Assalamualaikumwarahmatullah..Salam aurora..salam perjuangan..Fuhh..selepas tersangkut di Shah Alam selama seminggu..kepenatan di rumah terus-menerus dirasai..membuatkan diri ini tiada mood untuk mengupdate blog..huhu..sedangkan begitu banyak cerita untuk dikongsi bersama..begitu banyak pengajaran sebagai teladan..begitu banyak pengalaman untuk pembelajaran..Nak mula yang mana ye?hmm..kita mulakan dengan kisah hari terakhir..ada kaitan dengan bas dibawah nie..tapi bukan pasal bas atau bus..Memandangkan mata ini tak mengizinkan untuk terus mengadap laptop tersayang..maka coretan ini berehat seketika..nantikan sambungannya!
Bersambung..Disebabkan keadaan ayah yang tak mengizinkan membuatkan kami berada di Shah Alam melebihi perancangan awal..perancangan Allah yang terbaik dan penuh dengan hikmahNya..dipendekkan cerita..mie terpaksa pulang ke rumah dengan menaiki bas..Kebiasaannya dan semestinya bila mie beli tiket bas mesti yang single seat..tanpa mempersoalkan harganya..bukan jauh sangat pun beza harga tiket..ada yang sama harga..kalau tak..sanggup mie melewatkan waktu pulang..saranan mie dan memang sepatutnya..buat kaum Hawa diluar sana..jika terpaksa merantau alone pastikan beli tiket single seat!..memandangkan kaum lelaki nie tak ramai(bukan semua) yang kisah akan hal ini(maafla ye)..tapi itulah hakikatnya!..namun lain ceritanya bila pihak kedua atau ketiga yang belikan..walaupun kerap kali dipesan namun apakan daya..Malah setiap kali dapat tiket yang double seat..jodoh mie pasti dengan kaum Adam(takkan jodoh dengan kaum Hawa??)..maksud mie sebagai 'teman' perjalanan..dah la golongan muda..hohoho~bestlah kan??..if yes..something wrong with you!!(bahasa kasarnya-kepala hotak engko!)..teringat kisah masa temankan Kak Mah belikan tiket ke Pulau Jerejak..memandangkan bilangan muslimin ganjil jadi kami minta satu tiket single seat..'alaa,takpalah,baru la syok sikit kalau dapat perempuan duk sebelah,boleh borak-borak,kenal-kenal!'..ya Allah..semoga pakcik itu beroleh hidayah..amin..di sebuah negara(lupa pulak negara mana)..menurut Kak Nur..penjual tiket bas akan menyusun seat supaya penumpang perempuan bersama perempuan dan sebaliknya(jika tiada mahram bersama)..subhanaAllah..alangkah indahnya jika ia turut terjadi di Malaysia yang mana diiktiraf sebagai negara Islam!Back to the story..untuk kali pertamanya..mie berjaya menukar seat dengan seorang pemuda..alhamdulillah..yup!betul..dalam beberapa kali dapat double seat inilah pertama kali dapat tukar seat!..inilah realitinya..masyarakat kita..oppss..before that..jangan memandai-mandai buat andaian sendiri ye..mie bagi dua situasi(situasi kah?)..situasi pertama : aduh..seat sebelah lelaki?camane nie?..lantaran malu untuk bersuara terus melabuhkan punggungnya dengan hati yang gusar..situasi kedua : apa?sebelah lelaki?takleh jadi nie?..dengan muka tak tahu malu dari depan hingga ke belakang bas merayu-rayu supaya ada yang sudi menukarkan seat..Inikah yang dikatakan malu tak bertempat?atau kita yang salah menginterpretasikan makna malu?situasi pertama dan kedua yang mana sikap malu dan sikap tak tahu malu sebenarnya?malu untuk bersuara?atau malu untuk duduk disebelah bukan mahram??mana satu konsep malu yang diajarkan dalam Islam?Memang bukan senang..bayangkanlah bila awak naik bas..kemudian teragak-agak untuk duduk..tetiba mendekati pasangan-pasangan yang bersangkakan mempunyai ikatan yang sah..namun jawapan yang diterima tiada jawapan..mendekati pasangan lain pula..jawapan yang sama diterima..dan terus menerus tidak layan..mata-mata memerhati..ada yang menyepi..ada yang simpati..si lelaki..hanya mendiamkan diri..malah ada jugak yang terus sinis memerli..bagi yang belum pernah mengalami sukar nak berimaginasi..bagi yang terus pasrah mungkin berkata kenapa nak susah-susah memalukan diri..bagi yang pernah lalui terimbau kenangan yang menyakitkan hati..Entah patut atau tak..tapi mie masih ingat akan peristiwa itu..setelah permintaan demi permintaan tidak dilayan..mie mendekati satu pasangan suami isteri..'makcik,pakcik,boleh tak saya nak tukar seat'..makciknya berjubah dan bertudung labuh..pakciknya pula berkopiah putih..'makcik,tolonglah..saya nak tukar seat..'..'takboleh,makcik nak duduk dengan suami makcik,pakcik tak boleh tukar seat'..aduh!setinggi harapan dibalas segunung kekecewaan..Juga peristiwa dendam itu..bila kesemua ikhtiar diusaha..mamat nie memang tak memahami langsung..dipendekkan cerita..lantas mie pasangkan radio ikim yang mana ketika itu mungkin orang-orang disekeliling je yang dapat dengar..dan dia juga sama(ego!)..tapi dengan lagu-lagu entah apa-apa..menyalakan bara dihati ini..tanpa peduli dengan semua orang dalam bas tue..mie pasang lagu nasyid dan kuatkan volume semaksimumnya..driver bas yang pastinya muslim pada mulanya memasang lagu dangdut mematikan radionya..dan dia juga sama..padan muka!biar semua merasa!puas!Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :'Malu itu sebahagian daripada iman. (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar).'
'Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu. (Hadis riwayat Imam Malik)'
Jika situasi pertama adalah malu yang sebenarnya..biarlah mie dikenali orang yang tak tahu malu!..tak guna kalau hanya mengkritik..jadi biarlah mie bagi solusi yang mungkin boleh dipraktik..sebanyak mungkin mie cuba listkan..kalau ada yang nak tambah lagi..sila-sila~sama-sama kita membantu dan berubah ke arah yang lebih baik..Sebelum sesenangnya melabuh punggung tu..banyak ikhtiar dan usaha yang boleh dilakukan..andai terpaksa mengambil keputusan untuk duduk diseat itu juga..beberapa usaha dan langkah pencegahan(??) perlu diambil..dengan hanya satu syarat..so jah!..malukan diri untuk duduk diseat tue..1-perhatikan si lelaki tue dulu..kalau kelihatan seorang yang ego..minta dengan sopan..kalau kelihatan juruh..bertegas..minta dia tukarkan seat dengan penumpang lain(mana gentleman-gentleman Malaya nie?)..kebanyakkannya(sikit sangat yang nak) takkan sanggup..jadi go to step 2..2-minta tolong dengan driver bas supaya tukarkan seat..ada yang sudi bantu terutama kalau driver tue ore Klate(tapi tak semua jugak,negeri lain pun ada jugak)..ada yang just cakap,'awak pergilah tanya,kut-kut dorang sudi tukar'..3-minta dengan penumpang lain untuk tukarkan seat..takpe..kita tak kenal dorang and dorang tak kenal pun kita..jangan perasan..jangan takut..insyaAllah..lepas nie tak jumpa dah dorang..=)4-kalau tak dapat jugak..sebelum duduk diseat tue..tengok dulu kut-kut ada seat lain yang kosong..so duduk jelah dulu kat seat tue..ada sesetengah bas(macam banyak pulak pengalaman naik bas aku nie,huhu)..single seat yang depan sekali untuk second driver..jadi mintaklah kebenaran untuk duduk di seat tue..insyaAllah..mereka izinkan..5-alamak..takda tempat lain jugak..camane nie?..duduklah kat seat awak tue..tapi..ingat..double seat kebiasaannya rapat..kecuali bas-bas yang VIP seat..tiket dia mahal sikit..seat dia pun besar-besar..selesa..so..before duduk..kalau seat tue sebelah tingkap..tukar dengan 'teman' seperjalanan supaya dia yang duduk tepi tingkap..so..ada ruang lagi sebelah sini..6-gunakan bagpack sebagai penghadang..dan adjust tempat supaya tak selari..dan yang penting seboleh-bolehnya jangan tidur..jangan bercakap dengan 'teman' kamu tue..apa lagi ye?hmm..7-takpun..pergi duduk dengan driver kat depan..kat tangga ke..ada bas(mungkin semua?tak pasti)..ada satu seat khas yang dilipat dekat depan tue..dekat dengan tangga..mungkin untuk seat second driver kut..8-info tambahan..bila terpaksa merantau alone..dan ada barangan berharga..tumpuan jika ada bawa laptop..letak laptop dalam bagpack dan pakaian atau barangan-barangan lain dalam beg laptop..sebab bila letak laptop dalam bagpack orang tak perasan..tapi bukan bagpack laptop..bagpack yang biasa-biasa tue..bila terpaksa turun diperhentian..tinggalkan kedua-dua bag tue dalam bas..tapi jangan letak di bahagian tempat simpanan atas..tinggalkan kat kerusi je..dan jangan lupa ingat bas mana bas anda..kalau salah naik..takpe..buat muka slumber and turun balik(macam ada pengalaman je..hehe)..9-dan lain-lain..barulah bertawakal kepada Allah..ada sesiapa yang ingin berkongsi?sila-sila..=)..'Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman'(Az-Zaariyat ayat 55)
p/s : Bukan nilaian manusia yang ku mahu, Namun keredhaan Allah yang Satu..Jika hari ini ramai remaja yang hilang malu, Pastikan remaja itu bukan kita yang tahu..