Monday, September 29, 2008

-aKTiFKaN RaMaDHaNMu-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam aurora..



'Mizah, update la blog kamu..kosong je..sama je..'..huhu..bukan taknak update la sayang..tapi tak berkesempatan..lagipun blog ini buat masa ini masih belum mampu dijadikan salah satu medan dakwah..jadi, hobi ini belum punya alasan yang kukuh untuk dihinggapi selalu..hmm, mungkin ini bukan kemahiranku..atau mungkin belum lagi..hehe..tapi, betul, mie akui, berdakwah secara tulisan memerlukan kelengkapan dari segi ilmu, ilmu untuk menyampaikan dan menarik perhatian untuk dibaca..apapun caranya, kewajiban ini sewajibnya dilaksanakan..bil hikmah bi kemahiran-kemahiran yang kita ada..betul tak?

Seperti yang mie katakan..dalam mengharungi pelbagai cabaran pada waktu yang mendewasa dan mematangkan diri ini..mungkin blog ini menjadi mangsa tempat luahan rasa hati dan perkongsian pengalaman..belum masanya membentuk suatu medan dakwah yang utuh..jadi kepada sahabat-sahabat yang sentiasa ternanti-nanti coretanku..maaf dipinta jika ianya tidak menepati kehendakmu..namun kan ku cuba untuk membaiki diri, menopup ilmu, memantapkan keyakinan seperti yakinnya kamu dengan diriku..betul..betul..betul..setiap manusia itu punya kelebihan dan kelemahan..yang lemah kita lebihkan..yang lebih kita mantapkan..yang mantap kita sempurnakan..kerana manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian..

-aKTiFKaN RaMaDHaNMu-

Tajuk yang sangat bertepatan..terima kasih kepada abg afzan atas perkongsian idea ini..sangat bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan..suatu aktiviti yang direncana tanpa diduga dan alhamdulillah akhir ianya berjaya..mungkin terdapat beberapa kelemahan dari segi pengurusan..namun dalam versi percubaan pertama..boleh mie katakan ianya hanya sekecil cebisan berbanding dengan segunung kejayaan..tahniah!..tahniah kepada ahli-ahli skuad kerohanian batch Pusat Pengajian Sains Kesihatan Tahun 1(skb ppsk 1)..walaupun skb ini baru sahaja ditubuhkan dan tarafnya menjadi tanda tanya semua pihak(???)..namun anda semua tidak gentar dengan halangan yang mendatang walau baru bertapak di usmkk tidak sampai tiga bulan..tahniah!..dan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan..kepada sahabat-sahabat ku..hehe..mungkin tertanya-tanya aktiviti apa lah yang makcik ni bebelkan..rasanya tidak perlu untuk mie rungkaikan segala-segalanya..kerana penjelasannya sudah sedia ada di sini..bukan mie taknak coretkan sendiri tapi dah lewat sangat dah ni!!den mengantuk dah..huhu..

suatu permulaan..
wallahua'allam..selamat malam~


Allah Pasti Menolong

Orang Yang Menolong AgamaNya

-surah al-hajj, ayat 40-

Thursday, September 18, 2008

-RaMaDHaN Ku-


Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam ramadhan..salam aidilfitri..salam aurora..

MasyaAllah..lamanya tak mengepost kat sini,huhu..macam-macam kekangan yang terpaksa dihadapi..semoga Allah tabahkan dan permudahkan segala urusan ku..amin..hmm..ada banyak cerita yang nak dicoretkan..nak mula dengan yang mana yerk?hmmm..


Nampaknya, ramadhan pun dah nak melabuhkan tirainya..tinggal dua hari saja lagi..begitu cepat masa berlalu..tapi, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya bulan tarbiyah ini?tepuk dada, tanya hati, tanya iman..namun, bagiku, ramadhan kali ini memberi 1001 makna..sukar untuk ku interpretasikannya dalam bentuk nyata..pasti, dalam mengharungi bulan yang penuh cabaran ini, kita akan mengimbau peristiwa-peristiwa lalu yang berlaku, bukan sekadar sirah para nabi, bahkan juga pengalaman diri..samada suka atau duka..

Kenangan-kenangan bersama arwah adikku sentiasa menerjah diri pabila tiba bulan yang mulia ini, saat-saat azan maghrib berkumandang, teringat akan tanda-tanda yang tidak difahami tapi amat bererti bahawa dia akan meninggalkan kami sekeluarga..itulah takdir yang wajib kita percayai..dan aku tidak punya kekuatan untuk menyambung tulisan tentangnya walau sudah 3 tahun dia kembali pada yang Esa..al-fatihah buat adikku siti (nurhazwani)..


Apa yang ku ingin coretkan di sini, kisah ramadhan ku pada tahun lepas, cukup manis untuk dikenang, pengalaman pertama berbuka puasa bersama teman-teman bukan bersama keluarga..hehe..dan masih terkesan di ingatan ku, jemputan berbuka puasa bersama orang asli di kg sg mas(kalau tak silap), sg lembing,kuantan, pahang oleh IKATAN dan ABIM PAHANG..pukul 8pagi lagi kami keluar tau(mie, ramizah, husna, ina, mastura dan teah)..hehe..destinasi kami yang pertama adalah taski abim al-husna, pejabat Abim untuk persiapan bahan-bahan masakan(thanz to abg anderil yang ambik and hantar kitaorang)..kami memasak kat sana tau!=p..cukup meriah!..petangnya diagihkan barang-barang keperluan seperti pakaian dan makanan..waktu malam pulak setiap keluarga orang asli di situ menerima sumbangan sekampit beras..hmm..balik kolej hampir jam 10 malam..sah!kena tahan kad matrix sebab balik selepas pukul 7..hihihi..tak kesah pun..dan terima kasih banyak-banyak pada ustaz hamidi(ydp abim pahang), abg najib(ydp ikatan), kak nadirah, abg anderil, kak fizah, afifah dan yang lain-lain sebab jemput kitaorang..it's a very amazing experience!bagaimana agaknya kalian sekarang..kapan kita bisa bertemu lagi?

Hidup Itu Sungguh Bermakna,
Jangan Biarkan Ia Berlalu Sia-sia!