Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam mahasiswa..salam perubahan..salam perjuangan!

Kicauan burung di pagi hari memenangkan..seolah-olah menyanyikan lagu puji-pujian..keindahan alam suatu keunikan..misteri yang sentiasa tersimpan 1001 kerahsiaan..
Pernah tengok tak burung-burung berterbangan? mungkin suatu masa lain kali kita perlu perhatikan..rupanya ada juga sesuatu yang berharga..seperti kisah Habil dan Qabil..
Ok..back to the story..apa kaitan plak dah dengan burung-burung nie?apa nya yang dorang wat?
Sedar atau tak sedar..jika kita perhatikan, terutamanya dalam musim perpindahan burung-burung dari satu kawasan ke satu kawasan, burung-burung terutamanya angsa(swan) nie bergerak dalam satu bentuk atau shape yang sangat unik..kenapakah begitu?
V SHAPEYup..angsa terbang berhijrah dalam formasi huruf V..angsa nie pernah belajar ke tue huruf V?hehe..so must be reason why dorang wat camtue..meh kita kaji apa yang menariknya~
First, mengurangkan rintangan angin..kita pun ada belajar dah kan..malah,bila ada angsa yang terkeluar daripada formasi V nie, angsa tue akan merasai kesukaran dan rintangan terbang sendirian, jadi dengan cepat-cepat, ye kan terbang masuk semula ke dalam formasi tue..
Second, setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang dibelakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk V nie, angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72% lebih tinggi daripada terbang sendirian.
Third, fuhh, penat weyh berjalan jauh,opps mengepak jauh,huhu..jadi, angsa-angsa kat bahagian belakang akan berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa kat bahagian depan tuk bagi semangat supaya kelajuan dorang terbang dapat dikekalkan..chayok!chayok! u can do it!lebih kurang camtue la,tapi dalam bahasa angsa la,hehe^_^..
4th, bila angsa di depan berasa penat, ia akan undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah dan angsa yang lain pula secara otomatik akan mengambil alih tempat angsa tersebut bagi mengetuai penerbangan.
Lagi, yang menarik, bila ada angsa yang sakit atau ditembak, dua ekor angsa keluar dari formasi dan ikut angsa yang jatuh bagi melindungi dan beri bantuan. Dorang kan tunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula ataupun dipastikan sudah mati, baru dorang kan terbang semula dan masuk balik dalam formasi..
Menarik kan!Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam!subhanaAllah!
We Need Each Other
Indahnya hidup ini..dalam destinasi kita menuju perjalanan dunia yang penuh dengan cabaran dengan diri yang serba dhaif dan jahil, indahnya jika kita punya teman yang sama-sama bermusafir dalam perjalanan nie..seperti sekawan angsa tersebut..
Bagaimana sukarnya angsa tersebut hidup keseorangan, begitu lah kita..mie sendiri adalah lone ranger..suatu ketika dulu..suatu ketika dulu yang dulu..(sekarang waktu tengah menulis nie, lagu You Are Not Alone by MJ sedang berkumandang,owh,sungguh kebetulan!)..tiada siapa yang mahukan hidup keseorangan..jika seorang manusia yang kehilangan fungsi akalnya, juga mencari teman seperti kucing dan sebagainya..ini kan lagi kita..siapa yang tak rasa mahukan kawan..kerana ianya adalah fitrah..fitrah kita mencari geng-geng kita..
"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)Nah! memang fitrah kita seperti itu..perasaan untuk hidup bersama teman-teman pasti ada..bezanya hanya kita zahirkannya atau tak..orang seperti mie yang sentiasa memendam rasa dan segala macam masalah, tambah dengan ego diri, menjadikan fitrah tersebut disembunyikan..
"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yag lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum: 30)Sehingga suatu ketika..kemanisannya mie rasai..kita memang saling memerlukan satu sama lain..dinasihati dan menasihati..diteguri dan meneguri..bukan kerana kita ingin meluahkan rasa-rasa tersebut..biarlah ianya terus tersemat dalam hati dan diri,cewah! ;p..tetapi untuk bersama-sama menyusuri perjalanan ini..
Matlamat lebih mudah dicapai dengan berkumpulan atau berjemaah..kehadiran teman-teman akan membantu kita dan sebaliknya seperti angsa yang form V shape untuk memudahkan penerbangan dan saling memerlukan..
Kita golongan yang lemah, ada kelebihan dan kelemahan, kekurangan..kita perlukan satu sama lain untuk saling melengkapi..kekadang perjalanan yang kita lalui tersalah arah..tersesat..putus asa..kehadiran teman-teman inilah yang akan mengingatkan kita, memberi semangat, motivasi dan sokongan seperti angsa yang menguak mengingatkan temannya..
Itu adalah angsa..
Kita adalah manusia..
Yang punya fitrah..
Yang menuju satu perjalanan yang kita belum pasti..
Bagaimana destinasinya..
Bagaimana kesudahannya..
Alangkah indahnya jika punya teman yang bukan sekadar bersama gelak tawa..yang bukan sahaja ada ketika mana kita sedih dan menasihati..tetapi yang menyatakan pada kita..yang menyampaikan pada kita..ayat-ayat Allah! ayat-ayat agung Allah! mukjizat..buat umat Nabi Muhammad s.a.w..
Jika orang kata nak mencari kawan ketika suka begitu mudah dan payah untuk mencari kawan ketika duka..mie katakan kedua-duanya sangat-sangat senang!
Kerana yang sukar adalah..
Sahabat yang mengingatkan kita..
Pada keindahan kalimah-kalimah Allah..
Yang mahu sama-sama memimpin..
Ke syurga yang hakiki..
Sahabat yang mengingatkan kita..
Pada kegerunan azab-azab Allah..
Yang mahu menjauhkan kita..
Dari neraka yang juga hakiki..
Bila waktu telah memanggil..
Teman sejati tinggallah amal..
Bila waktu telah terhenti..
Teman sejati tinggallah sepi..
Itu pilihan kita..sebelum waktu berakhir..teman sejati yang membawa kepada amal atau teman sejati yang menyebabkan kita sepi..
........

p/s:buat sahabat-sahabat mie, walau dimana jua anda berada, sesungguhnya daku menyayangi kalian, dan sesungguhnya Allah lebih menyayangi dan sentiasa bersama-sama kalian..doa ku akan sentiasa mengiringi..