CATATAN AN-NUR: 3
"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi." Al-A'araf: 178
20 Julai 2011
Hari nie duk rumah jer, tak kuar g mana-mana. Pagi nie siapkan borang akses individu dan borang semak ibadah. Aku rasa kedua-duanya sangat penting sebabnya ada yang dah lama menghuni dan ada yang baru, jadi sejauh mana dah pencapaian mereka dalam ibadah terutamanya perlu di akses. Borang semak ibadah pula sebagai satu KPI untuk mereka.
Sambil-sambil aku siapkan kerja. Kakak yang muallaf tu, Kak Ada (bukan nama sebenar) datang bilik aku. Sekali lagi dia cerita macam-macam. Adeh, pening aku dibuatnya. Bila dia mula ceritakan kisah yang sama, aku cepat-cepat potong ayatnya.
Asyik diulang-ulangnya ayat ini. “Saya muallaf. JAIS tu takmahu dah bantu saya. Kalau yang baru peluk Islam, baru dia bantu. Tapi kalu kat Kelantan, dah 10 atau 20 tahun pun, semua orang bantu muallaf”.
Salah.
“Kak Ada, apa tue maksud muallaf?”
“Bukan camtu kak, muallaf nie maksudnya orang yang cenderung hatinya pada Islam walaupun belum peluk Islam. Akak dah 8 tahun peluk Islam dan akak pernah belajar di Pondok Pasir Tumboh, lebih hebat dari saya”. Diulang-ulangnya lagi kisah yang terjadi padanya di pondok. Adeh.
“Kak, kalau betul akak tak buat, itu semua fitnah, akak doa banyak2 pada Allah. Biar Allah membalas perbuatan mereka, akak tak perlu buruk-burukkan mereka, kalau tak sama jelah kita dengan mereka. Kita tak sama macam mereka kan?”
“Saya tak sangka orang pondok macam tue. Dia ustaz. Guru kita”. Adoi!
“Dalam hati nie, ada seketul darah, nama dia hati. Hati kita nie Allah yang pegang. Dia berhak memberi petunjuk kepada siapa yg dikehendaki dan sebaliknya. Allah pilih orang-orang yang Dia kehendaki belajar pondok dan atas usaha orang tue dia nak belajar kerana apa. Jika dia belajar ikhlas kerana Allah, Allah akan tunjukkan jalan, tapi kalau dia belajar kerana nak menunjuk-nunjuk, ilmu dia dapat tak sampai ke hati. Kak Ada dan saya pun macam tue jugak. Jadi kerana belajar ikhlas kerana Allah.”
Dari satu cerita ke satu cerita. Kali nie semua aku jawap balik. Akhirnya dia malu sendiri. Ya Allah, kurniakan dia kefahaman.
“Kak Ada ada banyak buku tak?” “Ada, banyak! “
Aku meminta dia membawa ku ke biliknya. “Ok kak, dalam banyak-banyak buku nie, mana satu yang akak tak baca lagi?” Dia tunjukkan satu buku. Hadiah yang dia dapat masa ke kem motivasi baru-baru ini.
“Kak, saya nak akak baca yang No 1 nie, nanti malam nie saya tanya. Boleh?”
“Saya kalau membaca sikit, sakit kepala. Nanti saya tido”
“Takpe, akak baca sikit-sikit. Kalau sakit kepala, tido ajer, bila bangun, dah tak sakit kepala kan? Haa, jadi akak sambung baca balik. Boleh?”
Sambil tersenyum-senyum. “InsyaAllah”
“Akak baca tau, saya tanya malam nie.”
Fuhh, penat juga melayan kerenahnya. Aku menyambung kerja ku. Siap!
Kelas aku akan bermula minggu hadapan. Jadi, waktu yang ada aku gunakan untuk merangka jadual dan menyiapkan bahan-bahan. Petangnya, sangat best! Nanti bolehlah aku ambil tempahan hias hantaran,hoho. Masakan tidak, duduk kat sini, dikelilingi oleh orang-orang yang kreatif-kreatif, hehe. Aku belajar lah sikit-sikit. Anak Ustazah Haslinda akan bertunang, aku tak pasti bila. Jadi, barang-barang hantaran dia hantarkan ke rumah ini untuk dihias. Yang menghias pastinya Kak A. Kreatif orangnya! Bertuah siapa yang dapat! (Promote Kak A sket,hehe ;p) Jadi, aku belajar bagaimana membuat bunga ros dari reben. Awal-awal kucup jer jadinya, macam apa jer,haha. Pastu, tengok-tengok dah beberapa kuntum siap! ^_^. Sebab ralit sangat duk buat, tetiba aku tak sedar lilin yang panas tu menitik atas jari aku. Wahh, bagus! Sekarang ada cop dah jari nie, huhu..
Hari nie hari Rabu. Jadi, malamnya ada tazkirah. Kali nie yang menyampaikan adalah Rin (bukan nama sebenar), tajuk pasal Larangan Bergelak Tawa. Buku yang digunakan ialah Tanbihul Ghafilin(Peringatan Bagi Yang Lupa) oleh . SubhanaAllah, kagum aku dengan penyampaian dan kupasannya, ternyata dia membuat homework. Sedar tak sedar, 4 helai buku nota aku penuh dengan catitan tazkirah malam nie! Bahkan dia boleh sampaikan dengan begitu jelas dengan loghat Sabah nya bah.
“Contohnya macam kita di sini. Rumah ini tempat yang baik. Tapi, kita yang masuk ke sini pastinya dari sebab yang tidak baik kan? Dan bila kita mahu keluar nanti, kita ingin menjadi orang yang lebih baik dan kita punya hasrat mahu kembali semula ke sini, benar kan bah? Tapi kali itu bukan sebagai penghuni lagi, tetapi sebagai sukarelawan.”
Aku memandangnya. Aku yakin kata-katanya lahir dari hati. Kerna aku tersentuh dengan bait-bait tutur itu. Aku mengawal diri agar tiada air mata yang mengalir. Dia memandangku. Dan aku hanya mampu tersenyum.
Esok adalah hari terakhir bagi salah seorang penghuni disini. Aku meminta izin untuk berbicara dengannya. Aku mulakan dengan bertanyakan latar belakang diri dan keluarganya. Kak Ria ceritakan satu persatu pasal diri, keluarga dan apa yang berlaku pada dirinya. Dengan suara yang sebak, dia ceritakan bagaimana, pada suatu malam dia keluar makan dengan seorang kawan lelaki, yang dah lama dia kenal, usia makan, lelaki tersebut memberikan air mineral pada nya untuk diminum. Sedar-sedar, dia berada di sebuah bilik, di atas katil tanpa seurat benang pun di badan, dan lelaki itu tersenyum melihatnya. Waktu dan ketika itu, dia sangat marah dan sangat sedih. Aku diam membisu membiarkan dia bercerita dan menangis.
“Akak tak sedar akak pregnant sampailah usia kandungan dah nak hampir masuk 7 bulan. Perut pun tak besar dan akak takda alahan ke, penat ke. Akak keje PA, kamu taulahkan PA, pakai ketat-ketat, tak nampak pun macam akak pregnant”
“Pastu camane akak tau akak pregnant?”
“Akak rasa tak sedap sebab rasa macam dah lama tak datang period. Jadi, akak pergi hospital sendiri wat checkup, akak memang sangat-sangat terkejut bila doctor beritahu dah mengandung 7 bulan!”
SubhanaAllah.
Aku teringat. Ada kajian kes yang dilakukan oleh seorang doktor yang mengatakan remaja-remaja perempuan sekarang tidak tahu antara salah satu akibat melakukan seks adalah mengandung. Bahkan dari apa yang diceritakannya, jelas, soal kitaran haid juga kurang tahu.
“Mizah tau tak, akak sebelum nie smoking. Lepas apa yang berlaku pada akak malam tue, akak rasa tak tenang nak merokok. Akak juz ingat mungkin tue seru supaya akak berhenti merokok. Jadi, akak berhenti. Rupa-rupanya sebab akak mengandung. Perasaan tue Allah hadirkan sebab ada nyawa baru dalam perut akak. Tapi, akak langsung tak sedar.”
“Lepas akak tau akak pregnant, apa akak buat?”
“Akak takut sangat Mizah. Akak kan bongsu, seorang perempuan. Akak tau abang-abang akak kalu dorang tahu, mesti mati akaknya. Akak takut sangat. Mak ayah dah takda. Abang-abang akak yang jaga akak. Pastu akak rapat sangat dengan salah seorang abang akak tue. Akak tau mesti dia akan marah sangat dengan akak, mesti dia sangat-sangat kecewa dengan akak”
“Akak tak tau nak buat apa. Akak cerita dekat bos akak, dia perempuan. Bos akak terkejut dan tak sangka jugak. Pastu dia nasihatkan akak gtau kat abang akak. Akak berkeras taknak. Dia pun susah-payah wat surat menyatakan akak berkursus selama tiga bulan di Kedah.”
Ditakdirkan Allah, bila akak tersebut call ke cawangan Kedah untuk meminta alamat bila abang dia mintak, cawangan bank tersebut di Kedah baru sahaja ditutup. Hati nya terus keliru. Dia menumpang sementara di rumah kawan bos dia. Tak tahu arah tuju. Sebelum dia menumpang di rumah kawan bosnya, mak boyfriend dia mengajak untuk dia tinggal di rumahnya. Tapi, boyfriendnya bila tahu, sangat marah.
“Percayalah cakap saya, abang awak takkan marah pada awak. Depa sayang pada awak. Dia takkan pukul awak”, kata bosnya.
“Mizah tau tak mizah, betul mizah. Akak ingat abang akak akan pukul akak lepas akak beritahu. Tapi, dia duduk sebelah akak, dan perkara pertama dia tanya, “baby sehat?” bicaranya dalam sedu.
Kisahnya panjang. Bagaimana abang-abangnya yang lain bertindak bila dapat tahu. Tetapi aku kagum dengan semangatnya, dia sendiri berusaha mencari rumah perlindungan semata-semata taknak abang-abangnya mendapat malu dan dia ingin berubah. Dia taknak lagi minum arak, taknak lagi bersosial-sosial. Dia nak berubah.
“Apa yang akak dapat bila masuk rumah nie?”
“Apa yang akak tak pernah buat dulu, akak buat Mizah. Solat, Puasa, Qiam.Facebok-facebook tu akak nak buang, tak guna dah, mengarut je semua tu! Akak rasa sangat tenang Mizah. Akak nak datang sini balik, akak nak jadi sukarelawan kat sini.”
Ketika saat melahirkan. Abang yang rapat dengannya ada bersama-sama dengannya. Jika tak kerana sakit, pasti dia akan melompat memeluk abangnya. Ya, kasih sayang keluarga, sebesar mana pun kesalahan seseorang ahli keluarga, kasih sayang tu takkan luput. Jika kasih sayang sesame manusia pun sebesar itu, kasih sayang Allah pasti berlipat kaliganda lagi kerana kita hambaNya.
Hatiku kian bergelora dan akhirnya aku turut sama menitiskan airmata bila dia ceritakan pasal anaknya. Aku cuba mengalihkan pandanganku agar aku tidak turut sama menangis ketika mana dia teresak-esak. Aku biarkan jer dia dan ku membisu. Anaknya menghadapi masalah ketika dilahirkan, baby tak menangis dan doctor kata baby tertelan najis. Air ketubannya keruh dan banyak. Dalam hati aku menggangap mungkin kerana kesan dari dia merokok sebelum ini. Beberapa hari baby diletakkan dalam incubator. Kak Ria sangat sedih bila pulang ke rumah kerana dia tak dapat bawa baby bersama malah baby juga turut sama menghidapi penyakit Kuning. Setiap malam dia menangis dan berdoa untuk anaknya. Kasih seorang ibu!
Lelaki yg buat perkara tersebut padanya, hanya ketawa bila dia gtau yang dia mengandung.
“Ko tau tak kenapa aku buat camtue kat ko? Aku berdendam nga ko!Aku cinta pada ko! Aku apoarch ko secara baik, ko tolak aku secara kasar! Aku sangat cintakan ko! Ko tau tak?”
Ada waktu ketika, katanya, “Memandangkan ko dah ngandung anak aku, kita buat lagi nak? Haha!”
“Syaitan!”
Ya Allah, jauhkan aku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka semua dari gangguan orang-orang yang berdendam dan busuk hati.
Aku cuba mengalih topic perbualan agar dia tidak terus kesedihan mengingati anaknya yang telah diserahkan kepada anak angkat.
“Akak, apa pengalaman paling best akak kat sini?”
“Seronok Mizah.” Ceritanya penuh keriangan.
“Kalau akak keluar nga Kak A keluar barang kan, akak rasa sangat tak selesa. Rasa macam orang-orang sekeliling pandang akak. Bukan pandang hina, tapi, terutamanya lelaki, akan rasa macam dorang perhatikan gerak-geri akak, akak malu sangat”
“Akak..Allah Maha Pengampun, An-Nur ayat 1-4, begitu keras larangan Allah kepada hamba-hambaNya tapi ayat ke-5, Allah katakan kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Malah, banyak ayat Al-Quran yang mengatakan sedemikian rupa.”
“Akak duduk kat sini, mungkin boleh tumpukan perhatian beribadah sepenuhnya pada Allah. Bila akak keluar nanti, akak akan hadapi dunia yang penuh dengan godaan, akak kena bersedia, dan akak kena kuat, akak kena ingat Allah sokmo. Ingat, Allah memberi ujian untuk menguji kita samada betul atau tak kita nie beriman padaNya. Kenapa Allah nak uji? Sebabnya kak, syurga tue sangat indah, Dia takkan izin sebarangan orang untuk masuk ke syurganya. Dan kita tak tahu yang mana satu dari amalan kita yang Allah terima dan yang mana menjadi mangkin rahmat dariNya seperti kisah seorang pelacur memberi air minum. Akak tau kan kisah tue?”
“Iman kita nie naik turun naik turun. Kita akan rasa bila iman kita mula turun, sebab tu kita kena cepat-cepat cari cara untuk kembali mengingati dia. Saya pun sama jer kak. Kalu duk umah, solat pun kekadang lewat. Sebab tu saya suka keluar bersama nga sahabat2. Jadi kak, nanti keluar, akak cari sahabat2 yang boleh membimbing diri. Kat mana nk cari sahabat? Dekatkan diri dengan rumah Allah, dengan majlis-majlis ilmu. InsyaAllah, akak kan jumpa. Dan kak, sifat malu tue sifat orang mukmin. Sifat tue mampu mencegah kita dari buat perkara-perkara tak elok,insyaAllah.”
“InsyaAllah dek”
“Kak..akak ada hak untuk tak maafkan dia. Dia yang berlaku kejam pada akak. Tapi, jika akak dapat maafkan dia itu lebih kak. Dia lagi kesian kak, dia kekal dalam keadaan begitu, tak sedar akan kesalahan, tapi Allah bagi petunjuk pada akak. Jika akak dapat maafkan dia, doakan dia, agar dia berubah dan bertaubat dan agar dia tak buat perkara begitu lagi pada orang lain. Tapi, akak ada hak untuk tak maafkan dia jika dia tak mintak maaf pada akak.”
“Akak jangan jauh dari kawan-kawan akak. Kalau akak rasa tak kuat, takpe. Tak perlu lagi kawan dengan kawan-kawan sebegitu. Tapi, jika akak cuba dekati mereka, cuba sampaikan pada mereka tentang Islam, tentang kebenaran. Akak dah rasai keindahan agama Allah kan? Akak dah tau hukuman-hukuman Allah bagaimana kan buat hamba-hambaNya yang lalai? Kesian mereka kak, kalau bukan akak yang sampaikan, siapa lagi kak?”
Air mukanya berubah. Menyedari akan hakikat itu. Dan, aku juga menyedari yang aku dah banyak bercakap, huhu.
Buku, ‘Hidup Bukan Rahsia, Aku, Dia dan Mereka’ karya Sis Zabrina bertukar tangan.
“Nie hadiah yg tak seberapa dari saya untuk akak. Akak baca buku nie deh dan ingat saya,hehe..”
“Terima kasih Mizah. Akak gembira dapat jumpa awak. Akak pasti akan rindu rumah nie bila keluar esok.”
Hati ku sangat bergelora. Terasa diri lagi hina berbandingnya. Malam ini, ada insan yang membasahi sejadahnya.
-12.24 am, 21 Julai 2011, Rumah Perlindungan Wanita-Wanita Islam-
p/s: Tetiba aku merasakan kaum Adam juga perlukan bimbingan!

1 comment:
indahnya pengalaman di situ. moga Allah berkati ^^
Post a Comment