Tuesday, December 1, 2009

-KiSaH eiD aDHa-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam percutian..salam perjuangan!

Adeh~..whatz happen to my blog??..ooh my dear..

Meneliti kembali post-post akhir-akhir nie..sedey-sedey je semua..apa dah berlaku??
Mana si aurora yang ceria itu??

Here i come!^_^
Penantian yang mie sendiri nantikan..norma kehidupan..kehidupan yang beraneka pengalaman..suka..duka..perit..manis..rempah ratus untuk suatu masakan yang sedap..nyam~nyam~^_^

Maaf buat kalian(ada lagi ke yang membaca blog nie nih?,takpelah,kalau takde pun kiter perasan sorang-sorang,hehe)..Salam Aidiladha pun tak terucap..ish..ish..ish..tapi ketahuilah..insyaAllah, doa buat kalian sentiasa tersemat..

Walaupun aidil adha dah berlalu..tapi hari-hari kita terus kan berputar..malah mungkin meninggalkan kita..waduh..kemana agaknya hari-hari mie telah pergi?..makanya jadikan setiap masa..setiap detik kita itu penuh dengan manfaatnya..ehem..ehem..tertukar loghat plak..nie kes banyak tengok citer indonesia tym cuti la nie..hehe~

Salah ke tengok tv?tengok drama-drama?hohoho~yang itu kita bicara kemudian ya!..jadikan setiap detik kita itu ada manfaatnya walaupun tengok tv!

Kisah Aidiladha

Seperti kebiasaannya..tapi tahun nie lain sket!and itz make me happy^_^..apa yang lain tue?jeng!jeng!jeng!..tiap kali menjelangnya Eid Adha..setiap kali itu kita diingatkan akan kisah-kisah pengorbanan tidak kira para rasul, sahabat mahupun para mukmin dan mukminah terutamanya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s..tapi sejauh mana ianya dicerna sebaiknya?tepuk dada, gentarkan hati, tanyalah iman!

Tahun nie..Hari Raya Korban paling besar mie rasa..cam biasa dari dulu sampai besar cam sekarang nie, setiap kali ayoh korban lembu, i will follow my dad..masih segar dalam ingatan ketika mana suatu ketika dahulu(pergh,cam tua betul dah ak nie), pernah sekali tue, lembu tue dah elok-elok dibaringkan dan dah nak disembelih, sekali dia bangun balik and try lari, tambah mencemaskan dia lari ke arah mie!makkkkkk!dalam hati kata,'lembu nie nak ngorat aku ke??'haha..sempat lagi perasan tuh!;p

So..kali nie lembu kejar pulak ke yang happy sangat tue?haha~..bukanlah..tapi kali nie, yang turun padang not juz mie, faiz, ayoh and omi..but whole famili!^_^..erk..not including kok n her husband..coz dorang tak balik tahun nie..hmm..kenapa happy?pelik tul..

Kerana hati ini gusar..jika dalam post yang lepas-lepas..mie ada luahkan tentang kegusaran dimana para anak muda ditapak-tapak korban?terutama my brothers la..alhamdulillah^_^..

nielah tiga jejaka dalam keluarga plus satu(dari kiri,man,acik,abe ha(sepupu) and faiz)

Alhamdulillah..tahun nie yang korban bukan setakat omi and ayoh..tapi angoh and man turut sama berkorban..omi kata,'nak ajar budak-budak nie cara korban, besar belaka doh, kena belajar-belajar lah'..hehe..hope dorang dapat greatz experience^_^!

'kenapa perlu takut..
mencuba perkara yang baik dan menempuh kegagalan?
sedangkan disitulah kita beroleh mutiara berkilau,
yakni pengalaman yang tidak ternilai harganya'

Wednesday, November 4, 2009

-SeSuKaR iMPiaN-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..

Ranjau kehidupan..tersimpan seribu satu yang tersirat..tersemat rahsia..tak dapat diduga..tak dapat dijangka..

Tiada siapa yang tidak mahukan kejayaan..tiada siapa yang memohon kegagalan..walau siapa pun..walau dimana pun..yang baik inginkan kejayaan dalam kebaikannya..yang jahat..tidak putus mengharapkan rancangan kejahatannya berjaya..pokoknya..kejayaan suatu impian yang sangat diidam-idamkan..

'Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.'
(al-Baqarah ayat 195)

Jatuh!..aduh!..dua orang yang jatuh..dua-dua sakit..tapi rasanya berbeza..ada yang menjerit-jerit kesakitan..ada yang mengeram kesakitan..ada yang sekadar menahan..ada yang tersenyum..bukan bererti yang tersenyum itu kuat..tetapi kerana dia sudah kuat..sakit merasa kejatuhan bukan suatu yang menyakitkan baginya..berbeza yang menjerit-jerit kerana belum merasai kesakitan sebegitu..

Tahniah!..yeah!..dua orang memegang segulung ijazah..dua-dua berjaya..tapi rasanya berbeza..ada yang melompat-lompat kegirangan..ada yang bersorak-sorak..ada yang tersengih-sengih..ada yang bersahaja..bukan bererti yang bersahaja itu kecewa..tetapi kerana dia sudah biasa dengan kejayaan bukan suatu yang membanggakan baginya..berbeza dengan yang melompat-lompat kerana belum merasai kejayaan sebegitu..

