
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikumwarahmtullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan!
Assalamualaikumwarahmtullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan!
Demi waktu Dhuha.
Dan demi malam apabila telah sunyi.
Tuhanmu tdk meninggalkan engkau & tdk pula membencimu.
Dan sungguh, yg kemudian i2 lebih baik bagimu drpd yg permulaan.
Dan sungguh,kelak Tuhanmu akan memberikan kurniaNya kepadamu,sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yg bingung,lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yg kekurangan,lalu Dia memberikan kecukupan.
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang2nya.
Dan terhadap oarng yg meminta2, janganlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.
(Ad-Dhuha:1-11)
Buat senior-senior, sahabat-sahabat dan junior-junior yang bakal dan akan menghadapi ujian, semoga Allah melapangkan dan menerangkan hati serta memudahkan urusan..dan semoga pertolongan Allah itu sentiasa bersama kalian..
Ujian itu bukan sekadar exam, malah lebih dari itu..dan seharusnya setiap dari kita, sedang, bakal dan akan menghadapi ujian..ujian yang mungkin akan datang dari sudut yang berbeza, dengan cara yang berbeza dan memberi kesan yang berbeza..ujian yang bukan sahaja datang sesuai dengan kemampuan, malah mampu membuahkan satu kekuatan yang akan menjadi bekalan buat masa hadapan..sebab itu, bila ujian datang melebihi kemampuan yang dirasakan ada pada diri, maka itu persediaan dariNya untuk masa hadapan..
Pertama dan selama-lamanya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, sejahtera ke atas keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat yang telah pergi dan yang masih tinggal.
Buat senior-senior, sahabat-sahabat dan junior-junior yang bakal dan akan menghadapi ujian, semoga Allah melapangkan dan menerangkan hati serta memudahkan urusan..dan semoga pertolongan Allah itu sentiasa bersama kalian..
Ujian itu bukan sekadar exam, malah lebih dari itu..dan seharusnya setiap dari kita, sedang, bakal dan akan menghadapi ujian..ujian yang mungkin akan datang dari sudut yang berbeza, dengan cara yang berbeza dan memberi kesan yang berbeza..ujian yang bukan sahaja datang sesuai dengan kemampuan, malah mampu membuahkan satu kekuatan yang akan menjadi bekalan buat masa hadapan..sebab itu, bila ujian datang melebihi kemampuan yang dirasakan ada pada diri, maka itu persediaan dariNya untuk masa hadapan..
Hidup akan semakin sukar bagi yang benar-benar belajar tentang kehidupan..jangan pernah cuba untuk gagal, tapi bila gagal itu datang, jangan takut untuk menghadapinya..yang terbaik itu, tidak semestinya yang paling cemerlang..
Kita akan mendapat manfaat dari sebuah kejayaan, dan insyaAllah, kita akan belajar sesuatu dari sebuah kegagalan..semoga dalam apa jua bentuk ujian itu datang..kejayaan mahupun kegagalan..Dia sentiasa sudi memberi petunjuk dan pertolongan..dan memimpin hati-hati ini dalam iman..sentiasalah mensyukuri nikmat dan redha dengan takdirNya..
Barakallahufikum,
Fi amanillah...
"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka jawablah Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
(Al-Baqarah:186)
-ihsan:kak ina
No comments:
Post a Comment