CATATAN AN-NUR: 1
“Aku menulis agar ianya menjadi teladan. Aku menulis agar ianya menjadi iktibar. Untukku dan orang lain mengambil pengajaran. Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hindarkan ku dari sifat-sifat yang tidak patut hinggap di hati dalam mencari keredhaanMu”
16 Julai 2011
22. Makanya sudah lebih 9 tahun aku menanggung dosa pahala sendiri. Terasa begitu banyak masa disia-siakan, begitu banyak dosa yang dilakukan berbanding pahala, sedangkan waktu kematian itu semakin hari semakin mengejari.
Di hari lahirku kali ini, satu lagi pengalaman berbeza. Tempatnya di IIS, Setiawangsa. Pemikiran ku disentap! Kursus Perbandingan Agama kedua ini benar-benar memberi cabaran buat ku. Dua hari berlangsung dengan padat dan penuh berilmiah.
17 Julai 2011
Usai FCR 2, abang ku membuat kejutan. Nak belanja jugak adik kesayangan dia nie,hehe. Singgah sebentar di Restoran Tasik Indah.
Sentap! Kita juga begitu kan? Dah lama kita dilahirkan. Kenapa perlu menagih simpati? Mengharap tumpuan orang? Kenapa tidak kita jadikan pengalaman hidup kita sebagai pedoman dan iktibar untuk melalui hari mendatang?
Usai makan, hati masih lagi berdebar. Debaran yang telah dinanti semenjak beberapa bulan lalu. Keputusan yang dibuat akan menjadi realiti tidak lama je lagi, insyaAllah.
Melalui jalan gelap-gelita dengan GPS yang masih kolot tak update latest jalan, membuatkan BP ku makin tinggi. Kenapakah ku ingin pergi? Benarkah keputusan ku ini?
Jam pukul 11.30 malam, sampai ke tempat yang dituju.
18 Julai 2011
Hari ini bakal bermula. Hati masih lagi mendendangkan lagu rock 80 an. Terngiang-ngiang, terlintas-lintas. Satu ayat suci al-Quran yang membuatkan aku membuat keputusan ini. Ayat 1-4 surah an-Nur, benar-benar memberi peringatan buat sekalian manusia, dengan peringatan-peringatan yang lantang dari Allah Maha Berkuasa. Tanpa diduga, air mata mengalir, cukup indah, sangat menyentuh hati, ayat ke-5 an-Nur benar-benar membuatkan mana-mana insan terasa rahmat Allah yang sangat terbentang luas. KeampunanNya yang dijanjikannya sangat besar untuk semua umat manusia yang beriman.
Ingin ku dekati mereka. Ingin ku bicara pada mereka yang mereka boleh jadi lebih mulia dari mana-mana ustaz dan ustazah! Ingin ku selami hati mereka.
“Akak, sy kena wat ngape kat sini?” Jujurnya, aku tidak tahu apa tugas yang perlu aku lakukan disini.
“Takpe, hari nie awak rehat-rehat dulu. Rileks dulu, nanti akak gtau”
Setiap masa berharga, takkan ingin ku persiakan peluang ini. Dah sampai jauh-jauh, takkan nak duduk diam-diam jer. Ku membaca segala apa yang mampu ku baca tentang tempat ini, cuba mencari maklumat-maklumat serba sedikit tentang rumah ini.
Dah taktahu nak baca apa, nak selidik apa. Maka aku pun online, reply wishes birthday dari rakan-rakan di facebook,hehe.
Aku kini di rumah perlindungan wanita Islam. Maksud lebih mudah, disini ada penghuni muallaf (sekarang seorang) dan penghuni mengandung anak luar nikah samada hasil zina ataupun rogol.
Setiap masa dan setiap saat fikiran ku tidak lekang dari berfikir bagaimana dapat ku dekati mereka. APa yang patut aku sampaikan dulu? “Zina tu dosa besar! Masuk neraka!” “Tulah sape suruh tahu buat, sekarang baru nak cari taubat!” sedangkan hati-hati mereka sekarang telah pun mereka dalam keinsafan. Atau “Rahmat Allah itu luas..” “Takpe,takpe, doa banyak-banyak,insyaAllah..Allah itu Maha Pengampun” sedangkan mereka langsung tidak berasa berdosa dengan apa yang pernah mereka lakukan! Buntu!
Disini ada dua buah rumah. Saling bersebelahan. Rumah utama untuk warden, muallaf dan penghuni yang dalam pantang, rumah sebelah untuk bakal-bakal ibu.
“Assalamualaikum..saya ustaz **** dari Pejabat Agama ****, …”
“Errr, saya bukan ****, saya baru sehari kat sini”
“Ohh, nie warden baru ke? Ok! Camnie ustazah..”
Waktu yang digunakan jugak untuk berbual-bual dengan saudari muallaf disini, bual ringan-ringan dulu.
Usai Zohor, mengadap buku Solusi di atas meja, waktu yang sangat mengantuk! Fuhhh~ Kakak warden yang ku kenali dan yang telah membawa ku mengenal jemaah keluar kerana menghantar seorang penghuni pergi wat checkup di klinik swasta.
“Kak, g klinik kesihatan ke?
“Hohoho, nurse di klinik kesihatan lebih pandai dari doc-doc.”
“Haaa?” Keblurran lagi!
“Kepoh! Kecoh!”
Ooh.
“Haa,tau-tau. Pernah la belajar sekejap. Kenapa?”
Maka, sesi luahan perasaan selama hampir 2 jam pun berlangsung.
Hati tersentuh. Ya Allah, besarnya ujian dia!
Banyaknya yang ingin ku katakan, tapi ku biarkan telinga ini setia mendengar. Apalah sangat 2 jam berbanding 5 minggu yang aku akan basuh cukup-cukup! Hohoho~ InsyaAllah.
“Mizah! Jom g hospital, discaj!”
“Erkk..sekarang ke kak atau lepas Asar?” Jam kelihatan lagi 10 minit nak Asar.
“Sekarang!”
Inikah maksud standby 24 jam yang pernah dikatakannya dulu ketika ku menyampaikan hasrat ku? Ataupun saat jadi bidan kerana tak sempat nak hantar ke hospital? Gulpp!
“Baik kak!”
Dalam kereta. Beberapa soalan dapat jumpa pasangannya yakni jawapan. Ingat kan makin lega, tapi…
“Peraturan 1 bla,bla,bla..Peraturan 2 bla,bla,bla..Peraturan 3 bla,bla,bla.. Pagi dorang kelas, waktu petang tue awak buleh la mengajar dorang. Ikut la,ibadah ke, awak nak wat kelas perbandingan agama pun boleh. Nanti lepas maghrib taaruf k. Pastu, dengan dorang , awak xleh dah nak husnulzhon2..budak2 dalam jemaah besenyer lembut2,husnulzhon2..nga dorang awak kena banyak waspada,kena ada syak wasangka, dorang kekadang,ada yang pandai berlakon..depan mak ayah lain,depan kita lain,kat luar lain..nie berdasar pengalaman akak jaga kat sini..”
Silibus sendiri! Kena syak wasangka! Adeh! Korang faham tak situasi aku nie?? Its not easy ok!
“Baik kak, insyaAllah, saya lakukan apa yang termampu”
Rasa macam nak pusing aircond kete tue ke level 4,cuak giler beb!
“Mati aku! Mesti WF dah wat macam-macam modul. Modul aku nga dia lebih kurang jer, dah kitorang selalu share-share modul, adoi!”
“Saya dah beberapa hari pergi kaunseling. Pergi sana asyik menangis jer. Tak dapat nak cerita. Sekarang rasa lega, dapat citer. Saya mintak maaf saya banyak cakap..”
Lantas citer terus bersambung hingga jam pukul 8pm! -_-“
“Akak tau tak, dalam al-Quran, Allah ada beritahu kat kita semua, dalam surah kedua, Al-Baqarah ayat 216, Allah pesan cukup manis pada kita, ‘boleh jadi…..Allah Maha Mengetahui sedang kita tidak tahu’” Kesian ku padanya. Dia salah faham tentang konsep istikarah. Ya Allah, kurniakan ku lisan yang jelas dan ilham dari Mu agar dapat ku perbetulkan salah faham itu.
Sekarang, semua mata 12 atau mungkin 23 orang (1 muallaf, 11 wanita, 11 baby dalam kandungan) sedang memerhati aku. Aku masih terasa senyuman ku cukup manis, hehe.
Taaruf bermula dengan baik sekali pada ku. Aku cuba sekeras-kerasnya tidak menilai mereka apa-apa. Apa yang mereka lakukan ,itu adalah urusan mereka dengan Allah, bukan tugas aku. Memang sukar. Sukar kerana tidak tahu situasi mereka, tidak tahu apa perasaan mereka, menyesal? Masih seronok? Takut?
Aku mengambil keputusan untuk mendengar. Masa masih panjang untuk ku merancang. Tak kenal, maka tak cinta, insyaAllah :)
Kebiasaanya lepas maghrib, selang semalam, akan ada slot tazkirah..yakni disampaikan secara bergilir-gilir di antara mereka. Jadi,malam nie aku bertuah, malam nie malam yang ada tazkirah! Permulaan yang baik untuk mengenali!
“Nak gtau tau, akak tak belajar sekolah agama. Kalau yg datang sebelum2 nie boleh lah mgajar bahasa Arab ke,tapi akak tak pandai. Akak cuba sampaikn apa yg akak tahu jelah eh,yang tak tahu tu akak kan try tanya orang lain k.”
“Takpe..takpe..akak ajar kitorang sains pun takpe. Kita suka pasal sains! Nanti boleh tanya pasal2 kesihatan jugak :D”
“Ustazah..saya nak tanya..”
Hati memanjatkan kesyukuran. Walaupun terasa sensitive dengan panggilan itu, tapi aku mengalu-alukan pertanyaan mereka. Aku cuba menjawap apa yang aku tahu dan katakan tidak tahu pada apa yang aku tidak tahu. Aku benar-benar mahu menjaga hati ku,niatku,pertuturan ku, agar apa yang disampaikan datang dari hati akan sampai terus pada hati mereka.
Isya’ menjanjikan ketenangan dan suatu pengharapan. Perancangan 5 minggu ini masih belum ada. Tapi aku yakin, Allah akan bantu.
“Akak nak dukung Umair buleh? Tapi kan..tapi kan..akak tak pandai pegang baby! Waaa~”
“Haha! Takde adik kecil ke? Camnie lah kak..”
Manis senyumannya. Lakonan ku menjadi. Cuma, bab tak pandai pegang baby tu kenyataan,tak dapat disangkalkan lagi,huhu. Tapi, Umair akhirnya tertido dalam pangkuanku! :D
“Kak, saya nak tanya, betul ke kalu antibody lemah, kena makan buah langsat?”
“Haaa? Takpernah pulak akak dengar”
“Saya selalu sakit,senang kena demam. Pastu, saya takboleh tengok orang marah-marah, tengking-tengking, kalu tak mesti sakit kepala, demam.”
Now i understand what she tries to say. Korek punya korek, ternyata sangkaan ku betul. Ayahnya panas baran,sejak kecil dia dan ibunya kena pukul,mereka dah bercerai..dan dari satu cerita ke satu cerita dilafazkannya.
Langsat juga jadi pemulanya.
Bukan langsat jer. Macam-macam. Bawang pun ada.
Hati ku tersenyum. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami.
Sebelum melangkah ke rumah utama,
“Kak, hari last WF kat sini, kami dapat merasa air tangan dia. Dia masak nasi kerabu.”
Erkkk!
-11.50 pm, 18 Julai, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-
Fakta : 2008, pelatih di RS 66 orang, 2009, pelatih di RS 86 orang
No comments:
Post a Comment