Showing posts with label -TaLiaN DaRaH-. Show all posts
Showing posts with label -TaLiaN DaRaH-. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

-aKu RiNDu PaDaMu!-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam ramadhan..salam kemaafan..salam perjuangan!

Waaaaaa~T_T..lama betul tak masuk blog nie..agaknya korang lebih kerap masuk compare to pemilik blog kehijauanaurora sendiri..mie la tue..huhu..sedih actuali..sebab tak dapat nak update..tapi..apakan daya ku..huhu

Lepas Program Segalanya Tentang Wanita..dalam post yang sebelum nie..ada mie postkan satu entry baru..tapi bukan di sini..tapi di Sinaran Perubatan 0812..hehe..promote blog jap..blog nie ntah apa-apa yang dorang tulis..hehe..blog bebudak Medical Radiation batch kami..lepas tue..dah tak dibahagikan masa yang ada untuk menulis sebarang entry di mana-mana blog..huhu..takpelah,kira cuti r tue^_^..

Banyak je aktiviti2 dan program2 yang berlangsung sepanjang tempoh ini..macam-macam peristiwa..duka..suka..gembira..sedih..nama pun kehidupan..dan baru-baru nie..alhamdulillah, berpeluang ke USM Induk di Penang..banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat..best~

Dapat jumpa kawan-kawan lama jugak and sahabat-sahabat seperjuangan..'pergh!teah!bakpe koho gelak nie,maing gape?''org masuk Palapes la,ngade nguh ye nie'..thanz teah 'belanja' orang(kena paksa ke mie sebenarnya,hehe) ..'dakpe r,kekg ye maghi Klatang,orang blanje ye pulok'^_^..lain kali belanja mahal-mahal sket tau!..dan sebenarnya memang tak sabar nak p Penang..

Perasaan yang teramat rindu membelenggu diri..masa perjalanan pergi ke Penang pun, tak dapat tidur dengan selesa(yelah,atas bas,mana nak selesa,huhu)..malam tue..terasa tersangat ingin berada bersama seseorang..tersangat rindu dengan insan itu..dah lama tak bertemu..dah lama tak dapat kami melepaskan kerinduan masing-masing..pandang ku melihat bintang-bintang di langit..satu persatu kenangan dengannya menerjah fikiran..wajahnya bermain-main di mata..teramat rindu..dan mie tekad!

Walau macamana..walau dengan apa..walau keseorangan..walau apa pun!mie ingin bertemu dengannya..ingin sekali!..bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama je ketika itu..membuatkan mie tekad-setekadnya..hanya padaMu ya Allah aku memohon..hanya padaMu aku bergantung..dan suatu hari tue..dengan penuh harapan dan satu tujuan..mie memulakan langkah..

Satu hari..dengan memonteng shif Convex..mie teruskan perjalanan..terima kasih buat shafa yang menghantar mie ke Terminal Feri..itz okey walaupun sahabat sekalian tak dapat nak menemani..itz okey..coz dalam fikiran pada waktu itu..hanya satu nama..hanya dia..pergantungan padaNya..first time naik feri sorang-sorang!huhu..wat-wat je slumber cam dah biasa..padahal ikut je arus orang..i must go!

'Eh,dah renovate dah stesen bas nie'..baru je duk mengumpat pasal stesten bas Pulau Pinang..yelah,dua tahun yang lepas..ish..lawa stesten bas kat Klate lagi!..tup-tup..terkejut jugak la tengok..ingat feri salah tempat mendarat..then, i took a bus terus ke Bukit Tengah..huhu..lama tak naik bas..mujur la dulu-dulu,ayah ajar naik bas masa form 5..sebab ayah selalu outstation tak dapat p hantar tuisyen..jadi,alhamdulillah,mudah urusan..alhamdulillah..

Kecut perut jugak..mana taknya..banyak dah berubah Bukit Mertajam sekarang..pergh,makin membangun..nasib baik kenal lagi tempat membesar menjadi manusia..dan kaki terus melangkah menuju ke satu destinasi..dah kul 6.00pm lebih tau!..asar belum solat lagi!..huhu..mula-mula cadang nak pergi-balik je..bila dah dalam keadaan camnie..tak tahu pun nak stay kat mana malam tue!ya Allah..serius!hampir nak bermalam dalam masjid je malam tue!..sahabat-sahabat Convex hantar message tanya camna keadaan..terima kasih atas keprihatinan..huhu..'nti tidur kat mana malam nie?''insyaAllah,tidur umah kawan'..dan pada waktu dan ketika itu,sebenarnya masih tak tahu nak menginap kat mana!redah je!huhu..

Bukan takda kawan..tapi ada yang tak cuti..ada yang balik kampung dan sebagainya..takpelah..lepas nie r fikir camna..yang penting sekarang jumpa dia dulu..usai solat..langkah ku terus maju pada tempat tinggal si dia..cantik!cantik sungguh umahnya sekarang!..moga kamu aman dan dirahmatiNya adikku yang sangat dirindui..

Walaupun rumahnya hanya dihiasi dengan dua biji batu sungai,tumbuh dua batang pokok yang memekar di bahagian kepala dan kaki..tiada sebarang penanda menanda inilah kediaman mu..namun,masih ku mengenali tempat tinggal mu inie..cantik!seperti masih baru..dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang kecil tumbuh di atas pusara mu..mengirang kan hati ku..al-fatihah~

Cuaca petang tue sangat redup..macam nak hujan..tapi tak..sangat nyaman dan selesa..kenapa begitu tekad kak imie nak jumpa mu?sebab kak imie ego sebelum nie..selepas pemergian mu..kak imie tak sanggup nak menziarahi pusara mu..yup,omi banyak kali ajak kak imie g,bila balik cuti masa matrik pun,omi sampai kata kak imie tak sayang kat Siti sebab tak g ziarah Siti..kak imie tak kesah..sebab kak imie tahu Siti tahu..kak imie tak sanggup..tak sanggup untuk melihat pusara mu yang telah meninggalkan kami semua..

Melihatkan kehijauan pusara mu..menyejukkan hati ini..setenang-tenangnya..terima kasih..maafkan kak imie..kerana ini baru pertama kali kak imie menziarahi mu setelah menghantar mu ke perkuburan 4 tahun dahulu..dah 4 tahun berlalu..namun kehadiran mu seolah-olah baru semalam..segala kenangan kan tersemat di kalbu..ingin sekali ku menemui mu di syurga Nya yang indah..pasti diri mu dah disana..insyaAllah..ingin sekali kak imie menuruti..tapi..layakkah kak imie?

Dengan kunjungan Ramadhan kali ini..sekali lagi mengingatkan saat pemergian mu..semoga Siti berbahagia di sana..ameen..

Memandangkan dah gelap..tetiba fikir..g umah Sidah lah..hari ini mensyukuri nikmat kaki!..jauh sungguh perjalanan..gelap-gelap jalan sorang-sorang nie,baru teringat kat sahabat-sahabat..kalu dorang ada sekali kan best..huhu..tadi tak kesah..sekarang baru merasai!..dan alhamdulillah disambut baik oleh Sidah and famili..selalu jugak singgah and menumpang kat umah Sidah nie dulu-dulu..balik sekolah je,kalu penat berjalan,singgah umah Sidah dulu..ada ais,hehe^_^..dan esoknya Aimi hantar ke terminal feri..perjalanan diteruskan..terima kasih banyak-banyak pada Sidah and famili,Aimi dan sahabat-sahabat sekalian..

Al-Fatihah buat semua insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah..semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah..ameen..kelak..kita semua juga kan menyusul..pohon,mohon,doalah padaNya..

Salam Ramadhan..selamat berpuasa..selamat menjalani ibadah puasa..kerana belum tentu kan ketemu dengan Ramadhan akan datang..hargailah setiap masa dan pelajarilah dari setiap pengalaman..all the best!^_^

Friday, July 3, 2009

-aCiK!Mie JeLeS!-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam kekeluargaan..salam perjuangan..

Yeah!acik dah nak balik!yahoo!(sejak bila aku rindu sama abang aku nie??)..hehe..alhamdulillah..tak berapa minit je lagi..acik akan sampai ke rumah..sebelum nie dia ada ke dia takde ke, tak kesah pun(jahat tul!)..ok..takdelah sampai tak kesah tapi cam bese jelah..almaknanya dah sebulan dah la semenjak holiday di Shah Alam(bagi siapa yang tahu)..kejap tul ye masa berlalu..esok pun dah kena daftar desa dah..(yeah! ke huhu..)

Nak cerita(ngumpat??) sket pasal abang mie sorang nie..dia nie kan..hehe..seorang yang membanggakan omi and ayoh la..owh tidak..dah terpuji dia(acik,kena belanja!)..dan memang mie selalu je jeles and sakit hati nga acik nie masa sekolah-sekolah dulu..dia tak bersalah pun..mie je yang ada penyakit hati..adeh!

Pendek kata..selalu je mie nie berada di bawah bayangannya..sebab tu sakit hati nga dia tu..makna taknya..dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah..'awak nie adik syukri kan?'..hello,i got name ok!(dalam hati jelah)..haa..kredibiliti,pengaruh,potensi,bakat dan lain-lain memang besar lah..patutnya mie bersyukurlah kan ada abang yang macam tu,tapi disebabkan 'penyakit' tu,lain plak ceritanya..adeh..cuma semuanya tak diluahkan dalam keadaan negatif..

Dan hari ini(semenjak di matrik)..mie realise yang sepatutnya mie bersyukur..dan mungkin jugak berterima kasih pada acik(??)..kenapa?..ayat kat atas tu ada sambungan(tanpa disedar sebenarnya)..'hell0,i got a name ok!and i will prove that i can do better than him!..haa,alhamdulilllah..memandangkan dia jaguh dalam syarahan,pidato dan adik-beradik dengannya..mie turut menjejaki langkahnya itu bagi membuktikan mie juga mampu..dia jadi best student kat sekolah..mie pun berusaha ke arah itu dan berjaya(bezanya pencapaiannya jauh lebih besar..huhu)..malah dalam bab memasak pun!

Malah..tanpa disangka..dalam abang-abang dan kakak-kakak yang lain(i have 2 abang,2 kakak, 2 adik perempuan and 1 adik lelaki,complete!^_^)..dia je yang mie berani untuk tegur jika dia lakukan apa-apa yang tak patut dan salah..dia je yang mie berani nak nasihat kalau ada apa-apa yang perlu(dululah)..pelikkan..dalam duk sakit-sakit hati kat dia tue..mungkin nie yang dikatakan cemburu yang dibenarkan(entahla)..

Jadi,korang-korang tue..haa..ko la(yang duk baca nie)..dari duk busuk hati kat orang dengan plan-plan yang jahat..kenapalah korang tak buktikan yang ko tu lebih baik dari dia..dari korang duk pening-pening kepala sampai nak bunuh diri sebab jeles makwe/pakwe kene kebas..apa susah..korang berubah la..pastu g ngorat yang lain,biar si dia tu menyesal sebab reject ko!..ko g bunuh diri pun bukan dia rasa apa-apa pun,dorang tak rugi,ko je yang rugi!..asal la susah nak serabutkan diri?adoi..

'Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul(biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin buhul-buhuk dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut), dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.'
(Al-Falaq ayat 1-5)


Dan sekarang..tak tahu la patut lega atau tak sebab dah tak sama universiti..tapi..yang pasti dia tetap abang mie dan mie memang patut berterima kasih padanya dan padaNya..dan sekali lagi..acik mengorak langkah lebih ke hadapan..bilamana dia berjaya mengikut jejak langkah ayah..berpijak di negara orang yang hakikatnya tetap bumi ciptaan Allah Yang Maha Agung..walaupun hanya sebulan untuk practikal..dan yang lebih bertuah sebab semuanya ditaja oleh fakultinya(jeles jugak nie^_^,hehe)..

Juga pada semua yang telah bersusah-payah membantu mie sekeluarga bagi memudahkan pemergiannya ke Australia(kak yus,kak maiza dan lain-lain) jazakumullahu khair..(no worries kata kak yus^_^,hehe)..semoga kalian dipermudahkan segala urusan..amin..kat bawah nie gambar-gambar sepanjang holiday di Shah Alam sempena penghantaran(??) acik ke aussie sebulan yang lepas..


kami bukan peminat anak patung!


nie tukang bayar!^_^(lupa nak tangkap gambar bil yang mencapai$$$,wakaka)..sebelum gambar nie ditangkap, ramai pelayan restoran kat belakang tu perhatikan gelagat kitorang sekeluarga yang ntah apa-apa(omi and ayoh je yang masih waras malam tu,hehe),tapi bila je cakap,'sape yang masuk dalam gambar nie kena bayar bil!'semua lari mengelak,hahaha..


kan dah cakap ntah apa-apa^_^..(full already!)


air nie nama dia 'fall in love'(air strawberi je pun campur aiskrim vanila)..tapi dorang semua nie punyalah kejam(tengok r faiz nie,air dia dah ada kat sebelah tu,nak jugak perabis air orang,huhu!)..bila sampai ke tangan mie,air ni dah tak sampai separuh!huhu..pening perut masuk macam-macam jenis air dan makananT-T..


acik!wat balik kangaroo hidup sekor!


bukan senang nak ambik gambar sefamili macam nie!


disebabkan tak cukup kereta untuk ke LCCT,jadi separuh naik KLIA Ekspres(5 orang),,transit kat KLIA,then abang didi datang ambik..

dalam KLIA ekspres,best,tak sesak dan lambat cam komuter..disebabkan tak ramai orang,bihah dengan muka slumber tukar-tukar seat sesuka hatinya..


hujung sekali tu..man si pembayar tiket..hehe..


kok..man..bihah..faiz..mie mana??


green dimana-mana^_^


acik di sydney..konfem la bukan mie yang tangkap gambar nie^_^

p/s: jap,nak g letak penimbang depan pintu..hehe

Sunday, February 1, 2009

-oMiKu SaYaNG-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam sayang..salam aurora..




-SeLaMaT HaRi LaHiR oMi Ku SaYaNG-


Omi..mie sayang sangaaaaaaaaaaattttttt kat omi..semakin bertambah umur omi..mie semakin takut..walaupun mie tahu..ianya pasti..tapi mie takut sangat..takut sangat kehilangan omi..takut sangat~


Walaupun dah menjangkau usia 51 tahun(31-01-1958)..tapi omi tetap maintain...cantik!..siyes!..macam baru je nak masuk 40 tahun..hehe..bahkan semakin besar anak-anak omi nie..semakin bertambah bahagia ye..insyaAllah..ayoh!jangan jelez..hehe..ikut giliran..ada ke?jeng!jeng!jeng!dan..untuk omi..terimalah senano hadiah dari kami-nur hana(kok), nur aisyah(angoh), mohd lokman(man), mohd syukri(acik), nurhamizah(mimie), nurhazwani(siti), nur nabihah(kak ihah) dan mohd faiz(paih)..dari anak-anak omi yang sentiasa menyayangi dirimu..yang sentiasa mendoakan dirimu..semoga hidup sentiasa diberkati, dirahmati, diredhai dan dimurahkan rezeki, bahagia disamping keluarga tercinta~


tengah siap lekatkan kad..



inilah hadiahnya!cantik tak?


rantai mas tulen 100%!



kok mewakili..inilah detiknya!


hanya untuk omi tercinta..


ya Allah..

andai kami hadiahkan selautan emas untuknya..

andai kami hadiahkan segunung permata kepadanya..

pasti belum cukup membalas segala jasanya..