Saturday, October 2, 2010

-TeRBuKu-


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

Mie mahu menulis..mungkin kerana sudah tiada tempat selain tuhan untuk mie mencoretkan rasa..

Semalam berpeluang ke Kem Back to Basic 561..anjuran Rakan Masjid USMKK untuk adik-adik first year..dan bagi mie..not juz for them..terasa diri ini juga patut diingatkan kembali..

What a wonderful nyte last nyte..bertolak dari USMKK selepas maghrib..tempat dituju tak pasti, tapi cam biasa, redah jelah, hehe..apa lagi sempat makan buah langsat, tambah dengan hujan yang tak berenti-renti turun..

Sampai elok-elok peserta lain sedang solat..sebenarnya mie pergi untuk hantar seorang adik..untuk dia berkongsi sesuatu buat rakan-rakan di situ..walaupun udah tahu akan kisahnya, apa yang dialaminya, namun, bila diceritakan lagi, hati ini tetap tersentuh, air mata tetap mahu mengalir..dek, moga kamu terus tabah..

Lepas tu slot abah, siapa abah? nanti-nantilah mie ceritakan..yup, dah lama tak merasai muhasabah diri seperti itu..

Lepas tu, terus balik ke kampus balik tu jugak memandangkan hari ini terdapat beberapa hal..dan siapa sangka, Allah merencanakan masa bersama-sama mie dengan adek tu..first time jumpa adik tu adalah masa hari orientasi..dan setelah 3 bulan, baru kami dipertemukan semulu..tak dapat lari dari rasa bersalah terhadap adek itu..ya Allah..moga kamu memaaafkan kak, dek..

Banyak yang dikongsi, banyak yang diluahkannya..terasa mahu sentiasa mendampinginya..tapi apakan daya akak dek..hanya doa yang mampu akak utuskan..namun, andai suatu hari, kamu memerlukan seseorang..akak akan berada disisi, tapi akak tak mampu berjanji pada kamu, percayalah Allah sentiasa bersama kamu..

Semalam akak nasihatkan pada kamu..hari ini akak diuji dengan kata-kata akak..subhanaAllah..

Kecewa datangnya kerana adanya harapan..tak salah untuk kita meletak harapan pada manusia kerana kita berada dalam keadaan memerlukan..tapi jangan sampai harapan yang kita letak lebih tinggi dari Dia yang lebih berhak..

Hari ini mie di uji..dengan kata-kata itu..tak dapat nafikan kekecewaan yang hadir dalam hati..tapi, tak mampu untukku marahkan sesiapa..

Hanya ketenangan yang dimahukan..ketenangan..

Terima kasih pada sahabat yang sudi menolong, hanya Allah yang mampu membalasnya..

Tidak terasa untuk mencoretkan apa yang dilalui sejelasnya, sekadar mahu meluahkan rasa yang terbuku..

Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan, tidak ada ketenangan jika ada kebencian..

No comments: