Showing posts with label -KeHiDuPaN-. Show all posts
Showing posts with label -KeHiDuPaN-. Show all posts

Monday, August 22, 2011

-HaRaPaN RaMaDHaN 2011-

Assalamualaikum wrt wbt

Salam sejahtera..salam aurora..salam ketenangan..


Pagi ini mie tinggalkan sebentar catatan an-nur..

Dah masuk 21 ramadhan, yakni fasa ketiga universiti ramadhan..

Diri terasa sebak..


Mampukah mie bertahan?

Bukan bertahan untuk terus berada disini..

Tapi bila pulang ke rumah nanti..

Keindahan dan kemanisan terasa di hati..

Ramadhan yang penuh bermakna disini..

20 malam berlalu tanpa semalam pun meninggalkan Qiamullail..

Hari-hari berlalu hampir tiap waktunya berjemaah..

Bersama-sama dengan adik-adik muslimat yang dalam keinsafan..

Ukhwah persahabatan atas dasar kesedaran cinta Illahi..

Sedangkan belum pernah nikmat ini mie rasakan..


Mampukah mie bertahan?

Dunia di luar terasa begitu kejam..

Cabaran dan arus yang terlalu deras..

Menenggelamkan diri dalam lembah yang melalaikan..


Mampukah mie bertahan?

Istiqamah dalam amalan yang dilakukan..

Atau hanya waktu dan ketika ini mie rasakan?

Dan hari mendatang akan berlalu tanpa perubahan..

Bukan itu yang mie inginkan..


Mampukah mie bertahan?

Ketakutan untuk pulang, mencengkam diri..

Kemanisan beribadah padaNya dapat dirasai..

Mengatasi kerinduan pada ibu ayah yang dicintai..


Namun,

Andai mie tidak berani untuk menghadapi,

Andai diri kalah dalam ujian duniawi,

Pasti..

Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki..


Ya Allah..yang memegang hati ini,

Tetapkanlah ia dalam keimanan..dalam langkah yang mencari keredhaanMu..

Kekalkan hidayah Mu..pada diri yang mengharapkan keampunanMu..

Kurniakanlah kekuatan..pada jiwa yang memenuhi pengharapan padaMu..



Life is a road
And I want to keep going
Love is a river
I wanna keep flowing
Life is a road
Now and forever
Wonderful journey

p/s: hanya tinggal beberapa hari lagi untuk pulang ke pangkuan omi ayah tercinta

Monday, August 1, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 9-

CATATAN AN-NUR: 9

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al-Luqman ayat 12)

28 Julai 2011.

Hari nie aku sambung buat satu lagi tasbih, hehe. Seronok la pulak buat. Hajat nak buatkan satu untuk tok dan omi. InsyaAllah.


Petangnya, aku Cuma prepare slide dan bahan-bahan untuk kelas malam nie. Kelas malam nie hanya ceramah motivasi. Pertama kalinya aku sendiri yang akan bagi talk. Kebiasaannya aku samada menjadi peserta ataupun ajk. Entah apa akan jadi. Mampu atau tak membawa kesan pada hati-hati mereka? Kepada Allah swt yang Memegang hati-hati manusia, aku berserah.


Waktu yang dinanti-nantikan tiba. Topik motivasi malam nie pasal ibu. Sebenarnya ia adalah permintaan budak-budak penghuni ini sendiri yang nak tengok video pasal pembentukan baby. Alhamdulillah, aku ada video-video tersebut. Sebelum talk, aku adakan aktiviti ringan, sengaja untuk bersahaja-sahaja dahulu. Aku minta dorang buatkan satu sajak, atau pantun atau puisi, pasal diri sendiri, dari kecil hingga kini.


Keadaan berubah pulak. Sayu. Kerana sajak masing-masing mengkisahkan keinsafan masing-masing.


Talk aku, aku mulakan dulu dengan slide berkenaan dalil-dalil al-Quran yang berpesan agar menghormati ibu bapa. Aku juga menceritakan kisah hidup aku. Aku juga anak yang jahat dulu. Aku berkongsi cerita ku ketika itu bukan untuk membuka aib diri, tetapi aku percaya, kepercayaan akan dibalas dengan kepercayaan. Aku berharap dengan perkongsian pengalaman sebagai iktibar memberi keyakinan kepada mereka bahawa aku disini untuk membantu mereka.


Ada 3 video yang ditayangkan. Video bagaimana proses pembentukan baby dan betapa sukarnya seorang ibu bersalin, membuatkan hati-hati mereka dan hati ku juga tersentuh. Kami sama-sama menangis. Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Macamana lah aku nak jadi seorang motivator? Aku sendiri pun menangis, huhu.


“Saya ucapkan tahniah pada semua. Kerana memilih untuk tidak membuang anak yang dikandung. Anak insan suci, yang takda dosa. Yang berdosa adalah kita. Kenapa perlu dihukum insan lain atas perbuatan kita sendiri?”


Tak banyak yang aku boleh bicarakan kerana perasaan sebak menyelubungi diriku.


“Kita nie hina. Sangat hina. Keluar dari tempat najis! Tapi, kita nie berlagak, sombong, tak sedar diri!”


“Duduk kat sini, semua mak ayah yang tanggung. Lepas apa yang kita buat, mak ayah masih sanggup terima kita, masih sanggup bersusah payah walaupun kita dah conteng arang kat muka mak ayah kita. Tapi, pernah tak kita cakap kat mak kita, “ibu, saya mintak maaf. Ayah, saya mintak maaf.?”


Talk berakhir dengan video pasal anak soleh.


“Anak nie anugerah Allah. Didik mereka dengan baik. Didikan bukan bermula bila mereka dah keluar, tapi dari dalam kandungan. Perdengarkan suara kita pada baby kita dalam kandungan. Alunkan ayat-ayat suci al-Quran. Kebanyakkan dari kalian, akan serahkan anak masing-masing pada keluarga angkat. Itulah yang menjadi ikatan kasih sayang antara kita dan anak kita selain susu dada.”


"Agak-agak macamana Mizah boleh ada kat sini. Bukan diluar sana, yang mungkin entah jadi apa. Tak mungkin tanpa doa Omi, doa seorang ibu yang mahukan anak dia berubah."


Tapi, malam nie belum berakhir. Ada perkongsian dari dua orang penghuni yang akan keluar esok dan lusa.

Bicara hati akan sampai ke hati. Sekali lagi kami menangis berjemaah. Huhu.


Perkongsian dari rakan sendiri yang bersama-sama mereka di rumah itu lebih membuatkan hati mereka tersentuh. Bicara yang indah darinya.


“Setiap kali solat, setiap kali teringat pada anak kita, setiap kali tue, kita berdoa. Doa agar Allah menjadikan dia anak yang soleh, anak yang solehah. Doa agar Allah tak putuskan rasa kasih sayang dia pada kita. Doa agar Allah tetapkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.”


Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku hanya mampu memohon doa agar hati-hati kami sentiasa dalam redha Illahi.


Esok seorang lagi akan pulang ke rumah. Aku mengambil waktu untuk bersama dengannya.

“Kisah akak sama macam kisah sebelum nie. Tapi, salah akak jugak.”


Si pembuat adalah askar. Yang langsung taknak bertanggungjawap, malah kaki perempuan. Ya Allah, bagaimana aku yakin nak serahkan keselamatan negara ini pada insan-insan sepertinya?

Dan yang menarik perhatian aku.


“Awak nak buang anak ni sempat lagi,” kata doctor yang membuat pemeriksaan tersebut. Doktor nonmuslim. Ya Allah. Agak-agaknya berapa banyak situasi begini diluar sana?


Walaupun berbeza agama, tetapi dalam etika seorang doktor, boleh kah berkompromi membunuh nyawa manusia? Bahkan soalan sebegitu juga ada dari mulut seorang doctor yang beragama Islam. Itu lebih menyedihkan bila agama diketepi, dunia yang diambil.


“Akak taktahu macamane nak berdepan dengan ayah akak bila akak balik nanti. Akak rasa macam nak karang surat panjang-panjang”

“Kak, akak tahu tak, akak takyah karang panjang-panjang, ada 4 patah perkataan jer yang akak perlu ucapkan. Saya yakin kak, ayah akak akan menangis, paling tidak dia akan terdiam dan sebak.”

“Apa dia?, bulat matanya ingin tahu.”


“Ayah, saya minta maaf.”

“Saya doakan kak, agar akak ada kekuatan untuk berdepan dengan ayah akak, dan akak juga perlu kuatkan diri, dia tetap ayah akak.”


Aku tak tahu malam itu merupakan malam terakhirnya. Jadi, pada aku hanya ada satu buku yang belum dibaca dan baru dibeli. Buku “Fardhu Ain”. Bukunya berkualiti seperti buku Solusi juga. Dan buku itu beralih tangan. Semoga ianya bermanfaat.


p/s: Bagaimana nak merawat lelaki-lelaki sebegitu?

-11.49pm, 28 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-

-CaTaTaN aN-NuR : 8-

CATATAN AN-NUR : 8

"Allah nak kita jahit semula sejadah yang koyak dek keikhlasan yang mula menjauh.."


27 Julai 2011

“Nak balik ke? Baliklah..hari jumaat nie ayah g KL”

“Ermm..tengoklah dulu macamane..”

Semalam aku col omi..rindu umah, dah nak dekat ramadhan, rindu berbuka puasa di rumah..badan tak sehat, rindu-rinduan pun bertambah.

Tapi hari nie aku dah sehat, Alhamdulillah. Batuk jer berpanjangan. Aku kata pada diri aku perlu kuat. Aku nak tunaikan hajat ku untuk berada disini selama 5 minggu. Mungkin dengar suara omi yang kerisauan membuatkan aku mengaktifkan sel-sel imun badan agar omi tak risau akan diriku disini, hehe.


Pagi-pagi hari lagi, aku g rumah sebelah, ketika penghuni-penghuni lain sedang mengaji, aku cuba try test buat satu tasbih. Ce teka, ce teka? Agak-agak jadi tak?hehe.. Sejam setengah baru siap! Huhu. Jenuh Kak Sya(bukan nama sebenar) mengajar aku, hehe. Siap jugak satu tasbih! Kaler hijau la apa lagi~ ^_^


Dalam tengahari sket, keluarga angkat datang. Umair bakal mendapat keluarga angkat. Seminggu sebelum hari ini, anak kecil ini meragam dan asyik menangis. Mungkin dia dapat rasakan yang dia bakal berpisah dengan ibunya. Proses penyerahan berlaku dengan penuh hiba. Aku tak sanggup melihat wajah ibu muda tersebut. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak sendiri. Tapi, demi masa depan baby tersebut dan demi masa depan dirinya, dia perlu redha dengan ketentuan dan ujian Illahi.


Aku bertambah sebak apabila melihat datuk Umair turut menangis. Bukan senang seorang lelaki nak menangis, tapi mengalir airmata seorang datuk. Doa selamat dibacakan olehnya. Semoga Allah merahmati keluarga tersebut dan semoga Umair menjadi anak yang soleh.


“ Akak, akak minum tak air selusuh?”

“Akak tak caye benda-benda camtue, akak makan ubat moden jer. Mak akak dah beli pil mudah bersalin”


Di rumah sebelah, riuh pasal air selusuh dibicarakan memandangkan salah seorang penghuni dah sarat, due 2hb8.


“Mizah, bahaya tak makan pil-pil macam tue?”

Erkk..

“Akak, ce akak baring, nie bagi kak mizah tengok perut akak, tengok dah kat mana dah baby tu.”

Erkk..


Aku yang menggelabah. Ya Allah, budak-budak nie. Berulang-ulang kali aku kata aku bukan doctor perubatan, huhu. Nak tak nak, jadi tok nujum lah aku kat sini. Tapi, nasib baik lah kak Ann (bukan nama sebenar) taknak baring sebab malu, selamat aku. Aku risau kan nanti bila aku pegang, lain jadinya kat baby tu,huhu.


Air Selusuh. Berkali-kali aku cuba recall, kat mana aku ad abaca pasal air selusuh nie. Yaa, buku Cinta Kasih Medic, dan dalam buku tue, kisah-kisah yang seram jer, jadi membuatkan aku tak memberikan apa-apa respond masa dorang tengah hangat bersidang pleno pasal air selusuh. Lepas search dan tanya pada doktor2 yg lebih arif, maka tahulah aku.


Air Selusuh adalah air yang dibacakan ayat-ayat tertentu atau dicampur dengan bahan-bahan tertentu dengan tujuan dan dipercayai untuk memudahkan proses bersalin. Namun, sebenarnya, tiada dalil dalam al-Quran mahupun hadis yang memperkatakan tentang air selusuh. Setiap amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadah hukumnya adalah Mubah (Harus). Jika di amalkan dengan membaca doa agar mudah bersalin dan ayat-ayat yang tidak menyalahi syara’ seperti tidak melakukan tawassul kepada Fatimah, ‘Aisyah, Maryam dan lain-lain serta hanya memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma’ wa SifatNya dan tidak mempunyai kepercayaan-kepercayaan tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan. Tentang bacaan ayat al-Quran yang mana, boleh dirujuk pada buku Syifa’ oleh Ustaz Haron Din.


Dalam konteks perubatan pula, air selusuh boleh di amalkan jika ianya tidak dicampurkan dengan akar-akar kayu seperti akar Fatimah atau bahan-bahan lain kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tidak elok kepada rahim ibu. Amalan yang baik buat ibu hamil adalah memakan kurma/tamar, seperti kisah Maryam dalam surah Maryam ayat 23-26.


Muka semua terbeliak melihat sesuatu ditangan aku. Aku hanya tersenyum. Geli hati pun ada, hehe. Yaa, petang nie aku buat kelas pertama. Aku tunjukkan al-kitab aku. Sebelum aku datang ku rumah ini, aku mengikuti kursus perbandingan agama fasa kedua di Setiawangsa, jadi aku bawa alkitab bersama. Tak sangka boleh jadi muqqadimah kelas aku hari ini. Yup, aku buat kelas perbandingan agama disini.


“Mana awak tahu Islam nie agama yang benar?”

“Siapa beritahu awak Islam, awak dijanjikan syurga?”

“Memanglah, awak orang Islam, orang Islam baca al-Quran, orang Kristian kata dia betul gak, orang Hindu pun kata camtue jugak”

Berkerut-kerut dahi sorang-sorang. Agaknya dalam hati dorang aku nie bawak ajaran sesat kut,hehe.


“Awak ada kawan-kawan nonmuslim kan, kalu g umah dorang, awak nak makan tak dalam pinggan dorang?”

“Kalu dorang bagi air yang dorang minum, awak nak minum tak?”


Kebenaran. Kedamaian. Muhibbah.

Tapi dalam kelas pertama nie, aku hanya ajarkan asas-asas Islam sahaja. Topik yang sangat simple. Tapi ternyata, agak sukar bagi mereka. Ya Allah, teguhkan hati mereka.


Akidah & Tauhid. Ianya juga topic untuk aku menfresh kefahaman. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun LCD takdapat berfungsi, huhu. Alhamdulillah, dapat tayang video kisah perjuangan Rasulullah. Berlinang air mata di kelopak masing-masing melihatkan betapa sukarnya perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat.


Malamnya, aku imamkan solat hajat berjemaah. Kerana aku yakin ada hati yang sangat berhajat pada Allah sekarang ini. Semoga Allah Mendengar rintihan kami semua. Ameen.


Usai solat, semua pakat serbu tanya pasal kos aku. Mereka pelik kut camane aku boleh belajar pasal perbandingan agama sedangkan aku ambik kos sains kesihatan.


“Akak, kat wad kan, yang dibawak mesin xray tu..”

“C-Arm namanya”

“Haa..bahaya ke kak? Bila juru xray tue bawak jer, semua orang lari. Saya pun ikut jelah lari jugak, hehe..”

“Xray nie ada direction. Dia bergerak lurus. Dia boleh menembusi badan. Bahan yang boleh halang dia plumbum ataupun lead. Tapi, dia tak leh bergerak jauh.”

“Saya ada tengok baju-baju yang berat tergantung tu. Baju apa tue kak?”

“Tue nama dia lead gown. Memang berat. 12 Kg. Biasanya dipakai untuk proses fluoroskopi. Fluoroskopi nie pun guna xray.”

“Akak belajar apa jer lagi?”

“ Ada jugak belajar pasal perubatan nuclear.”

“Bom eh kak?”


Haha. Respond pertama.

“Haa, ada lah jugak,hehe. Perubatan nuclear nie menggunakan bahan radioaktif. Kita suntik bahan radioaktif nie dalam badan pesakit, dengan tujuan untuk scan badan ataupun rawatan.”

Susah jugak nak terangkan dalam bahasa yang senang difahami. Huhu.

“Ohh..menarik jugak eh..tak bahaya ke kak?”

“Risiko dan bahaya tue memang ada. Tapi ada perlindungan-perlindungan yang perlu kami dan pesakit patuhi. Kalau wanita mengandung, biasanya akan ditangguhkan dulu proses perubatan ni ataupun cari proses perubatan yang lain.”

Seronok aku bercerita. Almaklumlah, pasal kos aku dan benda yang aku belajar dah 3 tahun, tinggal setahun jer lagi nak habis, alhamdulillah. ^_^


Malam nie aku kena standby. Risau gak aku. Kak A takde. Dia tinggalkan kunci kereta kancil. Hayya, dibuatnya, Kak Ann pecah air ketuban malam nie, mati aku, taktau nak buat apa, huhu. Nak g hospital pun manalah aku tahu jalan, redah jelah jawapnya,huhu.


Kak Ann datang Sharing problem.

“Dua-dua ditolak. Mereka nak ibu jer. Taknak Mal sebab takut nanti susah di masa depan sebab Mal anak luar nikah.”

“Ya rabbi.”


“Dorang orang tabligh. Sepatutnya lebih faham. Akak memang letak syarat. Akak taknak berpisah nga anak akak.”


Ermm, tabligh. Aku taknak prasangka buruk terhadap dorang. Malah, aku menkagumi usaha dorang, bukan semua orang dapat buat camtue. Usah menidakkan usaha dakwah orang lain. Itu prinsip aku. Namun, ada beberapa perkara juga aku tak berapa setuju dengan sikap jemaah tabligh.


Kahwin, bagi aku bukan satu jalan keluar bagi masalah. Tapi, lepas mendengar satu persatu masalahnya, apa yang dihadapi dirinya, apa yang terjadi pada keluarganya, bagaimana kehidupan nya, sehingga dia sendiri pernah tidur dalam lokap, aku terkedu.


“Kak, saya memang tak mampu nak selesaikan masalah akak. Saya taktahu jalan penyelesaiannya. Tapi kan kak, akak tahu tak, akak bertuah sangat. Allah pilih akak.”


Bulat matanya.


“Akak takkan uji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Akak cuba lihat sebelum nie, macam-macam Allah uji akak, tapi akak dapat lepasi satu persatu hingga ke hari ini. Ujian akak hari ini, insyaAllah, akak boleh atasinya juga, saya yakin kak.”


“Allah uji, sebab Allah nak tambahkan iman kita. Allah rindu nak dengar rintihan akak. Masa akak datang sini, akak dapat rasai ketenangan. Sebab masa tu kita benar-benar nak berubah, kita dekat dengan Allah. Tapi, lama-lama, kita mula rasa selesa, tanpa sedar, kita mula ambil ringan pasal ibadah kita.”


“Ujian setiap orang berbeza-beza. Jika saya ditempat akak mungkin saya tak dapat nak tempuhi semua tu. Tapi Allah tahu akak kuat. Saya di uji dengan cara lain, bahkan pada satu tahap, saya rasa putus asa dengan hidup.”


Air matanya laju membasahi pipi.


“Mal anugerah dari Allah untuk akak. Akak kena didik dia baik-baik, biar kenal Allah, kenal agama betul-betul. Jangan biar dia lalui apa yang akak pernah lalui sebelum nie.”


“Umur akak dah banyak Mizah. Akak fikir macam-macam. Masa depan Akak dan Mal, apa yang akak nak buat lepas keluar dari sini.”


Benar katanya.


“Dalam kehidupan, Allah datangkan dua keadaan. Bilamana Dia uji kita. Bila kita bersabar dan yakin denganNya, Dia akan datangkan bantuan. Akak kena yakin, akak doa dan fikir satu persatu. Kekadang syaitan membuatkan kita fikir macam-macam dan membuatkan kita tak yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah swt.”


Masa berlalu dengan pantas. Lebih dua jam kami di situ.


“Sebelum nie, akak share pada ustazah ke, pada orang lain ke. Semua jawap sepatah dua jer. Samada dorang diam ataupun suruh banyak-banyak berdoa.”


“Allah yang takdirkan saya berada disini kak. Saya pun taktahu nak selesaikan masalah akak. Saya sendiri taktahu macamane akak lalui semua tue kak. Tapi, saya yakin kak, Allah lebih Mengetahui hamba-hambaNya. Kekadang, orang lain bukan taknak tolong akak, tapi dorang cuba cari jalan penyeselaian tetapi buntu. Saya, hanya mampu mendengar jer kak.”


“Awak dah tolong akak banyak. Terima kasih Mizah.”

“InsyaAllah kak, kita sama-sama jahit kembali sejadah yang mulai rosak tersebut :)”


Aku kini bertambah yakin bahawa Islam mengizinkan poligami ada manfaatnya buat sekalian ummat. Aku sendiri rasa seperti ingin bermadu. Yaa, insyaAllah, dengan perkahwinan mampu menyelamatkan dirinya. Mulianya Rasulullah saw. Jauhnya beza peribadi dan akhlak kita dengan Rasulullah. Ada yang berpoligami kerana nafsu semata-mata dan gagal untuk berlaku adil. Lelaki yang memahami erti adil, akan berusaha untuk tidak berpoligami, benarkah?


Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw dan kaum kerabat.

-2.00 am, 28 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-


Saturday, July 30, 2011

-CaTaTaN aN-NuR : 7-

CATATAN AN-NUR : 7

"Rindu omi..rindu ayah..rindu keluarga..rindu sahabat-sahabat.."


26 Julai 2011

"kak, akak ada bawak tudung lebih tak? tudung sy kecik la.."



"ermm..esok akak pakai tudung purple nie, jadi, awak gunalah tudung hitam tue deh.."



Sementara aku selesai mengiron baju2 untuk dipakai esok, dia terbaring, tertido keletihan..

"sayang..bangun2, akak dah selesai iron baju.." dia minta untuk dikejutkan setelah aku siap.

"tudung hitam tue pun akak dah ironkan :) "

"ooh, akak dah iron..terima kasih"


-Keesokan hari-

Cantik orangnya..padanlah jika suka melawa, orang utara kata, melaram..

"dek..kalu awak rendahkan sket lagi sanggul tue, lagi cantik :)"

"ok2 kak.."

Memang cantik, subhanaAllah..keindahan ciptaan Allah..

-Keesokan harinya-

"akak..akak tau tak apa saya rasa bila pakai tudung labuh hari tue?"

"Awak rasa camane? :)"

"Sy rasa best kak..rasa lapang, tenang jer..dulu mak sy selalu belikan sy tudung labuh. mak sy memang pakai tudung labuh. dan dia banyak belikan utk sy. tapi sy taknaklah pakai..sy rasa kolot sgt sesiapa yg pakai tudung labuh.."

Errkk.


"Tapi sekarang..sy nak pakai tudung labuh lah kak..”

Aku just bawak beberapa helai tudung datang ke sini. 2 helai tudung hitam untuk dipakai sehari-hari. Jadi, rasa berat hati jugak, huhu..

“Kalu camtue, ambik jelah tudung akak tue. Pakai jelah :)”

“Takpe2 kak.. kak umah sy banyak..sy nak guna tudung labuh yg mak sy belikan utk sy sebelum nie.."

Alhamdulillah..


Eh! Bukan sebab dia taknak tudung tue lah..

Tapi, syukur pada Illahi, Allah buka pintu hatinya. Semoga istiqamah dek..SubhanaAllah..


p/s: aku masih demam, dan merindui mereka-mereka yang berada dalam hatiku.

-2.00pm, 26 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-

-CaTaTaN aN-NuR : 6-

CATATAN AN-NUR : 6

"kaffarah dosa.."


25 Julai 2011

Pulang dari program. Aku demam! :(

Tapi ada kisah menarik yg terjadi semasa kami di Ijtima’ Harakiy. Ada dua kisah yang akan aku kongsikan. Ianya ada kaitan dengan penghuni rumah perlindungan tersebut. Satu aku cerita hari ini, satu lagi esok hari deh, insyaAllah.

Hari Sabtu malam, ada dinner. Best! Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun ada datang,hehe. Adakah aku akan di AUKU kan? Keh3..Bahkan, semasa pembentangan seminar pada petangnya, salah seorang panel adalah Dr Mujahid Yusof Rawa, katanya, “hari nie saya disini bukan politician” sangat professional. Guess what? Beliau adalah Pengerusi South East Asia Intereligious Council For Peace! Memang best!


Dah lama aku tak rasa gementar hingga aku terketar-ketar sejuk beku macam kat Alaska! Kesnya apa? Nak kuar tanya satu soalan. Adoooiii~ Sahabat2 yg mengenali aku, mesti tak percaya kalu aku kata camtue, tapi serius! Aku ketar sampai mengetap bibir! Pucat muka-muka! Tue baru nak keluar, belum tanya pun lagi. Tapi disebabkan badan takleh nak control tahap vibration yg berlaku, maka dengan sedihnya aku tak keluar tanya soalan tersebut. Pasal pluralitism dan interfaith dialogue. Rugi sangat rasa takdapat tanya. Sebabnya, persoalan aku bukan aku nak tahu jawapan sebenarnya, tapi bertujuan nak bukak minda peserta-peserta seminar. Camane tak mengelentar, majority peserta adalah golongan-golongan belia berpendidikan, senior-senior. Huhu..


Ookay, itu kisah di siang hari. Malamnya sebelum berlangsungnya dinner, selepas habis seminar. Kami di sini, mendapat satu khabar berita. Kak Ada melarikan diri dari rumah! Yaa, kakak aku yg muallaf tue! Ya Allah, tuhan ja yang tau. Terpinga-pinga aku. Huhu. Dikatakan berlaku kejar-mengejar antara penghuni yang lain dengan Kak Ada.

Sampai ke malam, taktahu apa yang terjadi. Semalam, yakni ahad malam, semasa aku drive pulang, Kak A ceritakan apa yang berlaku. Kak A pulang ke rumah lepas dinner pada malam tersebut. Ustazah yang mulanya bertenang bila mendapat tahu, kemudian menjadi risau. Sebabnya, ustazah baru teringat, yang sebenarnya Kak A nie ada masalah mental! Huhu. Yaa, pihak Jabatan Agama Islam yg bertanggungjawap sembunyikan kisah yang sebenar dari pengetahuan kami semua. MasyaAllah, ada ke patut.


Malam tue, Kak A pulanglah kembali ke rumah. Setelah ustazah “panggil”. Lupa pulak aku apa istilahnya, tapi dengan memohon bantuan dari Allah swt semata-mata. Bila dikorek-korek ceritanya dari Kak Ada. Ada pelbagai version, malamnya lain dia cerita pada ustazah. Sebelum tido lain pulak ceritanya. Huhu. Tapi yang misterinya,

“Saya teringat kat ustazah, saya pun pergi hospital, saya g jumpa polis sebab saya taktahu nak pergi mana. Saya kena tahan kat polis sebab takda IC. Polis mintak no untuk dihubungi. Masa tu saya bagilah no ustazah”


Haaa, yang misterinya, mana dia tahu no ustazah? Kedua, kalau pun dia tahu no ustazah, camane dia boleh ingat? Sedangkan ustazah tak pernah bagi pun no dia sebelum nie dan Kak Ada tak pun bawak apa-apa kertas masa keluar tu. Jeng3! Kuasa Allah untuk melindungi hamba-hambaNya. SubhanaAllah!

Sunyi sepi rumah nie bila Kak Ada takde. Sekarang dia berada di rumah bapa angkatnya, yg satu-satunya sudi terima dia. Yang lain-lain bila dihubungi, semuanya tak sanggup. Kesian dia.


p/s: Mungkin kena jugak bukak center untuk org yg ada masalah psychiatry.

-6.30 pm, 25 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam : Demam :(-

-CaTaTaN aN-NuR : 5-

CATATAN AN-NUR : 5

"mencabar diri sendiri untuk kebaikan, apa salahnya? mujahadah!"


22 Julai 2011

Hari nie aku banyak menyendiri dalam bilik. Entahla, entah ke sekian kalinya, aku rasa penat dengan mainan emosi disini. Aku mencabar diri untuk belajar mengawal emosi ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku.

Tengaharinya, mengemas barang. Eh? Nak balik dah ke? Give up?


Taklah, petang nie hingga ahad akan berlangsungnya Ijtima’ Harakiy ke-2 dan Seminar Siasah Syariyyah:Demokrasi & Pluraliti dan jugak Muktamar PKPIM ke-50. Yaa, aku attend! Jeng3~


Aku tak berhasrat untuk mencatat kandungan program ini. Tengoklah camane. Kalau ada kisah yang menarik, akan aku kongsikan juga. Jika tak, kita jumpa hari isnin ini.. ^_^

-2.30 pm, 22 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-