terutamanya dalam musim perpindahan burung-burung dari satu kawasan ke satu kawasan, burung-burung terutamanya angsa(swan) nie bergerak dalam satu bentuk atau shape yang sangat unik..kenapakah begitu?


V SHAPE

Yup..angsa terbang berhijrah dalam formasi huruf V..angsa nie pernah belajar ke tue huruf V?hehe..so must be reason why dorang wat camtue..meh kita kaji apa yang menariknya~

First, mengurangkan rintangan angin..kita pun ada belajar dah kan..malah,bila ada angsa yang terkeluar daripada formasi V nie, angsa tue akan merasai kesukaran dan rintangan terbang sendirian, jadi dengan cepat-cepat, ye kan terbang masuk semula ke dalam formasi tue..

Second, setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang dibelakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk V nie, angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72% lebih tinggi daripada terbang sendirian.

Third, fuhh, penat weyh berjalan jauh,opps mengepak jauh,huhu..jadi, angsa-angsa kat bahagian belakang akan berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa kat bahagian depan tuk bagi semangat supaya kelajuan dorang terbang dapat dikekalkan..chayok!chayok! u can do it!lebih kurang camtue la,tapi dalam bahasa angsa la,hehe^_^..

4th, bila angsa di depan berasa penat, ia akan undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah dan angsa yang lain pula secara otomatik akan mengambil alih tempat angsa tersebut bagi mengetuai penerbangan.

Lagi, yang menarik, bila ada angsa yang sakit atau ditembak, dua ekor angsa keluar dari formasi dan ikut angsa yang jatuh bagi melindungi dan beri bantuan. Dorang kan tunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula ataupun dipastikan sudah mati, baru dorang kan terbang semula dan masuk balik dalam formasi..

Menarik kan!Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam!subhanaAllah!

We Need Each Other


Indahnya hidup ini..dalam destinasi kita menuju perjalanan dunia yang penuh dengan cabaran dengan diri yang serba dhaif dan jahil, indahnya jika kita punya teman yang sama-sama bermusafir dalam perjalanan nie..seperti sekawan angsa tersebut..

Bagaimana sukarnya angsa tersebut hidup keseorangan, begitu lah kita..mie sendiri adalah lone ranger..suatu ketika dulu..suatu ketika dulu yang dulu..(sekarang waktu tengah menulis nie, lagu You Are Not Alone by MJ sedang berkumandang,owh,sungguh kebetulan!)..tiada siapa yang mahukan hidup keseorangan..jika seorang manusia yang kehilangan fungsi akalnya, juga mencari teman seperti kucing dan sebagainya..ini kan lagi kita..siapa yang tak rasa mahukan kawan..kerana ianya adalah fitrah..fitrah kita mencari geng-geng kita..

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

Nah! memang fitrah kita seperti itu..perasaan untuk hidup bersama teman-teman pasti ada..bezanya hanya kita zahirkannya atau tak..orang seperti mie yang sentiasa memendam rasa dan segala macam masalah, tambah dengan ego diri, menjadikan fitrah tersebut disembunyikan..

"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yag lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum: 30)

Sehingga suatu ketika..kemanisannya mie rasai..kita memang saling memerlukan satu sama lain..dinasihati dan menasihati..diteguri dan meneguri..bukan kerana kita ingin meluahkan rasa-rasa tersebut..biarlah ianya terus tersemat dalam hati dan diri,cewah! ;p..tetapi untuk bersama-sama menyusuri perjalanan ini..

Matlamat lebih mudah dicapai dengan berkumpulan atau berjemaah..kehadiran teman-teman akan membantu kita dan sebaliknya seperti angsa yang form V shape untuk memudahkan penerbangan dan saling memerlukan..

Kita golongan yang lemah, ada kelebihan dan kelemahan, kekurangan..kita perlukan satu sama lain untuk saling melengkapi..kekadang perjalanan yang kita lalui tersalah arah..tersesat..putus asa..kehadiran teman-teman inilah yang akan mengingatkan kita, memberi semangat, motivasi dan sokongan seperti angsa yang menguak mengingatkan temannya..

Itu adalah angsa..

Kita adalah manusia..

Yang punya fitrah..

Yang menuju satu perjalanan yang kita belum pasti..

Bagaimana destinasinya..

Bagaimana kesudahannya..

Alangkah indahnya jika punya teman yang bukan sekadar bersama gelak tawa..yang bukan sahaja ada ketika mana kita sedih dan menasihati..tetapi yang menyatakan pada kita..yang menyampaikan pada kita..ayat-ayat Allah! ayat-ayat agung Allah! mukjizat..buat umat Nabi Muhammad s.a.w..

Jika orang kata nak mencari kawan ketika suka begitu mudah dan payah untuk mencari kawan ketika duka..mie katakan kedua-duanya sangat-sangat senang!

Kerana yang sukar adalah..

Sahabat yang mengingatkan kita..

Pada keindahan kalimah-kalimah Allah..

Yang mahu sama-sama memimpin..

Ke syurga yang hakiki..

Sahabat yang mengingatkan kita..

Pada kegerunan azab-azab Allah..

Yang mahu menjauhkan kita..

Dari neraka yang juga hakiki..

Bila waktu telah memanggil..

Teman sejati tinggallah amal..

Bila waktu telah terhenti..

Teman sejati tinggallah sepi..

Itu pilihan kita..sebelum waktu berakhir..teman sejati yang membawa kepada amal atau teman sejati yang menyebabkan kita sepi..
........



p/s:buat sahabat-sahabat mie, walau dimana jua anda berada, sesungguhnya daku menyayangi kalian, dan sesungguhnya Allah lebih menyayangi dan sentiasa bersama-sama kalian..doa ku akan sentiasa mengiringi..


Thursday, January 21, 2010

-SiaPa KiTa?-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Selamat sejahtera..salam mahasiswa..salam aurora..salam perjuangan!



Orang yang bijak bukan sahaja dapat belajar daripada perkara yang baik, tetapi mereka juga mampu belajar daripada perkara yang buruk. Saidina Ali r. a berkata, "Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan."

Imam Ghazali juga pernah berkata, salah satu cara mengenal keaiban diri adalah dengan mendengar celaan musuh.


Friday, January 8, 2010

-KeTeNaNGaN aLaM-


Alihkanlah matamu ke arah laut,
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya..

Begitulah juga dengan kehidupan manusia,
Riang, ketawa..Tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..

Jika kau kecewa wahai sahabat,
Pandanglah ke sungai,
Airnya tetap mengalir biar pun berjuta batu menghalang..

Jika kau bersedih sahabatku,
Pandanglah ke langit,
Kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,
Mengiringi setiap langkahmu,
Menyusuli setiap doamu..

-mimie@aurora-
-1.10pm-

Wednesday, January 6, 2010

-LaNGKaH TeRCiPTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam aurora!

Harga Sebuah Penderitaan
-dikisahkan oleh seorang sahabat-


Pada suatu hari, seekor anak kerang di dasar laut, telah mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku, Allah tidak menganugerahkan kepada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun sehingga ibu tak dapat menolongmu,"kata si ibu sambil bercucuran air mata.

Si ibu terdiam sejenak.

"Aku tahu bahawa itu sakit wahai anakku. Tetapi terimalah ia sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan lendir mu. Hanya itu yang kau mampu lakukan," kata ibunya dengan sendu.

Hari demi hari berlalu, si anak terus menahan dan mengeluarkan lendir untuk mengurangkan rasa sakit itu. Lapisan lendir semakin membesar dan rasa sakit semakin berkurang.

Suatu hari, rasa sakit tersebut hilang dan si anak kerang itu mula berubah. Menjadi suatu yang amat bernilai. Ia menjadi sangat berharga. Kini, ia menjadi rebutan kerana mutiara yang bersinar dan bergemerlapan.

Semuanya bermula dari sebuah penderitaan. Penderitaannya yang begitu sakit dan payah, kini menjadi mutiara yang sangat indah.

'Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan' (Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Langkah Tercipta

Dalam sehari dua ini..seringkali mie terdengar..dipertontonkan..akan lagu ini..

Penatkan? Dalam keadaan orang lain sedang bergembira..kita terpaksa melangkah menempuhi suatu jalan yang berbeza..

Serabutkan? Dalam keadaan orang lain bersuka ria..kita memikirkan suatu cara penyelesaiaan..

Namun..ketahuilah wahai sahabat..

Setiap langkah mu itu sangat istimewa..walau sekadar hanya selangkah..

Setiap cara mu itu sangat berkesan..walau sekadar hanya satu cara..

Beratkan? Terasa bagai memikul bergunung-gunung gunung..

Sahabat..

Jika keluhan mampu melegakan hati mu..maka, silakanlah..
Jika tangisan mampu meleraikan kegelisahan mu..maka, silakanlah..

Namun, jangan sekali-kali kita berputus asa..

Teruskan langkah mu itu..

Ingatlah..

Mutiara berharga yang sangat indah sedang menanti mu..

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang ku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah, Namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkan ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu