Showing posts with label -iLMuaN-. Show all posts
Showing posts with label -iLMuaN-. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

-aBaYa eLeGaN-

Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera, salam aurora, salam keriangan!

Sehat? minda dan iman? ^_^

Lepas mie join contest Sayangi Rasulullah hari tue, mie ada join satu lagi contest, hehe. Seriusly, memang fikir banyak kali nak join ke tak. Last-last, try jelah, pastu rasa why not kan, boleh share kat sini untuk orang lain pun boleh dapat manfaat jugak, insyaAllah.

Mie join contest dari blog nie http://abayaelegan.blogspot.com/ <-- klik, klik~

Sebenarnya dapat tau dari facebook owner nya, selalu bukak tengok fb abaya elegan tu sebab teringin jugak nak miliki sepasang, tapi nak wat camane, mampu cuci-cuci mata saja, hehe..

Ini jawapan yang mie nak kongsikan, semoga bermanfaat! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Saya banyak kali fikir samada nak cuba contest ni atau tak. InsyaAllah, saya cuba, mungkin ada manfaat yang saya atau orang juga boleh ambil. J

1. Apakah makna hijab bagi diri anda?

Monday, February 20, 2012

-SaYaNGi RaSuLuLLah SeDaLaMNYa-

Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera..salam aurora..salam kecintaan..

SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar

Post terakhir, Ogos 2011, sekarang Februari 2012
Dah jadi rimbunan hutan dah KehijauanAurora nie..

Tadi masa bukak KehijauanAurora, terkejut gak mie, ouchh, so shomeeyy! 
Kena sharpen skill menulis dan rajen-rajen lagi menulis nie, canteq la renovation yang blogspot buat! Awesome! ^_^

Nampaknya KehijauanAurora pun perlu buat renovation jugak nie, yosh, nantikan! ^_^

Mie rasa mie patut say thank to Miss Lady <-- kelik!kelik!
Mie tak rasa pun nak jawap contest dia, tapi contest dia sangat menarik, satu usaha dakwah yang sangat bagus, ada yang mie tengok yang buat contest tersebut antaranya first time buat post pasal islamik, bagus kan, tahniah ukhti! Teruskan usaha dakwah miss Lady ye, ^_^

Nak say thank sebabkan konon-konon nak join contest tu lah mie sapu sikit-sikit sawang yang masih banyak kat KehijauanAurora nie, hehe..jadi mie pun sudilah join first time contest blogger nie..

Contest : Sayangi Rasulullah Sedalamnya

1. Terbuka kepada semua bloggers lelaki dan wanita - mie perempuan! kira lulus tak syarat nie? :p

2. Follow blog Miss Lady dan Pencinta Hijab - dah kelik follow dah! :D

3. Mesti letak banner contest.


I miss him so muchh, sebak dah mata nie teringatkan betapa cintanya Rasulullah pada ummatnya hingga saat lafaz terakhit Rasulullah s.a.w (haaa, jangan lupa selawat yer..)

4. Tajuk post mestilah Sayangi Rasulullah Sedalamnya - oooh, baeeekkk! ^_^

5. Buat entry berkenaan sekurang-kurangnya satu sikap peribadi Rasulullah yang kamu sanjungi - nanti baca ye kat bawah nie, taaadaaa!

6. Mesti tag sekurang-kurangnya seorang kawan blogger anda - lama dah tak maen tag-tag nie, hihi.
Mie nak tag semua yang follow KehijauanAurora! terutama my boss - Azmi Hisam sebab dah lama tak tanya khabar dia..

7. Komen kat blog Miss Lady - jap, jap bagi siap tulis lu, heee...

Tarikh tutup penyertaan adalah 20 September iaitu BESOK, hoho :p

iNSaN PaLiNG RoMaNTiK

Yaaa, mie pilih sifat romantik Rasulullah saw sebab mood tengah jiwang sekarang nie :D

Pesanan kepada bakal hubby mie yang belum pasti siapa, hehe..

Wednesday, April 27, 2011

-KeHiDuPaN RiNGKaS TaPi SiGNiFiKaN-


Assalamualaikum wrt wbt..
Salam sejahtera..salam aurora..salam keilmuan!

Semalam ada seorang ukhti sharekan artikel ini..


tersenyum mie bila membacanya..kenapa?entah la..namun terasa senang dan suka..mungkin kerana tajuknya "Menyukakan Hati"? ^_^

lantas blog tersebut terus mie bookmarkan..dan pagi nie..sepagi mie menghabiskan waktu dengan membaca artikel-artikel tulisan Prof Kamil Ibrahim..itu pun belum habis lagi..

Siapa Prof Kamil Ibrahim?
^_^

sangat simple tapi penuh manfaat..seperti tajuk blognya..
"Kehidupan Ringkas tapi Signifikan"

mie kongsikan jua dengan anda semua :)


p/s: dunia hari ini makin mudah untuk kita dapatkan ilmu..antara mahu atau tidak sahaja..tapi jua perlu berhati-hati..


Friday, April 22, 2011

-HePi eaRTH DaY!-


Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam keriangan!

Salam Hari Bumi!
^^^___^^^
Hepi Earth Day!

Tahukah anda? Hari ini Hari Bumi? omputih kata, Earth Day~

Apa itu Hari Bumi? Hari untuk Bumi rehat kah? hehe..

Jom tanya abang hensem serba tahu Google, dijawab oleh adik manis banyak ilmu Wikipedia:

"Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April."


Boleh baca lanjut di sini<---

Pendek kata kenapa boleh timbul Hari Bumi ini adalah bagi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar memandangkan hari demi hari Bumi kita nie semakin sakit..pelbagai bencana alam dan pemanasan global berlaku..Earth Day dan Earth Hour mungkin adik-beradik kembar..mungkin sesetengah pihak memandang enteng usaha sebegini..boleh nak bagi pandangan anda, mie tak kata salah..tapi janganlah menidakkan tanpa anda sendiri tidak melakukan apa-apa!

Bumi sakit puncanya dari kita sendiri..kemudian, kita lah jugak yang merungut..panas lah..banjirlah..itu lah..ini lah..sedap atau tak semuanya kesan daripada tindakan manusia sendiri!

Mungkin kita tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara besar seperti tanam pokok atau sebagainya..tetapi banyak benda-benda yang kecil yang berada sekililing kita yang kita boleh lakukan..sebagai contoh, tutup lampu, kipas dan alatan elektrik jika tak gunakan..hinggalah kepada buang sampah!

Haa! berapa ramai yang bungkusan coklat atau gula-gula main campak jer?? ish3..benda nie kecik jer, tapi kita tak sedarkan..nak tolong kutip sampah bila nampak depan mata, kita rasa malu (malu tak bertempat namanya nie), jadi, sekurang-kurangnya janganlah kita yang jadi penyumbang membuang sampah merata-rata..mie yakin orang yang baca blog nie mempunyai tahap pendidikan yang mampu berfikir dan moral yang tinggi, makanya, fikir-fikirkanlah~

Mie tak dapat lupakan..memang rasa bersalah hingga sekarang,huhu..masa tu darjah lima, sebelas tahun..sekolah wat rombongan, mie ikut sekali..sampai kat satu tempat tu, kami berhenti rehat, kat atas bukit apa ntah, kawasan R&R yang femes tu..nak dijadikan cerita, mie ada beli air tin, habis minum tu, cari tong sampah kat sekitar takda, nak g jauh-jauh, tak berani, maklumlah first time kuar dari famili..nak campak jer pun tak berani..payah sangat, kawan mie pun dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk "tolong" campakkan tin air tersebut ke bawah bukit..duuuushhhh~ooohhh~tidak~~~

itulah pertama dan terakhir kalinya mie buang sampah merata-rata..seingat mie lah..

Boleh jer kan bila makan gula-gula tu, bungkusannya kita masukkan dalam poket dulu jika tak jumpa tong sampah? kan? boleh jer kan kiter kumpulkan sampah-sampah dalam satu beg plastik dulu? kan?

batang lolipop tu pun jangan main campak jer! eh, mie pun suka makan lolipop gak, hihi c(:

lagi bagus jika dapat wat 3R-recycle, reuse,erk(se lagi gape ek?huhu)

Bukan sekarang jer, beribu-ribu tahun dahulu lagi sebelum Bumi ini sakit Allah dah ingatkan kita:

"Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(Ar-Ruum 30:41)

"Dan janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
(Al-A'raaf 7:56)

Allah swt menjadikan kita hamba dan khalifah di muka bumi ini..bukan tanggungjawap pemimpin negara sahaja, tetapi setiap dari kita! ya! saya! kamu! kamu! dan kamu! apa tugas hamba? apa tugas khalifah? Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang melakukan kerosakkan, mahu kah kita berada dalam golongan yang Allah tak suka? sobsob..

"Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakkan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan."
(Al-Baqarah 2:205)

Apakah yang boleh dibuat untuk kesejahteraan bumi?
anda bijak, fikir-fikirkan!
dan
Selamat Hari Bumi! ^_^

p/s: mie memandang orang yang membuang sampah merata-rata adalah orang sangat tidak bermoral!



Friday, April 15, 2011

-oSCe & oSPe-


Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..

Melihatkan tarikh last post di bawah, makanya dah lebih dua bulan tak menulis apa-apa kat sini..juga nampaknya dah hampir dua bulan mie bersara dari Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan. Pastinya begitu banyak pengalaman yang mie dapat pelajari..jatuh bangun..sedih duka..semuanya dicerap satu persatu..

Bersara? hanya dari MPP..hidup dan perjuangan perlu diteruskan..insyaAllah, pengalaman semasa mie jadi MPP akan dicoretkan sedikit sebanyak di blog yang sentiasa berhabuk tidak berupdate ini..rasa nak delete je blog nie pun ada sebab rasa bersalah tak dapat nak update selalu, tapi emel yang mie dapat dari seorang sahabat yang melayari blog ini memberi suatu kesedaran pada mie..syukran ya ukhti :)



Baik..kali nie nak tulis pasal benda yang ada kaitan dengan gambar kat atas nie..aucakk!hehe..

Mie menulis kali ini sebagai panduan buat junior-junior mie akan datang. Moganya ada sedikit manfaat buat kalian ^_^

Pada 9 April dan 13 April yang lepas, berlangsungnya (aicecey, skema tul ayat)..exam..OSPE AKTIF dan juga OSPE PASIF..utk OSPE Aktif juga dikenali sebagai OSCE..

Ok..apa itu OSPE? dan OSCE? OSPE menurut abang hensem google yang tak pernah salah, macam-macam, tapi tiada satu pun yang kena dengan exam kami, haha..entah lah betul ke tak, tapi rasanya betul dah, if sesiapa yang terbaca nie, if ada salah, betulkan eh, kita saling menegur ^_^..OSPE tu On Spot Praktikal Exam dan OSCE tu On Spot Clinical Exam..

Bagaimana caranya? OSCE dan OSPE tak jauh konsepnya, tapi cara soalannya agak berbeza..sedikit pengenalan untuk OSCE dan OSPE nie ada beberapa station, setiap station tu ada soalan dan masa yang diberikan untuk menjawap soalan tersebut on the spot..bezanya, OSCE nie kita perlu buat dan OSPE tu kita jawap ada kertas, itu ajer, hehe..

Takut gak la, huhu..dan memang ada macam-macam kisah, hehe..

Ok, kita mula dengan OSCE..untuk makluman adik-adik junior medical radiation ku yang disayangi, untuk tahun akak kali ini(akak ok ;p)..ada 6 station..ada dua department, satu di nuclear medicine, satu di satellite general radiology..di nuclear medicine ada 2 station dan di satellite ada 4 station..

Untuk di nuclear medicine, alhamdulillah, mie dapat jawab dengan baik ^_^..first station adalah perlu lukis ROI(region of interest) untuk Renal DTPA..adik-adik perlu ingatlah step dia, bermula dari All Dynamic Image hingga explain flow, renogram, peak time, uptake % dan GFR Normalizes..total untuk aktivity dia jangan lupa untuk tolak dulu k..sangat best wat nie, hehe ;p (sebab leh wat, seronok la,wee~)..memandangkan wat dengan smoothnyer, maka banyaklah masa 10 minit yang berbaki, jadi duk sembang nga examiner sambil tunggu masa habis, hihi..

Station kedua adalah berkenaan Dose Callibrator..kat sini ada tiga test yang boleh dibuat..tapi yang keluar hanya wat Location Test, senang lah, hehe..protection jangan lupa, pakai glove, guna penyepit..lepas wat test tu, kena explain kenapa kat tengah paling tinggi bacaan dia? kenapa kat bawah dan atas bacaan dia rendah? ada kena mengena dengan deadtime effect, so explain lah sket apa itu deadtime effect..

fuhh, lega kat nuclear medicine..dan ke satellite lak, kat sini mie memang gelabah, sangat takut oww,huhu..ada 4 station dan mie perlu ke station yang ke-4 dulu..station ke-4 nie special station, pendek kata station untuk membezakan orang-orang bijak dengan pandai..station nie berkaitan dengan fluoroscopy dan style soalannya adalah viva, maksudnya kita tengok imej dan explain mengikut soalan yang diberikan..fuhh~memang main terjah je jawap apa yang terlintas kat otak..examiner plak bagus nyer, sume jawap betul ke idak, semua dia kata ok, kiter pun konon-kononnya yakin lah betul, hihi..ada 4 imej, yang mie tahu-ada barium enema, hystophinogram(ntah betul ke idak eja) dan mcu(miscystourinogram nama panjangnya jika tak silap lah, tanya abang google sendiri!) dan satu lagi imej tak dapat dikenalpasti apakah ia,huhu..kena explain prosedurnyer camane, patient position, central, region kena masuk dalam imej apa, contrast yang diguna, marker dan lain-lain..masanya hanya 10 minit yer..

Ke next station..station radiology part manusia,hehe..kat sini kena wat xray untuk hand..patient adalah senior kami, jadi, hehehe..masuk-masuk bilik xray, sangatlah excited..lepas greet patient, suruh tanggalkan dan pakai apa yang patut (untuk protection)..position patient, duk betul-betul, bila bukak lampu xray tube, nak positon tangan patient, tengok-tengok kaset takda, riuh sekejap tanya examiner mana kaset? haha, boleh plak lupa, padahal cam biasa lah kaset kena ambik kat luar bilik..haha..exminer plak wat muka selamba taktau apa,cuak aku!gelabah punya pasal,huhu..

Habis 10 minit, ke station yang seterusnya..radiology part phantom..yang nie station paling mie takut sebab melibatkan kena ambik xray bahagian internal body manusia tapi guna phantom la..tengok-tengok soalan, memang mie terkejut sebab tak sangka!huhu..dia suruh ambik xray lumbar..biasa pernah wat thoracolumbar, jadi bila lumbar sahaja, tetiba macam taktahu apa nak wat, huhu..masuk-masuk bilik xray, blurr, sangatlah gelabah, huhu..mie cuba gak bertenang, selawat banyak-banyak sambil pegang xray tube..bila dapat bertenang sket, mie terus cepat-cepat position patient tu, cuba centralkan table, dengan kejar masa nya lagi, dengan phantom yang keras cam batu taktau nak cari marker camane, maka dah agak akan menghasilkan sesuatu yang tak bagus, minda dah gelabah dan down dah, huhu..dan "shoot"!

Pergi ke next station..station nie kena analysis image yang kita shoot tadi..maka, sangatlah berdebor..camane lah jadi dengan imej yang mie ambik tadi..tadaaa~ as expected, tak jadi dengan baik! rasa nak nanges jer depan examiner tu, huhu..imej tak center, masuk sampai sume region pelvic nampak, coccyx pun comey jer..huhu..nasib baik exposure yang diberi ok..kat station nie, memang mie down terus dah..huhu..just letak marker left, adjust contrast,brightness dan edit mask jer..interprate imej taktahu nak explain apa..examiner tanya pun taktahu nak jawap apa,huhu..

Sudahlah sudah OSCE..

Untuk OSPE plak, ada 24 station soalan dan 3 station rest..antara soalan-soalan yang akak(refer untuk junior) masih ingat..ada melibatkan anatomi, protection, patient preparation..hand, KUB, Barium Enema, Hysterophinogram, kira accurancy, uniform test dan window 20%, bone imaging(nuclear med), define accurancy dan precise, dose utk cancer thyroid dan hyperthyroidism, solvent dan function untuk purity test, lung ventilation, chest xray, foot, cervical spine, mobile xray, pregant woman, baby..takda dibuat trial, jadi agak blurr jugaklah camane caranya OSPE nie, tanya senior-senior pun depa dah tak ingat sangat..jadi, moganya harap dapat membantulah memandangkan masih fresh lagi ingat nie, setahun lagi tanya maybe dah lupa-lupa sudaa~

Moral of the story..jangan terlalu berasa senang dan jangan terlalu menggelabah..permulaan yang baik tak semestinya akan berakhir dengan baik..begitulah juga dalam kehidupan seharian kita..bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam, tapi pastikah kita pengakhiran kita juga dengan nafas Islam? semoga Allah menetapkan hati-hati kita..

" Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi 'Ala Ta'atik"
"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas ketaatan kepadaMu."
(HR Muslim)

p/s: semoga supervisors dan examiners tak bukak blog ku ini, hehe ;p


Thursday, February 3, 2011

-SiTuaSi d MeSiR-

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan!

Malam nie duk merayau-rayau dalam facebook..duk tengok kut-kut ada sahabat-sahabat di Mesir yang dah online..dalam duk merayau-rayau tu, terbaca satu perbincangan yang sangat menarik..

Jom kongsi! ^_^

(p/s: sape lah yang tak kenal depa dua orang nie, dua orang anak muda yang hebat!)

Nak berjaya dlm kerjaya, kita perlu ikut jejak langkah org yg dah berjaya. Maka, nak berjaya membangunkan masyarakat, kita juga perlu ikut jejak langkah org yg dah berjaya; contohnya Rasulullah saw. Walaupun dulu semasa zaman Nabi kaum Quraisy jahat giler, tak pernah Rasulullah saw ajar kita utk memberontak sehingga menimbulkan pelbagai side effects negatif yg lain. Please correct me if I'm wrong :)

Hilal Asyraf
ini merujuk kepada keadaan di Mesir kah?
Sebenarnya, judgement tadi pada pendapat saya terbahagi kepada dua. Untuk orang yang faham, dan untuk orang yang tidak faham.

Orang yang faham dan ditarbiyah, serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model, maka rusuhan dan pemberontakan memang bukan caranya. Mungkin kita boleh cakap kepada mereka fasal kenapa tak tarbiyah diri agar jadi lebih sabar, agar lebih boleh calculated keadaan, agar boleh consider mana lebih bagus dan sebagainya.

Tetapi kita juga perlu melihat realiti di tempat rusuhan. Apakah rusuhan dan pemberontakan itu dimulakan oleh orang-orang yang faham?

Kalau merujuk keadaan di Mesir, rusuhan dimulakan oleh rakyat awam yang tertekan dengan kehidupan mereka selama ini, dan dibakar pula dengan semangat kejayaan di Tunisia. Mereka ini naik secara 'automatik'. Mereka mungkin tak consider pun ini ikut Rasulullah ke, kebaikannya kurang dari keburukannya ke, dan sebagainya. Untuk mereka ini, kita tak boleh judge sewenang-wenangnya: "Mengapalah tak ambil contoh Rasulullah SAW" kerana mungkin mereka tak pun tahu bahawa ini bukan jalan Rasulullah SAW. Biasanya, hal-hal ini adalah orang yang mengikuti sistem tarbiyah sahaja yang akan consider. Rakyat awam, jarang consider.

dan kadangkala, ini pendapat saya, benda-benda yang macam terjadi di Mesir sekarang ni, bukan ada dalam perancangan perusuh pun. Mereka mungkin, sewaktu memulakan pemberontakan, tak merancang pun akan pergi sejauh ini. Namun semua ini berlaku, seakan-akan ada 'tangan ghaib' yang menolaknya, dan memang 'inginkan keadaan ini terjadi'.

Ini setakat pemerhatian saya lah.

Dan saya juga ada belajar, akan peristiwa satu kampung di Syria, yang mana gerakan dakwah di sana satu masa dahulu, akhirnya memutuskan untuk menentang bagi menggulingkan kerajaannya yang zalim. Ketika itu, mereka tewas, dan akibatnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap lelaki-lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka dipenjara dan dirogol.

Saya yang ketika belajar itu, berkata kepada guru saya: "Apalah gerakan dakwah tu, tak boleh sabar sikit ke? Kita ni kena la ikut Rasulullah. Tengok Rasulullah sabar macam mana."

Tetapi guru saya dengan sederhananya menjawab: "Hilal, mereka sudah bermesyuarat dengan syura mereka. Mereka telah menghitung pro dan kontra mereka. Bukannya mereka tidak tahu jika mereka tewas apakah yang akan dihadapi oleh mereka. Tetapi mungkin, mengikut judgement mereka, itulah keputusan yang terbaik buat mereka. Kita ini Hilal, kita tidak berada di dalam situasi mereka."

Sebab itu, 'outcome' kepada sesuatu tindakan itu kadangkala bukan reason untuk kita tengok tindakan itu baik atau tidak. 'Bagaimana' bertindak, itulah yang menentukan kebaikan tindakan kita. Macam exam. Sekiranya 'outcome' yakni 'skor cemerlang' adalah nilaian kebaikan, maka pelajar yang meniru dan cemerlang adalah baik, dan pelajar jujur yang gagal adalah buruk. Tetapi kita tidak dididik menilai begitu bukan?

Ini hanya pandangan saya, berdasarkan apa yang saya belajar, dan apa yang saya dapat. Mungkin bagi orang yang merusuh itu, kemungkinan pertamanya, mereka tidak pun merancang hingga sebegitu rupa, tetapi Allah mengkehendaki semua itu terjadi agar berlakunya 'peringatan keras'' kepada para tirani dan 'khabar gembira' bagi yang percaya kepadaNya. Kemungkinan kedua, mungkin bagi perusuh, rusuhan dan pemberontakan itulah solusi terbaik buat mereka mengikut calculation mereka, berdasarkan situasi kehidupan mereka.

Siapalah kita untuk menghitungnya.

Imran Koyube
Hilal & Amalina, nice thought really. Thanks :)

I think from different perspective.

'we may likely judge negatively towards some oppressed people that fight for their justice like egyptian now.'

During Rasululullah pbuh time, he and his followers are oppressed as well - even worse than what egyptians experience now. So, what did rasulullah pbuh and companions do?

Should we follow their deeds or should we follow our emotion?

If those who demonstrate are lack of tarbiyah, it does mean that the dakwah system there is still weak. So, they have to workout on how to improve the system.

And another question for us to think is - why a lot of demonstrators are also active in ikhwan if they know that such demo will create a lot of bad side effects?

Please correct me if i'm wrong :)

Hilal Asyraf
Itulah sebab yang saya cakap, kita berada di dalam berlainan situasi. Situasi kehidupan kita yang mungkin tak merasai situasi kehidupan mereka. Juga Situasi rakyat yang kurang faham, dan situasi orang-orang yang ada tarbiyah yang faham.

Revolusi jelasnya bukan dalam tarbiyah ikhwan. Dan pada saya, demonstrasi tidak termasuk dalam kategori revolusi, lebih-lebih lagi demonstrasi aman. Sekiranya demonstrasi itu awalnya dilaksanakan dengan aman, kemudian berubah menjadi 'buruk atas sebab-sebab tertentu', kita tidak boleh menyalahkan demonstrasi. Kita sepatutnya menyalahkan 'sebab-sebab tertentu yang menjadikannya buruk'.

Macam 'berjaya di dalam exam'. Kita tidak boleh kata 'keinginan untuk berjaya di dalam exam itu buruk' semata-mata kerana ada orang meniru untuk berjaya. Yang kita perlu salahkan adalah 'meniru', bukan 'keinginan untuk berjaya di dalam exam'.

Dan jelas sekarang, IM di Mesir berusaha mejaga kententeraman awam dan harta benda negara. Suara rasmi juga menyatakan bahawa IM meminta semua meneruskan demonstrasi dalam keadaan aman. Jelas pada saya, IM bukanlah orang yang patut kita katakan sebagai yang sistem dakwahnya lemah dan orang-orangnya 'lack of tarbiyah'. Bukannya IM yang memulakan apa yang berlaku di Mesir, bahkan suara rasmi meminta agar ahli-ahli bawahannya tidak terlibat, dan bendera IM dilarang sama sekali untuk dikibarkan. Semua itu adalah usaha keras agar IM tidak mampu difitnah dalam situasi getir ini, dan mampu menjadi contoh kepada ramai. Tetapi IM juga, adalah badan yang mewakili kebenaran, tetap meraikan 'gejolak' rakyat. Namun lihatlah pesanan-pesanan mereka, semuanya mengarahkan agar demonstrasi dilakukan dengan aman tanpa huru-hara. So, why must we said system dakwah mereka lemah, dan orang-orang mereka lack of tarbiyah?

Dan setakat berita terkini yang saya perolehi, yang membebaskan banduan, yang mengebom penjara, yang mencuri kerosakan awam, bukanlah ahli-ahli IM, atau rakyat yang menuntut kebenaran, tetapi adalah SB-SB yang selama ini bekerja untuk Mubarak. In the other way, they want us to look that usaha rakyat menuntut keadilan ini memberikan kenegatifan yang sangat besar, sedangkan kenegatifan itu diwujudkan pada tangan-tangan tirani sendiri. Mereka sedang berusaha untuk menghentikan gelombang keadilan ini, dan sokongan terhadap penuntut keadilan ini, dengan menunjukkan kepada kita, negatifnya perkara ini.

Dan pendapat saya, mengambil contoh situasi di Syria yang mana gerakan dakwah di sana yang memang membuat keputusan untuk menggulingkan kerajaannya(yang mana IM di Mesir bukanlah yang merancang rusuhan dan revolusi yang berlaku sekarang ini), mereka adalah yang bermusyawarah dan meminta pelbagai fatwa bagi memastikan judgement mereka adalah yang terbaik. Dan kita sepatutnya, sebagai orang yang tidak berada di dalam situasi mereka, tidak sewenang-wenangnya mencadangkan bahawa tindakan mereka sebagai 'kelemahan'. Pada saya, situasi mereka adalah majal yang terbuka untuk ijtihad.

