Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera..salam aurora..salam ukhwah..salam perjuangan!
Mood sekarang nie..tak menentu..sekejap ok, sekejap ko..
Masalah: emosi tak stabil..
ok, baek..kita tinggalkan emosi itu..
Nak citer nie..
Pada 14 Januari yang lepas(rasa-rasanya betul dah tarikh nie, hehe)..suatu kenangan yang terindah buat "kami"
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Malam Ekspresi Muslimat
Malam untuk muslimat ekspres apapun, camtue kutt, kekeke..
Eh, memang betul pun.."kami" pun mengekspreskan diri jugak..
Siapa sangka..berbakat semuanya sahabat-sahabat ku tercinta nie, ^_^
Malam tu, sekali lagi mie diberi penghargaan untuk mendeklamasikan sajak di Festival Kelestarian Islam..
(oh, adik-adikku sayang, akak nie nak pencen dah, udah-udah la tu, huhu)
Alkisahnya, masa tahun satu, yang jadi mie boleh baca sajak untuk masa gimik perasmian Minggu Penghayatan Islam tu adalah kerana mie ajk protokol, padahal boleh ajer kan orang lain bila fikir-fikir balik..maklumla, freshie lagi, orang suruh kiter wat je lah kan..
(sape lah kakak yang suruh tu ek? +_+)
Pastu, MPI seterusnya jugak diberi peluang untuk deklamasikan sajak jugak..gabra usah kata la..terketar-ketar lepas habis baca..owh, mie nie pelik sket..awal-awal tak gemuruh sangat, tapi bila dah dekat-dekat nak habis, dah ayat last, tu dia! dia mula la ketaq lutut, ketaq bibir, nak cakap memang takleh langsung, adeh~
Haa..sajak kali nie, spesel sungguh! ^_^
Mie terima untuk deklamasi pun tiga sebab:
Pertama - sebab adik-adik junior yang berbakat-bakat sumenyer ni dikatakan ramai takde di kampus, ada program apa ntah..
Kedua - sebab dah las minit, kira mie nie bidan terjun la..bidan yang tak pandai sambut anak pastu terjun dalam laut melarikan diri, camtue lah kutt..
Ketiga - eh bukan - Utama - sebab sahabat ku punya sajak yang sajaknya menang pertandingan! wahhhh! tahniah dear!^_^
Terimalah~
Sahabat..
sungguh pertemuan itu satu ketentuan.
Qada' yang pasti dari Dia buat kita..
tanda Rahim dan RahmanNya buat hamba-hamba yang tercinta
Perkenalan kita..
ibarat najmu bertemu purnama
ibarat lebah bertemu bunga
masing-masing tersenyum gembira
Ceria..
walau terpalit masalah dijiwa
walau berat sakit yang melata
wajah dihias sakinah cahaya
agar terubat hati yang lara
Sahabat..
sedarkah kita ..
pertemuan kita bermula dari TIADA kepada ADA
lalu..
Tiba saat dan ketikanya
Dia memisahkan kita..
bukan Dia tidak tahu hancur luluh hati kita
akibat pedih rasa penangannya
bahkan Dia Maha Mengetahui segalanya!
Percayalah sahabat..
Ini terbaik buat kita
kita akan tetap bersama selamanya
asal akidah kita teguh padaNya
walau terpisah tidak bertemu mata
doa menjadi penguhubung setia
Nukilan : Syamimi Ahmad
^___________^
Ok..malam diteruskan lagi dengan sketsa oleh sahabat-sahabat ku tercinta nie..pandai tol la depa berlakon..mie? sori-sori, tak reti, hihi..
Kisahnya bermula dengan anak-anak "kami" yang bertanyakan apa itu sahabat?
~imbau kenangan~
Kenangan bagaimana "kami" bertemu, susah payah "kami", riang- ria "kami", semuanya, insyaAllah kerana Nya dan akhirnya tiba suatu masa, "kami" terpaksa berpisah..
Ini adalah kisah benar "kami"..bukan "kami" jer yang sebak..tapi bagi yang sama-sama memahami apa yang kami lalui dan apa yang mereka telah lalui dan akan lalui, mereka turut sebak..
Ending citer..
~Sebiru Hari Ini~
itu lah tajuk sketsa "kami"
Mie mendeklamasikan lirik Sebiru Hari Ini
(p/s:nak nyanyi suara tak sedap ok!)
Sebaknya hanya Allah yang tahu bila masuk part ini:
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
kenang masa indah kita!! love u all so muccccccccccchhhh!!!


p/s:sori..muka sume macam alien, kikiki
No comments:
Post a Comment