Wednesday, January 6, 2010

-LaNGKaH TeRCiPTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam perjuangan..salam aurora!

Harga Sebuah Penderitaan
-dikisahkan oleh seorang sahabat-


Pada suatu hari, seekor anak kerang di dasar laut, telah mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku, Allah tidak menganugerahkan kepada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun sehingga ibu tak dapat menolongmu,"kata si ibu sambil bercucuran air mata.

Si ibu terdiam sejenak.

"Aku tahu bahawa itu sakit wahai anakku. Tetapi terimalah ia sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan lendir mu. Hanya itu yang kau mampu lakukan," kata ibunya dengan sendu.

Hari demi hari berlalu, si anak terus menahan dan mengeluarkan lendir untuk mengurangkan rasa sakit itu. Lapisan lendir semakin membesar dan rasa sakit semakin berkurang.

Suatu hari, rasa sakit tersebut hilang dan si anak kerang itu mula berubah. Menjadi suatu yang amat bernilai. Ia menjadi sangat berharga. Kini, ia menjadi rebutan kerana mutiara yang bersinar dan bergemerlapan.

Semuanya bermula dari sebuah penderitaan. Penderitaannya yang begitu sakit dan payah, kini menjadi mutiara yang sangat indah.

'Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan' (Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Langkah Tercipta

Dalam sehari dua ini..seringkali mie terdengar..dipertontonkan..akan lagu ini..

Penatkan? Dalam keadaan orang lain sedang bergembira..kita terpaksa melangkah menempuhi suatu jalan yang berbeza..

Serabutkan? Dalam keadaan orang lain bersuka ria..kita memikirkan suatu cara penyelesaiaan..

Namun..ketahuilah wahai sahabat..

Setiap langkah mu itu sangat istimewa..walau sekadar hanya selangkah..

Setiap cara mu itu sangat berkesan..walau sekadar hanya satu cara..

Beratkan? Terasa bagai memikul bergunung-gunung gunung..

Sahabat..

Jika keluhan mampu melegakan hati mu..maka, silakanlah..
Jika tangisan mampu meleraikan kegelisahan mu..maka, silakanlah..

Namun, jangan sekali-kali kita berputus asa..

Teruskan langkah mu itu..

Ingatlah..

Mutiara berharga yang sangat indah sedang menanti mu..

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang ku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah, Namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkan ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu





No comments: