Wednesday, June 13, 2012

-TaNPa RaSa-

Assalamualaikum wrt
Salam sejahtera! Salam aurora! Salam mujahadah!

Hari ini biar puisi berbicara, mungkin ini rasa diri sendiri, mungkin jua untuk diabdikan pada yang sedang melalui! ^_^



Sukar dimengerti rasa ini,
Ada ketika biar agar dibenci,
Supaya dapat dilupai,
Ada waktu ingin terus mengingati,
Kerana itu suatu yang indah,
Akhirnya, airmata jua yang membasahi.

Ku gagahi tersenyum buat semua,
Gelak ketawa menyatakan bahagia,
Biar hati sakit menyimpan rasa,
Memendam ujian yang seringkali aku gagal lalui,
Melangkah dengan kekuatan kepura-puraan,
Hanya itu yang mampu aku lakukan.

Kadang tertanya,
Tuhan kemudian menjawap.
Aku redha.
Tapi, tak berhenti lagi,
Bila teringatkan,
Aku menanya ulangkali,
Sedang Pencipta terus menyayangi.

Cukup sudah langkah ini,
Langkah mengelak dari rasa sendiri,
Langkah ini perlu berhenti,
Kerana aku tidak bisa lagi,
Menahan duka hati,
Biar saja masa mematikannya,
Jalan penyimpangan lain mungkin ada bahagia,
Yang aku impikan selamanya.

Izinkan aku pergi,
Tangis bakal berakhir,
Andai bukan dengan keringnya air mata,
Pasti berakhir dengan nafas terakhir.

Senyumlah walau terpaksa berpura,
Ketawalah walau tanpa suara,
Kerana aku masih mampu sujud memohon pada yang Esa,
Bukankah itu suatu nikmat sebelum tamatnya masa?



Wahai insan, sudah lah berduka, bukankah Allah telah berpesan,
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2:216). 

Lapangkan lah wahai sekeping hati, memohon meminta pada Nya. 

Yakinlah, Allah sangat mengetahui apa yang terbaek buat diri mu. Yakinlah, Dia sangat menyayangi diri mu. Keyakinan itu bukan hanya dengan kata-kata. Tapi, perlu pinta dengan mengadu pada Nya.


No comments: