Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera..salam aurora..salam kecintaan..
SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar
Post terakhir, Ogos 2011, sekarang Februari 2012
Dah jadi rimbunan hutan dah KehijauanAurora nie..
Tadi masa bukak KehijauanAurora, terkejut gak mie, ouchh, so shomeeyy!
Kena sharpen skill menulis dan rajen-rajen lagi menulis nie, canteq la renovation yang blogspot buat! Awesome! ^_^
Nampaknya KehijauanAurora pun perlu buat renovation jugak nie, yosh, nantikan! ^_^
Mie rasa mie patut say thank to Miss Lady <-- kelik!kelik!
Mie tak rasa pun nak jawap contest dia, tapi contest dia sangat menarik, satu usaha dakwah yang sangat bagus, ada yang mie tengok yang buat contest tersebut antaranya first time buat post pasal islamik, bagus kan, tahniah ukhti! Teruskan usaha dakwah miss Lady ye, ^_^
Nak say thank sebabkan konon-konon nak join contest tu lah mie sapu sikit-sikit sawang yang masih banyak kat KehijauanAurora nie, hehe..jadi mie pun sudilah join first time contest blogger nie..
Contest : Sayangi Rasulullah Sedalamnya
1. Terbuka kepada semua bloggers lelaki dan wanita - mie perempuan! kira lulus tak syarat nie? :p
2. Follow blog Miss Lady dan Pencinta Hijab - dah kelik follow dah! :D
3. Mesti letak banner contest.
I miss him so muchh, sebak dah mata nie teringatkan betapa cintanya Rasulullah pada ummatnya hingga saat lafaz terakhit Rasulullah s.a.w (haaa, jangan lupa selawat yer..)
4. Tajuk post mestilah Sayangi Rasulullah Sedalamnya - oooh, baeeekkk! ^_^
5. Buat entry berkenaan sekurang-kurangnya satu sikap peribadi Rasulullah yang kamu sanjungi - nanti baca ye kat bawah nie, taaadaaa!
6. Mesti tag sekurang-kurangnya seorang kawan blogger anda - lama dah tak maen tag-tag nie, hihi.
Mie nak tag semua yang follow KehijauanAurora! terutama my boss - Azmi Hisam sebab dah lama tak tanya khabar dia..
7. Komen kat blog Miss Lady - jap, jap bagi siap tulis lu, heee...
Tarikh tutup penyertaan adalah 20 September iaitu BESOK, hoho :p
iNSaN PaLiNG RoMaNTiK
Yaaa, mie pilih sifat romantik Rasulullah saw sebab mood tengah jiwang sekarang nie :D
"Sebelum kawen cari buku pasal ciri-ciri romantik Rasulullah ye, sebab mie nak suami yang ada ciri-ciri romantik Rasulullah, kiter amalkan dalam rumahtangga agar kehidupan kiter lebih bahagia, insyaAllah"
Zaman jahilliah adalah zaman ketika taraf wanita sangat-sangat rendah, wanita dipandang begitu hina oleh masyakarat Quraisy ketika itu. Bila datangnya Rasulullah membawa seruan Islam, martabat wanita di angkat! Wajarlah wanita sepatutnya lebih gembira tiap kali tiba Maulidur Rasul dan sepatutnya lebih banyak berselawat pada baginda tanda menghargai dan menyayangi insan teladan sepanjang zaman ini.
Mie ada terbaca satu status yang ditulis di facebook seseorang, "malunya Rasulullah melebihi seorang perawan, bila di medan perang, dialah pahlawan! bila di rumah dialah penghibur!" SubhanaAllah, rindunya ku pada mu ya Rasulullah.
Rasulullah seorang pemimpin, kadang-kala baginda pulang ke rumah lewat malam, kerana tidak mahu menggangu isteri baginda yang sedang nyenyak tidur, baginda tidak mengetuk pintu malah membentangkan kainnya untuk dijadikan lapik dan baginda tidur di muka pintu.
Suatu ketika juga, Rasulullah s.a.w bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak, dan bila isterinya menjawap tiada, lantas baginda tersenyum dan mengatakan bahawa baginda akan berpuasa pada hari itu. Tenang sekali, andai ada makanan baginda bersyukur andai tiada, rasulullah bersabar. Kisah lain di dapur Rasulullah juga yang menunjukkan betapa romantiknya baginda, baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bukan itu sahaja, baginda meletakkan bibirnya untuk minum ditempat bibir isterinya minum, so sweeettt!
