Thursday, October 29, 2009

-iSK-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..

Sejarah..pergh..kalau dulu time sekolah-sekolah..subjek sejarah biasanya bukan dalam target la..hehe..alhamdulillah..dapat score jugak..seb baik..hehe..tapi..bila baca sirah ataupun sejarah Islam..subhanaAllah..konfem!termotivasi!^_^..insyaAllah..

Sirah banyak mengisahkan kita tentang jatuh, bangun, suka, duka perjuangan-perjuangan demi menegakkan syiar Islam..dan seharusnya kita belajar dari sirah jika inginkan yang terbaik buat agama tercinta kita^_^..insyaAllah..jadi~ Rakan Masjid USMKK membawakan anda

PROGRAM INI SEJARAH KITA (ISK)

Tempat:: Dewan Kuliah 6, USMKK
Tarikh:: 30-31 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu)
Bayaran:: RM10 sahaja(Ahli Rakan Masjid=RM 8)
Tentatif program::
on 30 oktober 2009 (Jumaat)
8.30 pagi :: Pendaftaran Peserta
9.00 - 12.30 :: Ini Sejarah Kita 1
2.30 - 4.30 :: Ini Sejarah Kita 2
on 31 oktober 2009 (Sabtu)
8.30-1.00ptg :: Ini Peranan Kita

1- Apa itu Ini Sejarah Kita(ISK)?

· ISK adalah program yang dianjurkan untuk menaikkan semangat umat Islam supaya berusaha mencapai kejayaan dengan mengambil iktibar dari sirah zaman kegemilangan Islam dahulu.

2- Apa yang akan disampaikan dalam ISK?

· Secara ringkasnya program ini berkisar tentang keadaan umat semasa kedatangan Islam, zaman Khulafa’ Arrasyidin diikuti zaman khalifah islam di saat kegemilangan dan kejatuhan. Program ini turut menyentuh faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Islam dan peranan kita sebagai umat islam kini.

3- Bagaimana cara penyampaian program?

· Berbentuk seminar dengan pendekatan yang berbeza berdasarkan modul ISK. Untuk pengetahuan semua, program ISK turut diadakan di universiti lain dan juga di luar negara.

4- Tarikh akhir pendaftaran??

· 29 Oktober 2009(Khamis).Pembayaran boleh dibuat pada hari program. Namun sekiranya terdapat sebarang masalah, anda masih boleh mendaftar pada hari program.


Untuk pendaftaran sila hubungi:
Syafiqah Mohd Satali-M2 013-9886712
Suhaimi Arsad-M2 017-4584309
Nurul 'Aini Abdullah(Own)-D4 013-3531413
Nafsiyah Mahasyim-D3 017-9670653
Ain Shafiyah-M3 014-5021192


Wallahu'alam

"Sejarah Pencetus Inspirasi"

p/s: jangan lepaskan peluang ini^_^

Tuesday, October 27, 2009

-LoVe iS CiNTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam peperiksaan..salam aurora..

Alhamdulillah..ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buatMu ya Allah..kerana masih punya kesempatan buatku dan sahabat-sahabat untuk merasai nikmat iman dan islam..Engkau kurniakan kehidupan yang direncana sebaiknya bagi kami..

Setelah sekian lama..enggak ada sebarang pengisian dari blog ini..terasa selama itu diri ini terumbang-ambing..terikut-ikut arus yang menghanyutkan diri..hati..hati..hati menuntut haknya!

Sepanjang waktu itu..bukanlah tiada pengisian rohani..bukanlah tiada kesedaran diri..bukanlah tiada majlis ilmu dihadiri..tetapi..tidak terlepas..ada sesuatu yang menghalang hati..hati..hati..seketul darah kecil yang mengawal suatu jasad yang berganda darinya..suatu ketika ku telah membuat keputusan..mengembalikan keyakinan kepadaMu..bisikan-bisikan indah terus membuai diri..tewas!

Majlis Ilmu!..ya..dekatkanlah dirimu dengan majlis-majlis ilmu..kerana itu adalah taman-taman syurga..sangat ku rindui detik semalam..walaupun nota-nota penuh di tangan..namun fikiran tidak terlepas memikirkan..mencerna setiap satu yang disampaikan..

Cinta..suatu persoalan..suatu kisah yang seringkali cuba ku tempis untuk dikongsi..ingin menyayangi..ingin disayangi..suatu fitrah manusia..suatu fitrah yang indah hingga mungkarnya terus berseri walau sudah lama tidak digilap..yup!..ia menyesap bagai angin menyapa kulit..tidak dirasa kehadirannya..namun dirasai kenyamannnya..

Manusia..seorang insan yang sering leka..sekali kita melafazkan cinta padaNya..berkali-kali kita membalas derhaka..sekali kita mengungkapkan rindu padaNya..berkali-kali kita memandang dunia..

Ingatlah wahai diri..si dia telah tercatat buatmu..jangan kau risau akan jodohmu..andai tidak kau ketemu di dunia..mohonlah agar ia menanti mu di syurga..peliharalah dirimu sebaiknya..kerana dia juga sedang mempersiapkan dirinya..pintu taubat sentiasa terbuka buatmu andai diri terpesong arah..selagi mana mata terbuka..selagi mana nafas bernyawa..selagi itu..dikau belum terlambat untuk memohon..mohonlah keampunan..pintalah yang terbaik buat dirimu..doalah..rintihlah padaNya..

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu

Friday, October 16, 2009

Pergilah Derita Hadirlah Cahaya

'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya'

17 Oktober 2009

Surau Murni, USMKK

Lepas Isya', 8.00pm-11.30pm

Yuran Penyertaan: RM 1

Bahan, Makanan, Sijil, Merit kan diberikan

Berpeluang menjadi ahli KPN dan menyertai program-program KPN

Sesi 1-Slot Ceramah 'Kewajiban Berdakwah' by Bro Naim

Sesi 2- Soal n Jawab

Sesi 3- Slot Motivasi(aplikasi ESQ) 'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya by Bro Fatih

Sesi 4- Makan-makan


"dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." ( ali-Imran: 104)

Islam Agama Mudah dan Fitrah

Sunday, October 11, 2009

-DaMai-

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari

Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati

Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi