Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikumwarahmatullah..
Selamat sejahtera..salam mahasiswa..salam aurora..salam perjuangan!

'Kita nie mahasiswa tak mampu nak buat apa-apa, kita tiada kuasa..!'
Antara kata-kata yang negatif! Penakut!
Mentaliti kita terlalu lemah..kita takut untuk menempuh dugaan, ujian untuk menempuh sesuatu kegagalan..
Mentaliti yang perlu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin..pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran..ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu 'Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa'.
Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keprihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.
Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama makhluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring dengan percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata dalam universiti.
Malah, bukan sekadar isu pencabulan hak di Palestin, tetapi juga dengan isu-isu semasa negara. Kita perlu menjengah keluar tingkap dan mengambil tahu akan isu-isu yang berlaku sekarang, luar dan dalam negara. Mengapa? Kerana apa yang berlaku sekarang adalah penanda peristiwa yang akan berlaku akan datang.
Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia. Kebatilan yang terancang mampu menumpaskan kebenaran yang tak terancang.
Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya 'Generasi Muda dan Perubahan',
" Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemudi ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar"
Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah. Sesungguhnya, remaja sekarang adalah penentu bagaimana keadaan negara masa akan datang. Jika lemahnya kita, maka lemahlah negara!
Mahasiswa yang harus bersuara, yang harus bertindak!

1 comment:
jadilah seperti angin, air dan tanah dalam menempoh cabaran......
Post a Comment