Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!
Semalam ayah baru balik dari Penang, sambil kami semua duk lepak-lepak depan tv kat ruang tamu, tetiba ayah share something,
"penghuni-penghuni penjara, pusat pemulihan masuk, makan free-free jer belaka, lepas keluar senang lenang, tapi budak-budak U, kena bayar, keluar-keluar kena kejar dek hutang PTPTN pulop..orang-orang jahat tu hidup mewah lagi dari pelajar-pelajar kita nie, berapa banyak kerajaan habis duit untuk nie, bagi kat student lagi bagus~"
Mie dengar..wohoho, tetiba setuju sangat..hehe..tapi ada bab terasa gak..hee..maklumlah mie nie pun penghutang PTPTN gak(almaklum k!)..so, pagi nie, cubalah tanya pakcik serba tahu google pasal nie..
"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan anduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang di uruskan di penjara adalah berjumlah 81, 396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13, 392 orang.
Hishamuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM 341, 881. Selain itu katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-ira RM 35 juta.
Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmaran kesihatan." (sumber: http://www.malaysiakini.com/news/127289)
wohoho~
"Pada tahun 2006, kerajaan Malaysia membelanjakan RM 1.27 juta sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42, 483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna sebanyak RM 465 juta setahun wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan penghuni-penghuni penjara. (sumber: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219724&vo=104)
duit omi ayoh mie tu weyh~
"Sementara itu untuk menanggung warga negara yang sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa membelanjakan RM 500,000 sehari bersamaan RM 182 juta setahun. Ini diambil kira dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang menempatkan seitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang dirawat di pusat serenti sebanyak RM 50 sehari." (sumber: http://www.bharian.com.my/Current News/HM/Tuesday/Minda/20060718085150)
aku belanja sehari pun tak sampai RM 10~
Tolak tambah darab bahagi, lebih kurang RM 600 juta ++ setahun digunakan untuk pulih dan asingkan para banduan, tahanan dan penagih dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat menjadi orang yang berguna..
Tolonglah sedar~
Dengan duit sebanyak tu, kalau diberikan secara percuma kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran kan lebih bagus. (mie pun takyah pinjam-pinjam,ngee~)
"Menurut maklumat dari laman web PTPTN, bagi pelajar IPTA, jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000 hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS, jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000 setahun." (sumber: http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p l id-PUB.1.22)
Haa, RM 600 ++ tu boleh menampung sekurang-kurangnya 32,384 orang pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan STPM di Malaysia ni akan dapat menikmati pembelajaran peringkat lebih tinggi secara percuma!

No comments:
Post a Comment