CATATAN AN-NUR : 8
27 Julai 2011
“Nak balik ke? Baliklah..hari jumaat nie ayah g KL”
Tapi hari nie aku dah sehat, Alhamdulillah. Batuk jer berpanjangan. Aku kata pada diri aku perlu kuat. Aku nak tunaikan hajat ku untuk berada disini selama 5 minggu. Mungkin dengar suara omi yang kerisauan membuatkan aku mengaktifkan sel-sel imun badan agar omi tak risau akan diriku disini, hehe.
Pagi-pagi hari lagi, aku g rumah sebelah, ketika penghuni-penghuni lain sedang mengaji, aku cuba try test buat satu tasbih. Ce teka, ce teka? Agak-agak jadi tak?hehe.. Sejam setengah baru siap! Huhu. Jenuh Kak Sya(bukan nama sebenar) mengajar aku, hehe. Siap jugak satu tasbih! Kaler hijau la apa lagi~ ^_^
Dalam tengahari sket, keluarga angkat datang. Umair bakal mendapat keluarga angkat. Seminggu sebelum hari ini, anak kecil ini meragam dan asyik menangis. Mungkin dia dapat rasakan yang dia bakal berpisah dengan ibunya. Proses penyerahan berlaku dengan penuh hiba. Aku tak sanggup melihat wajah ibu muda tersebut. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak sendiri. Tapi, demi masa depan baby tersebut dan demi masa depan dirinya, dia perlu redha dengan ketentuan dan ujian Illahi.
Aku bertambah sebak apabila melihat datuk Umair turut menangis. Bukan senang seorang lelaki nak menangis, tapi mengalir airmata seorang datuk. Doa selamat dibacakan olehnya. Semoga Allah merahmati keluarga tersebut dan semoga Umair menjadi anak yang soleh.
“ Akak, akak minum tak air selusuh?”
“Akak tak caye benda-benda camtue, akak makan ubat moden jer. Mak akak dah beli pil mudah bersalin”
Di rumah sebelah, riuh pasal air selusuh dibicarakan memandangkan salah seorang penghuni dah sarat, due 2hb8.
“Akak, ce akak baring, nie bagi kak mizah tengok perut akak, tengok dah kat mana dah baby tu.”
Erkk..
Aku yang menggelabah. Ya Allah, budak-budak nie. Berulang-ulang kali aku kata aku bukan doctor perubatan, huhu. Nak tak nak, jadi tok nujum lah aku kat sini. Tapi, nasib baik lah kak Ann (bukan nama sebenar) taknak baring sebab malu, selamat aku. Aku risau kan nanti bila aku pegang, lain jadinya kat baby tu,huhu.
Air Selusuh. Berkali-kali aku cuba recall, kat mana aku ad abaca pasal air selusuh nie. Yaa, buku Cinta Kasih Medic, dan dalam buku tue, kisah-kisah yang seram jer, jadi membuatkan aku tak memberikan apa-apa respond masa dorang tengah hangat bersidang pleno pasal air selusuh. Lepas search dan tanya pada doktor2 yg lebih arif, maka tahulah aku.
Air Selusuh adalah air yang dibacakan ayat-ayat tertentu atau dicampur dengan bahan-bahan tertentu dengan tujuan dan dipercayai untuk memudahkan proses bersalin. Namun, sebenarnya, tiada dalil dalam al-Quran mahupun hadis yang memperkatakan tentang air selusuh. Setiap amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadah hukumnya adalah Mubah (Harus). Jika di amalkan dengan membaca doa agar mudah bersalin dan ayat-ayat yang tidak menyalahi syara’ seperti tidak melakukan tawassul kepada Fatimah, ‘Aisyah, Maryam dan lain-lain serta hanya memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma’ wa SifatNya dan tidak mempunyai kepercayaan-kepercayaan tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan. Tentang bacaan ayat al-Quran yang mana, boleh dirujuk pada buku Syifa’ oleh Ustaz Haron Din.
Dalam konteks perubatan pula, air selusuh boleh di amalkan jika ianya tidak dicampurkan dengan akar-akar kayu seperti akar Fatimah atau bahan-bahan lain kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tidak elok kepada rahim ibu. Amalan yang baik buat ibu hamil adalah memakan kurma/tamar, seperti kisah Maryam dalam surah Maryam ayat 23-26.
Muka semua terbeliak melihat sesuatu ditangan aku. Aku hanya tersenyum. Geli hati pun ada, hehe. Yaa, petang nie aku buat kelas pertama. Aku tunjukkan al-kitab aku. Sebelum aku datang ku rumah ini, aku mengikuti kursus perbandingan agama fasa kedua di Setiawangsa, jadi aku bawa alkitab bersama. Tak sangka boleh jadi muqqadimah kelas aku hari ini. Yup, aku buat kelas perbandingan agama disini.
“Mana awak tahu Islam nie agama yang benar?”
“Siapa beritahu awak Islam, awak dijanjikan syurga?”
“Memanglah, awak orang Islam, orang Islam baca al-Quran, orang Kristian kata dia betul gak, orang Hindu pun kata camtue jugak”
Berkerut-kerut dahi sorang-sorang. Agaknya dalam hati dorang aku nie bawak ajaran sesat kut,hehe.
“Awak ada kawan-kawan nonmuslim kan, kalu g umah dorang, awak nak makan tak dalam pinggan dorang?”
“Kalu dorang bagi air yang dorang minum, awak nak minum tak?”
Kebenaran. Kedamaian. Muhibbah.
Tapi dalam kelas pertama nie, aku hanya ajarkan asas-asas Islam sahaja. Topik yang sangat simple. Tapi ternyata, agak sukar bagi mereka. Ya Allah, teguhkan hati mereka.
Akidah & Tauhid. Ianya juga topic untuk aku menfresh kefahaman. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun LCD takdapat berfungsi, huhu. Alhamdulillah, dapat tayang video kisah perjuangan Rasulullah. Berlinang air mata di kelopak masing-masing melihatkan betapa sukarnya perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat.
Malamnya, aku imamkan solat hajat berjemaah. Kerana aku yakin ada hati yang sangat berhajat pada Allah sekarang ini. Semoga Allah Mendengar rintihan kami semua. Ameen.
Usai solat, semua pakat serbu tanya pasal kos aku. Mereka pelik kut camane aku boleh belajar pasal perbandingan agama sedangkan aku ambik kos sains kesihatan.
“Akak, kat wad kan, yang dibawak mesin xray tu..”
“Xray nie ada direction. Dia bergerak lurus. Dia boleh menembusi badan. Bahan yang boleh halang dia plumbum ataupun lead. Tapi, dia tak leh bergerak jauh.”
“Bom eh kak?”
Haha. Respond pertama.
“Haa, ada lah jugak,hehe. Perubatan nuclear nie menggunakan bahan radioaktif. Kita suntik bahan radioaktif nie dalam badan pesakit, dengan tujuan untuk scan badan ataupun rawatan.”
Susah jugak nak terangkan dalam bahasa yang senang difahami. Huhu.
Seronok aku bercerita. Almaklumlah, pasal kos aku dan benda yang aku belajar dah 3 tahun, tinggal setahun jer lagi nak habis, alhamdulillah. ^_^
Malam nie aku kena standby. Risau gak aku. Kak A takde. Dia tinggalkan kunci kereta kancil. Hayya, dibuatnya, Kak Ann pecah air ketuban malam nie, mati aku, taktau nak buat apa, huhu. Nak g hospital pun manalah aku tahu jalan, redah jelah jawapnya,huhu.
Kak Ann datang Sharing problem.
“Dua-dua ditolak. Mereka nak ibu jer. Taknak Mal sebab takut nanti susah di masa depan sebab Mal anak luar nikah.”
“Ya rabbi.”
“Dorang orang tabligh. Sepatutnya lebih faham. Akak memang letak syarat. Akak taknak berpisah nga anak akak.”
Ermm, tabligh. Aku taknak prasangka buruk terhadap dorang. Malah, aku menkagumi usaha dorang, bukan semua orang dapat buat camtue. Usah menidakkan usaha dakwah orang lain. Itu prinsip aku. Namun, ada beberapa perkara juga aku tak berapa setuju dengan sikap jemaah tabligh.
Kahwin, bagi aku bukan satu jalan keluar bagi masalah. Tapi, lepas mendengar satu persatu masalahnya, apa yang dihadapi dirinya, apa yang terjadi pada keluarganya, bagaimana kehidupan nya, sehingga dia sendiri pernah tidur dalam lokap, aku terkedu.
“Kak, saya memang tak mampu nak selesaikan masalah akak. Saya taktahu jalan penyelesaiannya. Tapi kan kak, akak tahu tak, akak bertuah sangat. Allah pilih akak.”
Bulat matanya.
“Akak takkan uji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Akak cuba lihat sebelum nie, macam-macam Allah uji akak, tapi akak dapat lepasi satu persatu hingga ke hari ini. Ujian akak hari ini, insyaAllah, akak boleh atasinya juga, saya yakin kak.”
“Allah uji, sebab Allah nak tambahkan iman kita. Allah rindu nak dengar rintihan akak. Masa akak datang sini, akak dapat rasai ketenangan. Sebab masa tu kita benar-benar nak berubah, kita dekat dengan Allah. Tapi, lama-lama, kita mula rasa selesa, tanpa sedar, kita mula ambil ringan pasal ibadah kita.”
“Ujian setiap orang berbeza-beza. Jika saya ditempat akak mungkin saya tak dapat nak tempuhi semua tu. Tapi Allah tahu akak kuat. Saya di uji dengan cara lain, bahkan pada satu tahap, saya rasa putus asa dengan hidup.”
Air matanya laju membasahi pipi.
“Mal anugerah dari Allah untuk akak. Akak kena didik dia baik-baik, biar kenal Allah, kenal agama betul-betul. Jangan biar dia lalui apa yang akak pernah lalui sebelum nie.”
“Umur akak dah banyak Mizah. Akak fikir macam-macam. Masa depan Akak dan Mal, apa yang akak nak buat lepas keluar dari sini.”
Benar katanya.
“Dalam kehidupan, Allah datangkan dua keadaan. Bilamana Dia uji kita. Bila kita bersabar dan yakin denganNya, Dia akan datangkan bantuan. Akak kena yakin, akak doa dan fikir satu persatu. Kekadang syaitan membuatkan kita fikir macam-macam dan membuatkan kita tak yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah swt.”
Masa berlalu dengan pantas. Lebih dua jam kami di situ.
“Sebelum nie, akak share pada ustazah ke, pada orang lain ke. Semua jawap sepatah dua jer. Samada dorang diam ataupun suruh banyak-banyak berdoa.”
“Allah yang takdirkan saya berada disini kak. Saya pun taktahu nak selesaikan masalah akak. Saya sendiri taktahu macamane akak lalui semua tue kak. Tapi, saya yakin kak, Allah lebih Mengetahui hamba-hambaNya. Kekadang, orang lain bukan taknak tolong akak, tapi dorang cuba cari jalan penyeselaian tetapi buntu. Saya, hanya mampu mendengar jer kak.”
“Awak dah tolong akak banyak. Terima kasih Mizah.”
“InsyaAllah kak, kita sama-sama jahit kembali sejadah yang mulai rosak tersebut :)”
Aku kini bertambah yakin bahawa Islam mengizinkan poligami ada manfaatnya buat sekalian ummat. Aku sendiri rasa seperti ingin bermadu. Yaa, insyaAllah, dengan perkahwinan mampu menyelamatkan dirinya. Mulianya Rasulullah saw. Jauhnya beza peribadi dan akhlak kita dengan Rasulullah. Ada yang berpoligami kerana nafsu semata-mata dan gagal untuk berlaku adil. Lelaki yang memahami erti adil, akan berusaha untuk tidak berpoligami, benarkah?
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw dan kaum kerabat.
-2.00 am, 28 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita Islam-

No comments:
Post a Comment