Wednesday, January 20, 2010

-MeNuNGGu KaTa DaRi TuHaN-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam sejahtera..salam mahasiswa..salam aurora..salam perjuangan!



'Memandangkan dah pergi lebih 30 tempat, mesti banyak kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan,boleh ceritakan sket?kut-kut la pernah menangis tak jadi ke?hehe..'

Itu antara soalan yang mie kemukakan buat Saudara Sabri Yunus ketika sesi bersama pelakon, pemuzik dan pengarah teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' yang telah berlangsung pada 14 Januari di Dewan Utama USMKK..

Buat julung-julung kalinya pementasan teater sebegini berjaya diadakan di pentas USMKK..syabas buat penganjur!!

Pada hemat mie, suatu bentuk alternatif baru hiburan dalam islam terutamanya buat masyarakat kampus..selalu kita dengar pihak-pihak yang mendokong Islam melaungkan berhibur tiada salahnya, tapi ada caranya..sedangkan jalannya tidak kita sampaikan buat remaja-remaja kini yang seringkali menagihkan hiburan..

Alhamdulillah..teater tersebut berlangsung dengan jayanya..setiap yang wujud di dunia ada manfaatnya..mustahil bagi Allah untuk menciptakan sesuatu dengan sia-sia..justeru seni ada ertinya..ada nilainya..cuma yang menjadikan kita begitu pesimis pada seni adalah kerana majoriti pendokongnya tersasar dari landasan yang seperti yang dikehendaki Allah..

Teater " Menunggu Kata dari Tuhan " adalah contoh bagaimana kita memanfaatkan seni..menterjemah Hadith sahih ke dalam sebuah bentuk penceritaan kisah teater sekurang-kurangnya telah membuka dimensi baru..tidak ada salahnya pada seni..bahkan banyak faedahnya kepada gerakan da'wah, lebih-lebih lagi pada era yang menjalarnya pengaruh hedonisme..


Hadith sahih riwayat Bukhari Muslim yang menjadi skrip teater beserta sedikit olahan ada disebut dalam Kitab Imam Nawawi, Riyadhus Salihin bab Taubat..Hadithnya panjang, kerana itu ia sesuai dijadikan skrip teater kerana ia lengkap dengan ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah cerita..Ada permulaan, ada klimaks dan ada pengakhirannya..Subhanallah, sungguh cantik.
Secantik ibrah yang tersirat pada hadith tersebut.

Sinopsisnya menceritakan kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Ka'ab bin Malik yang tidak turut keluar berjihad bersama rombongan tentera muslimin ke perang Tabuk tanpa sebarang keuzuran..Apabila rombongan berperang telah pulang, beliau bertemu Rasulullah dan mengakui kesalahan dengan bercakap benar, sedangkan ketika itu majoriti yang tidak turut serta berjihad berbohong dengan mengemukakan pelbagai alasan kepada nabi..Natijahnya beliau telah dipulaukan oleh kaumnya bahkan Rasulullah sendiri selama hampir 50 hari (setelah wahyu diturunkan untuk arahan pemulauan )..Dalam tempoh tersebut pelbagai ujian menduganya, menusuk-nusuk sehingga menyebabkan jiwa beliau penuh derita..Munajatnya tidak henti-henti, menangis memohon simpati rahmah dan belas Tuhan untuk melepaskan diri dari belenggu yang menghimpitnya itu..menunggu wahyu seterusnya dari Tuhan..Akhirnya berkat taubatnya dan kesanggupan beliau berkata benar, Allah telah menurunkan wahyu berupa berita gembira iaitu pengampunan atas dosanya yang tidak turut serta berjihad tanpa keuzuran..Serentak dengan berita itu, seluruh kaum muslimin terutama Rasulullah meraikan wahyu tersebut dengan penuh senyum kesyukuran.


Itulah peribadi mulia sahabat Nabi, Ka'ab..Lantas, bagaimana pula kita ?
Sejauh mana telah kita menyahut seruan berjihad kini ?
Jihad yang bukan sekadar bererti perang..
Masing-masing kita bermuhasabah..

Dan harapan mie sebenarnya sebesar soalan pertama mie buat pengarah teater, Saudara Dinsman..Teater ini yang berjaya mempelbagaikan fungsi masjid yang seringkali dimonofunctionkan hanya untuk solat, sedangkan dengan teater pun kita boleh beribadah..biar mampu menembusi pasaran dunia, diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan diperbanyakkan dengan lebih kreatif..

Semoga berjaya!


No comments: