Tuesday, February 8, 2011

-aMaNaT TeRaKHiR MPP USMKK 2009/2010-


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam sejahtera..

Setahun telah berlalu, dengan perkara ditempuhi,onak duri,suka duka, segala-galanya demi satu perjuangan..

Bukan kisah kami yang mereka mahu dengar, bukan rintihan kami yang mereka ingin baca, kami tahu itu semua bukan kehendak mereka..

Dalam tempoh setahun ini, kami cuba sedaya upaya..kami sedar ianya bukan hanya suatu tanggungjawab, suatu komitmen yang perlu kami laksanakan, tetapi suatu hukuman oleh Tuhan yang Maha Adil..kami akan dipersoalNya di hari pengakhiran dan pengadilan nanti..

Kami bukan penyelesai masalah mahasiswa..kami hanya pemudahcara bagi pihak mahasiswa..

Kerana itu..dalam masa setahun ini..

Jika terdapat sebarang kekurangan yang telah kami lakukan kerana tidak dapat memenuhi tuntutan anda, MAAFKAN kami..

Kami juga ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi bersuara bersama kami selama setahun ini..

Anda yang memilih kami..andalah kekuatan kami..

Sesuatu isu yang berjaya diselesaikan oleh kami, sebenarnya bukan hanya perjuangan kami sahaja, tetapi perjuangan mantan-mantan MPP yang lepas dan sebenarnya PERJUANGAN ANDA..dunia hari ini telah membuktikan, suara bersama itu amatlah penting..

Selain isu-isu kebajikan yang memang tugas utama Majlis Perwakilan Pelajar,seperti mana Perutusan NYDP 3, Muhammad Nur'Azmi Hisam setahun yang lepas, kami mempunyai agenda tersendiri yakni " Memastikan Badan MPP Menjadi Sebuah Badan Yang Releven Di Persada Kampus Kesihatan." Agenda ini hadir setelah menyahut seruan Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak yang meminta kami 'membina niche tersendiri di Kampus Kesihatan' dan Timbalan Naib Canselor, Prof Omar Osman yang melontarkan cabaran 'megubah landskap pemikiran mahasiswa Kampus Kesihatan'.

Ketika itu, kami katakan:
'kami sudah bersedia untuk melakukan perubahan"

Sekarang, kami katakan:
"kami telah melakukan perubahan"

Perubahan-perubahan dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga klimaksnya mampu dilihat ketika Karnival Kampus USMKK dan Festival Kelestarian Islam, 2 program terbesar kampus kesihatan..

Tahniah dan terima kasih kepada semua penggerak-penggerak program MPP..tahniah bagi mereka yang merasai perubahan tersebut..

Setinggi-tinggi kesyukuran dan keampunan kami panjatkan kepada Tuhan sekelian alam..

Kepada ANDA, MAHASISWA USMKK, sekali lagi kami memohon maaf dan jutaan terima kasih..

Kepada sekretariat-sekretariat MPP USMKK 2009/2010, bantuan anda ketika bersama kami, tiada nilai harganya..

Kepada pihak-pihak BHEPP, jabatan-jabatan di USMKK yang banyak membantu kami, memberi kerjasama kepada kami, juga JUTAAN TERIMA KASIH kami ucapkan..

Kepada Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO-NGO) yang telah bekerjasama dengan kami, juga Terima Kasih tak terhingga kami ucapkan..

Mungkin apa yang kami lakukan, tak semua tahu, insyaAllah, kami akan cuba ketengahkan apa yg telah dilakukan sepanjang setahun ini. Semoga Allah masih memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan khidmat yang masih berbaki beberapa hari ini. Tiada daya dan kekuatan hanya dariNya..

Dengan ini, kami mengumumkan tarikh pembubaran MPP USMKK 2009/2010 secara rasminya adalah pada 11 Februari 2011 dan tarikh pengundian adalah pada 21 Februari 2011.

Kami menyeru semua mahasiswa turun untuk mengundi, buatlah keputusan yang bijak dengan memilih calon-calon yang berkredibiliti agar SUARA ANDA, HAK-HAK ANDA terus diperjuangkan!

Kami juga akan mengundi seperti anda, insyaAllah, kami akan mempunyai pilihan calon kami tersendiri, jadi anda buatlah keputusan yang bijak, PILIHAN DI TANGAN ANDA!

Kepada rakan-rakan perubatan Tahun 1 dan perubatan Tahun 3, yang akan menempuhi peperiksaan ketika tarikh tersebut, diharap ianya bukan halangan untuk anda turun mengundi bukan sahaja demi Kampus Kesihatan tercinta tetapi juga demi HAK ANDA!

Bersuaralah Bersama Kami!
MPP USMKK 2009/2010

- Muhammad Nur 'Azmi Hisam
Perubatan Tahun Tiga
- Jazimah Ramli
Perubatan Tahun Lima
- Tan Sze June
Pergigian Tahun Lima
- Nur Shafawati Abd Rahni
Sains Forensik Tahun Tiga
- Siti Aminah Alawiah Md Mukhtar
Perubatan Tahun Lima
- Nurhamizah Mohamad Rafiuddin
Sinaran Perubatan Tahun Tiga
- dan sekretariat-sekretariat..

No comments: