Salam perjuangan..salam eid saeed..salam aurora..
'hang kat mana nie?'kat umah la..esok kan raya..'raya?raya apa?'esok kan raya haji..hang tak tau ke..'aku tak rasa cam raya pun'..suatu perbualan sehari sebelum raya dengan seorang kawan lama mie..hmm..mie tak dapat nafikan..ketika menatap di pulau pinang, mie sendiri tak merasai kehangatan eid saeed ini..terlalu hambar..cuti sempena hari raya aidil adha ini pun sekadar sehari di negeri tersebut..langsung tak berpeluang nak balik kampung..hanya terasa cuti untuk rehatkan diri..sedangkan 10 zulhijjah membawa erti yang terlalu besar dalam kamus seorang muslim..pengorbanan..perjuangan..keikhlasan..suatu kisah yang perlu diimbau kembali..yang perlu diingati...
Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu.
Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
'Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu'.(surah as-saaffat ayat 102)
Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar'.(surah as-saaffat ayat 102)
Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
'Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)'.(surah as-saaffat ayat 103).
Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah SWT telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:
'Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.'(surah as-saaffat ayat 104-111).
Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.
|

Tiada Rasa Ingat Akan Allah Tanpa Ujian,
Tiada Rasa Kehambaan Tanpa Kepasrahan,
Tiada Rasa Pergantungan Tanpa Kepayahan,
Sesungguhnya Allah Memberi Kemudahan Dalam Kepahitan.
No comments:
Post a Comment