Dan sebenarnya pada saya, sekadar mengulangi apa yang saya nyatakan di komen saya yang pertama di wall ini, kalau kita nak judge orang-orang IM berkenaan betapa mereka tidak mengikut apa yang Rasulullah buat, mungkin ada benarnya, sekiranya yang merancang rusuhan dan revolusi itu adalah IM. Tetapi pokok pangkalnya sekarang, kebangkitan ini adalah 'automatik' daripada rakyat seluruhnya.

Kita sendiri tahu yang IM Mesir bukannya memegang SELURUH Rakyat. Dan kita sendiri juga tahu, bukan SEMUA yang mengikuti tarbiyah, benar-benar SOLID 100% macam Rasulullah. Dan bagi yang duduk di tanah arab, adalah amat arif bagaimana seorang arab, lebih-lebih lagi orang yang tak educated, apabila 'terbakar dengan semangat', tiada siapa lagi yang mampu mengawalnya. Semua ini patut kita ambil kita dalam judgement kita untuk menilai situasi ini.

Dan sesiapa yang melihat usaha-usaha IM dalam situasi ini, pastinya tidak akan sesekali menimbulkan isu 'lack of tarbiyah, system dakwah yang lemah'. Mereka yang telah berusaha lebih 80 tahun mengharungi kerajaan Mesir yang teramat zalim, orang-orang mereka yang telah terbunuh tidak terbilang banyaknya, dan yang dipenjara entah sekian lama dan entah sekian ramai bilangannya, mereka IM Mesir yang sentiasa menilai sesuatu perkara sedalam-dalamnya, dan kini mereka berada di tengah situasi 'fitnah' ini pula yang bila-bila masa sahaja orang jahat boleh 'naikkan nama IM sebagai dalang utama kerosakan' ini bagi mengambil peluang menghapuskan mereka sepenuhnya, tetapi lihatlah IM, bagaimana akhlak mereka dalam keadaan genting ini.

Jika saya, saya tidak akan kata bahawa mereka 'lack of tarbiyah, dan system dakwah mereka lemah'. Dan jika ada yang berkata, mengapa IM tidak melarang sahaja revolusi yang berlaku jika itu bukan jalan mereka?

Saya teringat bagaimana Rasulullah menghalang para sahabatnya memarahi lelaki badwi yang kencing di dalam masjid. Hikmahnya, jika sahabat baginda memarahi, atau ingin memukul lelaki itu ketika lelaki itu sedang kencing, ada kemungkinan lelaki itu akan berlari dalam keadaan kencingnya bertaburan lebih banyak tempat di masjid. Mungkin IM tidak menghalang, kerana jika menghalang revolusi ini, mungkin lebih banyak keburukan, berbanding kebaikan di dalamnya.

Mohd Hazizi Ab Rahman
‎1) Tiada "contradiction" antara tarbiyah dan demonstrasi. Tarbiyah bukan bermakna jadi baik, lurus, sabar memanjang dan seumpamanya sahaja. Tarbiyah juga mengajar kita menyusun kekuatan dan menggunakannya ketika waktu yang paling sesuai.
2) Sejarah perjuangan Ikhwan di Mesir terlalu panjang, 83 tahun, melalui pelbagai pengalaman. Kesabaran mereka tiada boleh ditandingi oleh gerakan lain. Mereka lebih tahu dgn situasi mereka berbanding kita.
3) Saya kurang bersetuju bahawa demo itu dimulakan secara tak terancang. Kalau diamati ia berlaku secara terancang, oleh pemuda-pemuda umum tanpa ada mana-mana pihak mengangkat bendera/banner/panji organisasi mereka. Berdasarkan wawancara melalui telefon dalam al-Jazeera, ramai tokoh-tokoh di Mesir yang menegaskan demo berlaku secara tersusun, walaupun tidak dikedepankan siapa yang mengetuai. Sehingga sekarang terdapat pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dalam media Barat tentang peranan Ikhwan dalam demo ini. Tokoh-tokoh Mesir yang diwawancara itu menegaskan bahawa sebarang usaha untuk berbicara mengenai siapa yg akan ganti Mubarak adalah usaha memecah belahkan masyarakat Mesir dalam tuntutan mereka sekarang agar Mubarak berundur. Nampak semua ini berlaku secara terancang. Sudah tentu ia peranan pihak yg paling kuat pengaruh dalam masyarakat Mesir.


Semoga keadilan buat rakyat-rakyat Mesir..dan teruskan berdoa untuk rakyat-rakyat Malaysia agar mereka semua selamat..

p/s: sama-sama kita cakna saudara-saudara kita dan (baca:mizah) rajin-rajin tambah ilmu deh, peace!

Sunday, November 14, 2010

-BaNDuaN vs PeLaJaR-

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!

Semalam ayah baru balik dari Penang, sambil kami semua duk lepak-lepak depan tv kat ruang tamu, tetiba ayah share something,

"penghuni-penghuni penjara, pusat pemulihan masuk, makan free-free jer belaka, lepas keluar senang lenang, tapi budak-budak U, kena bayar, keluar-keluar kena kejar dek hutang PTPTN pulop..orang-orang jahat tu hidup mewah lagi dari pelajar-pelajar kita nie, berapa banyak kerajaan habis duit untuk nie, bagi kat student lagi bagus~"

Mie dengar..wohoho, tetiba setuju sangat..hehe..tapi ada bab terasa gak..hee..maklumlah mie nie pun penghutang PTPTN gak(almaklum k!)..so, pagi nie, cubalah tanya pakcik serba tahu google pasal nie..


"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan anduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang di uruskan di penjara adalah berjumlah 81, 396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13, 392 orang.

Hishamuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM 341, 881. Selain itu katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-ira RM 35 juta.

Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmaran kesihatan." (sumber: http://www.malaysiakini.com/news/127289)

wohoho~

"Pada tahun 2006, kerajaan Malaysia membelanjakan RM 1.27 juta sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42, 483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna sebanyak RM 465 juta setahun wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan penghuni-penghuni penjara. (sumber: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219724&vo=104)

duit omi ayoh mie tu weyh~

"Sementara itu untuk menanggung warga negara yang sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa membelanjakan RM 500,000 sehari bersamaan RM 182 juta setahun. Ini diambil kira dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang menempatkan seitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang dirawat di pusat serenti sebanyak RM 50 sehari." (sumber: http://www.bharian.com.my/Current News/HM/Tuesday/Minda/20060718085150)

aku belanja sehari pun tak sampai RM 10~

Tolak tambah darab bahagi, lebih kurang RM 600 juta ++ setahun digunakan untuk pulih dan asingkan para banduan, tahanan dan penagih dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat menjadi orang yang berguna..

Tolonglah sedar~

Dengan duit sebanyak tu, kalau diberikan secara percuma kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran kan lebih bagus. (mie pun takyah pinjam-pinjam,ngee~)

"Menurut maklumat dari laman web PTPTN, bagi pelajar IPTA, jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000 hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS, jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000 setahun." (sumber: http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p l id-PUB.1.22)

Haa, RM 600 ++ tu boleh menampung sekurang-kurangnya 32,384 orang pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan STPM di Malaysia ni akan dapat menikmati pembelajaran peringkat lebih tinggi secara percuma!

O.o, beruntungnya jadi banduan..ahakz! ;p


p/s: masuk penjara kerana hutang PTPTN, berbaloi tak? ;D

Thursday, January 21, 2010

-SuaRa!-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Selamat sejahtera..salam mahasiswa..salam aurora..salam perjuangan!



'Kita nie mahasiswa tak mampu nak buat apa-apa, kita tiada kuasa..!'

Antara kata-kata yang negatif! Penakut!

Mentaliti kita terlalu lemah..kita takut untuk menempuh dugaan, ujian untuk menempuh sesuatu kegagalan..

Mentaliti yang perlu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin..pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran..ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu 'Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa'.

Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keprihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.

Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama makhluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring dengan percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata dalam universiti.

Malah, bukan sekadar isu pencabulan hak di Palestin, tetapi juga dengan isu-isu semasa negara. Kita perlu menjengah keluar tingkap dan mengambil tahu akan isu-isu yang berlaku sekarang, luar dan dalam negara. Mengapa? Kerana apa yang berlaku sekarang adalah penanda peristiwa yang akan berlaku akan datang.

Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia. Kebatilan yang terancang mampu menumpaskan kebenaran yang tak terancang.

Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya 'Generasi Muda dan Perubahan',

" Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemudi ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar"

Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah. Sesungguhnya, remaja sekarang adalah penentu bagaimana keadaan negara masa akan datang. Jika lemahnya kita, maka lemahlah negara!

Mahasiswa yang harus bersuara, yang harus bertindak!



Friday, May 15, 2009

-iCT SeCuRiTY-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam iT..salam aurora..


Sambungan dari post sebelumnya..serba sedikit pasal ict..dah tahu pasal jenayah-jenayah ict nie..kena la tahu security nya pulak..tul tak?


How secure is our computer?


Sorang member masa sekolah menengah dulu ada bagitahu..kalu nak selamat dari virus-virus nie..guna linux..sebabnya linux nie guna binary code..maksudnya kita kena tulis sendiri semua kod nya untuk program dalam komputer..bukan main install je..dan dia sendiri memang guna linux..memang kagum dengan kebolehannya..walaupun bende nie berbeza dari jurusan yang diambilnya sekarang tapi kerana minat yang mendalam mampu survive dalam bidang komputer-komputer nie..dan sekarang mie sendiri menggunakan antivirus yang diciptanya..setakat nie alhamdulillah..thanz a lot friend!


Dan lagi kalau nak selamat..takyah logon la!!hehe..our computer: Whose responsibility?kita sendiri la kan..duit sendiri jugak yang habis..huhu..ops!kalau yang parent berada maybe dorang yang support tapi still..takkan nak prabis borah jah..


Security Practices


Nie beberapa tips yang boleh digunapakai:

-do not reveal your PIN/PASSWORD..legitimate businesses never ask for personal identification by e-meil or sms!


-Update your web browser..make it automatic update..


-Use antivirus, firewall, antispyware..change your antivirus frequently..sebabnya setiap antivirus tue ada virus yang boleh didetectnya dan ada yang virus lagi kebal..misalnya ada virus yang avast boleh detect tapi karpersky tak dapat detect..ada yang avg dapat detect tapi avast tak dapat..dan sebaliknyalah..dan ingatlah bila ada keluar antivirus yang baru tue..almaknanya ada virus yang baru jugak keluar..sekarang heboh pasal virus H1N1 di alam nyata(dah sampai ke Malaysia)..dan virus nie jugak dah mula tersebar di alam maya jugak(sekarang masih di Jepun)..huhu..macam-macam kan?


-Know who you are dealing with..ignore emel from unknown..


-Clear your cache after online transaction..online banking..online purchasing..


-Always do backup..kalu tak jadi macam e-klinik USM..huhu..