Itulah kita..destinasi yang ingin dituju sama..tapi jalannya berbeza..andai jalannya sama sekali pun..halangannya tetap berbeza..kita punya kekuatan tersendiri..kita ada kelebihan masing-masing..kelemahan masing-masing..samada nilai kejayaan..mahupun nilai kegagalan..tetap berbeza..kita mungkin sama..tapi kita tak serupa..kerana itulah kita yang diciptakan..telah ditakdir perjalanan ini..

Mengapa perlu untuk kita menilai..kerana kadang-kala kita terasa tidak wajar bagi kita..tenanglah hati..ingatkan diri..kita punya identiti sendiri..jadilah seorang yang memahami..jadilah seorang yang menyapu kesakitan orang lain dengan senyuman..jadilah seorang yang bergembira kerana gembiranya mereka..yang menyokong..bukan yang mempersoalkan..yang membimbing..bukan yang merimaskan..kerana mereka sangat memerlukan..untuk difahami..bukan untuk ditangisi..

'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.'
(az-Zumar ayat 39)


Bersyukurlah..waspadalah..andai kejayaan itu yang kita perolehi..bersyukurlah..hati-hatilah..andai kegagalan yang kita kecapi..kerana kedua-duanya adalah ujian..ujian yang dipenuhi rahsia..ujian yang punya hikmah yang tersirat..

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
(al-Baqarah ayat 216)

Peringatan buat diriku..yang dambakan kekuatan berpanjangan dariNya..yang mahukan sokongan dari mereka..


'aku hanya mengimpikan pengakhiran yang terbaik buatku,
walau jalan itu sukar,
walau keputusan itu berat,
walau highway sentiasa lurus,
walau langit sentiasa cerah,
walau apapun keadaan senang atau sukar yang dilalui,
aku hanya inginkan yang terbaik buat diriku,
dan hanya Dia yang Maha Mengetahui'
-mimie.mizah@aurora-

Sunday, November 1, 2009

-uJiaN LaGi!-



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmtullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan!

Demi waktu Dhuha.
Dan demi malam apabila telah sunyi.
Tuhanmu tdk meninggalkan engkau & tdk pula membencimu.
Dan sungguh, yg kemudian i2 lebih baik bagimu drpd yg permulaan.
Dan sungguh,kelak Tuhanmu akan memberikan kurniaNya kepadamu,sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yg bingung,lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yg kekurangan,lalu Dia memberikan kecukupan.
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang2nya.
Dan terhadap oarng yg meminta2, janganlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.
(Ad-Dhuha:1-11)

Pertama dan selama-lamanya, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, sejahtera ke atas keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat yang telah pergi dan yang masih tinggal.

Buat senior-senior, sahabat-sahabat dan junior-junior yang bakal dan akan menghadapi ujian, semoga Allah melapangkan dan menerangkan hati serta memudahkan urusan..dan semoga pertolongan Allah itu sentiasa bersama kalian..

Ujian itu bukan sekadar exam, malah lebih dari itu..dan seharusnya setiap dari kita, sedang, bakal dan akan menghadapi ujian..ujian yang mungkin akan datang dari sudut yang berbeza, dengan cara yang berbeza dan memberi kesan yang berbeza..ujian yang bukan sahaja datang sesuai dengan kemampuan, malah mampu membuahkan satu kekuatan yang akan menjadi bekalan buat masa hadapan..sebab itu, bila ujian datang melebihi kemampuan yang dirasakan ada pada diri, maka itu persediaan dariNya untuk masa hadapan..

Hidup akan semakin sukar bagi yang benar-benar belajar tentang kehidupan..jangan pernah cuba untuk gagal, tapi bila gagal itu datang, jangan takut untuk menghadapinya..yang terbaik itu, tidak semestinya yang paling cemerlang..

Kita akan mendapat manfaat dari sebuah kejayaan, dan insyaAllah, kita akan belajar sesuatu dari sebuah kegagalan..semoga dalam apa jua bentuk ujian itu datang..kejayaan mahupun kegagalan..Dia sentiasa sudi memberi petunjuk dan pertolongan..dan memimpin hati-hati ini dalam iman..sentiasalah mensyukuri nikmat dan redha dengan takdirNya..

Barakallahufikum,

Fi amanillah...

"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka jawablah Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

(Al-Baqarah:186)

-ihsan:kak ina

Thursday, October 29, 2009

-iSK-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..

Sejarah..pergh..kalau dulu time sekolah-sekolah..subjek sejarah biasanya bukan dalam target la..hehe..alhamdulillah..dapat score jugak..seb baik..hehe..tapi..bila baca sirah ataupun sejarah Islam..subhanaAllah..konfem!termotivasi!^_^..insyaAllah..

Sirah banyak mengisahkan kita tentang jatuh, bangun, suka, duka perjuangan-perjuangan demi menegakkan syiar Islam..dan seharusnya kita belajar dari sirah jika inginkan yang terbaik buat agama tercinta kita^_^..insyaAllah..jadi~ Rakan Masjid USMKK membawakan anda

PROGRAM INI SEJARAH KITA (ISK)

Tempat:: Dewan Kuliah 6, USMKK
Tarikh:: 30-31 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu)
Bayaran:: RM10 sahaja(Ahli Rakan Masjid=RM 8)
Tentatif program::
on 30 oktober 2009 (Jumaat)
8.30 pagi :: Pendaftaran Peserta
9.00 - 12.30 :: Ini Sejarah Kita 1
2.30 - 4.30 :: Ini Sejarah Kita 2
on 31 oktober 2009 (Sabtu)
8.30-1.00ptg :: Ini Peranan Kita

1- Apa itu Ini Sejarah Kita(ISK)?

