Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam kekeluargaan..salam perjuangan..
'Malasnya nak bangun..aku nie cucu je..kenapa aku perlu temankan tok ayoh untuk appointment matanya hari nie..itu tanggungjawab anak-anaknya..tak pernah pulak aku dengar suruhan untuk mentaati grandparents ku'(kalau ada tolong nyatakan pada mie ye, sebab mie belum pernah dengar mengenainya)..monologku sendirian ketika mana mata masih rapat tertutup..'Mimie!!!'..Bingkas mie bangun..menyedari bahawa tugasku pagi itu memang wajib untuk mie patuhi..kerana ia adalah kehendak seorang anak yang ingin memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang anak..permintaan seorang bapa saudara yang wajib untuknya mentaati ibu bapa walaupun sudah berumahtangga..tugasku pagi itu hanyalah jambatan menyambungi peranan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya dan tuntutan seorang anak terhadap arahan ibunya..
20 April 2009..umur tok ayoh(sebelah omi) mengjangkau 80 tahun..namun sebenarnya usia itu lebih(tok ayoh lambat wat surat beranak)..satu usia yang cukup lama..penuh dengan pengalaman..namun kondisinya yang semakin dimamah usia menyebabkan tiada lagi cerita-cerita yang jarang-jarang sekali mie dengari kerana luang waktu kami sekeluarga sebelum ini hanyalah ketika hari raya atau cuti-cuti sekolah yang mana teramat singkat untuk melapangkan waktu bersama mokmin dan tok ayoh..


abangku(acik) bersama tok ayoh
Langkah mie ke Klinik Mata Hospital Kota Baru..memerhatikan begitu ramai golongan tua di situ..samada ditemani oleh anak-anak ataupun cucu..terlintas di fikiran ketika itu..kenapa mereka bersusah payah untuk menghantar golongan-golongan ini untuk membaiki status penglihatan mereka sedangkan mata itu sudah terlalu lama berkhidmat..lantas tanpa disedari mempersoalkan jua kehadiran mie disitu..hanya satu jawapan yang mie temui..KASIH SAYANG..
Jasa ketika mana dijaga dan dibelai ketika kecil tiada mampu dibalas..janji mie pada diri itulah jua yang akan mie lakukan suatu hari nanti..sekarang dan akan datang..kerana waktu dulu sudah jauh meninggalkan diri walau diri dibebani kekesalan..alhamdulillah..kesempatan itu masih ada..
Suatu persoalan menerjah kotak fikiran..kenapa ramai anak-anak sekarang sanggup meninggalkan ibu bapa masing-masing di rumah orang-orang tua..sanggup berdepan dengan orang ramai walau anak-anak merengek-rengek di jalanan..tapi malu apabila ibu bapa membuat kerenah yang diduga tidak sepatutnya..sedar atau tidak ianya berkait..hilang sudah kasih sayang..walau setinggi mana diucapkan rasa sayang pada anak-anak tapi jika ibu bapa sendiri tak mampu dijaga..kasih sayang yang diucap hanya sekadar omongan kosong..fikir-fikirkan!
Masa akan terus berlalu..suatu masa kita akan melalui saat itu juga..jangan sombong!jangan bongkak!apa yang kita lakukan terhadap ibu bapa kita mungkin akan berbalik pada diri sendiri..ingat usia muda sebelum datangnya usia tua(pesanan terutama buat diri sendiri)..hargailah setiap masa yang ada!buktikan kasih sayang sebenar masih wujud..andai anak muda aset pada agama dan negara..percaya atau tidak..golongan tua adalah permata berharga dalam kehidupan..dan selagi mana masa itu masih berputar..peluang sentiasa ada dan terbuka..tika waktu itu terhenti untuk kita..walau hanya satu titik penyesalan..tetap tiada gunanya..
'Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam penjagaanmu, maka sesekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil'
(Surah Al-Isra' 17:23-24)
p/s- Klinik mata di Kelantan perlu ada snellen chart bertulisan Jawi..
3 comments:
sinopsis ringkas :
huhu.. artikel ini dimulai dengan suasana orng malas yg susah nak bangun tidur...
seterusnya, dia 'terpaksa' bawa atuknya ke hospital..sehinggalah dia dapat mempelajari suatu pengajaran berguna apabila dikelilingi oleh golongan tua...
iaitu kena jaga mak ayah leklok...
ijazah terbaik dari sebuah pengalaman ^^
'suasana org malas yg susah nak bangun tidur'..huhu
kalu dalam mode marah: kurang diajar!
kalu dalam mode cool: yelah..nak gtau yg realiti..xyah nak hipokrit2..
kalu dalam mode rasional: walau dalam apa jua keadaan anda..(ikhlas itu antara diri kita sendiri dgn Allah)..teruskan belajar dari pengamatan sekeliling..kerana setiap kejadian tue ada hikmahnya dan sedar atau tak..ianya adalah ibadah..
leh wat masuk dalam buku Nilam nie adik-adik..ada moral of the story..hoho~
tak takut =)
Post a Comment