Saturday, March 27, 2010

-SaTu CiNTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!

Stop!..erk..ask urself..sihat kah ku hari nie? sihat kah fikiran ku hari nie? sihat kah hati ku hari nie? sihat kah iman ku hari nie?

Satu Cinta..pernah dengar? mie pun baru jumpa lagu nie..dendangan dari sebuah kumpulan nasyid Indonesia..tapi mie tak kenal..search pasal dorang pun tak jumpa apa-apa..huhu..tapi lagu nie best..maaf tak dapat nak upload..boleh search di youtube..atau dengarkan di facebook mie^_^..

Semoga ceria-ceria sentiasa dan bahagiakan hati mu..terimalah~


Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




Wednesday, March 24, 2010

Monday, March 15, 2010

-KiTa aDa ALLAH-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!

Baru dapat satu emel dari Kak Jazimah..pesanannya:

'Kita ada Allah..terus kuat ya!!!'


jazakillah kak!
semoga akak dan semua yang membaca nie pun terus kuat ye!^_^


Sunday, March 14, 2010

-KoNSeRT QG-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

'mimie.. bakpe dop update ngan kaklin..waaa'..maaf la kak linn..dop teringat nok kabo..huhu..

Sempena penutupan Quranic Generation, semalam telah berlangsungnya Konsert Nasyid UNIC dan Hafiz Hamidun dengan penampilan persembahan dari Kumpulan Suffian..best-best..hehe..

Dari awal sampai habis konsert, mie ternanti-nanti bila la UNIC nak nyanyi lagu Langkah Tercipta nie..dan akhirnya, hehe..lagu penutup..semangat je mie nyanyi sebelah Shafa..nak nyanyi terang-terang mana buleh!suara perempuan yang dilunak-lunakkan itu aurat..jadi, buleh nyanyi sesama perempuan je^_^

Apa yang best dengan lagu nie? bestnyer lagu nie sampai mie pernah namakan post mie 'Langkah Tercipta'..norma kehidupan..tak terlepas di uji dengan pelbagai ujian..lagu nie seumpama dah sebati dengan diri..dah jadi halwa telinga saban hari..nak nangis je rasa semalam bila dengar lagu nie..huhu..sentimental betul~ hehe ;p

Bila dah berakhir..cam biasa la..nak autograph dan bergambar..tapi semalam..waaaa~..merajuk mie nga UNIC! dah la datang USMKK kali ke-empat dah..takkan nak tunggu untuk kali ke-lima baru dapat..waaa~

Memang betul-betul merajuk r nga dorang..haha..wat merana diri sendiri je..takde effect kat dorang pun ;p..memang mati-mati sampai habis dorang makan pun taknak ambik gambar nga dorang jugak..haha..last-last..ambik jugaklah gambar dengan salah seorang ahli group dorang and Hafiz Hamidun..kihkihkih..bertambah koleksi gambar bersama selebriti tanah air!^_^


Hafiz Hamidun memang sporting!


apa nama dia eh?hehe ;p


Wednesday, March 3, 2010

-MeNGaNGKaSa MaHaSiSWa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam mahasiswa, salam perjuangan!

Haaaa! Majlis ilmu datang lagi~

Nie bukan setakat pengantarabangsaan mahasiswa tapi kita terus mengangkasa mahasiswa..hoho~

Ceramah sempena Maulidur Rasul akan diadakan anjuran Pusat Islam pada :

Tarikh : 6 mac 2010 (sabtu)

Masa : selepas maghrib

Tempat : Surau murni

"Mengangkasa Mahasiswa"

Penceramah : Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim
(Pengarah UiTM Segamat)
-pakar peraukaunan
-penulis buku the best seller "Travelog Haji"
-penulis buku "Travelog Dakwah"
-penulis buku-buku motivasi


jom pakat g ramai-ramai!^_^



Tuesday, March 2, 2010

-MuKJiZaT MaLaM (aL-LaiL)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera.. salam aurora..salam mahasiswa..salam perjuangan!

Sebentar tadi..beberapa minit yang lalu..kecewa sekejap..suatu hari dulu, seorang sahabat pernah mengadu pada mie..dia cukup geram dengan seseorang nie sebab dah lakukan tugas yang sepatutnya dia yang buat..dan mie katakan padanya 'bagus la sebab dia dah permudahkan urusan nti..kenapa nak marah-marah pulak?alhamdulillah..dengan tue, nti mampu untuk tumpu pada urusan lain..kan Allah suka orang yang memudahkan urusan orang lain..'

Tadi..dush! now i know camne sahabat mie rasa..waaa~wat to do?wat to do?..terus tinggalkan hal tersebut..pergi mandi..solat dan ambik Quran..mula-mula nak sambung tempat yang berhenti sebelum nie..tapi ringan je tangan nie belek ke bahagian belakang..ada magnet kut..baca surah Al-Insyirah..ayat 5-6 sentiasa diperingatkan..muhasabah!muhasabah diri mizah!..adeh, susah betul..syaitan lari jauh-jauh please!

Dan hati nie tergerak untuk baca satu lagi surah..surah yang selalu juga yang kita baca..tapi malam nie surah nie telah menenangkan hati mie..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Demi malam apabila menutupi(cahaya siang) (#1)

demi siang apabila terang benderang, (#2)

demi penciptaan laki-laki dan perempuan, (#3)

sungguh, usahamu memang beraneka macam. (#4)

Maka barangsiapa memberikan(hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, (#5)

dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga), (#6)

maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan). (# 7)

Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), (#8)

serta mendustakan (pahala) yang terbaik, (#9)

maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran(kesengsaraan). (#10)

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila dia telah binasa. (#11)

Sesungguhnya Kamilah yang memberi petunjuk, (#12)

dan sesungguhnya milik Kamilah akhirat dan dunia itu. (#13)

Maka Aku memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala(#14)

Inilah mukjizat Al-Quran..magnetnya akan sentiasa menarik sesiapa sahaja..kembalilah padanya, bukan dalam keadaan kesusahan sahaja, tetapi juga dalam kesenangan..kerana sesungguhnya kesenangan itu lebih sukar dari kesukaran..

p/s: tadi try wat dalam arabic text..tak jadi plak..kena banyak berusaha lagi!