Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam perjuangan!
Malam nie duk merayau-rayau dalam facebook..duk tengok kut-kut ada sahabat-sahabat di Mesir yang dah online..dalam duk merayau-rayau tu, terbaca satu perbincangan yang sangat menarik..
Jom kongsi! ^_^
(p/s: sape lah yang tak kenal depa dua orang nie, dua orang anak muda yang hebat!)
Nak berjaya dlm kerjaya, kita perlu ikut jejak langkah org yg dah berjaya. Maka, nak berjaya membangunkan masyarakat, kita juga perlu ikut jejak langkah org yg dah berjaya; contohnya Rasulullah saw. Walaupun dulu semasa zaman Nabi kaum Quraisy jahat giler, tak pernah Rasulullah saw ajar kita utk memberontak sehingga menimbulkan pelbagai side effects negatif yg lain. Please correct me if I'm wrong :)
Hilal Asyraf
ini merujuk kepada keadaan di Mesir kah?
Sebenarnya, judgement tadi pada pendapat saya terbahagi kepada dua. Untuk orang yang faham, dan untuk orang yang tidak faham.
Orang yang faham dan ditarbiyah, serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model, maka rusuhan dan pemberontakan memang bukan caranya. Mungkin kita boleh cakap kepada mereka fasal kenapa tak tarbiyah diri agar jadi lebih sabar, agar lebih boleh calculated keadaan, agar boleh consider mana lebih bagus dan sebagainya.
Tetapi kita juga perlu melihat realiti di tempat rusuhan. Apakah rusuhan dan pemberontakan itu dimulakan oleh orang-orang yang faham?
Kalau merujuk keadaan di Mesir, rusuhan dimulakan oleh rakyat awam yang tertekan dengan kehidupan mereka selama ini, dan dibakar pula dengan semangat kejayaan di Tunisia. Mereka ini naik secara 'automatik'. Mereka mungkin tak consider pun ini ikut Rasulullah ke, kebaikannya kurang dari keburukannya ke, dan sebagainya. Untuk mereka ini, kita tak boleh judge sewenang-wenangnya: "Mengapalah tak ambil contoh Rasulullah SAW" kerana mungkin mereka tak pun tahu bahawa ini bukan jalan Rasulullah SAW. Biasanya, hal-hal ini adalah orang yang mengikuti sistem tarbiyah sahaja yang akan consider. Rakyat awam, jarang consider.
dan kadangkala, ini pendapat saya, benda-benda yang macam terjadi di Mesir sekarang ni, bukan ada dalam perancangan perusuh pun. Mereka mungkin, sewaktu memulakan pemberontakan, tak merancang pun akan pergi sejauh ini. Namun semua ini berlaku, seakan-akan ada 'tangan ghaib' yang menolaknya, dan memang 'inginkan keadaan ini terjadi'.
Ini setakat pemerhatian saya lah.
Dan saya juga ada belajar, akan peristiwa satu kampung di Syria, yang mana gerakan dakwah di sana satu masa dahulu, akhirnya memutuskan untuk menentang bagi menggulingkan kerajaannya yang zalim. Ketika itu, mereka tewas, dan akibatnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap lelaki-lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka dipenjara dan dirogol.
Saya yang ketika belajar itu, berkata kepada guru saya: "Apalah gerakan dakwah tu, tak boleh sabar sikit ke? Kita ni kena la ikut Rasulullah. Tengok Rasulullah sabar macam mana."
Tetapi guru saya dengan sederhananya menjawab: "Hilal, mereka sudah bermesyuarat dengan syura mereka. Mereka telah menghitung pro dan kontra mereka. Bukannya mereka tidak tahu jika mereka tewas apakah yang akan dihadapi oleh mereka. Tetapi mungkin, mengikut judgement mereka, itulah keputusan yang terbaik buat mereka. Kita ini Hilal, kita tidak berada di dalam situasi mereka."
Sebab itu, 'outcome' kepada sesuatu tindakan itu kadangkala bukan reason untuk kita tengok tindakan itu baik atau tidak. 'Bagaimana' bertindak, itulah yang menentukan kebaikan tindakan kita. Macam exam. Sekiranya 'outcome' yakni 'skor cemerlang' adalah nilaian kebaikan, maka pelajar yang meniru dan cemerlang adalah baik, dan pelajar jujur yang gagal adalah buruk. Tetapi kita tidak dididik menilai begitu bukan?
Ini hanya pandangan saya, berdasarkan apa yang saya belajar, dan apa yang saya dapat. Mungkin bagi orang yang merusuh itu, kemungkinan pertamanya, mereka tidak pun merancang hingga sebegitu rupa, tetapi Allah mengkehendaki semua itu terjadi agar berlakunya 'peringatan keras'' kepada para tirani dan 'khabar gembira' bagi yang percaya kepadaNya. Kemungkinan kedua, mungkin bagi perusuh, rusuhan dan pemberontakan itulah solusi terbaik buat mereka mengikut calculation mereka, berdasarkan situasi kehidupan mereka.
Siapalah kita untuk menghitungnya.

Imran Koyube
Hilal & Amalina, nice thought really. Thanks :)
I think from different perspective.
'we may likely judge negatively towards some oppressed people that fight for their justice like egyptian now.'
During Rasululullah pbuh time, he and his followers are oppressed as well - even worse than what egyptians experience now. So, what did rasulullah pbuh and companions do?
Should we follow their deeds or should we follow our emotion?
If those who demonstrate are lack of tarbiyah, it does mean that the dakwah system there is still weak. So, they have to workout on how to improve the system.
And another question for us to think is - why a lot of demonstrators are also active in ikhwan if they know that such demo will create a lot of bad side effects?
Please correct me if i'm wrong :)

Itulah sebab yang saya cakap, kita berada di dalam berlainan situasi. Situasi kehidupan kita yang mungkin tak merasai situasi kehidupan mereka. Juga Situasi rakyat yang kurang faham, dan situasi orang-orang yang ada tarbiyah yang faham.
Revolusi jelasnya bukan dalam tarbiyah ikhwan. Dan pada saya, demonstrasi tidak termasuk dalam kategori revolusi, lebih-lebih lagi demonstrasi aman. Sekiranya demonstrasi itu awalnya dilaksanakan dengan aman, kemudian berubah menjadi 'buruk atas sebab-sebab tertentu', kita tidak boleh menyalahkan demonstrasi. Kita sepatutnya menyalahkan 'sebab-sebab tertentu yang menjadikannya buruk'.
Macam 'berjaya di dalam exam'. Kita tidak boleh kata 'keinginan untuk berjaya di dalam exam itu buruk' semata-mata kerana ada orang meniru untuk berjaya. Yang kita perlu salahkan adalah 'meniru', bukan 'keinginan untuk berjaya di dalam exam'.
Dan jelas sekarang, IM di Mesir berusaha mejaga kententeraman awam dan harta benda negara. Suara rasmi juga menyatakan bahawa IM meminta semua meneruskan demonstrasi dalam keadaan aman. Jelas pada saya, IM bukanlah orang yang patut kita katakan sebagai yang sistem dakwahnya lemah dan orang-orangnya 'lack of tarbiyah'. Bukannya IM yang memulakan apa yang berlaku di Mesir, bahkan suara rasmi meminta agar ahli-ahli bawahannya tidak terlibat, dan bendera IM dilarang sama sekali untuk dikibarkan. Semua itu adalah usaha keras agar IM tidak mampu difitnah dalam situasi getir ini, dan mampu menjadi contoh kepada ramai. Tetapi IM juga, adalah badan yang mewakili kebenaran, tetap meraikan 'gejolak' rakyat. Namun lihatlah pesanan-pesanan mereka, semuanya mengarahkan agar demonstrasi dilakukan dengan aman tanpa huru-hara. So, why must we said system dakwah mereka lemah, dan orang-orang mereka lack of tarbiyah?
Dan setakat berita terkini yang saya perolehi, yang membebaskan banduan, yang mengebom penjara, yang mencuri kerosakan awam, bukanlah ahli-ahli IM, atau rakyat yang menuntut kebenaran, tetapi adalah SB-SB yang selama ini bekerja untuk Mubarak. In the other way, they want us to look that usaha rakyat menuntut keadilan ini memberikan kenegatifan yang sangat besar, sedangkan kenegatifan itu diwujudkan pada tangan-tangan tirani sendiri. Mereka sedang berusaha untuk menghentikan gelombang keadilan ini, dan sokongan terhadap penuntut keadilan ini, dengan menunjukkan kepada kita, negatifnya perkara ini.
Dan pendapat saya, mengambil contoh situasi di Syria yang mana gerakan dakwah di sana yang memang membuat keputusan untuk menggulingkan kerajaannya(yang mana IM di Mesir bukanlah yang merancang rusuhan dan revolusi yang berlaku sekarang ini), mereka adalah yang bermusyawarah dan meminta pelbagai fatwa bagi memastikan judgement mereka adalah yang terbaik. Dan kita sepatutnya, sebagai orang yang tidak berada di dalam situasi mereka, tidak sewenang-wenangnya mencadangkan bahawa tindakan mereka sebagai 'kelemahan'. Pada saya, situasi mereka adalah majal yang terbuka untuk ijtihad.
Dan sebenarnya pada saya, sekadar mengulangi apa yang saya nyatakan di komen saya yang pertama di wall ini, kalau kita nak judge orang-orang IM berkenaan betapa mereka tidak mengikut apa yang Rasulullah buat, mungkin ada benarnya, sekiranya yang merancang rusuhan dan revolusi itu adalah IM. Tetapi pokok pangkalnya sekarang, kebangkitan ini adalah 'automatik' daripada rakyat seluruhnya.
Kita sendiri tahu yang IM Mesir bukannya memegang SELURUH Rakyat. Dan kita sendiri juga tahu, bukan SEMUA yang mengikuti tarbiyah, benar-benar SOLID 100% macam Rasulullah. Dan bagi yang duduk di tanah arab, adalah amat arif bagaimana seorang arab, lebih-lebih lagi orang yang tak educated, apabila 'terbakar dengan semangat', tiada siapa lagi yang mampu mengawalnya. Semua ini patut kita ambil kita dalam judgement kita untuk menilai situasi ini.
Dan sesiapa yang melihat usaha-usaha IM dalam situasi ini, pastinya tidak akan sesekali menimbulkan isu 'lack of tarbiyah, system dakwah yang lemah'. Mereka yang telah berusaha lebih 80 tahun mengharungi kerajaan Mesir yang teramat zalim, orang-orang mereka yang telah terbunuh tidak terbilang banyaknya, dan yang dipenjara entah sekian lama dan entah sekian ramai bilangannya, mereka IM Mesir yang sentiasa menilai sesuatu perkara sedalam-dalamnya, dan kini mereka berada di tengah situasi 'fitnah' ini pula yang bila-bila masa sahaja orang jahat boleh 'naikkan nama IM sebagai dalang utama kerosakan' ini bagi mengambil peluang menghapuskan mereka sepenuhnya, tetapi lihatlah IM, bagaimana akhlak mereka dalam keadaan genting ini.
Jika saya, saya tidak akan kata bahawa mereka 'lack of tarbiyah, dan system dakwah mereka lemah'. Dan jika ada yang berkata, mengapa IM tidak melarang sahaja revolusi yang berlaku jika itu bukan jalan mereka?
Saya teringat bagaimana Rasulullah menghalang para sahabatnya memarahi lelaki badwi yang kencing di dalam masjid. Hikmahnya, jika sahabat baginda memarahi, atau ingin memukul lelaki itu ketika lelaki itu sedang kencing, ada kemungkinan lelaki itu akan berlari dalam keadaan kencingnya bertaburan lebih banyak tempat di masjid. Mungkin IM tidak menghalang, kerana jika menghalang revolusi ini, mungkin lebih banyak keburukan, berbanding kebaikan di dalamnya.

Mohd Hazizi Ab Rahman
1) Tiada "contradiction" antara tarbiyah dan demonstrasi. Tarbiyah bukan bermakna jadi baik, lurus, sabar memanjang dan seumpamanya sahaja. Tarbiyah juga mengajar kita menyusun kekuatan dan menggunakannya ketika waktu yang paling sesuai.
2) Sejarah perjuangan Ikhwan di Mesir terlalu panjang, 83 tahun, melalui pelbagai pengalaman. Kesabaran mereka tiada boleh ditandingi oleh gerakan lain. Mereka lebih tahu dgn situasi mereka berbanding kita.
3) Saya kurang bersetuju bahawa demo itu dimulakan secara tak terancang. Kalau diamati ia berlaku secara terancang, oleh pemuda-pemuda umum tanpa ada mana-mana pihak mengangkat bendera/banner/panji organisasi mereka. Berdasarkan wawancara melalui telefon dalam al-Jazeera, ramai tokoh-tokoh di Mesir yang menegaskan demo berlaku secara tersusun, walaupun tidak dikedepankan siapa yang mengetuai. Sehingga sekarang terdapat pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dalam media Barat tentang peranan Ikhwan dalam demo ini. Tokoh-tokoh Mesir yang diwawancara itu menegaskan bahawa sebarang usaha untuk berbicara mengenai siapa yg akan ganti Mubarak adalah usaha memecah belahkan masyarakat Mesir dalam tuntutan mereka sekarang agar Mubarak berundur. Nampak semua ini berlaku secara terancang. Sudah tentu ia peranan pihak yg paling kuat pengaruh dalam masyarakat Mesir.

Semoga keadilan buat rakyat-rakyat Mesir..dan teruskan berdoa untuk rakyat-rakyat Malaysia agar mereka semua selamat..
p/s: sama-sama kita cakna saudara-saudara kita dan (baca:mizah) rajin-rajin tambah ilmu deh, peace!

No comments:
Post a Comment