Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam keriangan!
Salam Hari Bumi!
^^^___^^^
Hepi Earth Day!
Tahukah anda? Hari ini Hari Bumi? omputih kata, Earth Day~
Apa itu Hari Bumi? Hari untuk Bumi rehat kah? hehe..
Jom tanya abang hensem serba tahu Google, dijawab oleh adik manis banyak ilmu Wikipedia:
"Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April."
Boleh baca lanjut di sini<---
Pendek kata kenapa boleh timbul Hari Bumi ini adalah bagi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar memandangkan hari demi hari Bumi kita nie semakin sakit..pelbagai bencana alam dan pemanasan global berlaku..Earth Day dan Earth Hour mungkin adik-beradik kembar..mungkin sesetengah pihak memandang enteng usaha sebegini..boleh nak bagi pandangan anda, mie tak kata salah..tapi janganlah menidakkan tanpa anda sendiri tidak melakukan apa-apa!
Bumi sakit puncanya dari kita sendiri..kemudian, kita lah jugak yang merungut..panas lah..banjirlah..itu lah..ini lah..sedap atau tak semuanya kesan daripada tindakan manusia sendiri!
Mungkin kita tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara besar seperti tanam pokok atau sebagainya..tetapi banyak benda-benda yang kecil yang berada sekililing kita yang kita boleh lakukan..sebagai contoh, tutup lampu, kipas dan alatan elektrik jika tak gunakan..hinggalah kepada buang sampah!
Haa! berapa ramai yang bungkusan coklat atau gula-gula main campak jer?? ish3..benda nie kecik jer, tapi kita tak sedarkan..nak tolong kutip sampah bila nampak depan mata, kita rasa malu (malu tak bertempat namanya nie), jadi, sekurang-kurangnya janganlah kita yang jadi penyumbang membuang sampah merata-rata..mie yakin orang yang baca blog nie mempunyai tahap pendidikan yang mampu berfikir dan moral yang tinggi, makanya, fikir-fikirkanlah~
Mie tak dapat lupakan..memang rasa bersalah hingga sekarang,huhu..masa tu darjah lima, sebelas tahun..sekolah wat rombongan, mie ikut sekali..sampai kat satu tempat tu, kami berhenti rehat, kat atas bukit apa ntah, kawasan R&R yang femes tu..nak dijadikan cerita, mie ada beli air tin, habis minum tu, cari tong sampah kat sekitar takda, nak g jauh-jauh, tak berani, maklumlah first time kuar dari famili..nak campak jer pun tak berani..payah sangat, kawan mie pun dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk "tolong" campakkan tin air tersebut ke bawah bukit..duuuushhhh~ooohhh~tidak~~~
itulah pertama dan terakhir kalinya mie buang sampah merata-rata..seingat mie lah..
Boleh jer kan bila makan gula-gula tu, bungkusannya kita masukkan dalam poket dulu jika tak jumpa tong sampah? kan? boleh jer kan kiter kumpulkan sampah-sampah dalam satu beg plastik dulu? kan?
batang lolipop tu pun jangan main campak jer! eh, mie pun suka makan lolipop gak, hihi c(:
lagi bagus jika dapat wat 3R-recycle, reuse,erk(se lagi gape ek?huhu)
Bukan sekarang jer, beribu-ribu tahun dahulu lagi sebelum Bumi ini sakit Allah dah ingatkan kita:
"Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(Ar-Ruum 30:41)
"Dan janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
(Al-A'raaf 7:56)
Allah swt menjadikan kita hamba dan khalifah di muka bumi ini..bukan tanggungjawap pemimpin negara sahaja, tetapi setiap dari kita! ya! saya! kamu! kamu! dan kamu! apa tugas hamba? apa tugas khalifah? Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang-orang yang melakukan kerosakkan, mahu kah kita berada dalam golongan yang Allah tak suka? sobsob..
"Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakkan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan."
(Al-Baqarah 2:205)
Apakah yang boleh dibuat untuk kesejahteraan bumi?
anda bijak, fikir-fikirkan!
dan
Selamat Hari Bumi! ^_^

p/s: mie memandang orang yang membuang sampah merata-rata adalah orang sangat tidak bermoral!

No comments:
Post a Comment