Saturday, March 27, 2010

-SaTu CiNTa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!

Stop!..erk..ask urself..sihat kah ku hari nie? sihat kah fikiran ku hari nie? sihat kah hati ku hari nie? sihat kah iman ku hari nie?

Satu Cinta..pernah dengar? mie pun baru jumpa lagu nie..dendangan dari sebuah kumpulan nasyid Indonesia..tapi mie tak kenal..search pasal dorang pun tak jumpa apa-apa..huhu..tapi lagu nie best..maaf tak dapat nak upload..boleh search di youtube..atau dengarkan di facebook mie^_^..

Semoga ceria-ceria sentiasa dan bahagiakan hati mu..terimalah~


Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




Wednesday, March 24, 2010

Monday, March 15, 2010

-KiTa aDa ALLAH-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam aurora, salam perjuangan mahasiswa!

Baru dapat satu emel dari Kak Jazimah..pesanannya:

'Kita ada Allah..terus kuat ya!!!'


jazakillah kak!
semoga akak dan semua yang membaca nie pun terus kuat ye!^_^


Sunday, March 14, 2010

-KoNSeRT QG-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam aurora..salam perjuangan mahasiswa!

'mimie.. bakpe dop update ngan kaklin..waaa'..maaf la kak linn..dop teringat nok kabo..huhu..

Sempena penutupan Quranic Generation, semalam telah berlangsungnya Konsert Nasyid UNIC dan Hafiz Hamidun dengan penampilan persembahan dari Kumpulan Suffian..best-best..hehe..

Dari awal sampai habis konsert, mie ternanti-nanti bila la UNIC nak nyanyi lagu Langkah Tercipta nie..dan akhirnya, hehe..lagu penutup..semangat je mie nyanyi sebelah Shafa..nak nyanyi terang-terang mana buleh!suara perempuan yang dilunak-lunakkan itu aurat..jadi, buleh nyanyi sesama perempuan je^_^

Apa yang best dengan lagu nie? bestnyer lagu nie sampai mie pernah namakan post mie 'Langkah Tercipta'..norma kehidupan..tak terlepas di uji dengan pelbagai ujian..lagu nie seumpama dah sebati dengan diri..dah jadi halwa telinga saban hari..nak nangis je rasa semalam bila dengar lagu nie..huhu..sentimental betul~ hehe ;p

Bila dah berakhir..cam biasa la..nak autograph dan bergambar..tapi semalam..waaaa~..merajuk mie nga UNIC! dah la datang USMKK kali ke-empat dah..takkan nak tunggu untuk kali ke-lima baru dapat..waaa~

Memang betul-betul merajuk r nga dorang..haha..wat merana diri sendiri je..takde effect kat dorang pun ;p..memang mati-mati sampai habis dorang makan pun taknak ambik gambar nga dorang jugak..haha..last-last..ambik jugaklah gambar dengan salah seorang ahli group dorang and Hafiz Hamidun..kihkihkih..bertambah koleksi gambar bersama selebriti tanah air!^_^


Hafiz Hamidun memang sporting!


apa nama dia eh?hehe ;p


Wednesday, March 3, 2010

-MeNGaNGKaSa MaHaSiSWa-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera, salam aurora, salam mahasiswa, salam perjuangan!

Haaaa! Majlis ilmu datang lagi~

Nie bukan setakat pengantarabangsaan mahasiswa tapi kita terus mengangkasa mahasiswa..hoho~

Ceramah sempena Maulidur Rasul akan diadakan anjuran Pusat Islam pada :

Tarikh : 6 mac 2010 (sabtu)

Masa : selepas maghrib

Tempat : Surau murni

"Mengangkasa Mahasiswa"

Penceramah : Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim
(Pengarah UiTM Segamat)
-pakar peraukaunan
-penulis buku the best seller "Travelog Haji"
-penulis buku "Travelog Dakwah"
-penulis buku-buku motivasi


jom pakat g ramai-ramai!^_^



Tuesday, March 2, 2010

-MuKJiZaT MaLaM (aL-LaiL)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera.. salam aurora..salam mahasiswa..salam perjuangan!

Sebentar tadi..beberapa minit yang lalu..kecewa sekejap..suatu hari dulu, seorang sahabat pernah mengadu pada mie..dia cukup geram dengan seseorang nie sebab dah lakukan tugas yang sepatutnya dia yang buat..dan mie katakan padanya 'bagus la sebab dia dah permudahkan urusan nti..kenapa nak marah-marah pulak?alhamdulillah..dengan tue, nti mampu untuk tumpu pada urusan lain..kan Allah suka orang yang memudahkan urusan orang lain..'

Tadi..dush! now i know camne sahabat mie rasa..waaa~wat to do?wat to do?..terus tinggalkan hal tersebut..pergi mandi..solat dan ambik Quran..mula-mula nak sambung tempat yang berhenti sebelum nie..tapi ringan je tangan nie belek ke bahagian belakang..ada magnet kut..baca surah Al-Insyirah..ayat 5-6 sentiasa diperingatkan..muhasabah!muhasabah diri mizah!..adeh, susah betul..syaitan lari jauh-jauh please!

Dan hati nie tergerak untuk baca satu lagi surah..surah yang selalu juga yang kita baca..tapi malam nie surah nie telah menenangkan hati mie..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Demi malam apabila menutupi(cahaya siang) (#1)

demi siang apabila terang benderang, (#2)

demi penciptaan laki-laki dan perempuan, (#3)

sungguh, usahamu memang beraneka macam. (#4)

Maka barangsiapa memberikan(hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, (#5)

dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga), (#6)

maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan). (# 7)

Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), (#8)

serta mendustakan (pahala) yang terbaik, (#9)

maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran(kesengsaraan). (#10)

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila dia telah binasa. (#11)

Sesungguhnya Kamilah yang memberi petunjuk, (#12)

dan sesungguhnya milik Kamilah akhirat dan dunia itu. (#13)

Maka Aku memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala(#14)

Inilah mukjizat Al-Quran..magnetnya akan sentiasa menarik sesiapa sahaja..kembalilah padanya, bukan dalam keadaan kesusahan sahaja, tetapi juga dalam kesenangan..kerana sesungguhnya kesenangan itu lebih sukar dari kesukaran..

p/s: tadi try wat dalam arabic text..tak jadi plak..kena banyak berusaha lagi!


Sunday, February 28, 2010

-NoTHiNG-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera..salam aurora..salam mahasiswa..salam perjuangan!

Mie buka blog..mie mahu menulis..mie cuba upload gambar..hari nie dah ulangbulan jadi MPP..mie nak bercerita apa dah dilalui..tapi..blogspot wat hal! terus malas nak menulis..mie geram kat blogspot je..enggak apa-apa, maybe dorang tengah upgrade something kut sebab tue ada gangguan..tapi mie tetap sayang korang..jaga diri bebaik..lain kali la sambung pulak..

^_^


Monday, February 15, 2010

-Dia YaNG CoMeY-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt..
Salam aurora..salam suara mahasiswa..salam perjuangan!

Ini blog mie..
Jarang sekali post mie membicarakan berkenaan isu semasa samada dalam negara mahupun luar negara..memang mie cuba elakkan..mie lebih senang berbicara hal-hal isu semasa dalam yahoo-yahoo group..bukan je kita dapat memaklumkan pada orang lain..malah buleh berlaku two ways communication..kita dapat lihat pandangan orang lain terhadap apa-apa yang berlaku..

Tapi..

Mood keceriaan mie pada pagi nie terganggu dengan satu berita di utusan online hari ini..

Jangan Buang Bayi Luar Nikah
(klik tajuk untuk details)

'KUALA LUMPUR 14 Feb. - Wanita yang terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah diminta segera mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa sebarang tindakan akan dikenakan ke atas mereka.'
'Janganlah buat perkara-perkara yang kejam, jika tidak mahu memelihara anak itu dan berasa malu untuk tampil ke pihak berkuasa sekurang-kurangnya letakkan anak itu di tempat yang selamat',katanya'

Jangan buang bayi???selesai ke masalah kalu bantu camnie???

Benar..kes buang bayi semakin hari semakin bertambah..malah semakin kejam! Siapa sanggup buang baby yang secomey ini??

Bayi yang langsung tak punya sebarang dosa! suci,bersih! tak bersalah langsung! bukan salah bayi yang dilahirkan, salah ibu yang mengandung! Mengapa baby itu yang harus dihukum??T-T

Statistik Anak Luar Nikah Di Malaysia
27 November 2009
(klik tajuk untuk details)

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapt lebih 257 000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2 500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Siapakah yang harus dipersalahkan??

Tajuk akhbar New Sunday Times pada 7 February 2010 yang lalu- NGO Set up Baby Hatch

'The prposal to set up a baby hatch by an oragnisation called OrphanCARE at its premises here - for people to drop off their unwanted babies'.

Amat menyedihkan..presidennya adalah Datuk Adnan Mohd Tahir


Selesai ke masalah kalu bantu camtue??

Friday January, 2010

Bare Your Love This Valentine's Day, female students urged

SHAH ALAM : Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine's Day as an expression of true love for their boyfriends.

The "no panties promotion" being held for the first time has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the "promotion".

"I feel it is personal,"said Ummi with a smile.

"Valentine's Day is a good time to express one's love. And, what we use or don't use is our right, our freedom. But we will do what is right. It's a new world now."

Ya, new world!..dunia baru yang sedang menanti masa untuk berakhir..dunia baru yang lebih jahilliyah berbanding zaman jahiliyyah dulu..new world!

Inikah masyarakat yang kita mahukan? beginikah keadaan negara yang kita mahukan? sebatang pohon yang buruk, tidak bermanfaat, jika dibuang semua daun yang rosak, pasti daun-daun yang baru akan tumbuh kembali..tapi, jika dicantas dan dibuang akarnya, pasti habis musnah dan mati pohon tersebut..

Puncanya..

Zina..

' Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk' (al-israa' ayat 32)

Guys..hentikanlah bercouple..hentikanlah..Allah telah menegaskan..zina bermula dari perbuatan mendekati zina..couple..berdua-duaan..korang maybe rasa,'aku tak mungkin buat kerja tak senonoh tue, tak mungkin, gila ke apa??! takkan r aku nak wat camtue..tolong r..aku pun ada maruah gak la..aku tak bodoh la weyh! aku kapel je, tak buatnyer bende cam gitu!'

Try korang wat temuramah kat orang-orang yang pernah berzina tue..korang g tanya dorang..suatu masa, sebelum dorang wat perbuatan terkutuk tue, dorang pun pernah meluahkan perkataan cam gitu tak..cam korang kata tulah..then, tup-tup..baby nie jugak yang jadi mangsa..

Korang sanggup? bayi secomel nie korang nak bakar? korang buleh jamin ke korang takkan buat perkara tak berakal cam tue? jangan sombong..jangan berlagak kawan ku..sesungguhnya syaitan itu bijak..syaitan yang pernah bersumpah nak bawak anak-anak Nabi Adam bersama-sama dengan mereka ke neraka..kalu kita mahukan sesuatu, kita pun kan berusaha sungguh-sungguh..sama lah cam syaitan..plus setan nie lagi banyak makan macam-macam jenis garam dah..apa jaminan korang yang berkapel buleh elak semua tu? iman? kalu iman korang kuat, korang tak berkapel dah..jadi apa jaminan korang yang korang takkan terlibat dengan zina? apa jaminan korang???!

Kalu korang tak kesah baby-baby nie kena buang, kena bakar, kena wat macam-macam perkara yang buruk..korang kesahkanlah diri korang yang akan diheret ke neraka..diri mie sendiri belum tentu mampu ke syurga..tapi, apa yang telah terang, jelas dan nyata berdosa dan salah..janganlah kita buat..kembalilah pada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun..kembalilah padaNya..sesungguhnya Dia sedang menanti titis-titis air mata kita..


Monday, February 8, 2010

-KiTa KeNa JaDi CaM aNGSa?-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam mahasiswa..salam perubahan..salam perjuangan!


Kicauan burung di pagi hari memenangkan..seolah-olah menyanyikan lagu puji-pujian..keindahan alam suatu keunikan..misteri yang sentiasa tersimpan 1001 kerahsiaan..

Pernah tengok tak burung-burung berterbangan? mungkin suatu masa lain kali kita perlu perhatikan..rupanya ada juga sesuatu yang berharga..seperti kisah Habil dan Qabil..

Ok..back to the story..apa kaitan plak dah dengan burung-burung nie?apa nya yang dorang wat?
Sedar atau tak sedar..jika kita perhatikan, terutamanya dalam musim perpindahan burung-burung dari satu kawasan ke satu kawasan, burung-burung terutamanya angsa(swan) nie bergerak dalam satu bentuk atau shape yang sangat unik..kenapakah begitu?


V SHAPE

Yup..angsa terbang berhijrah dalam formasi huruf V..angsa nie pernah belajar ke tue huruf V?hehe..so must be reason why dorang wat camtue..meh kita kaji apa yang menariknya~

First, mengurangkan rintangan angin..kita pun ada belajar dah kan..malah,bila ada angsa yang terkeluar daripada formasi V nie, angsa tue akan merasai kesukaran dan rintangan terbang sendirian, jadi dengan cepat-cepat, ye kan terbang masuk semula ke dalam formasi tue..

Second, setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang dibelakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk V nie, angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72% lebih tinggi daripada terbang sendirian.

Third, fuhh, penat weyh berjalan jauh,opps mengepak jauh,huhu..jadi, angsa-angsa kat bahagian belakang akan berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa kat bahagian depan tuk bagi semangat supaya kelajuan dorang terbang dapat dikekalkan..chayok!chayok! u can do it!lebih kurang camtue la,tapi dalam bahasa angsa la,hehe^_^..

4th, bila angsa di depan berasa penat, ia akan undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah dan angsa yang lain pula secara otomatik akan mengambil alih tempat angsa tersebut bagi mengetuai penerbangan.

Lagi, yang menarik, bila ada angsa yang sakit atau ditembak, dua ekor angsa keluar dari formasi dan ikut angsa yang jatuh bagi melindungi dan beri bantuan. Dorang kan tunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula ataupun dipastikan sudah mati, baru dorang kan terbang semula dan masuk balik dalam formasi..

Menarik kan!Maha suci Allah yang menciptakan seluruh alam!subhanaAllah!

We Need Each Other


Indahnya hidup ini..dalam destinasi kita menuju perjalanan dunia yang penuh dengan cabaran dengan diri yang serba dhaif dan jahil, indahnya jika kita punya teman yang sama-sama bermusafir dalam perjalanan nie..seperti sekawan angsa tersebut..

Bagaimana sukarnya angsa tersebut hidup keseorangan, begitu lah kita..mie sendiri adalah lone ranger..suatu ketika dulu..suatu ketika dulu yang dulu..(sekarang waktu tengah menulis nie, lagu You Are Not Alone by MJ sedang berkumandang,owh,sungguh kebetulan!)..tiada siapa yang mahukan hidup keseorangan..jika seorang manusia yang kehilangan fungsi akalnya, juga mencari teman seperti kucing dan sebagainya..ini kan lagi kita..siapa yang tak rasa mahukan kawan..kerana ianya adalah fitrah..fitrah kita mencari geng-geng kita..

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

Nah! memang fitrah kita seperti itu..perasaan untuk hidup bersama teman-teman pasti ada..bezanya hanya kita zahirkannya atau tak..orang seperti mie yang sentiasa memendam rasa dan segala macam masalah, tambah dengan ego diri, menjadikan fitrah tersebut disembunyikan..

"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yag lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum: 30)

Sehingga suatu ketika..kemanisannya mie rasai..kita memang saling memerlukan satu sama lain..dinasihati dan menasihati..diteguri dan meneguri..bukan kerana kita ingin meluahkan rasa-rasa tersebut..biarlah ianya terus tersemat dalam hati dan diri,cewah! ;p..tetapi untuk bersama-sama menyusuri perjalanan ini..

Matlamat lebih mudah dicapai dengan berkumpulan atau berjemaah..kehadiran teman-teman akan membantu kita dan sebaliknya seperti angsa yang form V shape untuk memudahkan penerbangan dan saling memerlukan..

Kita golongan yang lemah, ada kelebihan dan kelemahan, kekurangan..kita perlukan satu sama lain untuk saling melengkapi..kekadang perjalanan yang kita lalui tersalah arah..tersesat..putus asa..kehadiran teman-teman inilah yang akan mengingatkan kita, memberi semangat, motivasi dan sokongan seperti angsa yang menguak mengingatkan temannya..

Itu adalah angsa..

Kita adalah manusia..

Yang punya fitrah..

Yang menuju satu perjalanan yang kita belum pasti..

Bagaimana destinasinya..

Bagaimana kesudahannya..

Alangkah indahnya jika punya teman yang bukan sekadar bersama gelak tawa..yang bukan sahaja ada ketika mana kita sedih dan menasihati..tetapi yang menyatakan pada kita..yang menyampaikan pada kita..ayat-ayat Allah! ayat-ayat agung Allah! mukjizat..buat umat Nabi Muhammad s.a.w..

Jika orang kata nak mencari kawan ketika suka begitu mudah dan payah untuk mencari kawan ketika duka..mie katakan kedua-duanya sangat-sangat senang!

Kerana yang sukar adalah..

Sahabat yang mengingatkan kita..

Pada keindahan kalimah-kalimah Allah..

Yang mahu sama-sama memimpin..

Ke syurga yang hakiki..

Sahabat yang mengingatkan kita..

Pada kegerunan azab-azab Allah..

Yang mahu menjauhkan kita..

Dari neraka yang juga hakiki..

Bila waktu telah memanggil..

Teman sejati tinggallah amal..

Bila waktu telah terhenti..

Teman sejati tinggallah sepi..

Itu pilihan kita..sebelum waktu berakhir..teman sejati yang membawa kepada amal atau teman sejati yang menyebabkan kita sepi..
........



p/s:buat sahabat-sahabat mie, walau dimana jua anda berada, sesungguhnya daku menyayangi kalian, dan sesungguhnya Allah lebih menyayangi dan sentiasa bersama-sama kalian..doa ku akan sentiasa mengiringi..


Saturday, February 6, 2010

-KeKuRaNGaN DiRi-

Tuhan,

Janganlah ibadah kami merosakkan kami,

Begitu juga janganlah kebaikan kami,

kami durhaka pada Mu.

Ya Allah,

Jadikanlah kekurangan kami menyelamatkan kami,

kelemahan kami,

kami merendah diri dengan Mu,

Dan itulah yang menjadikan Engkau cintakan kami.

Ya Allah,

Jadikan seluruh kebaikan kami untuk keredhaan Mu,

bukan hendakkan syurga Mu.