-Emergency Response Team..ha..ni mesti ramai yang tak tahu..kalau diluar ada jenayah..ada polis..kalau di alam maya ada jenayah..ada polis jugak tau..

#info@cybersecurity.my(http://www.cybersecurity.my/)

#mycert@mycert.org.my(http://www.mycert.org.my/)

#http://www.ppkt.kk.usm.my/(untuk student usm)


Cyber Laws in Malaysia


Ada..siapa kata takde?

-Computer Crime Act 1997


-Copyright(amendment) Bill 1997


-Digital Signature Act 1997


-Telemedicine Bill 1997


-Communication and Multimedia Act 1998


-Digital Signature Regulations 1998


Jadi..inilah serba sedikit info tentang ICT Crime and Security..moga bermanfaatlah..kalau ada yang nak tambah..sila-sila lah ye..memandangkan ini bukan bidang kepakaran ku(apa ntah yang pakarnya?huhu)..


Risau dengan keadaan pada hari nie..jenayah dimana-mana..rumah mie nie..baru sehari pindah masuk..dah ada orang lain pecah masuk..dapat dua butir handset..adeh..jika halal haram yang difikirkan..teringat satu incident..sorang pakcik berkata,'kalu hulur duit gak pakoh hok biru slalu'..adei..nak je menjawab,'kalu cayo hidup nie slamo-lamonyo, kalu dop cayo adonyo syurgo nerako, wat la lagu tue'..aduh~


'Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia(orang yang tergugat atau yang terdakwa)kaya atau miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan(kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.'(Surah An-Nisaa' ayat 135)

-iCT CRiMe-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam iT..salam aurora..


Sedikit perkongsian ilmu..memandangkan hal nie semakin menjadi-jadi di alam maya nie, hinggakan salah satu emel mie pun perlu ditutup beberapa bulan yang lalu gara-gara lambakan spam dan menyebabkan laptopku diserang virus(huh!)..jadi eloklah kalau mie tulis sedikit pasal nie..siapa-siapa yang nak top up boleh ye..mie pun tak tahu sangat.sekadar satu khusus wajib(health informatics) untuk student 1st year PPSK..semoga bermanfaat buat kita semua..memandangkan belajar dalam English..so..i will try to write in English la..hehe..


What do we understand by ICT Crime? What are the popular crimes being committed?

ICT Crime-Criminals committed with the aid of computer(including networking/internet) or telephone(fixed/mobile)..as an instrument(spamming, internet scamming)..as a target(intrusion,hacking,DoS)..as a place(theft of service, Salami attack)..purposenya..to destruct, intrude, theft, abuse, cheat, bully and macam-macam lagila yang tak elok tue..(nama pun crime,huhu)..

fake URL appeared after user click to suggested address



ICT Crime Activities

Beberapa jela :

-Computer Fraud..act of using computer to commit fraud..unauthorized access..illegal data mining..spreading virus and worms..

-Scamming..internet scam use emel or sms..digelar sebagai Pishing..emel scam yang popular lottery scam, Nigerian scam(ada kisah kenapa dikenali macam nie) and competition scam..

-Spamming..unsolicited and anonymous emels..

-Hacking(cam best je..hehe)..

-Identity theft..Pishing..Vishing(macam pishing tapi guna suara..contohnya ye call kita cakap menang bla bla bla)..and Pharming(secretly indirect to fraud site-transaksi kewangan contohnya online banking, juga diletakkan umpan seperti trojan horse dan lain-lain)

-Writing/Spreading computer malware: virus(jangkit pada computer system), worm(tak mengjangkit pada system tapi dia menggandakan diri supaya system down), trojan horse(suatu program sebagai platform untuk virus or worm serang, jadi kalau ada trojan horse senangla virus or worms nak masuk, ada time bombnya), spyware, some adware(popup advertisement yang selalu kuar tu, biasanya diguna sebagai spyware)..

-Salami attack..using programs to steal money in small sizes..inilah kejujuran dan amanah yang penting!

-DoS(deny of service)..websites flooded with service request..

-Obscene and Offensive content..juga salah satu ict crime..blog untuk menghasut, racist dan sebagainya..siapa-siapa yang ada blog tue..hati-hati ye..jangan duk dalam kategori ni lak..

-Making and distributing pornography..bawak-bawak la bertaubat sape yang wat keje tak senonoh nie..

-Cyberterrorism


Contohnya emel USM sendiri pun dah banyak kali being compromised and used for spamming sehingga diblock oleh Yahoo selama 2minggu..e-Klinic system attacked by virus..habis hilang maklumat patient sebab takda latest backup(ayoyo!)..web server dihack dan bila bukak keluar gambar-gambar porno sehingga diblacklisted oleh Google selama 3minggu..

E-mail Nigerian scam(pishing)

Banyak yang rugi disebabkan oleh ICT Crime nie..sebenarnya teknologi nie bagus tapi yang disalahgunakan tue yang jadi tak bagus tue..bila akal disalahgunakan..memikirkan kehidupan dunia sahaja..maka macam-macam caralah dilakukan untuk kaya, untuk dapat yang diingini, untuk memuaskan nafsu..10 negara yang menduduki carta jenayah siber tertinggi ialah US, UK, Nigeria, Canada, Romania, Italy, Spain, South Africa, Russia dan Ghana..di Malaysia pun jenayah siber ini semakin meningkat..

E-Mail Payment Transfer Job Scam(pishing)























incident statistics for 1998 incident statistics for 2008