Wednesday, February 3, 2010

-MPP USMKK 2009/1010-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam mahasiswa..salam perjuangan!

Alhamdulillah..berakhir sudah pilihan raya kampus USMKK bagi sesi 2009/2010..semuanya berjalan lancar, harmoni dan sentosa^_^..

Tahniah dan takziah bagi semua yang menang..termasuk buat diri mie sendiri..huhu..sesungguhnya perjalanan yang bakal mie lalui penuh dengan duri-duri yang tajam..namun tetap punya bunga-bunga yang kembang indah..insyaAllah..

DAKU
Nama : Nurhamizah Binti Mohamad Rafiuddin
DOB : 16 Julai 1989
Kursus : Sinaran Perubatan Tahun Dua
Emel : mimie_hamizah@yahoo.com mimie.mizah@gmail.com
YM : mimie_hamizah
Gtalk : mimie.mizah
Jawatan : Bendahari MPP USMKK 2009/2010
Konstituensi : Pusat Pengajian Sains Kesihatan

Jadi, insyaAllah sebarang hal berkenaan MPP buleh hubungi emel mie yang tertera kat atas nie..dan sebarang urusan atau perihal berkenaan pusat pengajian sains kesihatan, jika ada sebarang aduan atau cadangan, juga boleh kemukan terus pada mie ye^_^..atau mana-mana sahabat-sahabat MPP yang lain..insyaAllah, akan kami usahakan sedaya upaya..

Di kesempatan nie jugak..eicecey..cam ucapan hari raya lak..ahakz ;p..mie nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak..jentera-jentera pilihan raya yang telah bertungkus lumus, terutama kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan..kepada pengundi-pengundi yang memberikan kepercayaan pada diri ini yang serba kekurangan ini,huhu..kepada yang tidak mengundi juga terima kasih mie ucapkan..kepada calon-calon yang sama-sama bertanding juga terima kasih mie ucapkan kerana memberikan persaingan yang sehat..kepada a.afzan dan a.kamil yang bersusah payah membina blog untuk mie..kepada omi and ayoh, kakak-kakak ku, abang-abang ku, adik-adik ku, thanz a lotz!..kepada pihak urusetia pilihan raya USMKK 09/10..kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..dan kepada yang semua yang mendoakan yang terbaek buat diri mie, keep pray for me!..semoga Allah merahmati dan meredhai kalian semua..insyaAllah..amin...

Wah!panjangnyer..cam ucapan terima anugerah bintang popular lak..ahakz ;p..dan disini ingin sekali mie sematkan sebahagian message-message yang diterima sepanjang pilihanraya kampus hingga ke saat penerimaan amanah..renung-renungkan dan selamat beramal~^_^

'Wahai sahabat-sahabat yang rindukan kemenangan, yakinlah tiada kemenangan tanpa perjuangan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa iman. Hari ini kita berjuang, jangan ragu jangan takut hadapi rintangan. Luruskan niat hanya Allah satu tujuan, Allahuakbar!'
(alkisah masa terima mesej nie, tengah siapkan video promote, jam kul 3pagi, baru je cadang nak tidur sat sebab tak larat dah nak sambung wat video,trutt,tetiba dapat mesej nie,terus tak tidur hampir dua hari nonstop!pergh~ siapalah yang hantar mesej nie,huhu)

'Semoga terus kuat, moga terus dapat sokongan dari kawan-kawan. Kalau menang satu lagi amanah yang perlu dipegang. Moga dipermudahkan semuanya'

'Buat calon-calon..all the best..tarbiyah itu indah..kami konfident antum boleh melaluinya'

'Selamat berjuang wahai srikandi Islam. Usah gentar..Hwaiting^^'

'Tahniah kepada MPP baru..Jalankan amanah yang diberi oleh masyarakat..sebelah kaki anda cenderung ke neraka..insyaAllah saling mengingati..Selamat menjalankan tugas..'

'Kepada pemimpin MPP yang dihormati, diharap nasihat ini bermanfaat. Saidina Abu Bakar ra apabila pada ucapan pertama selepas dilantik menjadi khalifah berkata,'wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu..jika aku betul tolonglah aku..jika aku salah betulkan aku..sambungan, katanya lagi..Taatilah aku selagi aku taatkan Allah dan rasulnya..jika aku derhakakan Allah dan rasulnya, maka tiada ketaatan untukku,'..semoga bermanfaat'

'Apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, sesungguhnya aku sentiasa hampir dengan mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu dan hendaklah mereka percaya kepadaKu supaya mereka memperolehi petunjuk (2:186)'

'Jalan tarbiyah dan dakwah masih jauh dan panjang..memerlukan peluru-peluru kekuatan untuk terus istiqamah dan tsabat..teruskan bersabar bersama angkatan dakwah, kerana yakinlah Allah sentiasa bersama kita. Ruang dakwah dan tarbiyah sudah terbuka, gunakan amanah Allah dalam mencari redhanya'

subhanaAllah..indahnya ukhwah..sahabat yang bukan sekadar bersama ketika suka tapi disisi ketika berduka dan sentiasa menyokong, menasihati, menegur, mengingati dan mendoakan..jazakumullahukhair!

blog yang dicipta oleh a.afzan, arigato huzaimass! sangat cantek!^_^

Harapan
Kepimpinan bukan sesuatu yang perlu terus ditukar ganti, tetapi dibuat penerusan dan sebaiknya diolah demi meraikan sebuah perubahan. Sekalung tahniah buat generasi MPP sesi 2008/2009 dan kini tibalah giliran kami untuk menerajui pimpinan pelajar Kampus Kesihatan USMKK. Hasrat dan cita-cita kami hanya tercapai apabila kalian bangkit bersama-sama kami. Generasi demi generasi berlalu namun biarlah moto ini kekal bersama kita : Bersuaralah Bersama Kami!

Azmi Hisam : http://azmihisam.blogspot.com/
Jazimah Ramli : http://binturohanah.blogspot.com/
Tan Sze Jun : akak, ada blog x?huhu..
Shafawati : http://cahayapenawarku.blogspot.com/
Siti Aminah : akak, wat la blog jugak,huhu..



No comments: