Salam perjuangan..salam keindahan..salam aurora..
Salam..=)..Sehat? Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..hari ini kita masih lagi bernafas..masih lagi berpeluang meniti arus-arus kehidupan yang saban hari menduga diri..susah, senang, sedih, gembira..setiap saat, setiap ketika, setiap detik, setiap masa..samada kita sedar atau tidak..ianya tetapkan berputar..tanpa henti..tanpa menunggu
Sebelum minda berbicara, mie mohon maaf pada sahabat-sahabat atas kelewatan post nie seperti yang dijan jikan..’kita merancang yang sebaik mungkin tapi perancangan Allah itulah yang terbaik’..apa yang berlaku?..sebenarnya my beloved laptop nie buat hal sikit-window crash!huhu..alhamdulillah..sekarang dah ok..huhu..alhamdulillah..tak kena caj=)..thanz en….lupa lak nama..huhu..tambah-tambah lak internet tak berapa ok sekarang..huhu..
-PRoGRaM KeiNDaHaN BeRSaMaMu(KBM)-
‘Program apa pulak dah mizah nie..macam-macam..’..hmm..memang macam-macam..dalam mencari keredhaan illahi..bagi mendekatkan diri pada Pencipta..untuk memahami hakikat diri..bukan senang..tak mudah..kerana destinasi kita sentiasa menanti kita..bila-bila masa kita akan sampai..dan kita sendiri yang kena memilih destinasi itu..jika ingin yang baik..maka haruslah baik amalannya..dan sebaliknya..namun..yakinlah..selangkah kita padaNya..berjuta-juta ribu langkah Dia pada kita..hakikatnya..Dia sentiasa bersama kita..tak pernah lupa pada hamba-hambaNya..tapi kita acapkali..seringkali lupa..lalai..alpa..padaNya..namun..Dia tetap Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
‘dan hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang musyrik.'(Al-Yunus ayat 105).
Alhamdulillah..pada 6-7 Mac lalu, berlangsung satu lagi program pemantapan rohani..anjuran MPP dibawah kelolaan KRJ(Kelab Remaja Jim) di Dewan Nurani, USMKK..program yang berlangsung selama satu setengah hari satu malam insyaAllah tidak mengecewakan peserta-pesertanya malah mampu membina satu anjakan paradigma dalam diri setiap peserta..insyaAllah..jika diri ikhlas..hati tulus..ingin mencari..ingin mendekati..
‘Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasih sayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.
Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasih sayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.’
(http://krj-motivasi.blogspot.com/)
(http://krj-motivasi.blogspot.com/)
Program bermula dengan pendaftaran pukul 8.30 pagi. Kalau tak silap mie lebih kurang 86 orang yang daftar..tapi seperti biasalah yang ramainya muslimat..muslimin..tak sampai 10 orang mie rasa..lebih ramai fasi dari peserta..huhu..mungkin yang lain ada hal..xpelah..seterusnya program diteruskan dengan first slot-Knowing Me Knowing You-..sebelum tu sepatutnya ada majlis perasmian tapi ditangguhkan ke sebelah malam..
Actually..huhu..mie tak berkesempatan nak ikuti slot nie sebab ada kelas..tapi apa yang dimaklumkan oleh sahabat..slot ni seperti slot taaruf..kita berdua bersama sahabat kita..dan dalam slot nie..diketengahkan ‘3S’..apa tu??..salam..senyum..sapa..sama-sama kita praktikkan..=)..tapi muslimin-muslimin..muslimat-muslimat la..kan tak pasal-pasal jadi benda lain lak..huhu..jangan salahkan mie pulak..huhu..Seterusnya.. slot makan pagi..hehe.mie sampai time nie..cam tau-tau je ek :p..
Then..slot nikmat oh nikmat…suatu perkara yang kita kekadang terlupa..kerapkali lalai untuk bersyukur..mie sendiri akui..tanpa kita sedar..sekecil-kecil ciptaanNya adalah suatu nikmat..ada fungsi..slot ni kita kena berpair..bermula dengan seorang hilang nikmat mendengar..seorang lagi hilang nikmat bercakap..ya Allah..susahnya nak berkomunikasi..selama ni kita tak sedar..cakap tak ingat dunia..mendengar perkara-perkara tak elok..mengumpatlah..dengar lagu-lagu yang lagha..haa..sekarang baru tau..takleh nak bercakap..takleh nak mendengar..susah..seterusnya hilang nikmat jari..sebatang je..ibu jari sebelah kanan..and kitaorang dikasi sebiji gula-gula..tangan kiri ke belakang..’ok,buka pembalut gula-gula tu dengan guna jari-jari anda yang ada tu, takleh mintak bantuan kawan atau mulut, hanya guna empat jari yang tinggal tu’..korang cuba la rasa sendiri..kita tak sedarkan..sombong..takbur dengan Allah..kalaulah Allah kata,’Aku nak ambik satu jari kamu, satu je, kamu masih ada jari yang lain’..apa perasaan?..nak bukak sebiji gula-gula yang sangat-sangat senang tu pun dah sengsara..yang kita main campak je pembalut tu merata-rata..hanya sebatang jari..tak mampu dah nak makan..bersih diri?pakai baju?dan lain-lain?..sekadar sebatang jari..
Seterusnya kitaorang di uji lagi..kemuncak mungkin bagi slot ini..masing-masing diberi satu pin untuk di pin di mana-mana bahagian pakaian sahabat kita..kemudian diberi satu kain hitam..yup..sekarang nikmat melihat dan bercakap ditarik..kitaorang dipisahkan dari sahabat-sahabat tadi..dan diminta mencari kembali sahabat kita..taknak kehilangan nikmat sahabat kan..tapi ada yang takdapat cari..bukan sekadar soal nikmat..tapi keikhlasan bersahabat..sesetengah menggunakan pin sebagai panduan..tapi mie..mie jumpa balik sahbaat mie dengan pegang tangan..bila selalu bertemu..bersalam..kita kenal tangan sahabat kita..dan kita yakin dialah sahabat kita..ukhwah fillah itu manis..
'Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang tunduk patuh kepadaMu.'(Al-Ahqaf ayat 15).
Sebelum ke slot seterusnya, kami dipertontonkan video golongan-golongan yang kurang upaya..mie lebih suka katakan..yang istimewa..teringat rakan-rakan di sekolah dulu..sekolah mie ada kelas untuk pelajar-pelajar cacat pengihatan..dan sebenarnya..golongan-golongan inilah yang banyak mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan samada hafazan, tilawah atau sukan..subhanaAllah..lihatlah insan-insan yang celik hatinya walau buta mata..kita sewajarnya malu kat dorang nie..kita..pelbagai nikmat..berbagai-bagai kelebihan yang Allah kurniakan..namun masih bongkak!kemungkaran tak ditegah..malah terlibat sama..dakwah entah ke mana..gunalah masa untuk berfikir..
Lepas solat jumaat/zohor..slot INTEAM..seperti maksudnya..slot dalam kumpulan..tapi sebelum berpecah masuk ke dalam kumpulan pilihan masing-masing..sekali lagi kami diminta untuk duduk bersama dengan sahabat..dan luahkan segala isi hati..nyatakan satu persatu kesalahan kita padanya..dan mohon maaf serta teguran..kita selalu minta sahabat tegur kita bila ada nampak kita wat salah..tapi pernah tak kita tegur sahabat kita..takut..risau sahabat kita terasa..kecik hati..sedangkan ukhwah paling lemah adalah berlapang dada..argh..cakap senang..tapi nak buat susahkan..tapi ingatlah..bila niat kita ikhlas..bila ukhwah kita kerana Allah..secara automatic..ukhwah kita semakin erat..insyaAllah..yakinlah..
Sukan juga adalah ibadah..petang tu peserta muslimin dan muslimah berpecah..wahh..sapa kata muslimat takleh bersukan..takleh nak bersuka ria..Islam itu mudah dan fitrah..macam-macam jenis senaman dan ‘tarian’ yang kami buat..hehe..bila muslimat kuasai dewan..
-MeNiTi aNGiN MaLaM-
Slot yang paling kemuncak..yang akan meninggalkan kesan bagi yang benar-benar ingin mencari keredhaan Allah..insyaAllah..sukar mie nak ceritakan kat sini..payah nak gambarkan..apa yang dialami terlalu abstrak..seolah-olah reality..nak rasa yang real..jawapnya kita dah takde kat dunia nie..sekali lagi kami diberi satu kain hitam..mata ditutup..lampu dewan dipadamkan..kut..sebab gelap je..dan kami dipisahkan dan diselerakkan..duk sorang-sorang..apa yang berlaku?..simulasi..diterbangkan pulang ke rumah..ramainya orang..rupa-rupanya ada orang meninggal..tanpa disangka..yang meninggal tu..diri sendri!..dimandikan..dikapankan..dihantar ke kubur..ditanam..dan disoal oleh malaikat..tapi tak mampu nak jawab..amalan tak cukup!..banyaknya dosa aku!banyaknyaaaaa!dihukum..semakin lama semakin dekat..semakin lama semakin kuat..semakin lama semakin sakit..walaupun takda sorang pun yang sentuh kita..tapi terasa seolah-olah betul-betul kita dihukum..minda memainkan peranannya..kerana itulah fitrah..sakit sangaaaaaaaattttt..takut sangaaaaaattttt..ya ALLAAAAAAAHHHH!ampunkan aku!!!pulangkan aku ke dunia!!!aku nak wat ibadat kat Engkau!!ya ALLAAAAAAAHHH!sakiiitttttttnyaaaaa…..
Allahu Akbar Allahu Akbar..Allahu Akbar Allahu Akbar..kedangaran azan..pergilah kamu ke arah kalimah suci itu..ayuhlah..ayuh..sebelum nyawa mu benar-benar sudah tiada..dan semuanya berkumpul ke arah kiblat yang satu..dalam gelap..menuju satu jalan yang pasti..yang benar..perasaan ketika itu?..hanya Allah yang Mengetahui..hanya kepada Allah kita berharap..
‘Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan(jalan) mereka yang Engkau murkai ,dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat.’(Al-Fatihah ayat 1-7)
-7 Mac 2009-
Sebenarnya dari segi masa, tak terasa pack la..agak santai dengan masa..pagi ni start agak lewat..mungkin tak lewat sebenarnya..pagi tu wat satu senaman yang mie suka..hehe..’Demi Matahari’..bila nyanyi nasyid nie teringat 1001 kenangan samada di TOT GPTD atau Prog Khidmat Masyarakat Pelabuhan Klang..dan sekarang tambah lagi satu..KBM..dan diteruskan dengan slot ‘Lafaz Yang Tersimpan’..menggilap perasaan kasih sayang terhadap ibu bapa..di akhir slot kami dibagi satu kad untuk meluahkan segala isi hati pada kedua ibu bapa yang selama ini sukar nak ucapkan..kat mak..kat ayah..payah nak lafazkan dengan kata-kata..dan kad tu dikutip..ajk-ajk KBM akan mengepost ke rumah masing-masing..tak siapa dapat jamin mungkin kad itulah kata-kata terakhir dari kita..tak siapa leh jamin..
Hidup bukan pertandingan..tak kira siapa menang..siapa kalah..hidup ini suatu ujian..mencari siapa yang baik asalkan dia tidak berputus asa..
‘Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebajikan sebagai cubaan yang sebenar-benarnya. Dan hanyalah kepada Kami, kau dikembalikan’.(Al-Anbiya’ ayat 35)
'Allah tidak megubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada siapapun yang dapat menolong mereka selai daripadaNya.’
Alhamdulillah..program ni berjalan lancar..dan keberkesanan program sebenarnya dengan bantuan video-video yang pelbagai..yang juga membantu menimbulkan perasaan keinsafan..tapi hakikatnya dengan pertolongan Allah yang mengizinkan..dan semoga keinsafan itu membawa kesedaran kepada para peserta..kesedaran bahawa bila-bila masa je kita akan sampai ke destinasi yang Allah telah janjikan..hablun minal Allah..hablun minan nas..hubungan dengan Allah..hubungan dengan manusia..jika perut terasa lapar..hati..rohani..juga lapar dan dahaga..semoga kita istiqomah dan berubah kearah lebih baik..mohonlah padaNya..yang sentiasa rindu pada suara kita..Dia yang Satu..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..wallahu’alam..
'...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir.'
(Surah Yusuf,ayat 12)
'Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan.'(Surah Al-Insyirah,ayat 5)
No comments:
Post a Comment