Friday, May 29, 2009

-CuCu DeRHaKa?-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam kekeluargaan..salam perjuangan..

'Malasnya nak bangun..aku nie cucu je..kenapa aku perlu temankan tok ayoh untuk appointment matanya hari nie..itu tanggungjawab anak-anaknya..tak pernah pulak aku dengar suruhan untuk mentaati grandparents ku'(kalau ada tolong nyatakan pada mie ye, sebab mie belum pernah dengar mengenainya)..monologku sendirian ketika mana mata masih rapat tertutup..'Mimie!!!'..Bingkas mie bangun..menyedari bahawa tugasku pagi itu memang wajib untuk mie patuhi..kerana ia adalah kehendak seorang anak yang ingin memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang anak..permintaan seorang bapa saudara yang wajib untuknya mentaati ibu bapa walaupun sudah berumahtangga..tugasku pagi itu hanyalah jambatan menyambungi peranan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya dan tuntutan seorang anak terhadap arahan ibunya..

20 April 2009..umur tok ayoh(sebelah omi) mengjangkau 80 tahun..namun sebenarnya usia itu lebih(tok ayoh lambat wat surat beranak)..satu usia yang cukup lama..penuh dengan pengalaman..namun kondisinya yang semakin dimamah usia menyebabkan tiada lagi cerita-cerita yang jarang-jarang sekali mie dengari kerana luang waktu kami sekeluarga sebelum ini hanyalah ketika hari raya atau cuti-cuti sekolah yang mana teramat singkat untuk melapangkan waktu bersama mokmin dan tok ayoh..


Font size
abangku(acik) bersama tok ayoh


Langkah mie ke Klinik Mata Hospital Kota Baru..memerhatikan begitu ramai golongan tua di situ..samada ditemani oleh anak-anak ataupun cucu..terlintas di fikiran ketika itu..kenapa mereka bersusah payah untuk menghantar golongan-golongan ini untuk membaiki status penglihatan mereka sedangkan mata itu sudah terlalu lama berkhidmat..lantas tanpa disedari mempersoalkan jua kehadiran mie disitu..hanya satu jawapan yang mie temui..KASIH SAYANG..


Jasa ketika mana dijaga dan dibelai ketika kecil tiada mampu dibalas..janji mie pada diri itulah jua yang akan mie lakukan suatu hari nanti..sekarang dan akan datang..kerana waktu dulu sudah jauh meninggalkan diri walau diri dibebani kekesalan..alhamdulillah..kesempatan itu masih ada..


Suatu persoalan menerjah kotak fikiran..kenapa ramai anak-anak sekarang sanggup meninggalkan ibu bapa masing-masing di rumah orang-orang tua..sanggup berdepan dengan orang ramai walau anak-anak merengek-rengek di jalanan..tapi malu apabila ibu bapa membuat kerenah yang diduga tidak sepatutnya..sedar atau tidak ianya berkait..hilang sudah kasih sayang..walau setinggi mana diucapkan rasa sayang pada anak-anak tapi jika ibu bapa sendiri tak mampu dijaga..kasih sayang yang diucap hanya sekadar omongan kosong..fikir-fikirkan!




Masa akan terus berlalu..suatu masa kita akan melalui saat itu juga..jangan sombong!jangan bongkak!apa yang kita lakukan terhadap ibu bapa kita mungkin akan berbalik pada diri sendiri..ingat usia muda sebelum datangnya usia tua(pesanan terutama buat diri sendiri)..hargailah setiap masa yang ada!buktikan kasih sayang sebenar masih wujud..andai anak muda aset pada agama dan negara..percaya atau tidak..golongan tua adalah permata berharga dalam kehidupan..dan selagi mana masa itu masih berputar..peluang sentiasa ada dan terbuka..tika waktu itu terhenti untuk kita..walau hanya satu titik penyesalan..tetap tiada gunanya..


'Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam penjagaanmu, maka sesekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil'
(Surah Al-Isra' 17:23-24)

p/s- Klinik mata di Kelantan perlu ada snellen chart bertulisan Jawi..


Tuesday, May 26, 2009

-WaDuH-WaDuH-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam award(??)..salam perjuangan..

Waduh-waduh..gamat nie..gimana seih..layan je lah!

Kak Niza..terima kasih di atas pemberian balik award tersebut..sob..sob..walaupun berat untuk menerima namun ku akui dengan hati yang terharu..huhu..(tak dikira!kena wat yang special macam tronx013 cadangkan tue..huhu)


Seterusnya..award yang dikirim dibalas dengan..nie Anugerah Setiakawan..jauh dari Korea..wat balik naik kapal laut..huhu..thank you(dalam bahasa Korea apa ye?)

from akhi kamil korea(25 Mei 2009)

nak bagi award nie pada
#Soleha-Kafi
#Umairah-Kafi
#Ainul Arina-ex SMKANT
#Saadah-ex SMKANT
#Ainul Salasiah- ex SMKANT
#Nana-ex SMKANT
#Adilah-ex SMKANT


dan yang dibawah nie..mula-mula tengok terkesima..wah..cipta sendiri..kreatif nie..dari Bro Naim..grasias..


from Bro Naim 25 Mei 2009

Semua award nie ku simpan dalam almari berkaca maya..

Monday, May 25, 2009

-PuLau PeRHeNTiaN-DiPeNuHi HaRaPaN-


Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam sayang..salam perjuangan..

Doa&HaRaPaN 21 Mei 2009

Hari nie hari terakhir bersama dengan adik-adik nie..lepas Subuh..sesi kuliah Subuh..dan kali nie..abe mi bagi peluang untuk semua fasi dan ayoh aji bagi sedikit tazkirah atau nasihat buat semua adik nie..memang sayu je rasa tapi ku gagahkan jua diri ini kerana perpisahan itu pasti..jadi sebelum ianya terjadi..janji ku pada diri untuk menggunakan sedikit lagi sisa-sisa masa yang ada sebaik-baik mungkin..janjiku pada diri tiada lagi air mata kan tumpah pada hari ini..biarlah ia penuh dengan doa dan harapan..mida dah merapatiku dan tak mahu melepaskan diri ini..kali nie pesanan mie adalah sedikit tips..'kalau dalam kelas, adik-adik nampak, kawan-kawan adik-adik mengantuk,pergi dekat dia, kawan sebelah ke, pastu urut perlahan-lahan kawan adik-adik tue..jaga kesihatan..jaga sarapan sebab sarapan tue sangat-sangat penting..pastu, jangan tinggal kawan adik-adik dalam pelajaran, sama-sama ajar kalau ada yang tak tahu, kalau semua tak tahu, tanya cekgu, bantu kawan adik-adik, kita berjaya jangan sorang-sorang..apa yang penting??'

Lepas kuliah, adik-adik nie sibuk mintak no telefon dan sebagainya..hingga cekgu La terpaksa panggil dorang turun untuk sarapan sebab lepas tue dorang nak exam pulak..time dorang exam, fasi-fasi mengambil peluang mengemas pakaian dan ketika semua fasi telah turun..sempat ku tuliskan sepucuk surat buat adik-adik nie untuk dijadikan ingatan bagi dorang..

Lepas makan cepat mie mendail nombor Prof Zalina(alhamdulillah prof setuju) dan mendapatkan cekgu La untuk berbincang sedikit perihal adik-adik nie..menunggu semester baru buka untuk perbincangan lanjut dengan Prof Zalina tentang suatu program yang dirancang untuk adik-adik nie..dan telah jua mie usulkan pada guru besar..'kami tak kesah cuma masalah yang dihadapi kewangan lah'..insyaAllah..kan mie cuba usahakan..tak lupa juga akan di usulkan pada pihak yang berkenaan(sori ayoh aji, not tell you earlier..huhu)

Dalam pukul 10am..adik-adik nie turun..dah habis se paper..kami dijangka bertolak pada pukul 11.45am..dan memandangkan adik-adik nie tak sanggup nak berpisah(ke kitaorang yang tak sanggup sebenarnya?..huhu)..cekgu dorang sanggup menangguhkan exam seterusnya pada hari yang lain..alhamdulillah..dapat juga adik-adik nie hantar kami ke jeti..masa yang ada digunakan untuk bergambar dengan adik-adik dan guru-guru..tak lupa memberi nasihat terakhir..'akak, janganlah balik, duk la kat sini, akak tidur kat umah kami pun takpe'..huhu..'adik, akak kena balik, kami pun belajar jugak lagi macam adik-adik, kami pun masih berjuang nak dapatkan segulung ijazah, adik-adik kena doakan akak-akak dan abang-abang jugak'..(mana gambar tak dapat lagi nie??)..


Dan ketika kami semua di atas bot..adik-adik nie melaungkan..'akak!abang! belajar elok-elok!biar dapat segulung ijazah!'..dan kami meminta mereka memberikan tepuk 'sungguh ko?' buat kali terakhirnya..


Untuk pengetahuan semua..dialog-dialog yang terdapat dalam semua entry mie nie adalah bukan yang asli..sebabnya yang asli dalam loghat klate!..masyaAllah pekat sungguh baso klate budok-budok nie..ada masanya mie sendiri tak paham apa yang adik-adik nie cakap..huhu..sampaikan bila balik ke rumah..sehari dua jugak nak betulkan lidah nie balik dan kesian kawan-kawan dari Penang yang telefon..tak faham apa yang mie cakapkan..huhu..



nilah semua adik-adik tahun 6 kesayangan kami bersama fasi-fasi..cuma beberapa orang fasi lelaki tak sempat masuk dalam gambar..(jurukamera yang kejam..siapa lagi kalau bukan abe mi..hohoho~)


Sepanjang program tiada istilah fasi sebenarnya..yang digunakan kakak angkat dan abang angkat..jadi..kemesraan antara kami dan adik-adik memang terasa..malah..adik-adik nie telah membuatkan suatu kejutan buat kami semua..ketika mana bot kami mula bergerak..mereka beramai-ramai telah melakukan sesuatu membuatkan diri ini dan yang lain cukup terharu..apa ye?..dorang ramai-ramai telah menyampaikan 'tepuk terima kasih' kepada kami semua!..ikhlas dari mereka!..huhu..sob..sob..tak nangis la!(sebab yang duk kat depan ku cekgu lelaki..huhu)..dan buat kali pertama..kali nie naik bot mie tak mabuk dan tak pening..malah sempat terlena(terkejut bila air terpercik ke muka..masin betul!huhu..)..segala kepenatan baru terasa..



lambaian terakhir di Jeti Pulau Perhentian

Disini ku titipkan sebuah(sebuah ke?) surat yang telah ditulis oleh adik-adikku(diserah sebelum bertolak ke jeti) untuk semua pihak yang telah terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR ini..juga tak lupa mie ucapkan jutaan terima kasih..

Harapan kami semua inginkan kakak berjaya. Pada kakak yang kami sayang, kami semua harap kakak boleh membawa pulang segulung ijazah. Kakak-kakak, semoga berjaya. Kami sayang kakak.

Good Luck For You kak mizah. Dan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dari jauh semata-mata ingin mengajar kami semua sehingga kami menjadi insan yang berguna. Kami akhiri dengan serangkap pantun:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...

Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak YaPeim kerana sudi membawa kakak-kakak dan abang-abang ke Pulau Perhentian semata-mata memberi kami sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu..

Yang benar,
Adik-adik kakak yang disayangi,
Zariani Bt Abd Ghani
Fazlia Bt Rusdi
Norul Asmida Bt Mohammad

p/s: Sahabat-sahabatku yang dikasihi..marilah sama-sama kita panjatkan doa buat adik-adik ini semoga nur Illahi memancar di Pulau Perhentian dan mereka berjaya di dunia dan di akhirat..insyaAllah..juga tak lupa buat adik-adik, saudara-saudara kita yang mungkin juga mengalami nasib yang sama seperti mereka di tempat lain..hanya kepadaMu ku sembah dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan..amin..

-aWaRD?-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam penghargaan..salam perjuangan..

Dalam menghabiskan cerita pasal Pulau Perhentian..ambil udara segar untuk jalan-jalan di blog sahabat-sahabat..penat betul buat blog tour..cerita Pulau Perhentian pun belum habis lagi..huhu..tapi takpelah..kita tulis post baru dulu..hehe..

Terkejut seih..dapat award!..arigato huzaimass!=)..tapi blog nie tak seberapa pun berbanding blog sahabat-sahabat yang lain..tapi..award tue ku terima jugak..hehe..



1-Copy this award and place it at your blog
dah..dah..dah..syukran solehah(*hug*)

2-Give 5 interesting facts about the giver..(betul ke aku terjemaah dalam BI nie?redah je la!)

#suka *hug*(",)
#very nice person!
#kenalan Kafi(mana geng yang lain ye?)
#ukhwah fillah abadan abada!
#senyum je memanjang=)

3-give 10 things about yourself

#love hijau!
#love nature!
#say no to rokok!
#belajar dari pengalaman!
#learn from the nature!
#tegas..kah?hohoho~
#ada pendirian tersendiri tapi masih mampu menerima pendirian orang lain!
#lemah daya ingatan!..huhu..kelemahan yang sedang diperbaiki..balik rumah sendiri pun boleh sesat..huhu..
#redah je la!
#korang lebih tahu!huhu..

4-Give this award to 10 bloggers lain and please dont describe yang baik-baik about mie sebab yang baik tue mie dah tahu..hohoho~

nah..ambik la..=)..siapalah yang terpilih kali nie..yang tak dapat tue..lain kali ye..jangan kecewa..kalah menang adat bertanding..maaf jika ada unsur berat sebelah..hohoho~apa kena mengena?redah je la!

#Kak Nur(kak Nur orang first yang dapat=)

#Kak Niza(kena kasi, dah banyak kali usik kak niza, takut mengajuk lak, hehe..)

#Kak Long(buat exam elok-elok ye kak, habis exam terimalah award ini=)

#Bro Naim(meriahkan lagi blog tue ye!)

#Akhi Azizi(tak habis-habis komen entry mie panjang..nah..ambik award nie..)

#Kak Mija(this is for you=)

#Nadhirah(tak mungkin aku tak kasi kat hang, rindu sama kamu..huhu)

#Akhi Kamil Korea(moga dapat inspirasi untuk menulis ye!)

#Abg Afzan(rasanya lebih sesuai dapat award yang lebih baik dari nie?)

#Shafa(moga award nie membuatkan dirimu mengupdate blog..huhu..rindu sama kamu!)


terima kasih pada Solehah..award pertama untukku..


Sunday, May 24, 2009

-PuLau PeRHeNTiaN-MeYaKiNKaN Ku-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam perubahan..salam perjuangan..


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..ku coretkan kisah kali ini dengan memohon keampunan dariMu..lemahnya diriku untuk menegur dengan perbuatan..lemahnya lidahku untuk menegur dengan lisan..lemahnya imanku ini..ya Allah..ku mengharapkan tulisan ku kali ini mampu mengubah dan berubah..maafkan diriku yang lemah ini..moga coretan kali ini untuk ingatan buat kita semua..tika dikau alpa..tika ku leka..

Kita Belajar Dari Kesilapan 20 Mei 2009

Pagi nie..sepi mie menulis kembali nukilan sajak 'Keindahan yang Pudar' dalam note book kecil mie..dalam diam berbaring di atas katil sedang sahabat-sahabat yang lain sedang bersiap..ya Allah ya tuhanku..kuatkan diri ini untuk menatap lagi wajah-wajah adik-adik nie..perasaan sedih sudah membayangi diri..hmm..pagi nie dorang akan pergi snorkling memandangkan adik-adik nie semua sedang exam..wah..memang teruja hati nie mendengarnya..namun..pada masa yang sama..perasaaan serba salah yang amat sangat menghantui diri..lantas mie membuat keputusan untuk tidak turut serta..itulah diriku..mimie..membuat keputusan mengikut kata hati..jika membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu menyebabkan diriku serba salah dan bersalah akan ku buat atau tidak buat perkara tersebut..kadang-kadang jika ku langkahi nya juga...suatu yang buruk terjadi..wallahua'alam..


Kehabisan pakaian(memang pun) menjadi alasan untuk mie tidak ikut serta..dan alhamdulillah..wanie pun tak ikut juga..Lantas ku menghubungi abg afzan..meminta kebenarannya untuk menggunakan internet di pejabat Yapeim..kerinduan untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat perjuangan memuncak..moga dengan melayari internet dapat ku berYM or berGT dengan sahabat-sahabatku yang mungkin online ketika itu..usai makan..pantas ku ke pejabat YaPeim ketika mana yang lain sedang bersedia untuk berangkat untuk snorkling..perasaan tak tenang terus menghantui diri..ya Allah..Engkau ampunkan diri ini..dan telefonku berdering..lapangnya hati mendengar suara Kak Nor..walaupun tiada nasihat atau teguran yang diberinya waktu itu sekadar secebis pertolongan yang diminta..namun..nasihat dan teguran beliau sebelum ini satu persatu menerjah minda..dan mie teringat satu kisah..

Lewat semester dua..cosmate mie sibuk mengatur satu aktiviti untuk medical radiation interaction day..selepas bermacam-macam perkara yang terjadi..mie ambil keputusan untuk ikut serta dengan hati yang berat..dan memang kekecewaan yang dianugerahi..kegusaran memikirkan jalan penyelesaian untuk menegur..ku mengadu pada Kak Nor..lemahnya diri ini..dan Allah Maha Mendengar..suatu hari ketika kelas Fizik yang membincangkan tentang friction(daya geseran)..lecturer Fizik nie memang suka bercerita(lecturer kesayangan,Prof Jamil! kena bagi bonus mark nie..hehe)..dari friction..berganjak ke jalan..air..hujan..banjir..rakyat Kelantan suka main banjir dan..'kalau awak menutup aurat macamana sempurna pun, once awak masuk dalam air, habis melekat jugak semua!'..ya Allah..nak je peluk lecturer tue tym tue(tapi tak boleh!lecturer lelaki la!) dan ingin je terus ku sujud syukur waktu itu..hanya Mu yang Maha Mengetahui..ampunkan diriku ya Allah..


Salah satu sebab kukuh untuk tidak ikut serta..jika wanita tentang isu auratnya tak habis-habis..lelaki juga tak terketinggalan..tak patut dan tak patut mie rasakan..seseorang yang terlibat dalam gerak kerja Islam berseluar pendek..mungkin tak sedar..walaupun berseluar pendek bawah dari lutut..tapi bila bergerak seluar tersebut tetap terselak atas dari lutut..itu juga penyebab membuatkan mie menolak untuk turut serta..maafkan diri ini kerana tidak menegur dari awal..maafkan mie!


keindahan ini..ingin ku capai keindahan hakiki..


Untuk mententeramkan diri ini..seperti biasa mie akan dekatkan diri dengan alam..memerhati dan memikir..lantaran itu..langkah kaki ini keluar dari pejabat YaPeim dan duduk mengadap lautan dan langit yang luas terbentang diiringi alunan nasyid dan zikir yang menenangkan..sambil menukilkan sebuah lagi sajak..'Keindahan Ini'..sehinggalah dikejutkan oleh seekor cicak yang tiba-tiba menjalar di kaki yang mengingatkan nasi belum masak lagi..huhu..


cicak pulau..cantik kan?


Dan tak sangka pulak..kembali ku ke sekolah sama waktu dengan kembalinya mereka dari snorkling..huhu..mesti laparkan..terus mie dan wanie ke dapur..dan beberapa masalah terjadi menyebabkan Ayah Haji(ayoh aji) terpaksa campur tangan..huhu..maaflah ye..usai solat Zohor..seorang adik datang cari kak mizah..'owh, dik nurol'..adik yang tujuh tahun yang mie jumpa masa dia sedang bermain di playground sekolah..'adik masuk kelas dulu, nanti lepas habis kelas adik datang cari akak ye..'..cari sebab nak dengar cerita lagi..huhu..


Sementara fasi lain merebahkan diri di katil..mie dan wanie turun ke bawah..lepas makan..nampak adik-adik nie tengah buat sesuatu dengan cekgu dorang..lupa lak nama cekgu tue..tapi cekgu nie adalah cekgu cemerlang daerah Besut..beberapa kali juga telah mie berbual-bual dengan beliau sebelum nie..rupa-rupanya adik-adik tahun 6 sedang buat ujian penilaian Sains..dan alhamdulillah..sempat juga ku menurunkan beberapa teknik mudah untuk tackle soalan Sains..moga dapat membantu..bertuah sangat rasa diri ini berbanding adik-adik nie..cekgu-cekgu mie dulu boleh katakan cekgu-cekgu cemerlang semuanya(walaupun sekolah luar bandar jugak)..pelbagai teknik, kaedah untuk tackle dan selesaikan soalan..jadi mie rasakan jika adik-adik nie dapat 5A, nilai 5A itu lebih bernilai dari apa yang pernah ku perolehi..terangilah diri mereka dengan ilmu-ilmu ya Allah..


Hampir Asar..mie dan wanie naik ke atas bersama-sama adik-adik tersebut..dan adik Nurol tadi datang balik..owh..dah habis kelas..'dik, jom kita solat nak?'..'nak nak nak(macam upin ipin pulak..kuat sungguh pengaruh hiburan adik-adik nie..huhu)'..alhamdulillah..moga sinarMu terus menyinar dalam dirimu dik..sehari sebelum nie..sempat jugak mie dan wanie ajarkan wudhu' dan solat buat tiga orang adik-adik dalam lingkungan 9-10 tahun..tapi masih tak reti nak ambil wudhu' dan solat..namun..tak sempat habis satu rakaat adik-adik tersebut masuk ke kelas kerana cekgu dorang dah datang..takpelah..dan adik Nurol tadi..mie minta supaya adik-adik tahun 6 ajarkan dia ambik wudu' sambil mie perhatikan dorang dan hanya ikut gerak langkah mie waktu solat..pesan mie sebelum solat Asar..'lepas nie akak dah balik, akak tak boleh bersama dengan adik-adik sentiasa, jadi akak nak awak-awak semua nie, ajar adik-adik yang ada kat sini macam mana akak-akak kat sini ajar awak semua, boleh?'..'tapi kak, kami pun tak pandai, macamana nak ajar adik-adik nie?'..tak sempat nak mie perbetulkan persepsi nie(betul ke eja nie)..seruan Illahi mendahului..


adik Nurol..comey kan?macam adik shin chan..hehe

Petang tue kami diberi peluang menziarahi rumah adik angkat masing-masing plus adik nurol tak mahu melepaskan tanganku..huhu..dan alhamdulillah..dapat 3 plastik buah tangan(rambutan dan woh pauh) dari keluarga adik-adik nie satu seorang..mie bawa pulang ke rumah..dan omi cukup menggemarinya kerana buahnya cukup manis..peluang nie tak ku lepaskan sia-sia untuk menyelidiki latar belakang adik-adik mie..dan alhamdulillah..dari ketiga-tiga adik mie nie, dua daripadanya ada kakak atau abang yang sedang menuntut di universiti dan dah grad..sebelum nie adik-adik mie-mida, lia dan ani berjanji dengan mie untuk memohon maaf dengan ibu bapa masing-masing..jadi di depan mie pada petang tue..adik-adik nie menghulurkan salam dan janji kepada ibu bapa mereka..


penempatan dorang juga ada di atas bukit..

makan bersama..

mida..bersyukur dengan perubahan dirinya..moga berkekalan..amin

Malam tue..slot kemuncak bersama Ustaz Zahidin atau lebih senang dikenali sebagai abah..motivasi bersama ibu bapa..pelajar dan fasi lelaki diminta ke masjid..dan yang tinggal adik-adik perempuan dan akak-akak..ops..dan ayoh aji dan abe mi..usai solat Maghrib berjemaah..ayoh aji minta supaya fasi perempuan membetulkan bacaan dalam solat adik-adik nie..dan kami bergerak ke asrama puteri(sebelah je pun) manakala ayoh aji dan abe mi tak tau la kemana..akhirnya dapat peluang bersama dengan semua adik-adik perempuan sahaja..

Peluang nie tak disia-siakan walaupun masa nya singkat..alhamdulillah..rata-rata adik-adik nie tiada masalah dalam solat kecuali beberapa orang yang menghadapi masalah untuk mengingat doa iftitah dan tahiyat..kedudukan yang betul juga ditunjukkan live kepada adik-adik nie..dan fasi-fasi juga teruji apabila beberapa makna bacaan dalam solat tak ingat..huhu..namun..peluang nie digunakan mie sebaik mungkin untuk memperbetulkan persepsi yang silap pada petang tadi..'adik tengok, akak-akak nie pun bukan pandai sangat, tapi tetap jugak ajar adik-adik apa yang akak-akak tahu, jadi macam tue jugak adik-adik, adik-adik kena ajar apa yang adik-adik tahu, apa yang diajar kepada adik-adik pada adik-adik darjah 5, 4, 3, pra dan lain-lain..kita sama-sama belajar, apa yang kita tak tahu, kita belajar kita tanya pada yang lebih tahu, ustazah ke, mak ke..deh?'


Lepas Isya', terus turun ke bawah untuk sesi terakhir..semoga tangisanmu kali ini adik-adik menyuluhi hatimu dengan nur hidayahNya..

menenangkan adik-adik yang ibu bapa mereka tak dapat hadir..ketidakhadiran ibu bapa mereka membuatkan hati adik-adik nie lagi terusik..'takpe dik..parents akak dulu pun tak datang program motivasi begini tapi bukan bermakna mereka tak sayang kat kita(hanya diluahkan dalam hati je..huhu)'


dan diri ini juga....



suatu hari nanti..Islam kan bercahaya menyinari dunia..(suci dalam debu)

Post Mortem

Maaf dan maaf..diri ini tak dapat nak mengungkapkan kata-kata..dan dengan takdir Illahi..malam tue black out..dan membuatkan ku meluahkan segala perasaan..perasaan sedih, kecewa dan harapan..diselangi dengan esakan yang tak mampu dikawal lagi..setiap amalan kita bermula dengan niat..dan kita belajar dari kesilapan betul tak?..begitu jugak diri ini..yang telah fail ketika bersama dengan adik-adik di Pulau Ketam..kita datang bukan untuk berseronok..bukan untuk menghabiskan masa dengan berehat..kerana kepenatan yang kita sendiri cari..kalau nak berehat..panjang masa kita ada nak qadha balik..takkan tak mampu nak hargai masa dengan adik-adik disini..mereka tak bertuah macam kita..semuanya ada..setiap saat..setiap detik sangat-sangat berharga buat mereka..hari kedua saya disini..dah tak sanggup nak menghadapi hari esok..bila saya di air berani..terlintas di fikiran kejadian di Bukit Antarabangsa..teringat tsunami di Acheh..dan terbayang wajah-wajah adik-adik nie..bukan senang nak datang peluang macam nie..saya bukan sekolah agama..saya harap adik-adik nie beroleh hidayah lebih awal dari saya dulu..memang kita datang fokus pada adik-adik darjah 6..tapi kita lupa adik-adik yang lain pun perlukan bimbingan juga..saya tak sanggup nak tinggalkan adik-adik nie..wallahua'lam..walaupun ingin ku teruskan lagi kata-kata..namun dah tak dapat dah..adik-adik nie sangat-sangat willing to learn..mereka bijak..akhlak mereka bagus..tapi takda ilmu..takda orang nak bimbing..keindahan kat sini tak cantik kalau tiada sinar Islam..apa yang cantik..apa yang indahnya pulau ini..sedangkan penduduknya majoriti Melayu Islam..

KeiNDaHaN iNi
Aku mengadap,
Indahnya ciptaanMu tuhan,
Mataku tergamam,
Menyingkap 1001 perasaan..

Keindahan ini,
Suatu yang sukar tukku ungkapkan,
Nilainya tak ternilai..

Keindahan ini,
Ingin ku kecapi,
Ingin rasai selamanya,
Hakiki, abadi dalam diri,
Namun ku pasti,
Tak selamanya dapat ku miliki..

Keindahan ini,
Telah tercemar,
Oleh tangan-tangan rakus manusia,
Dinodai nafsu,
Merajai diri,
Ku sedih, Ku bimbang,
Sampai bilakah ku dapat tatap ia
Sampai bila?

Keindahan ini,
Dikurniakan buat yang berfikir,
Dihadiahkan pada yang tahu erti syukur,
Diberikan untuk merasai secebis rasanya syurga..

Syurga?
Inikah syurga?
Indahnya syurga, cantiknya ia..
Pasti dan pasti,
Syurga milikNya yang hakiki,
Buat yang tahu nilai syurga ini,
Lebih cantik, lebih segar,
Rindunya aku,
Ingin sekali ku ke sana..

-20 Mei 2009: 12.21pm-
-Pulau Perhentian-
-mimie_mizah@aurora-

-PuLau PeRHeNTiaN-KeiNDaHaN YaNG PuDaR-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam keindahan..salam perjuangan..

Belajarlah Dari Alam 19 Mei 2009

Pagi nie tekad nak pergi tengok matahari terbit dengan Kak Mija dan Syazwani..harap-harap kuliah Subuh tak panjang macam semalam(hehe)..memandangkan adik-adik nie ada kelas..jadi kuliah pendek je..excited lah nie keluar cepat-cepat nak pergi tengok matahari terbit..tapi..lupa pulak..mana la nak nampak..terselindung di sebalik pulau besar..huhu..takpelah..jalan-jalan hirup udara segar..memang berbeza udara kat sini..jauh sekali dengan udara di pulau Jerejak!


bot-bot nie dikenali sebagai teksi..masing-masing dah ada tempat masing-masing untuk ditambat..jadi bot-bot nie takkan bertembung kalau berpusing-pusing dilambung ombak..sempat temuramah seorang penduduk pasal nie..


Lepas tue..pergi jalan-jalan kat kawasan kampung dan menegur beberapa orang penduduk kampung..ternyata YaPeim mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk-penduduk disini..sebabnya apabila kami memberi salam..'kamu nie dari mana?''YaPeim..'..terus beliau tersenyum..esok harinya..teringin menduga penduduk di situ dengan hubungan dorang dengan pelajar-pelajar universiti yang pernah hadir sepertimana penjelasan yang diberikan sebelum ini..apabila seorang penduduk tanya dari mana..mie menjawab pelajar universiti..terus beliau berlalu begitu sahaja..hmmm..


Pagi nie kami diberi peluang oleh guru-guru untuk masuk ke dalam kelas pelajar tahun 6..subjek English..bagus juga cara Sir Muin memikat pelajar-pelajar untuk menjawab soalan English..cara untuk pelajar yang lemah dan cara untuk pelajar yang cemerlang..(Sir!kena belanja nie..hehe)..asalkan jangan biarkan soalan itu langsung tak terjawab..Sir Muin perlu mengajar sedemikian kerana hanya terdapat dua kelas pelajar tahun 6, jadi pembahagian pelajar tak dapat dilakukan seperti sekolah-sekolah lain seperti sekolah ku dulu..


seronoknya sekolah rendah..huhu

Dan Sir Muin pun tak melepaskan peluang menduga fasi-fasi..adoi..huhu..'ok, mari kita dengar tips-tips belajar English dari kakak-kakak dan abang-abang awak nie'..dan beliau terus berlalu ke belakang kelas..menanti fasi untuk keluar ke depan..huhu..masing-masing kecut perut seih..terlintas pesanan dari cekgu sekolah dulu..'ok,first, awak tengok kat blackboard nie penuh dengan perkataan English kan(sempat lagi perli Sir,hehe..), susahkan nak ingat banyak-banyak nie, jadi awak kena ada satu note book kecik,awak tulis perkataan baru dalam tue dan bawak kemana-mana sahaja, macam akak nie(nasib baik bila seluk poket tengok ada note book kecil pemberian pihak YaPeim, fuhh..)'..'second, kita nie orang Melayu, lidah Melayu, jadi kalau nak cakap omputih, kenalah biasakan diri cakap omputih, nanti nak pergi rehat, awak cakap kat kawan awak,jom go eat at canteen, salah grammar takpe(jangan marah ye Sir)..campur-campur pun takpe'..fuhh..berpeluh seih..


Lepas rehat, adik-adik nie ada perjumpaan rumah sukan, jadi takde kelas, sempat memberi kata-kata semangat ke pasukan Rumah Hijau..hehe..waktu tue ada sesetengah fasi sedang berehat di atas..dan beberapa orang fasi lelaki sedang menjalankan giliran menanak nasi(lauk-pauk penduduk kampung yang masak tapi kami kena masak nasi sendiri untuk fasi dan cekgu jugak)..tiba-tiba..cekgu panggil..'ada sedikit lagi masa sebelum dorang balik, cekgu serahkan pada fasi-fasi kalau ada nak buat apa-apa'..wow..takut seih!mana ada pengalaman..mana tahu nak buat apa..fikir-fikir..'matilah aku..mana abe mi nie??'..hmm..pentingnya pengalaman!!..cekgu lepaskan pelajar darjah 1-3 balik dan sekarang pelajar 4-6 didepan mie..adoi..redah je lah!


Dalam memikirkan idea..mie meminta adik-adik nie menyanyikan lagu sekolah dorang..masyaAllah..sedap sangat didengar lagu SKPP..cuma agak panjang..masa tue terfikir satu je modul..'Along Kata'..konon-kononnya ingin menguji tahap kepekaan dan kefokusan dorang..huhu..penat main serahkan pada fasi lelaki yang baru sudah tanak nasi..dan Abe Qim(Mustaqim) ajarkan adik-adik nie tepuk terima kasih..fuhh..rindunya bunyi loceng!


Lepas solat Zohor berjemaah..turun untuk makan..dan terus ke menuju tempat biasa ku berkumpul bersama dengan adik-adik..dan istimewanya perjumpaan kali itu..'dah dapat dah jawapan soalan yang akak tanya semalam?'..'tak lah kak'..huhu..'ok, takpe, akak bagi jawapan, tapi adik-adik dah solat Zohor belum?'..'belum, tak reti la kak..'..jujur betul adik-adik nie..huhu..dan ku mulakan bicara dengan kisah pasal solat dan kebaikan solat..'jadi, adik-adik nak solat tak?'..'nak, nak, tapi tak reti'..'ok,adik nampak tak ramai abang-abang(adik-adik yang bersama ku kali nie semuanya lelaki,huhu) kat depan sana kan?, adik pergi kat dorang, mana-mana satulah yang adik-adik berkenan, bagi salam, lepas tue mintak dorang ajarkan solat, ok?'..'ok,tapi kami pakai seluar pendek'..'takpe, abang-abang tue banyak seluar dan kain'..'tapi,nie baju kartun..'..aduh..macam-macam adik-adik nie..alhamdulillah..kemudian dorang pergi sapa abg afzan(berkenan ye dorang..huhu)..ya Allah..kurniakan taufik dan hidayahMu kepada mereka..

adik shin chan(maaf ye akak tak ingat nama adik)..tapi tiap kali panggil adik shin chan nie..responnya..dia akan usap rambut dia yang mencacak tue..huhu


Seterusnya..fasi-fasi dipanggil untuk membantu adik-adik nie menyiapkan kerja rumah subjek Matematik..


abe Lah bersama adik-adik angkatnya dan ustaz Tarmizi yang mahir dengan pelbagai kaedah mudah Matematik

Petang tue lepas Asar..cekgu besar, cg Kamarudin mengajak kami ke satu kawasan di pulau besar yang dikenali sebagai Telaga Air Berani..mata air itu cukup unik kerana airnya tidak pernah kering walaupun pada musim panas malah rasanya sentiasa tawar meskipun ia terbit dari batu-batu yang terletak amat hampir dengan pinggir laut..menurut kepercayaan orang lama pulak..air itu dikatakan mempunyai kuasa mistik termasuk boleh membantu pasangan sukar mengandung..wallahua'alam..rasanya sebab air tersebut kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk sel darah merah berfungsi dengan sempurna..mungkin ada yang nak lakukan kajian?..agak keberatan untuk ikut sebenarnya..'akak, akak nak pergi mana nie?'..huhu..tapi dengan menghormati jemputan guru besar..berat jugak kaki ini melangkah ke jeti..


SubhanaAllah..memang terpegun dengan kecantikannya..tak terucap dan tak tahu macamana nak gambarkan..kena pergi sendiri..sebelum berangkat ke kawasan air berani tue..singgah kejap di sebuah resort terkenal di pulau besar..sekali lagi..terasa bagai orang dari planet asing..huhu..'mizah, takpe, sesungguhnya orang-orang yang asing tue beruntung!'..insyaAllah wanie..huhu..sebabnya orang lain berkaki ayam tapi kami kaki ayam bersarung stoking..huhu..


bergambar di depan swimming pool di resort berkenaan..nasib baik takda orang kat situ..huhu

Dan perjalanan diteruskan ke kawasan air berani..ku menggambil keputusan untuk bersendirian dan menikmati keindahan alam itu..dan apa yang terlintas di fikiran..kejadian tsunami di Acheh..kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa..ya Allah!..baru ku sedari..sekali lagi alam ini mengajar kan sesuatu..keindahan ini bukan sahaja suatu nikmat tetapi juga suatu perangkap buat hamba-hambaMu!!..peristiwa-peristiwa itu silih berganti dengan wajah-wajah adik-adik ku di SKPP..tanpa disedari air mata ini mengalir..ya Allah..sinarkanlah cahaya hidayahMu buat adik-adik ini..selamatkanlah mereka dari malapetakaMu..keindahan pulau ini tiada sinar jika tanpa kurniaan rahmatMu!

keindahan yang pudar..sempat ku nukilkan sebuah sajak..


jernihkan airnya..nampak batu karang dari permukaan air..nie bukan air yang cetek tau!


nie pun sama..berada di atas bot..tanganku tue berada dalam air tau!lincah ikan-ikan nie makan di tanganku..subhanaAllah..

kat belakang tue kawasan air berani..bersama kak mija(kiri) dan wanie sahabat yang baru dikenali..


bila sampai je..adik-adik nie tarik tangan..'kak, jomlah mandi..berenang sama..best tau kak!'..huhu..adik yang disebelah mie berbaju biru tue, sepetang mie cuba untuk berborak dengannya..tapi perasaan malunya sangat menebal sehinggakan nak bagitahu nama pun malu sampai menyorok-nyorok mukanya dibawah meja..huhu..tapi bila di laut..petah berkata-kata..tarik tangan akak..nasib baik tak jatuh dalam air..huhu

Malamnya sesi motivasi dengan Sir Shafiq..semoga tangisan kedua mu malam nie adik-adik membuka pintu hatimu tikamana tangisan pertamamu pada malam sebelumnya telah mengetuknya..

Sir Shafiq..insan yang tak ku kenali..huhu

jangan malu untuk menangis adik-adik..kerana tangisanmu itu ada nilainya..

Sesi motivasi ini tak lama memandangkan keesokan hari adik-adik nie akan menduduki peperiksaan OTI 2(macam midyear exam)..jadi adik-adik nie dilepaskan naik awal..dan mie mengikut adik-adik nie naik kerana ada satu hasrat di hati ini..ketika mana fasi-fasi lain sedang meting dibawah dan bertaaruf dengan insan-insan yang baru sampai..sekali lagi mie menghilangkan diri..maaf kerana tidak turut serta kerana ku rasakan saat-saat bersama dengan adik-adik sangat-sangat berharga..dan pada ketika adik-adik ini sedang bersiap untuk tidur..mie mencuri masa adik-adik nie sekejap(ada yang masih dibilik air) untuk bercakap tentang aurat dan perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur..dan bilamana waktu tidur..dorang nie masih sibuk duk bercakap dan bercerita..mendidik bukan hanya dengan lemah-lembut tetapi juga perlu dimarah kadang-kala..dan pada malam tue, adik-adik nie kena marah sebab tak tidur lagi sedangkan esok nak exam..nie kali kedua dah adik-adik nie kena marah olehku..huhu..maaf ye dik..dan mie pun terus landing bersama dengan adik-adik tersebut..

KeiNDaHaN YaNG PuDaR
Lihatlah,
Alam sibuk berbicara,
Bersaksikan tuhan,
Awan-awan berarak dan berkumpul merentas lautan,
Ombak tenang menghempas batu,
Ikan-ikan kecil riang berlari-lari,
Sukakah ia? Dukakah ia?
Sebuah kebenaran tersingkap..

Aku yakin,
Alam ini memang indah,
Cintaku padanya takkan pudar,
Cintaku padaNya kian bertambah..

Namun,
Tika itu aku terlihat,
Ikan-ikan berbisik,
Ketam-ketam sibuk menjerit,
Beruntunglah kamu! Rugilah kamu!
Ini suatu nikmat!
Hanya bagi yang tahu menilai..
Ini suatu jerat!
Bagi yang alpa..
Terus lalai dalam kelekaan keindahan alam yang memerangkap..

Perhentian..
Benarkah suatu hentian?

Cantiknya kamu wahai alam!
Hijau, biru berdansa bersama..
Tiada sengketa, malah bersatu..
Bersatu menurut arahan Pencipta..

Bersediakah kalian?
Menanti jawapan dariNya,
Lautan tak selamanya tenang,
Pohon hijau itu kan tumbang jua..
Dan detik itu..
Tersingkaplah hentian yang pasti..

-19 Mei 2009 : 6.21pm-
-Pulau Perhentian-
-mimie_mizah@aurora-

Saturday, May 23, 2009

-PuLau PeRHeNTiaN-PeRSoaLaN DeMi PeRSoaLan-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam dakwah..salam sayang..salam perjuangan..

Diingatkan sekali lagi..supaya baca dengan mata hati..jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran buat kita semua pada masa akan datang..

Sayang Senjata Dakwah 18 Mei 2009

Hari nie sambutan hari guru..seronoknyer..teringat masa sekolah rendah..merengek-rengek nak beli hadiah kat semua guru yang mengajar bagi tiap-tiap tahun..huhu..

persembahan adik tahun 6..kami sayaaaang cekgu!


adik shin chan..tiga dari kanan..comey kan..

pelajar pra hingga tahun 6..dalam seratus orang je..





aku la tok kadi..hohoho~


hasil silat yang diajar kurang sejam..


tok kadi belek buku?guano cito nih??


nyanyian 'Kami Guru Malaysia'..guru perempuan hanya dua orang..yang lain semua lelaki..kesemuanya pun berbelas je..tak pasti lak..ops..ada tersangkut ke?


pertandingan bola tampar..kumpulan fasi-fasi memberi peluang menang kepada guru-guru..hehe


Alhamdulillah..tak sangka dapat jemputan ke jamuan hari guru yang diadakan oleh pelajar tahun empat..teringat masa sekolah dulu..di muka pintu kelas..kami akan gantungkan belon yang terisi sama ada tepung..kertas-kertas kecil berwarna..bilamana guru besar melangkah masuk, kami letupkan belon tersebut..hohoho~siapa la insan yang sanggup buat macam tu??..nasib baik cekgu-cekgu sporting belake..hehe..



bihun berwarna kuning..pelik tak?


Terharu bilamana mie bersembang dengan seorang guru..ada seorang pelajar..'cekgu,maaflah takda hadiah untuk cekgu, nah nie gula-gula,cekgu ambikla!, Selamat Hari Guru cekgu'..Ya Allah..kalau di sekolah-sekolah di darat sana..bermacam-macam hadiah yang cekgu-cekgu akan terima tapi disini..mulianya pengorbananmu wahai guru!


kalah pun dapat hadiah jugak..tu yang best tue..


Suatu perkara yang mie dapati..adik-adik disini memang begitu teruja dengan hiburan..setiap persembahan adalah berbentuk nyanyian..malah apa yang mie lihat..cekgu-cekgu disini sendiri provoke adik-adik nie untuk menyanyi..bermacam aneka lagu yang dinyanyikan selain nasyid membuatkan mie lari dari suasana itu dan bersembang dengan staf-staf sekolah..suatu yang perlu diubah!


Selesai solat Zohor berjemaah..adik-adik nie ada kelas tambahan..jadi mie turun ke bawah mencari-cari adik-adik yang sedang bermain..ku rasakan nilai setiap saat disini sangat-sangat berharga..segala-galanya kesedaran dari pengalaman di Pulau Ketam..memang benar program di Pulau Ketam berjalan lancar malah mendapat pujian..namun kerana sibuk mengendalikan program..mie sebenarnya telah fail!!fail untuk mendekati adik-adik disana dengan kasih sayang..untuk mendidik dan membimbing..jadi..bila lihat wajah-wajah adik-adik disini..ku diberi sekali lagi peluang!Ya Allah..Engkau Maha Mendengar!..


Sekali lagi cerita dibuka..hinggalah..'dik, rukun Islam ada berapa?'soal ku pada adik-adik dalam lingkungan darjah 3-5..'rukun Islam kita kena angkat tangan macam nie kan kak bila baca?'(sambil menunjukkan cara membaca ikrar rukun negara)..ya Allah..Engkau pancarkanlah sinar hidayah kepada adik-adik ini..'tak, tu rukun negara..rukun Islam ada lima, siapa dapat jawab akak cerita lagi kisah lain..dan akak ada hadiah', siapa nak?..'tapi kak, kami tak tahu,akak bagitahu la'..'akak taknak bagitahu, tapi adik-adik nak hadiah tak?kalau nak, adik-adik kena tanya sesiapa pun, yang pertama apa, kedua,ketiga dan seterusnya..tanya cekgu ke, tanya mak ke, tapi jangan tanya akak..boleh?'..kemudian mie dipanggil untuk naik meting di atas..meninggalkan adik-adik tue dengan perasaan yang berat..ya Allah..hanya kepadaMu aku memohon..



membincangkan modul untuk LDK selepas asar nanti..dan setiap penilaian terhadap adik-adik setelah dua hari berkampung..solusi..dekati adik-adik nie dengan hiburan Islam..
Sebelum bertolak untuk menjalankan LDK..adik-adik nie diminta untuk berkawad dan bersenam dahulu..masa nie mie nampak ada dua orang adik sedang bermain di playground..dan terus ku mendekati dorang..adik 6 tahun dan 7 tahun..hajat ku untuk menguji tahap kefahaman dorang tentang Islam..adakah seperti adik-adik di darat sana..alhamdulillah..sejuk hati nie..tapi yang merisaukan mie..'akak, yang warna merah tu jahat kan, syaitan kan, yang warna putih, ada pari-pari tue baik kan kak..'..dipengaruhi oleh cerita Bawang Merah Bawang Putih..huhu..


modul tingkap hidup..bagus adik-adik nie, 10 tahun akan datang pun dah nampak nak buat apa..


Alhamdulillah..setiap kali solat adalah solat berjemaah..memandangkan mie rasa mungkin takkan guna telekung(faham-faham jela)..jadi mie tak bawa telekung..malangnya..masanya belum tiba..jadi..bila time solat..mie hanya menggunakan pakaian yang dipakai..jadi..akhirnya..adik-adik nie pun berani jugak tanya..'akak, boleh ke akak solat pakai camni?'..soalan yang dinanti-nantikan..mie taknak terus bagi jawapan..tapi menggunakan teknik ustaz Hasrizal..soalan dijawab dengan soalan..biar adik-adik nie betul-betul faham..alhamdulillah..sedikit sebanyak dapat sentuh soal aurat yang serba salah untuk ku buka madah bicara akan hal nie..ya Allah..Engkau tunjukilah mereka jalan yang lurus..


slot abg afzan..layari blognya..PenaFatih


Usai solat Maghrib berjemaah..adik-adik nie ada kelas tambahan..jadi sekali lagi mie ambik peluang nie untuk bersama dengan adik-adik lain..kebetulan..pada masa yang sama adik-adik darjah 4 ada kelas tambahan matematik..jadi..jengah kejap kat kelas dorang..tak sangka pulak cekgu math tue suruh masuk dan bantu..ok..last-last cekgu hilang ntah ke mana..mie pula duk mengajar..jadi kongsi teknik-teknik mudah menyelesaikan math..banyak sebenarnya..masih ingat lagi rupanya..huhu..harap-harap adik-adik tue akan ingat kaedahnya..patutnya ajar kat cekgu sekali..huhu..dan..terlepas separuh slot abg afzan..


Dan diri ini dah tak sanggup menghadapi hari khamis...






Asy-Syams ayat 1-10

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,

Beruntung bagi yang mensucikannya,

Merugi bagi yang mengotorinya..

Friday, May 22, 2009

-PuLau PeRHeNTiaN-1 KeNaNGaN@1001 PeNGaJaRaN?-

dari kiri zariani, fazlia dan asmida..semasa sesi taaruf selepas buat sedikit modul..



nak kena naik bot..huhu


pening..pening..control..control..



subhanaAllah..jernihnya air


ha..akak garang!habis la korang..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Salam aurora..salam keindahan..salam perjuangan..


Sehatkah kalian?sahabat-sahabatku..mie sangat merindui kalian..alhamdulillah..cutiku kali ini tidak sia-sia..insyaAllah..post kali ini mie ingin ceritakan pengalaman, kenangan, pengajaran, teguran dan lain-lain sewaktu dengannya..dan mie sangat berharap post ini dinilai dengan mata hati..bukan niat mie untuk menulis nie untuk membangga diri atau sewaktu dengannya..itu adalah urusan diri ini dengan Allah..tapi apa yang mie harapkan..supaya apa yang mie tulis nie akan jadi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat..

PeRCuTiaN?16 Mei 2009

16 Mei..suatu tarikh yang mie langsung tak duga..Allah Maha Mengetahui..beberapa hari sebelum tarikh nie..mie dapat satu panggilan dari saudara Abg Afzan untuk memenuhi suatu kuota fasi perempuan ke suatu program masyrakat di Pulau Perhentian..wahh..apa lagi..bila sebut PULAU PERHENTIAN..terus diri ini bersetuju tanpa banyak soal..salah satu sebabnya mie pasti jika abg afzan yang jemput pasti program tue best(ye ke?hehe..)..tambah lagi..ish excited la nak pergi ke tempat yang memang dikenali dengan keindahan dan kecantikannya..peluang dah datang beb!mana boleh lepas..hehe..


Kami semua diminta berkumpul di Pejabat Abim di Tanjung Mas pada pukul 4.00 petang tepat dan diminta untuk menepati masa..ok..bagus-bagus..tapi perancangan Allah lebih baik..pemandu yang akan ambil kami disana lambat tiba disebabkan beberapa halangan jadi kami bertolak dari pejabat Abim pada pukul 7malam..lewat kan?..dan dalam tempoh masa 3jam yang ada..mie ambil kesempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut program apalah yang aku ikut nie..meneliti kertas kerja..


Program Adik Angkat Ipt-YaPEIM(yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia) Bersama Masyarakat Pulau Perhentian dengan kerjasama Pejabat Daerah Besut, SK Pulau Perhentian, Briged Bakti Malaysia dan Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan(PPIK). Memfokuskan peningkatan akademik pelajar UPSR, memberi motivasi pada pelajar dan ibu bapa, keterlibatan ibu bapa dalam kecemerlangan para pelajar dan penerapan unsur-unsur keagamaan..


Laa..program adik angkat rupanya..tak sangka..baru je mengimbas kenangan ketika di sekolah rendah bilamana tarikh itu ialah tarikh hari guru..kini ku akan menjejaki sebuah sekolah rendah yang pasti akan terbayang saat-saat ketika di sekolah rendah..Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Mendengar..


Dan kami sampai ke Pejabat Yapeim di Besut dalam pukul 9malam..selepas makan dan solat..sedikit briefing diberikan oleh En Zailani,pegawai YaPeim P.Perhentian dan juga Ketua Fasilitator, saudara Amin..fasi-fasi yang hadir seorang je yang mie kenal, Kak Mija..dan fasi-fasi dari Briged Bakti sampai pada pukul 12 tengah malam..kami difahamkan pada malam tersebut..pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pulau kecil dan pulau besar dimana yang menjadi penempatan para penduduk hanyalah pulau kecil manakala pulau besar 100% adalah resort pelancongan..bilangan penduduk disitu hanyalah dalam 16oo orang..belia-belia disitu kebanyakkannya(90%) terjebak dalam masalah sosial, minum arak, dadah dan sebagainya..rokok hanyalah perkara biasa..penduduknya adalah majoriti Melayu tapi tiada nilai agama..


Kecut perut seih bila dengar penjelasan nie..ditambah lagi..'faham-fahamla penduduk pulau nie, dorang terpencil jadi nak terima orang luar bukan senang, sebelum nie ada pelajar-pelajar IPT yang datang tapi dari laporan mengatakan penduduk menyampah dengan dorang'..huuu..tersirap darah dengar..'betul ke aku buat keputusan untuk ikut serta nie?'..kerana itulah niat itu penting..lantas bilamana mendengar penjelasan ini..mie perbetulkan betul-betul niat untuk ke sana..syukur padaMu ya Allah..


Debaran 17 Mei 2009

Perjalanan diteruskan pada pagi tersebut ke jeti..bersedia untuk naik bot(pening jugak lagi..huhu)..dan bersedia untuk berjumpa dengan adik-adik..perjalanan merentas laut lebih kurang 45minit..subhanaAllah..bila sampai di jeti Pulau Perhentian..rasa macam nak terus terjun..tak tahu macam mana nak gambarkan betapa cantik dan jernihnya airnya..ya Allah..Engkau Maha Agung!


Kami disambut dengan ramahnya oleh adik-adik..masa sesi pengenalan semua fasi, adik-adik nie begitu excited menerima kami..dan satu perkara yang mie dapat observe dari adik-adik nie..dorang nie mudah sangat peramah mungkin kerana semenjak kecil dah biasa dengan kedatangan pelancong-pelancong asing..mie mulakan pengenalan diri ini dengan sedikit pujian..'ish, akak berdebar nie berdiri depan adik-adik, sebab semuanya comel-comel, cantik-cantik, handsome-handsome belaka'(padahal memang berdebar pun,huhu..)..pujian digunakan menarik perhatian adik-adik nie..langkah permulaan untuk berkenalan..kerana pujian membuatkan hati berbunga dan secara tak langsung menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka..alhamdulillah..


Cepat je mesra adik-adik nie dengan kami semua..dan satu perkara lagi..adik-adik nie meme cepat nakak..dengan sekali pengenalan sahaja..dorang ingat kesemua nama-nama fasi..subhanaAllah..mungkin sebab banyak makan ikan..ikan fresh..kaya dengan protein dan iodin(betul ke nie?) yang mana bagus untuk otak..sebab tue orang Terengganu dan Kelantan pandai-pandai..hehe..


Sesi seterusnya bermula selepas Zohor..sesi taaruf dengan adik angkat masing-masing..seorang fasi akan mempunyai 2-3 orang adik angkat..adik-adik angkat nie dibahagikan oleh pihak YaPeim mengikut tahap akademik mereka..kalau tak silap mie..pada tahun 2007, seorang pelajarnya mendapat 5A, 2008 seramai dua orang dan tahun ini disasarkan 5 orang akan mendapat 5A tapi insyaAllah mungin lebih dari itu..peningkatan akademik dan peratus lulus meningkat semenjak guru besar yang baru tiba pada tahun 2007..dan mie memang tak dapat nak nafikan sebenarnya guru-guru memang memainkan peranan yang penting..malah jika dilihat dalam kondisi penduduk, guru-guru di SKPP seharusnya memainkan peranan yang lebih penting berbanding ibu bapa pelajar sendiri..
atas bot..perempuan 7 orang je..pertama kali program yang mie sertai lelaki lebih ramai..huhu..kak Na sebagai urusetia..kak mija disebelah mie..ku mencari tempat dekat dengan driver untuk berborak menghilangkan mabuk..huhu
Dalam sesi taaruf..uish..tak tahu nak wat bende!huhu..tapi sesi inilah yang penting sebenarnya jadi paksa juga otak nie berfikir mencari cara..almaklumlah takda pengalaman..huhu..jadi..pada sesi nie..mie selidik latar belakang adik-adik mie-asmida, fazlia dan zariani..adik-adik mie nie dalam kategori cemerlang dalam tahap sekolah yang sederhana(faham-faham la ye)..tanya tentang diri dorang..dan serba sedikit mie cuba untuk menguji tahap akademik(general knowledge),cita-cita dan tahap agama dorang..alhamdulillah..walaupun dorang nie banyak tak tahu..tapi bila borak-borak nie..mie dapat lihat..they are willing to learn..segala yang didengar pada awal-awal penjelasan taklah seburuk yang disangka..memang benar adik-adik nie kurang agamanya..tapi akhlak, sikap dorang bagus..cuma kurang ilmu yang mana kerana tiada orang untuk membimbing..Islam itu FITRAH!
practice..dikendalikan oleh saudara Alami(abe mi)..semua fasi takde pengalaman berkahwin..jadi..redah je la!hehe..
Lepas Asar..petang tue fasi-fasi meting sat..sebab cekgu mintak adik-adik darjah 6 buat persembahan esok dan juga fasi..aiseh man..bagus betul idea cekgu nie..nak uji fasi-fasi ye..aduh!..takpe..takpe..natikan persembahan dorang esok!pada masa yang sama..beberapa orang fasi ajarkan dorang kawad..
practice silat..'abe mi, betul ke silat camnie?'huhu..redah je la!

Masa fasi-fasi yang lain ajar adik-adik tue berkawad dan buat sedikit permainan..mie mengambil kesempatan ini untuk mendekati adik-adik lain dalam lingkungan 8-10 tahun yang sedang bermain dalam kawasan sekolah..memang peramah adik-adik nie..terus mendekati kak mizah ye..jadi sekali lagi mie mulakan dengan tanya nama..kalau mengikut tahap umur adik-adik nie..dorang suka bermain dan dengar cerita..memandangkan takda idea nak wat permainan apa..jadi mie bercerita..cerita yang ingat pun cerita katak..katak hijau!alhamdulillah..seronok je adik-adik nie mendengar tapi banyak betul dorang soal..bagus!salah satu soalan yang menarik perhatian mie sebab sebelum nie takda pun yang tanya pasal nie bila mie cerita kisah katak nie kat tempat lain..tapi sorang adik darjah dua tiba-tiba tanya(adik nie macam shin chan..comey!)..'akak, kalau dia pekak, camna dia boleh dengar pistol bunyi masa nak berlari tue?'..jawab jangan tak jawab..itulah pentingnya fikiran kreatif dan kritis!..sempat jugak tanya cita-cita dorang..ada yang diam, malu sebab tak tahu nak jawab apa..ada jugak..'akak!saya nak jadi angkasawan!macam datok syeikh muzaffar!(adik shin chan)..saya pulak nak bawak kapal terbang!..saya nak jadi arkitek!arkitek tue apa akak?'..huhu..
aku terima nikahnya dengan siti nurhaliza!..sah..sah..
Mungkin objektif cerita ini lain dalam program-program lain..memandangkan tahap pemikiran adik-adik disini rendah..soal agama pun..jadi..mie cuba kaitkan cerita nie dengan keagungan tuhan dan serapkan sedikit ilmu agama..'comel tak katak?siapa yang cipta katak?kalau Allah ciptakan kita jadi katak nak tak?walaupun dia bukan manusia, kita tak boleh wat jahat kat katak, sebab apa?'..alhamdulillah..adik-adik nie tahu soal syurga dan neraka..budak baik, budak jahat..mungkin ustaz dan ustazah dorang tekankan soal nie memandangkan suasana dorang disitu amat kritikal..dan kami terus berborak hingga mie tak sedar waktu Maghrib hampir tiba..'kalau nak masuk syurga, kena jadi budak baik, kalu nak jadi budak baik, kena ikut apa yang Allah suruh, kalau Allah suruh solat, kita kena..?'alhamdulillah..bagus betul adik-adik nie..'esok kita jumpa lagi ye kak, nak dengar cerita lain pulak!'
ni la En Zailani..YaPeim PPerhentian..terima kasih banyak-banyak!dan Selamat Pengantin Baru(6hb6)..patutlah berseri je muka..hohoho~

Malam nya..adik-adik diberi sedikit taklimat pasal syarat-syarat sepanjang program nie..dan di ajar menyanyikan lagu tema..ibu..dalam pukul 10-12..adik-adik nie practice untuk persembahan esok..pentomin!jalan cerita dah ada la sikit-sikit..skrip buat spontan malam tue..adik-adik nie berlakon dan fasi yang jadi suara..2jam je practice..tu pun dalam duk serabut-serabut susun jalan cerita sebab fasi pun penat fikir adik-adik nie nak wat persembahan apa la..tapi..adik-adik nie memang 'cepat nakak!'..cepat cepat pickup!..kalau cikgu-cikgu berjaya buat adik-adik nie fokus dalam kelas..mie pasti buleh excellent belaka!




Adik-adik nie memang penuh dengan semangat!