Thursday, October 29, 2009

-iSK-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..

Sejarah..pergh..kalau dulu time sekolah-sekolah..subjek sejarah biasanya bukan dalam target la..hehe..alhamdulillah..dapat score jugak..seb baik..hehe..tapi..bila baca sirah ataupun sejarah Islam..subhanaAllah..konfem!termotivasi!^_^..insyaAllah..

Sirah banyak mengisahkan kita tentang jatuh, bangun, suka, duka perjuangan-perjuangan demi menegakkan syiar Islam..dan seharusnya kita belajar dari sirah jika inginkan yang terbaik buat agama tercinta kita^_^..insyaAllah..jadi~ Rakan Masjid USMKK membawakan anda

PROGRAM INI SEJARAH KITA (ISK)

Tempat:: Dewan Kuliah 6, USMKK
Tarikh:: 30-31 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu)
Bayaran:: RM10 sahaja(Ahli Rakan Masjid=RM 8)
Tentatif program::
on 30 oktober 2009 (Jumaat)
8.30 pagi :: Pendaftaran Peserta
9.00 - 12.30 :: Ini Sejarah Kita 1
2.30 - 4.30 :: Ini Sejarah Kita 2
on 31 oktober 2009 (Sabtu)
8.30-1.00ptg :: Ini Peranan Kita

1- Apa itu Ini Sejarah Kita(ISK)?

· ISK adalah program yang dianjurkan untuk menaikkan semangat umat Islam supaya berusaha mencapai kejayaan dengan mengambil iktibar dari sirah zaman kegemilangan Islam dahulu.

2- Apa yang akan disampaikan dalam ISK?

· Secara ringkasnya program ini berkisar tentang keadaan umat semasa kedatangan Islam, zaman Khulafa’ Arrasyidin diikuti zaman khalifah islam di saat kegemilangan dan kejatuhan. Program ini turut menyentuh faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Islam dan peranan kita sebagai umat islam kini.

3- Bagaimana cara penyampaian program?

· Berbentuk seminar dengan pendekatan yang berbeza berdasarkan modul ISK. Untuk pengetahuan semua, program ISK turut diadakan di universiti lain dan juga di luar negara.

4- Tarikh akhir pendaftaran??

· 29 Oktober 2009(Khamis).Pembayaran boleh dibuat pada hari program. Namun sekiranya terdapat sebarang masalah, anda masih boleh mendaftar pada hari program.


Untuk pendaftaran sila hubungi:
Syafiqah Mohd Satali-M2 013-9886712
Suhaimi Arsad-M2 017-4584309
Nurul 'Aini Abdullah(Own)-D4 013-3531413
Nafsiyah Mahasyim-D3 017-9670653
Ain Shafiyah-M3 014-5021192


Wallahu'alam

"Sejarah Pencetus Inspirasi"

p/s: jangan lepaskan peluang ini^_^

No comments: