cenderahati dari pulau jerejak
People-Centred Sustainable Development(PCSD)
Objektif program nie sebenarnya untuk gather pandangan(komen, harapan and solution) pelajar sendiri tentang peranan sebagai pelajar sendiri, about the University dan university education memandangkan USM telah di iktiraf sebagai University Apex..Workshop nie di anjurkan oleh Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat USM diadakan di Pulau Jerejak Resort, Penang, 2-3 May 2009..
USMKK diwakili oleh 9 orang pelajar
Bengkel nie disertai kesemua kampus USM termasuk Kampus Kesihatan..yang diminta menghantar seramai 10 orang pelajar, namun hanya 9 orang yang dapat hadir..diketuai oleh Kak Mah ku(hehe) selaku MPP USMKK..dan Arvind, Bryan, Bro Naim (perubatan), jessy (degree nursing), shafa (forensic), Nastain dan Saifullah (diploma nursing)..
Sepertimana yang dikatakan workshop nie cukup istimewa sekali..kami para pelajar diberi peluang untuk mengutarakan pelbagai isu dari kesemua segi..kekangan dan masalah yang dihadapi sebagai pelajar APEX(jika ada istilah ini)..dan juga diberi peluang untuk menyatakan solution kepada setiap isu yang diketengahkan..cukup sukar sekali peluang ini diperolehi lebih-lebih lagi juga diberi kesempatan untuk bersemuka secara langsung dengan dua orang tertinggi di USM iaitu VC, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak dan TNC BHEPP, Prof Omar Osman..mereka sudi melaungkan masa bersama para pelajar seramai 60 orang dengan hanya beralaskan lantai berkarpet..
gambar nie dikidnap dari blog Bro Naim
Pada 3 May, 3 kumpulan dipecahkan mengikut kampus..pembentangan dari Kampus Kesihatan diwakili oleh Bro Naim yang membawa empat isu yakni about academic, kebajikan pelajar, lecturers dan kerenah birokrasi mendapat respond yang hangat dari VC dan TNC..sebelum itu, terdapat sesi pembentangan daripada Haji Ahmad, selaku wakil rappoteurs yang telah membentangkan 4 isu utama iaitu activity(problem of getting approval from HEP, attitude and inefficiency of staff, publicity is not enough, collaboration of NGO-fear of rejection by HEP due to pollitical association), curriculum(quality of lecturers, whistle blowers, evaluation forms, curriculum activities, course work, outdated syllabus,internship), style of teaching and APEX University..pembentangan oleh Haji Ahmad adalah hasil daripada workshop yang dijalankan dalam 3 sesi pada hari sabtu yang mana para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kehendak pelajar sendiri..diskusi yang hampir 5jam berlangsung membuahkan suatu kepuasan kerana suara mahasiswa dinilai untuk mewarnai universiti..segala voice out oleh pelajar akan didokumentasikan oleh rappoteurs..
sejarah itu penting!
Jaminan dari VC sendiri..status APEX diharap mengurangkan birokrasi dalam ucapan beliau pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan USM(5 Mei 2009) selepas workshop itu memaparkan suara mahasiswa diambil kira..mie juga pasti..apa yang cuba kami sampaikan tidak memenuhi kehendak VC yang inginkan pemikiran kelestarian lebih ke hadapan untuk merealisasikan tuntutan APEX itu..tiada buku panduan disediakan menuntut suatu perkara yang bukan mudah..peranan semua pihak diperlukan bukan hanya dogengan kosong VC dan pihak atasan sahaja..suatu yang ku setujui..universiti perlu bebas dari agenda luar dan unsur-unsur politik!..yup, itu yang diperlukan..tapi..golongan manakah yang dibayangi oleh keadaan ini..apabila program-program islamic ingin diadakan dikaitkan dengan politik semata-mata..tepuk kepala, tanya minda..
Namun pada pandangan peribadi mie sendiri..jika kekangan-kekangan yang dianggap picisan ini pun tak dapat dileraikan, bagaimana ingin kita menghadapi badai yang akan terus-menerus menghempas..jika ianya kecil seharusnya ia diselesaikan dengan hanya sejentik jari sahaja..isu yang dikategorikan lapuk ini, kenapa terus berulang dan menjadi isu..jika ianya bukan suatu masalah..ianya tidak perlu muncul dari era ke era..tak mustahil ianya akan wujud juga di masa hadapan jika perhatian tidak diberikan..dalam menuju kelestarian..jangan biar isu yang remeh bersarang..pelbagai pembaziran akan berlaku..tranformasi pemikiran akan tergugat..sikap amat penting dalam mencetuskan APEX!
Terus melangkah dengan selesa bukan dengan bebanan!
Kami Memimpin!
Dengan akal beragama!
Dengan intelektual bertamadun!
No comments:
Post a Comment