
--KeindahaN AlaM PencetuS InspirasI--KedamaiaN AlaM MencetuS KesyukuraN HatI--KetenangaN AlaM TercetuS SemangaT InsanI--KehijauaN AurorA MelambangkaN DirI--
Friday, November 26, 2010
-HePi-HePi-

Sunday, November 14, 2010
-BaNDuaN vs PeLaJaR-

Saturday, November 13, 2010
-TeSTiNG-


-aCTioN:WRiTiNG-


Monday, November 8, 2010
-MaXe-
Tuesday, October 12, 2010
-iSLaM DiD NoT SPReaD BY iTSeLF-
Aku, Lim dan Islam
by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..


Tuesday, October 5, 2010
-iM DaRe To FaiL-


Saturday, October 2, 2010
-TeRBuKu-


Friday, October 1, 2010
-KeMBaLi JoM!-


Friday, July 23, 2010
-THaT'S LiFe-


Tuesday, June 8, 2010
-MaSiHKaH Kau iNGaT?-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!
Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan HidayahNya yang Maha Esa..
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..
..dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhanNya..
..dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yg batil..
..dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yg mana dosa..
Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya..
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya..
Dan kadang-kala kita ingat kepadaNya..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya
Buat permata Islam..yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadaar agama..tetapi ia adalah cara hidup kita..
Sama ada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..atau dengan perkataan yg lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..
Semuanya Allah telah gariskan untuk kita..hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan ke dalam liang lahat..Islam juga telah mengajar caranya..
Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud..
“Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya”
Tapi sayang sama sekali..kita yg merendah-rendahkannya..kita menjauhkan diri daripadanya..bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identity kita..
Kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah s.w.t tuhan yang maha esa sedang memerhatikan kita..
Kita tahu adanya Allah tapi kita tetap melanggari perintahNya..sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala Nikmat sehingga kita menjadi org yg kufur kepadaNya..
Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya..
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala..bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka..
Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah SWT yang Maha Kuasa
Buat mutiara Islam,yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah
Prof Dr Hamka pernah berkata,’Kita boleh menghitung usia kita yg telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yg masih tinggal”
Persoalannya,”bagaimana persediaan kita apabila usia yg terkandung di dalam jasad kita sudahhabis digunakan..?’
Masihkan dikau ingat akan firman Allah s.w.t dalam Hadiith QudsiNya yg bermaksud..’Dariapa Abu Hurairah r.a..
‘Aku sesuai dgn dugaan hamba Ku kpd Ku..dan Aku bersama dengannya..ketika dia ingat kepadaKu..jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya..Aku akan mengingatinya didalam hatiKu..dan jika dia ingat kepadaKu..dalam lingkungan khalayak ramai..nescaya Aku juga akan mengingatinya..dala lingkungan khalayak ramai yg lebih baik..dan jika dia mendekatiKu sejengkal..Aku pun akan mendekatinya sehasta...dan jika dia mendekatiKu sehasta..nescaya Aku mendekatinya sedepa..dan jika dia datang kepadaKu berjalan..maka Aku mendatanginya dengan berlari..Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi..
Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan..sesungguhnya Allah s.w.t masih mengampunkan dosa kita..
Oleh itu, kembalilah kepadaNya..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya..
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya..
Agar Islam terus bergemerlapan di seluruh pelusuk dunia,
Sama-samalah kita,
Bersama Memartabatkan Islam
kredit to Bro Fadzil
Sunday, April 11, 2010
Monday, April 5, 2010
-Risiko Lentera Kehidupan-
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

Selamat pagi!^_^..mood:nak tido..huhu..sekarang pukul 7.20 pagi..tido lepas Subuh?huhu..tak elok..tak elok..so nak buat apa nie? nak dengar cerita tak?..hehe^_^
Ceritanya bermula camnie..ada seorang pemuda, dia belajar menyeberangi Selat Sunda untuk pulang ke kampung halamannya..dalam pelayaran tue, dia mengalami mabuk laut yang sangat teruk, jadi dia menjauhkan diri daripada penumpang lain dan duduk berehat dalam bilik dia..Pada suatu malam, die terdengar teriakkan,'ada orang jatuh ke dalam laut!'
Tapi..pemuda nie merasakan tiada apa-apa yang boleh dia tolong..sebab apa?sebab dia kan mabuk laut..tapi lepas tue, dia rasa dia perlu tolong jugak!dia tak sanggup biarkan orang tue camtue je..tapi dia mabuk laut,camne nie??..akhirnya, dia berkata,' setidak-tidaknya, saya boleh meletakkan lentera pada tingkap di tepi kapal!' Lalu, dia bersusah payah berdiri dan menggantungkan lentera di tepi tingkap biliknya..ada kaitan ke?sebuah lentera mampu buat apa?orang jatuh laut dengan sebuah lentera, ada kaitan?amenda la pemuda tue..ntah apa-apa!(ini mie yang kata,hehe..)
Keesokan harinya, dia mendengar bagaimana orang yang berjaya diselamatkan itu berkata,' saya nyaris tenggelam dalam kegelapan malam. Tetapi pada satu ketika yang tepat, seseorang meletakkan sebuah lentera pada tingkap di sisi kapal. Ketika lentera itu menyinari tangan saya, seorang pelaut yang berada dalam bot penyelamat menangkap tangan saya dan menarik saya masuk ke dalam botnya.' SubhanaAllah! kerana sebuah lentera oleh seorang pemabuk laut..erk?
KH Abdullah Gymnastiar( Aa Gym), pernah mengatakan konsep 3M nya bagi mengubah diri dalam rangka mengubah dunia, iaitu Mulai daripada diri sendiri, Mulai daripada yang kecil, dan Mulai daripada sekarang juga.
Hidup terasa lebih bermakna bukan kerana perkara-perkara yang besar, tetapi oleh kerana perkara kecil yang dikerjakan dengan jiwa yang besar. Cahaya kehidupan abadi bukan nampak daripada kemilau harta yang dimiliki, bukan juga daripada keindahan kedudukan yang dipunyai atau gelaran yang disandang. Cahaya kehidupan abadi sebenarnya dimulai daripada lentera kecil yang ada dalam diri yang menyala dalam ketulusan untuk memberi pertolongan pada orang lain dalam segala kekurangan dan kecukupannya.
Lentera kehidupan tidak bererti hanya memberi kebaikan dan pertolongan pada orang yang baik dengan kita. Memberi pertolongan kepada orang yang sefaham, sealiran dan sependapat dengan kita adalah suatu perkara biasa. Tetapi, memberi pertolongan atas dasar kasih sayang kepada orang yang membenci kita, yang berbeza pendapat dan tidak sealiran dengan kita merupakan nilai tertinggi daripada lentera kehidupan itu.
Seorang sahabat yang sangat bijak dan rendah diri, walaupun memiliki jawatan yang tinggi, pernah berkata, "harta saya yang abadi itulah yang saya berikan kepada orang lain."
Kata-kata yang menunjukkan nilai-nilai kerohanian yang tinggi itu memberikan inspirasi dan dorongan apa yang kita miliki ketika ini adalah titipan dan sebahagiannya adalah milik orang lain. Inspirasi yang mengukuhkan keyakinan bahawa semua yang kita miliki saat ini tidaklah abadi. Hidup semata-mata adalah berkat bagi orang lain.
Ketika lentera menyala bukan bererti tidak ada risiko, paling tidak adalah risiko ditiup angin lalu padam. Risiko terbesar yang dirasakan seseorang ketika memberi pertolongan pada orang lain, bukan hanya harta yang berkurangan atau tenaga dan waktu yang tersita, tetapi kerana terpaksa mengorbankan ataupun mempertaruhkan harga dan maruah diri. Menyalakan lentera kehidupan bererti rela turun atau merendahkan diri dan hati untuk sama-sama sedarjat dengan orang yang ditolong, dan kemudian bersama-sama membawanya terbang tinggi.
Hambatan utama dalam menyalakan lentera kehidupan sebenarnya datang dari dalam diri sendiri yang tidak mahu keluar memerhatikan dan menolong orang lain. Kehidupan kita sentiasa berhadapan dengan risiko. Tertawa bererti mengambil risiko kelihatan bodoh. Menangis bererti mengambil risiko kelihatan sentimental. Membantu seseorang bererti mengambl risiko melibatkna diri. Menunjukkan perasaan bererti mengambil risiko menunjukkan diri kita yang sebenarnya. Memberitahu idea-idea dan impian kita mengambil risiko untuk kalah. Mengasihi bererti mengambil risiko tidak dikasihi. Hidup bererti mengambil risiko mati. Berharap bererti mengambil risiko putus asa. Mencuba bererti mengambil risiko gagal.
Keberanian mengambil risiko bagi memberikan yang terbaik kepada orang lain, pekerjaan dan masyarakat adalah permulaan baik bagi memulakan kehidupan baru dengan menyalakan lentera kehidupan. Tidak dapat dinafikan, ketika komitmen wujud, pada masa yang sama timbul rasa takut yang menghambat komitmen itu. Berani bererti melawan rasa takut, menguasai rasa takut. Bukannya tidak takut. Lebih baik ambil risiko sekarang daripada sentiasa hidup dalam ketakutan.
Kehidupan yang paling menyedihkan adlaah ketidakberanian mengambil risiko, walau sekecil mana pun. Orang yang tidak mahu mengambil risiko bererti dia tidak dapat meraih apa pun, tidak memiliki apa pun, tidak merasakan apa pun dan akhirnya tidak menjadi sesiapa pun. Nyalakannya lentera risiko dengan risiko apa pun, esok mungkin sudah terlambat dan lentera itu mungkin akan padam.
'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.'
(ali-Imran ayat 142)
Teringat pesan seorang sahabat..andai takut ambil risiko, jangan kata diri seorang pejuang!
p/s: sedang menyiapkan 'senjata' dan 'benteng' untuk berperang..
kredit to Parlindungan Marpaung
Saturday, April 3, 2010
Saturday, March 27, 2010
-SaTu CiNTa-
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!
Stop!..erk..ask urself..sihat kah ku hari nie? sihat kah fikiran ku hari nie? sihat kah hati ku hari nie? sihat kah iman ku hari nie?
Satu Cinta..pernah dengar? mie pun baru jumpa lagu nie..dendangan dari sebuah kumpulan nasyid Indonesia..tapi mie tak kenal..search pasal dorang pun tak jumpa apa-apa..huhu..tapi lagu nie best..maaf tak dapat nak upload..boleh search di youtube..atau dengarkan di facebook mie^_^..
Semoga ceria-ceria sentiasa dan bahagiakan hati mu..terimalah~
Munsyid : StartFive
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Wednesday, March 24, 2010
Monday, March 15, 2010
-KiTa aDa ALLAH-
Assalamualaikum wbt
Salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!
Baru dapat satu emel dari Kak Jazimah..pesanannya:
'Kita ada Allah..terus kuat ya!!!'
semoga akak dan semua yang membaca nie pun terus kuat ye!^_^

Sunday, March 14, 2010
-KoNSeRT QG-
Assalamualaikum wbt
Salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!
'mimie.. bakpe dop update ngan kaklin..waaa'..maaf la kak linn..dop teringat nok kabo..huhu..
Sempena penutupan Quranic Generation, semalam telah berlangsungnya Konsert Nasyid UNIC dan Hafiz Hamidun dengan penampilan persembahan dari Kumpulan Suffian..best-best..hehe..
Dari awal sampai habis konsert, mie ternanti-nanti bila la UNIC nak nyanyi lagu Langkah Tercipta nie..dan akhirnya, hehe..lagu penutup..semangat je mie nyanyi sebelah Shafa..nak nyanyi terang-terang mana buleh!suara perempuan yang dilunak-lunakkan itu aurat..jadi, buleh nyanyi sesama perempuan je^_^
Apa yang best dengan lagu nie? bestnyer lagu nie sampai mie pernah namakan post mie 'Langkah Tercipta'..norma kehidupan..tak terlepas di uji dengan pelbagai ujian..lagu nie seumpama dah sebati dengan diri..dah jadi halwa telinga saban hari..nak nangis je rasa semalam bila dengar lagu nie..huhu..sentimental betul~ hehe ;p
Bila dah berakhir..cam biasa la..nak autograph dan bergambar..tapi semalam..waaaa~..merajuk mie nga UNIC! dah la datang USMKK kali ke-empat dah..takkan nak tunggu untuk kali ke-lima baru dapat..waaa~
Memang betul-betul merajuk r nga dorang..haha..wat merana diri sendiri je..takde effect kat dorang pun ;p..memang mati-mati sampai habis dorang makan pun taknak ambik gambar nga dorang jugak..haha..last-last..ambik jugaklah gambar dengan salah seorang ahli group dorang and Hafiz Hamidun..kihkihkih..bertambah koleksi gambar bersama selebriti tanah air!^_^
