Jika masih ingat buku teks Pendidikan Islam dan Sejarah masa sekolah dulu menceritakan bagaimana baginda menjahit sendiri bajunya yang koyak dan menampak kasut yang bocor. Baginda membuat kerja-kerja rumahtangga walaupun sesetangah masyarakat sekarang mengatakan itu adalah tanggungjawap seorang isteri!
Walaupun dengan kesibukan menyampaikan risalah, Rasulullah sentiasa mempunyai masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Dalam satu hadis, Saidina Aisyah mengkisahkan, "adakalanya baginda, dan adakalanya aku menang". Menang apa? Menang berlumba lari! Allahuakbar! Comeynyer~
Walaupun dengan kesibukan menyampaikan risalah, Rasulullah sentiasa mempunyai masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Dalam satu hadis, Saidina Aisyah mengkisahkan, "adakalanya baginda, dan adakalanya aku menang". Menang apa? Menang berlumba lari! Allahuakbar! Comeynyer~
Romantiknya Rasulullah bukan sahaja pada Aisyah yang canteq, tetapi juga pada isteri-isteri nya yang lain. Antara nya , Saudah, seorang janda yang telah berusia, kurang berdaya dan berbadan besar, apabila Saudah nak naik unta, Rasulullah akan melipatkan lututnya agar Saudah dapat pijak dan naik unta. Fuhhh, sekarang berapa ramai yang sanggup nak bukak pintu kereta untuk isteri??
Selain itu, isteri baginda Hafsah, seorang wanita Yahudi, Hafsah sering diejek oleh isteri-isteri Rasulullah yang lain kerana dia berketurunan bani yang membunuh nabi-nabi, tatkala itu Hafsah sering merajuk dan bersedih. Tapi, setiap kali itu juga Rasulullah akan memujuk dan menceriakannya, bestnyerr! :D
Juga ada beberapa kisah yang menunjukkan isteri-isteri Rasulullah memberi cadangan kepada Rasulullah antaranya dalam perjanjian Hudaibiyah. Jika cadangan tue ok dan tak salah, baginda akan terima tanpa ada rasa malu dan ego. Allahuakabar, lelaki biasanya bila perempuan bagi idea, dorang ego nak terima, tapi Rasulullah...Allahummasolli 'ala Muhammad!
Romantika nya Rasulullah, apabila mandi, baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Sifat romantik Rasulullah lahir dari hati! Sebaknya rasa..
Baginda bersabda, "bermain-main itu boleh dalam tiga hal- ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu." Rasulullah sangat menggalakkan suami berlaku baik pada isteri dan digalakkan bergurau senda. Setiap kali Rasulullah nak bermusafir, baginda akan mencium isterinya samada nak g jauh atau dekat, lama atau sekejap. Best kan? Ciuman yang bukan datang dari nafsu, tapi ciuman cinta dari hati yang penuh kasih sayang, sooo sweeeettt~
Andai mie nak ceritakan semua satu persatu sifat romantik Rasulullah, memang berentry-entry la jawapnya..
Mie nak cadangkan baca buku nie, "Sisi-Sisi Cinta Nabi Muhammad SAW (Kisah Harian RumahTangga Nabi dan Para Sahabat) karangan Dr Nizar Abazhah, buku ni best sell di Syria dan Lubnan. Mana nak cari buku best nie?? Mie jumpa buku ni di kedai buku-buku Indonesia di Jalan Masjid India, kedai buku yang biasa di Malaysia takde rasanya. Best buku nie! :D
Buat bakal hubby mie, sama-sama kiter tanamkan rasa cinta pada Allah swt dan Nabi Muhammad saw, kerana dengan itu maka akan lahirlah cinta yang sejati antara kiter :)
4 comments:
thanx k.mizah for join..:)
salam..k.mizah..tahniah sbb menang contest nih..sila pm nama,alamat n no telefon ke emel mysmile4134@gmail.com
da ada pemenang la contest ni..tahniah sis..^_^
unperfect person : apa link blog? nak follow jugak :D..thanz :)
Post a Comment