CATATAN AN-NUR: 9
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al-Luqman ayat 12)
28 Julai 2011.
Hari nie aku sambung buat satu lagi tasbih, hehe. Seronok la pulak buat. Hajat nak buatkan satu untuk tok dan omi. InsyaAllah.
Petangnya, aku Cuma prepare slide dan bahan-bahan untuk kelas malam nie. Kelas malam nie hanya ceramah motivasi. Pertama kalinya aku sendiri yang akan bagi talk. Kebiasaannya aku samada menjadi peserta ataupun ajk. Entah apa akan jadi. Mampu atau tak membawa kesan pada hati-hati mereka? Kepada Allah swt yang Memegang hati-hati manusia, aku berserah.
Waktu yang dinanti-nantikan tiba. Topik motivasi malam nie pasal ibu. Sebenarnya ia adalah permintaan budak-budak penghuni ini sendiri yang nak tengok video pasal pembentukan baby. Alhamdulillah, aku ada video-video tersebut. Sebelum talk, aku adakan aktiviti ringan, sengaja untuk bersahaja-sahaja dahulu. Aku minta dorang buatkan satu sajak, atau pantun atau puisi, pasal diri sendiri, dari kecil hingga kini.
Keadaan berubah pulak. Sayu. Kerana sajak masing-masing mengkisahkan keinsafan masing-masing.
Talk aku, aku mulakan dulu dengan slide berkenaan dalil-dalil al-Quran yang berpesan agar menghormati ibu bapa. Aku juga menceritakan kisah hidup aku. Aku juga anak yang jahat dulu. Aku berkongsi cerita ku ketika itu bukan untuk membuka aib diri, tetapi aku percaya, kepercayaan akan dibalas dengan kepercayaan. Aku berharap dengan perkongsian pengalaman sebagai iktibar memberi keyakinan kepada mereka bahawa aku disini untuk membantu mereka.
Ada 3 video yang ditayangkan. Video bagaimana proses pembentukan baby dan betapa sukarnya seorang ibu bersalin, membuatkan hati-hati mereka dan hati ku juga tersentuh. Kami sama-sama menangis. Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Macamana lah aku nak jadi seorang motivator? Aku sendiri pun menangis, huhu.
“Saya ucapkan tahniah pada semua. Kerana memilih untuk tidak membuang anak yang dikandung. Anak insan suci, yang takda dosa. Yang berdosa adalah kita. Kenapa perlu dihukum insan lain atas perbuatan kita sendiri?”
Tak banyak yang aku boleh bicarakan kerana perasaan sebak menyelubungi diriku.
“Kita nie hina. Sangat hina. Keluar dari tempat najis! Tapi, kita nie berlagak, sombong, tak sedar diri!”
“Duduk kat sini, semua mak ayah yang tanggung. Lepas apa yang kita buat, mak ayah masih sanggup terima kita, masih sanggup bersusah payah walaupun kita dah conteng arang kat muka mak ayah kita. Tapi, pernah tak kita cakap kat mak kita, “ibu, saya mintak maaf. Ayah, saya mintak maaf.?”
Talk berakhir dengan video pasal anak soleh.
“Anak nie anugerah Allah. Didik mereka dengan baik. Didikan bukan bermula bila mereka dah keluar, tapi dari dalam kandungan. Perdengarkan suara kita pada baby kita dalam kandungan. Alunkan ayat-ayat suci al-Quran. Kebanyakkan dari kalian, akan serahkan anak masing-masing pada keluarga angkat. Itulah yang menjadi ikatan kasih sayang antara kita dan anak kita selain susu dada.”
"Agak-agak macamana Mizah boleh ada kat sini. Bukan diluar sana, yang mungkin entah jadi apa. Tak mungkin tanpa doa Omi, doa seorang ibu yang mahukan anak dia berubah."
Tapi, malam nie belum berakhir. Ada perkongsian dari dua orang penghuni yang akan keluar esok dan lusa.
Bicara hati akan sampai ke hati. Sekali lagi kami menangis berjemaah. Huhu.
Perkongsian dari rakan sendiri yang bersama-sama mereka di rumah itu lebih membuatkan hati mereka tersentuh. Bicara yang indah darinya.
“Setiap kali solat, setiap kali teringat pada anak kita, setiap kali tue, kita berdoa. Doa agar Allah menjadikan dia anak yang soleh, anak yang solehah. Doa agar Allah tak putuskan rasa kasih sayang dia pada kita. Doa agar Allah tetapkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.”
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku hanya mampu memohon doa agar hati-hati kami sentiasa dalam redha Illahi.
Esok seorang lagi akan pulang ke rumah. Aku mengambil waktu untuk bersama dengannya.
“Kisah akak sama macam kisah sebelum nie. Tapi, salah akak jugak.”
Si pembuat adalah askar. Yang langsung taknak bertanggungjawap, malah kaki perempuan. Ya Allah, bagaimana aku yakin nak serahkan keselamatan negara ini pada insan-insan sepertinya?
Dan yang menarik perhatian aku.
“Awak nak buang anak ni sempat lagi,” kata doctor yang membuat pemeriksaan tersebut. Doktor nonmuslim. Ya Allah. Agak-agaknya berapa banyak situasi begini diluar sana?
Walaupun berbeza agama, tetapi dalam etika seorang doktor, boleh kah berkompromi membunuh nyawa manusia? Bahkan soalan sebegitu juga ada dari mulut seorang doctor yang beragama Islam. Itu lebih menyedihkan bila agama diketepi, dunia yang diambil.
“Akak taktahu macamane nak berdepan dengan ayah akak bila akak balik nanti. Akak rasa macam nak karang surat panjang-panjang”
“Kak, akak tahu tak, akak takyah karang panjang-panjang, ada 4 patah perkataan jer yang akak perlu ucapkan. Saya yakin kak, ayah akak akan menangis, paling tidak dia akan terdiam dan sebak.”
“Apa dia?, bulat matanya ingin tahu.”
“Ayah, saya minta maaf.”
“Saya doakan kak, agar akak ada kekuatan untuk berdepan dengan ayah akak, dan akak juga perlu kuatkan diri, dia tetap ayah akak.”
Aku tak tahu malam itu merupakan malam terakhirnya. Jadi, pada aku hanya ada satu buku yang belum dibaca dan baru dibeli. Buku “Fardhu Ain”. Bukunya berkualiti seperti buku Solusi juga. Dan buku itu beralih tangan. Semoga ianya bermanfaat.
p/s: Bagaimana nak merawat lelaki-lelaki sebegitu?
-11.49pm, 28 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-

No comments:
Post a Comment