Thursday, September 18, 2008

-RaMaDHaN Ku-


Assalamualaikum..
Salam perjuangan..salam ramadhan..salam aidilfitri..salam aurora..

MasyaAllah..lamanya tak mengepost kat sini,huhu..macam-macam kekangan yang terpaksa dihadapi..semoga Allah tabahkan dan permudahkan segala urusan ku..amin..hmm..ada banyak cerita yang nak dicoretkan..nak mula dengan yang mana yerk?hmmm..


Nampaknya, ramadhan pun dah nak melabuhkan tirainya..tinggal dua hari saja lagi..begitu cepat masa berlalu..tapi, adakah kita sudah memanfaatkan sepenuhnya bulan tarbiyah ini?tepuk dada, tanya hati, tanya iman..namun, bagiku, ramadhan kali ini memberi 1001 makna..sukar untuk ku interpretasikannya dalam bentuk nyata..pasti, dalam mengharungi bulan yang penuh cabaran ini, kita akan mengimbau peristiwa-peristiwa lalu yang berlaku, bukan sekadar sirah para nabi, bahkan juga pengalaman diri..samada suka atau duka..

Kenangan-kenangan bersama arwah adikku sentiasa menerjah diri pabila tiba bulan yang mulia ini, saat-saat azan maghrib berkumandang, teringat akan tanda-tanda yang tidak difahami tapi amat bererti bahawa dia akan meninggalkan kami sekeluarga..itulah takdir yang wajib kita percayai..dan aku tidak punya kekuatan untuk menyambung tulisan tentangnya walau sudah 3 tahun dia kembali pada yang Esa..al-fatihah buat adikku siti (nurhazwani)..


Apa yang ku ingin coretkan di sini, kisah ramadhan ku pada tahun lepas, cukup manis untuk dikenang, pengalaman pertama berbuka puasa bersama teman-teman bukan bersama keluarga..hehe..dan masih terkesan di ingatan ku, jemputan berbuka puasa bersama orang asli di kg sg mas(kalau tak silap), sg lembing,kuantan, pahang oleh IKATAN dan ABIM PAHANG..pukul 8pagi lagi kami keluar tau(mie, ramizah, husna, ina, mastura dan teah)..hehe..destinasi kami yang pertama adalah taski abim al-husna, pejabat Abim untuk persiapan bahan-bahan masakan(thanz to abg anderil yang ambik and hantar kitaorang)..kami memasak kat sana tau!=p..cukup meriah!..petangnya diagihkan barang-barang keperluan seperti pakaian dan makanan..waktu malam pulak setiap keluarga orang asli di situ menerima sumbangan sekampit beras..hmm..balik kolej hampir jam 10 malam..sah!kena tahan kad matrix sebab balik selepas pukul 7..hihihi..tak kesah pun..dan terima kasih banyak-banyak pada ustaz hamidi(ydp abim pahang), abg najib(ydp ikatan), kak nadirah, abg anderil, kak fizah, afifah dan yang lain-lain sebab jemput kitaorang..it's a very amazing experience!bagaimana agaknya kalian sekarang..kapan kita bisa bertemu lagi?

Hidup Itu Sungguh Bermakna,
Jangan Biarkan Ia Berlalu Sia-sia!

1 comment:

azmihisam said...

salam mizah..nie ha azmi skb PPSP 1st year..lorh korang penah join PKPIM & IKATAN..aku ahli PKPIM yang bergerak bawah IKATAN Pengkajian Islam Pahang nie..cawangan Pahang Tengah@Maran..lani kitorang yang sambung program org asli 2..neway salam perjuangan..moga dipilihNya berada di jalan yang benar..wsalam..