Wednesday, January 7, 2009

-HaKiKaT DiRi-

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..Salam kesedaran..Salam cakna..Salam aurora..


Apa khabar iman sahabat-sahabat ku sekalian?..Kenyangkah makanannya? Cukupkah pakaiannya? dan apa pula khabar iman mie sekarang? anda tahu?...

Palestin...rasa-rasanya sahabat-sahabat mie di sini semuanya cakna akan isu palestin..insyaAllah..tapi..sedar atau tak..pernahkah kita bertanya pada diri kita..apa sebenarnya mereka..sahabat-sahabat kita di sana mahukan dari kita..pernah tak kita tanya pada diri kita..apa yang kita boleh lakukan untuk mereka selain doa..selain cakna akan isu mereka..selain memforward pelbagai jenis bentuk massage tentang perkembangan isu mereka..apa sebenarnya mereka harapkan dari kita...

Mereka..sahabat-sahabat kita yang sanggup menggadai nyawa..semata-mata kerana Islam..taknak yahudi dan sekutunya mencemarkan Islam..menjatuhkan Islam..hanya kerana Islam!
Kita..yang mengaku beragama Islam..yang mengaku mendukung agama Islam..yang mengaku pejuang Islam..tapi apa sebenarnya kita dah lakukan untuk Islam??..mie malu dengan diri mie...
Alasan demi alasan diberikan..persoalan demi persoalan diutarakan..tapi dimana komitmen kita?



Cuba kita renung kata-kata ini..bila difikir sekali mungkin hanya rekaan semata-mata..tapi guna lah pintu hati kita untuk fikirkan beberapa kali..mie dapat massage ni dalam ym dan mie tak ingat kesemuanya tapi bunyinya lebih kurang camni..'seorang wakil Malaysia telah ke Palestin untuk berjumpa dengan pemimpin Palestin untuk menanyakan apa yang boleh rakyat Malaysia lakukan untuk menolong rakyat-rakyat Palestin..apa bentuk sumbangan dan bantuan yang Palestin mahukan'..dan apa yang mereka perkatakan..'pulanglah ke tanah airmu..kami tidak mahukan apa-apa bantuan dari kamu..pulanglah..kami cuma harapkan suatu perkara dari kamu'..sahabat-sahabatku..rasa-rasanya apa yang diharapkan oleh mereka?doa?mereka sudah tahu..kita akan sentiasa berdoa untuk mereka..duit?mereka sedang memperjuangkan Islam..dah takda nilainya duit dalam diri mereka..sahabat..mereka nak kita didik anak-anak kita(memang kita belum ada anak..jadi, adik-beradik..rakan-rakan kita..diri kita) jadi soleh solehah..mendalami ilmu-ilmu..jadi orang hebat-hebat..sebab kuasa mampu mengubah segala-galanya..insyaAllah..mereka nak kita jaga negara kita dari musuh-musuh Islam..mereka nak kita jadi pembela Islam!dalam negara kita!dalam kampus kita!itu hakikatnya!tapi apa dah kita lakukan??cukup ke??cukup ke kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan nyawa mereka untuk Islam??apa sebenarnya kita dah lakukan untuk Islam sedangkan apabila diminta untuk lakukan sesuatu perkara untuk Islam kita hanya beralasan??..semoga usaha-usaha sekecil-kecil nanoparticles yang kita lakukan diambil kira disisi Allah..amin..mie malu dengan diri mie...

Alhamdulillah..setiap dari kita dikurniakan kelebihan dan kelemahan oleh Allah..tapi pernah tak kita fikirkan apa yang dah kita sumbangkan untuk Islam dengan kelebihan yang Allah kurniakan..kita terlalu sombong!kelebihan yang kita ada..yang Allah kurniakan..kita bagi berjuta-juta alasan kerana adanya kelemahan yang juga Allah kurniakan..kuat daya ingatan, proaktif, kreatif, pandai berkata-kata, mampu buat gerak kerja, mampu siapkan tugasan on time dan lain-lain..kita terlalu sombong!dengan memberi alasan..penatlaa..takda masa..ish,tak berani la..alaa,malu r..banyak kerja ni..ana tak pandai nak wat..mana ada duit..ana nak bersama-sama dengan famili..ni kan cuti,so kita cuti r,wat apa susah-susah..alaa,kan orang lain ada..mie malu dengan diri mie...

Mie dah tak tahu nak tulis apa..mie terlalu malu dengan diri mie sendiri..pendek kata..takda langsung sumbangan mie untuk Islam!mie sangat-sangat malu dengan sahabat-sahabat mie di Palestin..bagaimana mie boleh katakan mie concern dengan nasib meraka sedangkan mie tak lakukan apa-apa pun untuk Islam!..mie malu dengan diri mie sendiri..Allah sedang menguji sahabat-sahabat kita di Palestin..dan jangan ingat kita tak di uji dengan apa yang terjadi di Palestin..

7/1/2009:MENYAYAT HATI...
Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala
ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :

"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)
Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. " (Surah al Isra' : Ayat 1)
Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)
Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.ALlahu..ALlah...
-BaNGuNLaH WaHai PaHLaWaN iSLaM!-
Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British.
Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera..
-MeReKa SauDaRa KiTa-
Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis? Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku?
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma dan memberi sumbangan.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.
5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu, OIC.
6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin.
8. Jika anda mengaku pejuang Islam..pertahankan dan lakukanlah kerja-kerja Islam yang menuntut sekuman pengorbanan dari anda..
Dan ALlah memandang kita sebagai muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya..Insya ALlah.
'Tidak akan sempurna iman seseorang itu
jika dia tidak mengasihi saudaranya
sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri'

No comments: