Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..
Ranjau kehidupan..tersimpan seribu satu yang tersirat..tersemat rahsia..tak dapat diduga..tak dapat dijangka..
Tiada siapa yang tidak mahukan kejayaan..tiada siapa yang memohon kegagalan..walau siapa pun..walau dimana pun..yang baik inginkan kejayaan dalam kebaikannya..yang jahat..tidak putus mengharapkan rancangan kejahatannya berjaya..pokoknya..kejayaan suatu impian yang sangat diidam-idamkan..
'Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.'
(al-Baqarah ayat 195)
(al-Baqarah ayat 195)
Jatuh!..aduh!..dua orang yang jatuh..dua-dua sakit..tapi rasanya berbeza..ada yang menjerit-jerit kesakitan..ada yang mengeram kesakitan..ada yang sekadar menahan..ada yang tersenyum..bukan bererti yang tersenyum itu kuat..tetapi kerana dia sudah kuat..sakit merasa kejatuhan bukan suatu yang menyakitkan baginya..berbeza yang menjerit-jerit kerana belum merasai kesakitan sebegitu..
Tahniah!..yeah!..dua orang memegang segulung ijazah..dua-dua berjaya..tapi rasanya berbeza..ada yang melompat-lompat kegirangan..ada yang bersorak-sorak..ada yang tersengih-sengih..ada yang bersahaja..bukan bererti yang bersahaja itu kecewa..tetapi kerana dia sudah biasa dengan kejayaan bukan suatu yang membanggakan baginya..berbeza dengan yang melompat-lompat kerana belum merasai kejayaan sebegitu..
Itulah kita..destinasi yang ingin dituju sama..tapi jalannya berbeza..andai jalannya sama sekali pun..halangannya tetap berbeza..kita punya kekuatan tersendiri..kita ada kelebihan masing-masing..kelemahan masing-masing..samada nilai kejayaan..mahupun nilai kegagalan..tetap berbeza..kita mungkin sama..tapi kita tak serupa..kerana itulah kita yang diciptakan..telah ditakdir perjalanan ini..
Mengapa perlu untuk kita menilai..kerana kadang-kala kita terasa tidak wajar bagi kita..tenanglah hati..ingatkan diri..kita punya identiti sendiri..jadilah seorang yang memahami..jadilah seorang yang menyapu kesakitan orang lain dengan senyuman..jadilah seorang yang bergembira kerana gembiranya mereka..yang menyokong..bukan yang mempersoalkan..yang membimbing..bukan yang merimaskan..kerana mereka sangat memerlukan..untuk difahami..bukan untuk ditangisi..

'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.'
(az-Zumar ayat 39)
(az-Zumar ayat 39)
Bersyukurlah..waspadalah..andai kejayaan itu yang kita perolehi..bersyukurlah..hati-hatilah..andai kegagalan yang kita kecapi..kerana kedua-duanya adalah ujian..ujian yang dipenuhi rahsia..ujian yang punya hikmah yang tersirat..
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
(al-Baqarah ayat 216)
Peringatan buat diriku..yang dambakan kekuatan berpanjangan dariNya..yang mahukan sokongan dari mereka..

'aku hanya mengimpikan pengakhiran yang terbaik buatku,
walau jalan itu sukar,
walau keputusan itu berat,
walau highway sentiasa lurus,
walau langit sentiasa cerah,
walau apapun keadaan senang atau sukar yang dilalui,
aku hanya inginkan yang terbaik buat diriku,
dan hanya Dia yang Maha Mengetahui'
-mimie.mizah@aurora-

1 comment:
proud to be a Muslim :)
Post a Comment