· ISK adalah program yang dianjurkan untuk menaikkan semangat umat Islam supaya berusaha mencapai kejayaan dengan mengambil iktibar dari sirah zaman kegemilangan Islam dahulu.

2- Apa yang akan disampaikan dalam ISK?

· Secara ringkasnya program ini berkisar tentang keadaan umat semasa kedatangan Islam, zaman Khulafa’ Arrasyidin diikuti zaman khalifah islam di saat kegemilangan dan kejatuhan. Program ini turut menyentuh faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Islam dan peranan kita sebagai umat islam kini.

3- Bagaimana cara penyampaian program?

· Berbentuk seminar dengan pendekatan yang berbeza berdasarkan modul ISK. Untuk pengetahuan semua, program ISK turut diadakan di universiti lain dan juga di luar negara.

4- Tarikh akhir pendaftaran??

· 29 Oktober 2009(Khamis).Pembayaran boleh dibuat pada hari program. Namun sekiranya terdapat sebarang masalah, anda masih boleh mendaftar pada hari program.


Untuk pendaftaran sila hubungi:
Syafiqah Mohd Satali-M2 013-9886712
Suhaimi Arsad-M2 017-4584309
Nurul 'Aini Abdullah(Own)-D4 013-3531413
Nafsiyah Mahasyim-D3 017-9670653
Ain Shafiyah-M3 014-5021192


Wallahu'alam

"Sejarah Pencetus Inspirasi"

p/s: jangan lepaskan peluang ini^_^

Tuesday, October 27, 2009

-LoVe iS CiNTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam peperiksaan..salam aurora..

Alhamdulillah..ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buatMu ya Allah..kerana masih punya kesempatan buatku dan sahabat-sahabat untuk merasai nikmat iman dan islam..Engkau kurniakan kehidupan yang direncana sebaiknya bagi kami..

Setelah sekian lama..enggak ada sebarang pengisian dari blog ini..terasa selama itu diri ini terumbang-ambing..terikut-ikut arus yang menghanyutkan diri..hati..hati..hati menuntut haknya!

Sepanjang waktu itu..bukanlah tiada pengisian rohani..bukanlah tiada kesedaran diri..bukanlah tiada majlis ilmu dihadiri..tetapi..tidak terlepas..ada sesuatu yang menghalang hati..hati..hati..seketul darah kecil yang mengawal suatu jasad yang berganda darinya..suatu ketika ku telah membuat keputusan..mengembalikan keyakinan kepadaMu..bisikan-bisikan indah terus membuai diri..tewas!

Majlis Ilmu!..ya..dekatkanlah dirimu dengan majlis-majlis ilmu..kerana itu adalah taman-taman syurga..sangat ku rindui detik semalam..walaupun nota-nota penuh di tangan..namun fikiran tidak terlepas memikirkan..mencerna setiap satu yang disampaikan..

Cinta..suatu persoalan..suatu kisah yang seringkali cuba ku tempis untuk dikongsi..ingin menyayangi..ingin disayangi..suatu fitrah manusia..suatu fitrah yang indah hingga mungkarnya terus berseri walau sudah lama tidak digilap..yup!..ia menyesap bagai angin menyapa kulit..tidak dirasa kehadirannya..namun dirasai kenyamannnya..

Manusia..seorang insan yang sering leka..sekali kita melafazkan cinta padaNya..berkali-kali kita membalas derhaka..sekali kita mengungkapkan rindu padaNya..berkali-kali kita memandang dunia..

Ingatlah wahai diri..si dia telah tercatat buatmu..jangan kau risau akan jodohmu..andai tidak kau ketemu di dunia..mohonlah agar ia menanti mu di syurga..peliharalah dirimu sebaiknya..kerana dia juga sedang mempersiapkan dirinya..pintu taubat sentiasa terbuka buatmu andai diri terpesong arah..selagi mana mata terbuka..selagi mana nafas bernyawa..selagi itu..dikau belum terlambat untuk memohon..mohonlah keampunan..pintalah yang terbaik buat dirimu..doalah..rintihlah padaNya..

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu

Friday, October 16, 2009

Pergilah Derita Hadirlah Cahaya

'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya'

17 Oktober 2009

Surau Murni, USMKK

Lepas Isya', 8.00pm-11.30pm

Yuran Penyertaan: RM 1

Bahan, Makanan, Sijil, Merit kan diberikan

Berpeluang menjadi ahli KPN dan menyertai program-program KPN

Sesi 1-Slot Ceramah 'Kewajiban Berdakwah' by Bro Naim

Sesi 2- Soal n Jawab

Sesi 3- Slot Motivasi(aplikasi ESQ) 'Pergilah Derita Hadirlah Cahaya by Bro Fatih

Sesi 4- Makan-makan


"dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." ( ali-Imran: 104)

Islam Agama Mudah dan Fitrah

Sunday, October 11, 2009

-DaMai-

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari

Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati

Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi

Friday, September 11, 2009

-MeSRa aiDiLFiTRi MaHaSiSWa KeLaNTaN-


MESRA AIDILFIRI MAHASISWA KELANTAN 2009

Semua mahasiswa/i, siswa/i..anak-anak Kelantan..mahupun yang berada di Kelantan dan tidak pulang ke kampung halaman masing-masing dijemput hadir ke majlis ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri^_^

MESRA AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2009

Bersama YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan

Anjuran : Markaz Siswazah Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan

Tarikh: 22 September 2009/ 3 Syawal 1430 H (selasa)

Tempat : Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan

Masa : 8.00 pagi – 12.45 tengahari

Tentatif :

0800 : Pendaftaran peserta

0830: Sarapan Pagi

0900: Ucapan aluan Presiden MSK

0930: Wacana Siswa “Mahasiswa Memacu Perubahan”

1115: Ucapan YB Abdul Fattah Mahmood

1140: Perutusan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan

1225: Fotografi Program

1245: Jamuan Makan dan Bersurai

*pengangkutan disediakan dari jam 7.30pagi – 9.oo pagi di TM Point(berdekatan Stesen bas Kota Baru.

*maklumat lanjut, sila hubungi:

Farah: 019-4611957 Hayyi: 019-9777438 Wan: 013-3709466


Tuesday, September 8, 2009

-MeRiNDui SeBuaH PeRTeMuaN-

Pasti..dan pasti..diri ini..kehilangan sesuatu..kehilangan yang berpunca dari diri sendiri..tiada siapa yang bersalah..tiada siapa yang patut dipersalah..kecuali diri sendiri..hubungan ku denganNya..hubunganku dengan sekalian manusia..

Ku merindui..merindui perasaan itu..

Ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan..ada kalanya langkahku tersasar..tersungkur di lembah kegelapan..

Bagaikan terdengar bisikan rindu..mengalun kalimah menyapa keinsafan..kehadiranmu menyentuh kalbu..menyalakan obor pengharapan..

Tika ku kealpaan..kau bisikkan bicara keinsafan..kau beri kekuatan tika ku diuji dugaan..saat ku kehilangan keyakinan..kau nyalakan harapan..saat ku meragukan keampunan Tuhan..kau katakan rahmatNya mengatasi segala..

Menitis air mataku keharuan..kepada sebuah pertemuan..kehadiranmu mendamaikan..hati yang dahulu keresahan..

Cinta yang semakin kesamaran..kau gilap cahaya kebahagiaan..tulus keikhlasan menjadi ikatan..dengan restu, kasih Mu oh Tuhan..

Dimanakah?..rasa itu akan pulangkah..ku mengimpikannya kembali..masih mampukah roda berputar melawan arus masa..dek kerana kesalahan diri..tersepit..terasa lemas..sesak..siapakah memahami?

Dan waktu perasaan ini menyelubungi diri..sahabat-sahabat datang menyapa..sebuah pertemuan yang dirindui..kini terjawab..ingin ku keseorangan..bersama hembusan bayu..meninggalkannya di hempas ombak..meresap bersama biruan laut memukau..menyapa nafas angin berlalu..kembali dengan putihnya butiran pasir..pulang dengan hijaunya pemikiran..
-aurora hijau-
-09/09/09-
-12.00am-
-USMKK-

Monday, September 7, 2009

-HaRaPaN RaMaDHaN-

Ramadhan..terus melangkah sehari ke sehari..meninggalkan insan-insan yang leka..dihambat hamba-hamba yang hina..mengharap keredhaan dariNya..

Dalam meniti suatu arus yang sukar untuk ditafsirkan..diri ini..tersangkut..di mana?..kenapa?..bagaimana?..tak dapat nak dirungkai mahupun diungkapkan..

Namun..diri ini terasa begitu tersempit..tersekat..seolah-olah..seluruh dunia mencemuhnya..setiap pelusuk..seluruh ceruk menikam..membunuh-bunuh perasaan..

Tiada apa yang diharapkan..tiada lagi impian yang ingin dicapai..bagai diratap..bagai dirampas..diri ini..terasa kehilangan..kehilangan sesuatu yang amat berharga..

Apakah ia?..di manakah ia?..kemanakah ia?..tiada siapa yang mampu menjawab..hanya diri ini punya jawapan..jawapan yang sendiri tidak pasti..tidak mengetahui..

Kekuatan..mula dirantap satu persatu..sampai bilakah mampu bertahan?..mampukah lagi mengukir sebuah senyuman..senyuman yang tetap terlakar walau diri luka dan duka..senyuman palsu yang kian lesu..

Semangat..benarkah kesan dari kesedaran?..kenapa ia semakin luntur..makin lemah..motivasi terbang melayang tak tertangkap..mula hambar..mula goyah..

Adakah hidup ini umpama langit?yang luas terbentang tinggi mengjulang..namun..langit tak selalunya cerah..

Adakah hidup ini umpama awan..berkepul-berkepul diulik hembusan bayu yang damai..namun..awan tak selalunya putih..

Bintang..menyinari kegelapan malam..memberi harapan dicelah ketandusan..adakah hidup itu umpama bintang?..namun..bintang tidak selalunya berkelip..

Pelangi yang indah kan tetap jua hilang..benarkah?..adakah itu yang bakal ku tempuhi..seperti rama-rama yang akhirnya menjadi perhiasan..ibarat bunga yang kan layu gugur ke bumi..

Ku mencari-cari dimana Dia..perasaan rindu menggamit kalbu..kian mengejar..kian sukar digapai..makin mencuba..makin payah dicapai..belaianNya..kemanisan..keindahan..suram..pudar..

Ingin terus berlari-lari..walau penat..berpeluh-peluh meredah arus..terus mara!..minda terus berbicara..akal terus berkata-kata..nafsu terus menggoda..hati terus berbisik..iman terus berjihad..dan aku sudah pening!berpusing-pusing..berputar-putar..badan menuntut haknya..

Mampukah..untuk menjadi matahari..membakar diri walau panas menggelegak..untuk menjadi bulan purnama..menerangi malam gelap gelita walau diri lompong penuh lekuk dan lubang..mampukah aku untuk terus berdiri?

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksudnya di jiwa..agar mudah ku mengerti..segala yang terjadi..sudah suratan Illahi..yang diselubungi hikmahNya..

Ku biarkan pena menulis..meluahkan hasrat di hati..moga terubat segala keresahan di jiwa..menjadi penawar kesakitan memaksa..

Ya Rabbi..ku memohon..teguhkanlah aku dalam agamaMu..tunjukilah aku jalan menempuhi dugaanMu..kekangan yang terus mengekang..biarlah terungkai segala simpulan itu..kuatkan aku untuk menyimpulnya kemas..tersemat indah..

Wahai sahabat..maafkanlah diri ku..andai diri melukai kalian..pisau yang menikam diri..turut terhunus pada kalian..kerna tak terdaya ku menahan..menyekat supaya ianya hanya hinggap di diri ini..moga ikatan ukhwah yang terbina kekal selama-lamanya..

Moga diri ini diampuni Nya..dan dimaafi sahabat-sahabat..
-aurora hijau-
-7 September 2009-
-Nuzul Quran 1430 H-
-11.00pm-
-USMKK-

Friday, August 28, 2009

-MeSSaGe RaMaDHaN-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam Ramadhan..salam perjuangan..

Sehat semua?^_^..alhamdulillah..hari dah hari keberapa dah puasa?semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik..

Saja je post kali nie..memandangkan inbox message dah penuh dengan message Ramadhan..terpaksa la delete..tapi sayang r nak delete..jadi..post kat sini jelah ek^_^..hehe..sesiapa nak copy buleh je..guna untuk Ramadhan akan datang..jika berkesempatan la..jadi..Ramadhan kali nie..janganlah lepaskan ia berlalu begitu saja..

Kak Liana: Kemaafan dipinta untuk sesama manusia yang tiada kata bilamana mata berbicara. Walaupun jauh berada, direntasi muara. Hubungan sesama kita kekal selamanya. Bisikan syaitan penuh gelora bilamana hati penuh noda. Tiada apa yang mampu dipinta, keampunan manusia didunia, keampunan Allah selama-lamanya..

Teah: ISNIN cari SELASA, nak tanya, nampak tak RABU, agar ingatkan KHAMIS bagitau JUMAAT supaya tak lupa SABTU dah puasa! Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..(teah,mana ahad?)

Hisyam: Kian berlabuh tirai Syaban, lambaian Ramadhan kian dinanti, luhur hati ikhlas amalan, semoga segala ibadah Allah berkati..mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita? sama-samalah perbanyakkan ibadah kepadaNya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya..Ramadhan Kareem..

Maisarah: Iman ibarat air laut, adakalanya ia pasang dan adakalanya ia surut..oleh itu, marilah kita perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan al-mubarak yang penuh barakah ini..Selamat menjalani ibadah puasa..

Anis: Hujung dahan si limau bali, ditengah-tengah setandan kelapa, bulan Ramadhan telah kembali, puasa, zakat dan solat terawih jangan dilupa..Salam Ramadhan 1430H..Semoga Ramadhan kali ini dapat kita hadapi dengan penuh keinsafan dan ketakwaan..Ameen..

Kak Mah: Wahai tetamu Ramadhan..untukmu rahmat dan maghfirah..airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawikh dan bantal tahajud! Moga mewarisi jannah..Selamat Berpuasa..

Aimi: Pesan Imam Ghazali : Yang dekat itu MATI, jauh itu MASA, besar itu NAFSU, berat itu AMANAH, dan ringan itu SOLAT..Moga segala amalan yang aik diperolehi di bulan Ramadhan ini>Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak<..

Herfiana: Senyumlah pada segala cubaan, kerana ketenangan meraih kebijaksanaan dan mencetus kematangan, terimalah seribu kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Salam bulan Ramadhan dan bulan ibadah..Semoga membawa 1001 rahmat dan keinsafan pada kita semua..

Amin: Semoga madrasah ramdhaniah sebagai quantum quwwah ruhiyyah buat pada duat. Selamat menjalani ibadah puasa..

Atiqah: Jadikan Ramadhan sebagai UNIVERSITI yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH, tutorial-tutorial IMAN, asignment-assignment TAQWA dan amali-amali AGAMA..harap kita peroleh ijazah KEREDHAANNYA..

Kak Yuni: Jangan lupa perbaharui lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar pencemaran mata dan telinga, peliharalah enjin perut, teras minda dan cukai kesabaran..Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadr 1430H..ayuh,perbanyakkan ibadah amal jariah pada Ramadhan ini, tuah anda siapa yang tahu..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Hasidah: Bulan puasa ni kalau nak buat jahat, tanya iman. Iman pasti kata jangan buat..Tapiii..jangan tanya Aiman..nati Aiman kata,'Aiman tak kesah'..Selamat Menyambut Ramadhan..

013*****(xtau no sape,huhu): Bermula 1 Ramadhan, janji Allah penuh kerahmatan, seksa kejahatan keperitan pembalasan, dicucuri ketenangan keselesaan kehidupan, bulan mulia hampir menjelma, jelmanya ia penuh 1 purnama, hargailah ia penuh berguna, moga amal dan ibadahmu terus sempurna..Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..

dan banyak lagi!!..dah tak larat nak tulis dah..dan ada yang dah di delete..huhu..apapun..actuali..mesej-mesej inilah adalah tazkirah buat semua dan mie khasnya..suatu peringatan kepada kita..kedatangan Ramadhan harus disambut dengan keceriaan^_^

NUR RAMADAN- Demascus

Edry(rap):

Rindukan rahmat tuhan

Harap belas kasihan

Terungkap kata

Hati bersuara

Rintih luahan insan

Semalam berlalu pergi

Terlalu sepi

Tak dapat dinafi

Hati terus mencari

Damai yang pernah..

Singgah pelengkap tahun

melekap jauh...

Jauh ke sudut kalbu

Tersusun harapan

Menanti ramadhan

Mengharap butir ampun

Miff:

Terasa begitu cepat detik waktu berlari

dan musim pun berganti

Tak sempat kumerenungi dalam wadah maknawi

Nur Ramadan yang pergi

Amal:

Aku mengunyah butir debu-debu

Yang garing di kebun tamarMu

Iki:

Terlalu mudah aku melepaskan Ramadan berlalu ho...o...

Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu

Miff:

Terasa begitu cepat detik waktu berlari

dan musim pun berganti

Tak sempat kumerenungi dalam wadah maknawi

Nur Ramadan yang pergi

Amal:

Aku mengunyah butir debu-debu

Yang garing di kebun tamarMu

Iki:

Terlalu mudah aku melepaskan Ramadan berlalu ho...o...

Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu

Fa:

Musafir yang damba Ramadan

Menanti dengan getar rindu tertahan

Menyambutnya penuh kesyukuran

Menatang rahmat iman di lembar al Quran

Miff:

Terlalu mudah aku melepaskan Ramadan berlalu ho...o...

Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu

Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas....... di kalbu

Edry(rap):

Pernah kutinggalkan kau

Tanpa beralas syukur

Lalu lebur peluang terkubur

Rindu kemudian subur

Pernah ku abai nikmat

Damai yang hadir hinggap

Kini kusingkap tirai dan tingkap

Perbetul tiap silap

kan kupastikan ramadhan

Berlalu dengan makna

Tarbiyah taqwa tersisip

ke tiap inci nyawa

Ku bimbang tiada esok

Untuk ku sambut lagi

Bulan tercinta pendamai jiwa

Limpah rahmat Ilahi

Tuesday, August 25, 2009

-aKu RiNDu PaDaMu!-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam ramadhan..salam kemaafan..salam perjuangan!

Waaaaaa~T_T..lama betul tak masuk blog nie..agaknya korang lebih kerap masuk compare to pemilik blog kehijauanaurora sendiri..mie la tue..huhu..sedih actuali..sebab tak dapat nak update..tapi..apakan daya ku..huhu

Lepas Program Segalanya Tentang Wanita..dalam post yang sebelum nie..ada mie postkan satu entry baru..tapi bukan di sini..tapi di Sinaran Perubatan 0812..hehe..promote blog jap..blog nie ntah apa-apa yang dorang tulis..hehe..blog bebudak Medical Radiation batch kami..lepas tue..dah tak dibahagikan masa yang ada untuk menulis sebarang entry di mana-mana blog..huhu..takpelah,kira cuti r tue^_^..

Banyak je aktiviti2 dan program2 yang berlangsung sepanjang tempoh ini..macam-macam peristiwa..duka..suka..gembira..sedih..nama pun kehidupan..dan baru-baru nie..alhamdulillah, berpeluang ke USM Induk di Penang..banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat..best~

Dapat jumpa kawan-kawan lama jugak and sahabat-sahabat seperjuangan..'pergh!teah!bakpe koho gelak nie,maing gape?''org masuk Palapes la,ngade nguh ye nie'..thanz teah 'belanja' orang(kena paksa ke mie sebenarnya,hehe) ..'dakpe r,kekg ye maghi Klatang,orang blanje ye pulok'^_^..lain kali belanja mahal-mahal sket tau!..dan sebenarnya memang tak sabar nak p Penang..

Perasaan yang teramat rindu membelenggu diri..masa perjalanan pergi ke Penang pun, tak dapat tidur dengan selesa(yelah,atas bas,mana nak selesa,huhu)..malam tue..terasa tersangat ingin berada bersama seseorang..tersangat rindu dengan insan itu..dah lama tak bertemu..dah lama tak dapat kami melepaskan kerinduan masing-masing..pandang ku melihat bintang-bintang di langit..satu persatu kenangan dengannya menerjah fikiran..wajahnya bermain-main di mata..teramat rindu..dan mie tekad!

Walau macamana..walau dengan apa..walau keseorangan..walau apa pun!mie ingin bertemu dengannya..ingin sekali!..bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama je ketika itu..membuatkan mie tekad-setekadnya..hanya padaMu ya Allah aku memohon..hanya padaMu aku bergantung..dan suatu hari tue..dengan penuh harapan dan satu tujuan..mie memulakan langkah..

Satu hari..dengan memonteng shif Convex..mie teruskan perjalanan..terima kasih buat shafa yang menghantar mie ke Terminal Feri..itz okey walaupun sahabat sekalian tak dapat nak menemani..itz okey..coz dalam fikiran pada waktu itu..hanya satu nama..hanya dia..pergantungan padaNya..first time naik feri sorang-sorang!huhu..wat-wat je slumber cam dah biasa..padahal ikut je arus orang..i must go!

'Eh,dah renovate dah stesen bas nie'..baru je duk mengumpat pasal stesten bas Pulau Pinang..yelah,dua tahun yang lepas..ish..lawa stesten bas kat Klate lagi!..tup-tup..terkejut jugak la tengok..ingat feri salah tempat mendarat..then, i took a bus terus ke Bukit Tengah..huhu..lama tak naik bas..mujur la dulu-dulu,ayah ajar naik bas masa form 5..sebab ayah selalu outstation tak dapat p hantar tuisyen..jadi,alhamdulillah,mudah urusan..alhamdulillah..

Kecut perut jugak..mana taknya..banyak dah berubah Bukit Mertajam sekarang..pergh,makin membangun..nasib baik kenal lagi tempat membesar menjadi manusia..dan kaki terus melangkah menuju ke satu destinasi..dah kul 6.00pm lebih tau!..asar belum solat lagi!..huhu..mula-mula cadang nak pergi-balik je..bila dah dalam keadaan camnie..tak tahu pun nak stay kat mana malam tue!ya Allah..serius!hampir nak bermalam dalam masjid je malam tue!..sahabat-sahabat Convex hantar message tanya camna keadaan..terima kasih atas keprihatinan..huhu..'nti tidur kat mana malam nie?''insyaAllah,tidur umah kawan'..dan pada waktu dan ketika itu,sebenarnya masih tak tahu nak menginap kat mana!redah je!huhu..

Bukan takda kawan..tapi ada yang tak cuti..ada yang balik kampung dan sebagainya..takpelah..lepas nie r fikir camna..yang penting sekarang jumpa dia dulu..usai solat..langkah ku terus maju pada tempat tinggal si dia..cantik!cantik sungguh umahnya sekarang!..moga kamu aman dan dirahmatiNya adikku yang sangat dirindui..

Walaupun rumahnya hanya dihiasi dengan dua biji batu sungai,tumbuh dua batang pokok yang memekar di bahagian kepala dan kaki..tiada sebarang penanda menanda inilah kediaman mu..namun,masih ku mengenali tempat tinggal mu inie..cantik!seperti masih baru..dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang kecil tumbuh di atas pusara mu..mengirang kan hati ku..al-fatihah~

Cuaca petang tue sangat redup..macam nak hujan..tapi tak..sangat nyaman dan selesa..kenapa begitu tekad kak imie nak jumpa mu?sebab kak imie ego sebelum nie..selepas pemergian mu..kak imie tak sanggup nak menziarahi pusara mu..yup,omi banyak kali ajak kak imie g,bila balik cuti masa matrik pun,omi sampai kata kak imie tak sayang kat Siti sebab tak g ziarah Siti..kak imie tak kesah..sebab kak imie tahu Siti tahu..kak imie tak sanggup..tak sanggup untuk melihat pusara mu yang telah meninggalkan kami semua..

Melihatkan kehijauan pusara mu..menyejukkan hati ini..setenang-tenangnya..terima kasih..maafkan kak imie..kerana ini baru pertama kali kak imie menziarahi mu setelah menghantar mu ke perkuburan 4 tahun dahulu..dah 4 tahun berlalu..namun kehadiran mu seolah-olah baru semalam..segala kenangan kan tersemat di kalbu..ingin sekali ku menemui mu di syurga Nya yang indah..pasti diri mu dah disana..insyaAllah..ingin sekali kak imie menuruti..tapi..layakkah kak imie?

Dengan kunjungan Ramadhan kali ini..sekali lagi mengingatkan saat pemergian mu..semoga Siti berbahagia di sana..ameen..

Memandangkan dah gelap..tetiba fikir..g umah Sidah lah..hari ini mensyukuri nikmat kaki!..jauh sungguh perjalanan..gelap-gelap jalan sorang-sorang nie,baru teringat kat sahabat-sahabat..kalu dorang ada sekali kan best..huhu..tadi tak kesah..sekarang baru merasai!..dan alhamdulillah disambut baik oleh Sidah and famili..selalu jugak singgah and menumpang kat umah Sidah nie dulu-dulu..balik sekolah je,kalu penat berjalan,singgah umah Sidah dulu..ada ais,hehe^_^..dan esoknya Aimi hantar ke terminal feri..perjalanan diteruskan..terima kasih banyak-banyak pada Sidah and famili,Aimi dan sahabat-sahabat sekalian..

Al-Fatihah buat semua insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah..semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah..ameen..kelak..kita semua juga kan menyusul..pohon,mohon,doalah padaNya..

Salam Ramadhan..selamat berpuasa..selamat menjalani ibadah puasa..kerana belum tentu kan ketemu dengan Ramadhan akan datang..hargailah setiap masa dan pelajarilah dari setiap pengalaman..all the best!^_^

Wednesday, July 22, 2009

-SeGaLaNYa TeNTaNG WaNiTa-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam perjuangan..





Semua dijemput hadir!Lelaki, Perempuan, Muslim, Nonmuslim, dan anda semua!Jangan lepaskan peluang ini^_^!

Sunday, July 19, 2009

-SeNYuM HiNGGa Ke SeJaDaH-SeLaMaT BeRTaMBaH uSia-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam kelahiran..salam perjuangan..

16 Julai 1989 bersamaan 12 Zulhijjah 1409Hijrah..seorang insan yang suci dari segala dosa, telah ditentukan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan perjalanan hidupnya telah dilahirkan ke dunia, ditakdirkan sebagai hamba dan khalifah oleh Penciptanya, Allah yang Maha Berkuasa..namun, setelah 20 tahun keberadaannya di dunia, kain yang sebelum ini putih telah terconteng dengan pelbagai warna..gelap dan suram..

Meniti perjalanan hidup selama 20 tahun..ya Allah..begitu menggunung dosa-dosaku..peranan sebagai hamba, aku cuai..amanah sebagai khalifah, aku abai..aku yang selama ini mengaku ummat Islam..fahamkah aku apa itu Islam??..apakah sumbangan ku untuk Islam??..bila difikir-fikirkan takda pun..takda!malah..banyak membawa fitnah dan mencemarkan Islam, agama yang mulia..ya Allah..ampunilah diriku..ampunilah sahabat-sahabat ku ya Allah..

16 Julai 2009..00.01 pagi..hari yang tersemat 1001 kesedihan..mengenangkan bahawa umur yang semakin bertambah ini semakin pendek usianya..semakin menghampiri kematian..bekalan-bekalan untuk dibawa, masih ditahap negatif..ya Allah..mengingatkan bahawa semakin matang diri ini, semakin bertambah komitmen, semakin sukar peranan..malah..dengan kesepian ucapan dan doa dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, seolah-olah mengiyakan kesedihan itu..


Kita datang berbekal amanah,
Fitrahnya tanpa sepalit noda,
Usah mengharap kembali menjadi kain putih,
Tapi berusahalah untuk kembali sebagai batik,
Yang dipandang indah,
Yang dipakai selesa,
Biar hilang sahabat kerana perjuangan,
Jangan hilang sahabat seperjuangan,
Moga saat kemenangan Islam,
Kita masih Istiqamah disisiNya..
(sms from Zurina^_^)


Dalam duk sedih-sedih tue(walaupun dalam hati je)..Allah Maha Mengetahui..Allah Maha Pengasih lagi Penyayang^_^..tanpa diduga..ada kejutan dariNya..alhamdulillah..tanpa disangka..lepas kelas Fizik..dapat kek sebutir dari lecturer fizik^_^(mie pernah selitkan cerita Prof dalam post pasal kembara di Pulau Perhentian..cari la sendiri..huhu)..eh..bukannya Prof tue ingat birthday mie bila(ekekeke)..nama pun rasanya dia tak tahu(:p)..tapi sebab pagi tue..my lovely kosmate pakat duk nyanyi lagu 'Hepi Birthday' and tetiba Prof masuk..memandangkan kelas dengan Prof tue(nama dirahsiakan) 4 jam, jadi time break, isteri Prof kata belikanlah hadiah..gitulah criternya camne dapat kek tue(patutnya kena ucap terima kasih kat isteri Prof lol)..


^_^

Tak habis lagi rupanya citer..memandangkan Prof tue seorang yang sporting dan suka menyanyi(??) didedikasikannya sebuah lagu buat ku..nyanyi depan kelas tue..hohoho(malu seyh, taktau nak taruk muka kat mana..tapi cam bese, wat slumber je..huhu)..tajuk Lady..adeh..hehe..kalau sem lepas, bila mie atau kawan-kawan yang lain hantar emel or sms bertanyakan soalan, Prof kan kata,'siapa hantar surat cinta kat saya semalam?'..kali nie mie lak nak kata'Prof, nak ngorat saya ke?'(ekekeke)..amaran-segala salah faham adalah tanggungjawab sendiri..hmm..serba-salah pun ada jugak..yelah, result bukannya ok..tetiba dikasi hadiah..huhu..

Sebelum-sebelum nie..tak pernah-pernah pun mie sambut birthday atau disambut birthday mie..siyes!..entahla..rasa cam tak penting pun..sekali sekala angoh kasi hadiah(tahun lepas seorang sahabat kasi buku^_^)..terima ucapan dan doa-doa pun dah rasa bermakna dah..bese-bese je lah..tapi..alhamdulillah..tak sangka tahun nie dapat dua butir kek^_^..


Kek bermakna dari sahabat-sahabat di USMKK..bermakna tue..kaler ijau^_^

with my twins^_^..tak sabar tunggu azan Maghrib, nak bedah kek tue..

kek yang Prof kasi makan dengan kosmate malam tue..nak potong dalam kelas, ramai lak puasa..nasib baik bukan kek coklat..kalu tak, tak merasa la aku kek tue..



Lady By Kenny Rogers

Walaupun sesetengah orang mengatakan angka usia tidak membawa apa-apa makna..tapi sejujurnya mie merasakan..angka usia itu merupakan..alarm kepada diri setiap manusia..nak je rasa jadi budak-budak lagi(taknak jadi besar, orang dewasa banyak masalah,huhu..)..namun..angka itu takkan berpatah balik..yang paling jauh dengan kita adalah masa yang lepas, dan yang paling dekat adalah matiii..

Buat sahabat mie, Ethika dan Tierah dan lain-lain yang turut berkongsi tarikh yang sama..lagu ini buat kalian..semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, semoga dipermudahkan Allah segala urusan, semoga istiqamah dalam perjuangan, semoga dimurahkan rezeki..insyaAllah..ameen..

SeLaMaT HaRi LaHiR By Saujana
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

uSia aNTaRa MaSa By Saujana

Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika kau ikuti jalanan
Sesat kan penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu