Sunday, February 26, 2012

-aBaYa eLeGaN-

Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera, salam aurora, salam keriangan!

Sehat? minda dan iman? ^_^

Lepas mie join contest Sayangi Rasulullah hari tue, mie ada join satu lagi contest, hehe. Seriusly, memang fikir banyak kali nak join ke tak. Last-last, try jelah, pastu rasa why not kan, boleh share kat sini untuk orang lain pun boleh dapat manfaat jugak, insyaAllah.

Mie join contest dari blog nie http://abayaelegan.blogspot.com/ <-- klik, klik~

Sebenarnya dapat tau dari facebook owner nya, selalu bukak tengok fb abaya elegan tu sebab teringin jugak nak miliki sepasang, tapi nak wat camane, mampu cuci-cuci mata saja, hehe..

Ini jawapan yang mie nak kongsikan, semoga bermanfaat! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Saya banyak kali fikir samada nak cuba contest ni atau tak. InsyaAllah, saya cuba, mungkin ada manfaat yang saya atau orang juga boleh ambil. J

1. Apakah makna hijab bagi diri anda?

            Andai ditanya pada semua wanita muslim, hampir kesemuanya tahu tentang aurat mereka iaitu dari hujung kepala hingga ke hujung kaki kecuali wajah dan tapak tangan. Namun, nyata, andai hanya mengetahui tanpa memahami tidak mampu mencetuskan rasa mahu dan rasa kepatuhan akan kewajiban yang telah Allah swt gariskan.

            Suatu ketika dulu, saya juga begitu. Namun, Allah mencampakkan dalam diri setiap manusia akan suatu rasa yakni fitrah manusia untuk berasa malu. Yaa, itu yang saya rasai. Rasa ingin menutup aurat suatu ketika dulu bukan kerana memahami akan kewajipan dari Nya, tetapi hadir dari rasa malu. Saya seorang yang berbadan agak besar semenjak dari sekolah rendah. Bila makin hampir akil baligh, rasa tidak selesa apabila melihatkan badan yang tertonjol di sana sini. Lantas, mula mengenakan pakaian yang longgar dan bertudung yang melepasi dada. Sekali lagi, hanya kerana rasa malu walaupun waktu ketika itu perwatakan saya mirip lelaki.

            Fitrah itu menuntun saya untuk mula mengerti tentang aurat dan hijab. Makin meningkat usia, makin menyedari bahawa malu itulah aurat. Maka benarlah, Allah swt Maha Mengetahui setiap penciptaanNya. Tuntutan berhijab bagi saya sangat sejajar dengan fitrah manusia. Dia yang menciptakan, maka Dia mengetahui apa yang terbaik bagi setiap penciptaanNya. Rasa malu adalah fitrah manusia. Namun, fitrah itu dapat dipengaruhi dengan keadaan sekiling dan didikan. Walau demikian, andai dididik semula, fitrah itu tidak akan kemana melainkan hanya menyorok seketika dalam jiwa manusia. Lantas itu, kerapkali kita mendengar bagaimana seorang yang dilahirkan dalam keadaan bukan Muslim pun ada yang berpakaian sopan bahkan begitu senang untuk mematuhi perintah berhijab apabila kembali kepada Islam.

            Hijab adalah pelindung dan penyantun fitrah manusia. J

2. Sudah berapa kali anda membeli abaya daripada Abaya Elegan?
            Sedih nak jawap soalan ini sebab tak pernah walaupun hari-hari menjenguk koleksi album di Abaya Elegan Lovers. Saya yakin insyaAllah suatu hari nanti saya mampu milikinya untuk diri saya dan juga untuk ummi saya. J

3. Kenapa anda memilih untuk membeli abaya dari Abaya Elegan?

            Bagi saya sangat nyata bukan sebab harganya, bukan sebab abaya-abayanya yang cantik-cantik semuanya, bukan sebab kualitinya yang memang dijamin, tetapi hanya satu iaitu kerana saya mengenali pemilik Abaya Elegan. Maksud saya bukan kerana saya kenalnya maka saya nak membantunya dan membeli dengannya, tetapi kerana saya mengenali perwatakkan dan prinsipnya. Beliau menjual Abaya bukan hanya kerana mahukan pengguna-penggunanya tampil cantik dan bergaya, bukan juga kerana mahukan keuntungan semata-mata, tetapi mahukan agar pengguna-penggunanya mengikut syariat Islam dalam berpakaian. Mahu agar pengguna-penggunanya tampil dengan menutup aurat yang sempurna. Ramai yang menjual abaya mahupun pakaian-pakaian muslimah, tetapi konsep yang betul tentang penutupan aurat tidak ditekankan. Lantas, masyarakat juga keliru dengan konsep yang betul. Tahniah kepada pemilik Abaya Elegan kerana menepati apa yang Islam gariskan, andai suatu hari nanti, konsep ini juga dilanggari (nauzubillah), saya juga bukan lagi peminat Abaya Elegan. Saya mendoakan kemajuan buat Abaya Elegan dan pemiliknya. J

No comments: