Saturday, December 13, 2008

-SeDaaaaP!-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam masakan..salam aurora..


Hehe..satu peluang!..hihi..actually..sedih jugak..hmm..rabu-10hb12..mie and 2 0rang abangku-man and acik kena tinggal kat umah..huhu..ayoh ada urusan kerja kat penang..yang leh ikut omi,bihah and faiz je..huhu..tinggal la kami 3 beradik kat umah..huhu..dan dorang ambik kesempatan untuk ziarah kubur arwah adik(alfatihah)..a'a..rindu kat siti..dah lama sangat kak imie tak ziarah siti..siti apa khabar?..kak imie doakan siti bahagia kat sana ye..insyaAllah kita kan jumpa lagi kelak..kak imie teringin sangat nak jumpa siti..rindu sangat.....

Continue balik..kat mana nak sambung ye..hehe..so, memandangkan omi takda kat umah and just tinggal mie and abang2 mie je,jadi terpaksarela la melakukan beberapa tugas rumah termasuk memasak..hehe..honestly,memang tak pandai memasak and tak pernah memasak!..biasanya jadi tukang kopek(ke kupas?) bawang, tukang kacau lauk, tukang kacau omi masak and yang paling penting tukang makan..hehe..bukan taknak belajar memasak tapi memang takda peluang nak tunjuk skil(poyo!)..memandangkan peluang dah terbuka luas,seluas-luasnya aku menakluk dapur itu..heee~

Inilah realiti..mie berani gerenti ramai kaum hawa diluar sana yang tak pandai memasak terutama pelajar-pelajar IPT(macam mie la!)..ramai..bukan semua..ada jugak yang pandai..tambah-tambah lagi yang duk hostel, ada pembantu rumah atau mak yang teramat rajin(macam omi..hehe-ambik kesempatan ni!)..adik-beradik mie sendiri..bila dah kena duduk rumah sewa baru start belajar masak..sebab dari kecik duk hostel(tapi mie duk rumah je dari kecik..tak pandai jugak masak..adeh..)..sorang kawan pernah cakap..'takpelah mizah..yang penting ada minat nak masak and nak belajar masak'..so..jom kita pakat tanam minat ya!=)


Memandangkan omi dah prepare siap-siap lauk untuk hari khamis..jadi mie tak dapat la tunjuk skil semalam..huhu!..just panaskan lauk and celur sayur je..abang-abangku nih memang kuat makan..habis lauk!..kena la mie masak hari nie..hihihi..takda benda dah dalam peti sejuk tu..jadi i guna je la apa yang ada kat dalam peti karun tu..memandangkan percubaan pertama..jadi wat yang simple-simple je dulu..so..inilah hasilnya!

-aYaM MaSaK KiCaP-

nyam!nyam!=)


komentar - acik je bagi komen..memandangkan dia pandai masak..thanz bro!..man?..asal leh dimakan..makan je la..thanz bro!..sebab habis jugak laukku..hehe..

mie:

>>sedap..
>>ada rasa kicap..bukan rasa kari..

>>kicap agak pekat..

>>masin!..tapi ok lagi la..makan dengan nasi..okla..

>>hiasan..aku main campak jela!

acik:

>>kicap nie pekat nie..kena bagi cair sikit..lagi menarik..

>>masin?..ok dah ni..

result - acik cairkan sikit kuah dia..better!=)

ni dia resepi suka hati mie..hehe..

-BaHaN-BaHaN-

# 1/2 ekor ayam(potong ikut suka hati la!)

#3-4 ulas bawang merah(tumbuk kasi halus)

#2-3 ulas bawang putih(nie pun kasi tumbuk jugak)

#3-4 ulas bawang besar(yang nie dihiris)

#1 inci halia(hiris pahtu tumbuk)

#2-3 biji cabai(mie tak makan pedas..so,cabai biasa je..kalau suka pedas..letak r cili padi leh gak)

#kicap pekat

#minyak masak

#garam secukupnya(tak berani nak komen..huhu)

#beberapa sudu serbuk kunyit

#air tapis secukupnya(erk..)

#beberapa hiris cili cupsicom hijau(betul ke eja ni?)

-JoM MaSaK!-

1. Potong ayam dulu comey-comey dan bersihkan.

2. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Pahtu goreng sehingga hampir-hampir masak, 2/3 masak pun dah ok dah, cuma mie bimbang ayam mie tak masak je..hehe..Kemudian ketepikan dulu.

3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili yang ditumbuk halus tadi sampai naik bau. Masukkan kicap pekat.

4. Kemudian masukkan ayam dan air. Goreng sampai ayam masak.

5. Akhir sekali campakkan cabai, bawang besar dan cupsicom yang dah dihiris ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.

6. Nyam..nyam..dah boleh makan!=)


-DaGiNG GoReNG BLaCK PePPeR-

sedapnyeeeeerrrr!

komentar - nie percubaan kedua buat daging black pepper..kedua-duanya guna resipi sendiri..biasanya buat daging goreng biasa je..first time try..masa cuti lepas matrik..fail!..betul!..kena basuh balik daging tu..pahtu goreng cam biasa..istilah lain..recycle balik..kali ni..wah!..success!..alhamdulillah=)..sukanyaaa....

mie:

>>sedaaaappp bangat..yuuhuuu..

>>pedas lada hitam..huhu..tapi tetap sedap..

>>daging ada yang liat..ada yang tak..hihi..tak tau..ada yang tersalah potong kut..

acik:

>>emm..oklah..sedap

result - laju je habis..hehe=)

Memandangkan resipi sendiri..so, rahsia untuk tatapan umum..hihi..kalau ada yang nak resipi(ada ke?)..buzz mie k(ym-mimie_best89),(gt-mimie.mizah),(skype-mimie_mizah)..poyo je..macam chef lak..ahakz~


Dari Abu Hurairah r.a. Berkata:

“Tidak Sekali-kali Rasulullah s.a.w Mencela Makanan. Jika Baginda Menyukainya, Maka Baginda Makan. Jika Baginda Tidak Menggemarinya, Maka Baginda Tidak Makan”

[HR Bukhari dan Muslim]

Wednesday, December 10, 2008

-eiD aDHa YaNG BeReRTi BuaTKu-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam pengorbanan..salam eid adha..salam aurora..

pandai lembu nih posing..

Alhamdulillah..mie dapat merasai sendiri apa yang diperkatakan orang sebelum nie..'raya haji
kat klate ni macam raya posa
tau..meriaahhh'..betul..betul..betul..bahang kepenatan nya masih dirasai..huhu..kali ini omi yang tunaikan qurban..kali pertama mie menyaksikan semua tatatertib ibadah qurban ini dilangsungkan..hehe..sebelum nie tengok dari jauh je takut kena kejar kat lembu..hehe..alhamdulillah..tak sabar nak masuk the next step..practikal..(",)

Hmm..suatu perkara yang merisaukan mie..mana tenaga anak-anak muda kita?pada hari kejadian..yang ramainya kaum hawa..kaum adam yang ada pun sebaya ayoh dan beberapa orang pemuda kampung..itu pun terpaksa tunggu berjam-jam..tunggu tukang penyembelih datang..ayoh nak sembelih takda pisau yang sesuai..tak perlu mie persoalkan orang lain..abang-abangku sendiri..adeh..selagi boleh selagi itu dielaknya..adei~

ayoh segak berbaju ungu=)


-eiD aDHa YaNG BeReRTi BuaTKu-

Kenapa? Tak sama ke dengan before-before this?..Memang tak sama..jauh sekali perbezaannya..kenapa dan mengapa sukar sekali untuk digambarkan..pelbagai perkara yang dilalui sebelum 10 zulhijjah membuatkan raya aidiladha ini cukup bererti buat diriku..bermacam-macam peristiwa yang berlaku yang menuntut seribu satu pengorbanan..kesabaran..10 zulhijjah 1429H..tarikh ini meninggalkan suatu pengertian dalam diriku..kepada sahabat-sahabatku..jazakumullahu khair atas semua message-message perjuangan dan pengorbanan yang dihantar..maaf kalau ada yang tak dibalas..tak prasan kredit habis..huhu..semoga diri ini dan sahabat-sahabat fillah sekalian terus istiqomah dalam arus perjuangan ini yang sentiasa menuntut pengorbanan..

..Labaikala syarikala kalabaik..

Pengorbanan kita tak setanding Nabi Ismail a.s,

Perjuangan kita tak sehangat perjuangan Rasulullah s.a.w,

Namun teruskanlah, istiqamahlah,

Kerana masih ada nilainya disisi Allah..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

(-jazakallahu khair buat yang kirimkan ucapan ini-)

-aiDiL aDHa KaLi iNi-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam eid saeed..salam aurora..




'hang kat mana nie?'kat umah la..esok kan raya..'raya?raya apa?'esok kan raya haji..hang tak tau ke..'aku tak rasa cam raya pun'..suatu perbualan sehari sebelum raya dengan seorang kawan lama mie..hmm..mie tak dapat nafikan..ketika menatap di pulau pinang, mie sendiri tak merasai kehangatan eid saeed ini..terlalu hambar..cuti sempena hari raya aidil adha ini pun sekadar sehari di negeri tersebut..langsung tak berpeluang nak balik kampung..hanya terasa cuti untuk rehatkan diri..sedangkan 10 zulhijjah membawa erti yang terlalu besar dalam kamus seorang muslim..pengorbanan..perjuangan..keikhlasan..suatu kisah yang perlu diimbau kembali..yang perlu diingati...


Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu.


Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
'Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu'.(surah as-saaffat ayat 102)
Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar'.(surah as-saaffat ayat 102)
Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
'Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)'.(surah as-saaffat ayat 103).


Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah SWT telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.'(surah as-saaffat ayat 104-111).


Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Get this widget Track details eSnips Social DNA

HAIKAL-ERTI PENGORBANAN

Apa erti jihad tanpa pengorbanan

Apa erti kata-kata tanpa dikotakan

Nabi Ibrahim lambang kejujuran

Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan

Apa erti cinta tanpa pengorbanan

Nabi Ismail contoh tauladan

Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah

Beribadah mengingati sejarah

Berlutut di Baitul Kaabah

Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat

Yang kaya atau melarat

di hadapan Yang Maha Perkasa

Tiada Rasa Ingat Akan Allah Tanpa Ujian,

Tiada Rasa Kehambaan Tanpa Kepasrahan,

Tiada Rasa Pergantungan Tanpa Kepayahan,

Sesungguhnya Allah Memberi Kemudahan Dalam Kepahitan.