Salam aurora..salam kelahiran..salam perjuangan..
16 Julai 1989 bersamaan 12 Zulhijjah 1409Hijrah..seorang insan yang suci dari segala dosa, telah ditentukan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan perjalanan hidupnya telah dilahirkan ke dunia, ditakdirkan sebagai hamba dan khalifah oleh Penciptanya, Allah yang Maha Berkuasa..namun, setelah 20 tahun keberadaannya di dunia, kain yang sebelum ini putih telah terconteng dengan pelbagai warna..gelap dan suram..
Meniti perjalanan hidup selama 20 tahun..ya Allah..begitu menggunung dosa-dosaku..peranan sebagai hamba, aku cuai..amanah sebagai khalifah, aku abai..aku yang selama ini mengaku ummat Islam..fahamkah aku apa itu Islam??..apakah sumbangan ku untuk Islam??..bila difikir-fikirkan takda pun..takda!malah..banyak membawa fitnah dan mencemarkan Islam, agama yang mulia..ya Allah..ampunilah diriku..ampunilah sahabat-sahabat ku ya Allah..
16 Julai 2009..00.01 pagi..hari yang tersemat 1001 kesedihan..mengenangkan bahawa umur yang semakin bertambah ini semakin pendek usianya..semakin menghampiri kematian..bekalan-bekalan untuk dibawa, masih ditahap negatif..ya Allah..mengingatkan bahawa semakin matang diri ini, semakin bertambah komitmen, semakin sukar peranan..malah..dengan kesepian ucapan dan doa dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, seolah-olah mengiyakan kesedihan itu..
Kita datang berbekal amanah,
Fitrahnya tanpa sepalit noda,
Usah mengharap kembali menjadi kain putih,
Tapi berusahalah untuk kembali sebagai batik,
Yang dipandang indah,
Yang dipakai selesa,
Biar hilang sahabat kerana perjuangan,
Jangan hilang sahabat seperjuangan,
Moga saat kemenangan Islam,
Kita masih Istiqamah disisiNya..
(sms from Zurina^_^)
Fitrahnya tanpa sepalit noda,
Usah mengharap kembali menjadi kain putih,
Tapi berusahalah untuk kembali sebagai batik,
Yang dipandang indah,
Yang dipakai selesa,
Biar hilang sahabat kerana perjuangan,
Jangan hilang sahabat seperjuangan,
Moga saat kemenangan Islam,
Kita masih Istiqamah disisiNya..
(sms from Zurina^_^)
Dalam duk sedih-sedih tue(walaupun dalam hati je)..Allah Maha Mengetahui..Allah Maha Pengasih lagi Penyayang^_^..tanpa diduga..ada kejutan dariNya..alhamdulillah..tanpa disangka..lepas kelas Fizik..dapat kek sebutir dari lecturer fizik^_^(mie pernah selitkan cerita Prof dalam post pasal kembara di Pulau Perhentian..cari la sendiri..huhu)..eh..bukannya Prof tue ingat birthday mie bila(ekekeke)..nama pun rasanya dia tak tahu(:p)..tapi sebab pagi tue..my lovely kosmate pakat duk nyanyi lagu 'Hepi Birthday' and tetiba Prof masuk..memandangkan kelas dengan Prof tue(nama dirahsiakan) 4 jam, jadi time break, isteri Prof kata belikanlah hadiah..gitulah criternya camne dapat kek tue(patutnya kena ucap terima kasih kat isteri Prof lol)..
Tak habis lagi rupanya citer..memandangkan Prof tue seorang yang sporting dan suka menyanyi(??) didedikasikannya sebuah lagu buat ku..nyanyi depan kelas tue..hohoho(malu seyh, taktau nak taruk muka kat mana..tapi cam bese, wat slumber je..huhu)..tajuk Lady..adeh..hehe..kalau sem lepas, bila mie atau kawan-kawan yang lain hantar emel or sms bertanyakan soalan, Prof kan kata,'siapa hantar surat cinta kat saya semalam?'..kali nie mie lak nak kata'Prof, nak ngorat saya ke?'(ekekeke)..amaran-segala salah faham adalah tanggungjawab sendiri..hmm..serba-salah pun ada jugak..yelah, result bukannya ok..tetiba dikasi hadiah..huhu..
Sebelum-sebelum nie..tak pernah-pernah pun mie sambut birthday atau disambut birthday mie..siyes!..entahla..rasa cam tak penting pun..sekali sekala angoh kasi hadiah(tahun lepas seorang sahabat kasi buku^_^)..terima ucapan dan doa-doa pun dah rasa bermakna dah..bese-bese je lah..tapi..alhamdulillah..tak sangka tahun nie dapat dua butir kek^_^..
Sebelum-sebelum nie..tak pernah-pernah pun mie sambut birthday atau disambut birthday mie..siyes!..entahla..rasa cam tak penting pun..sekali sekala angoh kasi hadiah(tahun lepas seorang sahabat kasi buku^_^)..terima ucapan dan doa-doa pun dah rasa bermakna dah..bese-bese je lah..tapi..alhamdulillah..tak sangka tahun nie dapat dua butir kek^_^..
kek yang Prof kasi makan dengan kosmate malam tue..nak potong dalam kelas, ramai lak puasa..nasib baik bukan kek coklat..kalu tak, tak merasa la aku kek tue..Lady By Kenny Rogers
Walaupun sesetengah orang mengatakan angka usia tidak membawa apa-apa makna..tapi sejujurnya mie merasakan..angka usia itu merupakan..alarm kepada diri setiap manusia..nak je rasa jadi budak-budak lagi(taknak jadi besar, orang dewasa banyak masalah,huhu..)..namun..angka itu takkan berpatah balik..yang paling jauh dengan kita adalah masa yang lepas, dan yang paling dekat adalah matiii..
Buat sahabat mie, Ethika dan Tierah dan lain-lain yang turut berkongsi tarikh yang sama..lagu ini buat kalian..semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, semoga dipermudahkan Allah segala urusan, semoga istiqamah dalam perjuangan, semoga dimurahkan rezeki..insyaAllah..ameen..
Buat sahabat mie, Ethika dan Tierah dan lain-lain yang turut berkongsi tarikh yang sama..lagu ini buat kalian..semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, semoga dipermudahkan Allah segala urusan, semoga istiqamah dalam perjuangan, semoga dimurahkan rezeki..insyaAllah..ameen..
SeLaMaT HaRi LaHiR By Saujana
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
uSia aNTaRa MaSa By Saujana
Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa
Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika kau ikuti jalanan
Sesat kan penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu
Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa
Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika kau ikuti jalanan
Sesat kan penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu
3 comments:
...Abu Hanifah mati di penjara kerana keteguhannya, Ibnu Hanbal rela
dipenjara demi mempertahankan maruah al-Quran, Al-Hallaj juga berkorban
demi maslahah ummah, Al-Banna mati dibunuh kerana menunjuk anak watan
jalan kembali, Ibnu Quds mati di tali gantung kerana keteguhannya.. di
jerajak besi itulah, lahir jari jemari yang menggerakkan kalam. Namun
siapa kita di sisi mereka semua? Bangkitlah wahai FATHAYAT ( pemudi ),
seiring bertambah usiamu, jadilah mata-mata yang menyambung perjuangan
Rasulullah S..A.W dan tokoh2 terdahulu. Semoga istiqamah dengan
perjuangan yang kita pilih ini...
Ya ALLAH, panjangkanlah usia sahabatku,
agar lebih lama dapat dia mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak dia mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan sahabatku mizah di saat bertambah usianya,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalan mizah,
Rehat mizah adalah rantaian zikir,
Rantai yang mizah kalungkan pada leher,
Sebagai tanda cinta sahabatku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usaha sahabatku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi.......
aku terkedu ko leh jumpe lagu tu ,haha...
mmg best ar...
Post a Comment