Salam perjuangan..salam aurora..

'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yg
menyeru kepada kebajikan,
menyuruh berbuat yang makruf,
dan mencegah dari yang mungkar.
Dan mereka itulah orang-orang yg beruntung.'
(surah Ali-Imran ayat 104)
--KeindahaN AlaM PencetuS InspirasI--KedamaiaN AlaM MencetuS KesyukuraN HatI--KetenangaN AlaM TercetuS SemangaT InsanI--KehijauaN AurorA MelambangkaN DirI--

'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yg
menyeru kepada kebajikan,
menyuruh berbuat yang makruf,
dan mencegah dari yang mungkar.
Dan mereka itulah orang-orang yg beruntung.'
(surah Ali-Imran ayat 104)
TARIKH : 10 Mac 2009 (Selasa)
MASA : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
TEMPAT : Dewan Utama
TAJUK : ‘Apa Erti Saya Mencintai Rasulullah?’
PENCERAMAH : Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS)
TARIKH : 13 Mac 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.00 malam hingga 11.30 malam
TEMPAT : Dewan Nurani
AHLI PANEL : Prof. Zabidi Azhar Husin
Ustaz Fadhli Shaari
Dr. Zaharah Sulaiman
MODERATOR : Dr. Irfan Mohamad
(3) GOTONG-ROYONG
dan
TARIKH : 14 Mac 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
TEMPAT : Masjid Kampus Kesihatan USM
(4) MINGGU MEMBUGAR AS-SUNNAH

Jangan biarkan, titik hitam itu,
Bertapak di hati..

inilah hadiahnya!cantik tak?
kok mewakili..inilah detiknya!
hanya untuk omi tercinta..
ya Allah..
andai kami hadiahkan selautan emas untuknya..
andai kami hadiahkan segunung permata kepadanya..
pasti belum cukup membalas segala jasanya..
Tanggal 22-25 Januari 2009 terukirnya suatu kenangan, pengalaman, pengajaran yang takkan bisa ku dapat lupakannya..sebelum, semasa dan selepas meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri yang serba kurang ini..waaah!mie dah lama nak tulis cerita pasal pengalaman ni..tapi tak tau nak mula dari mana!dah seminggu berlalu..tapi no idea jugak nak start dari mana..adeh~
Kali pertama dalam sejarah hidup ini,diberi tanggungjawab untuk memegang suatu amanah yang cukup besar di kala tahun pertama di usmkk(3 jawatan dalam satu program!kije gile!huhu)..banyak kali tumbang..beribu kali tewas..berjuta kali tumpas..teringat suatu ketika dulu ketika awal-awal menjadi warga kampus usmkk..pernah mie postkan satu emel di suatu yahoogroups..mencari-cari jawapan kepada suatu pencarian..dan kini mie sangat syukuri..sangat-sangat bersyukur..kerna mie menemuinya..dan mie berharap sahabat-sahabat mie juga akan merasainya..bukan hanya madu yang manis..bukan hanya hempedu yang pahit..banyak yang mie pelajari..
Apa lah aku bebelkan nie..huhu..22-25 Januari, tarikh ekspedisi program khidmat masyarakat pelabuhan klang, selangor..program yang berorientasikan kesihatan dan dakwah..memandangkan program nie suatu program yang besar..jadi memang menuntut pengorbanan yang besar..bajet program pun besar!haha!macam-macam kije gile yang dilakukan untuk cari bajet program!
aPa YaNG MeNaRiK??
Ketika penat memerah otak di suatu malam di surau murni sambil lepak-lepak..muncullah suatu idea..entah dari siapa(kerana faktor-faktor cuaca yang tak menentu,nama tersebut tak dapat disiarkan,harap maaf)..nak wat jualan!untuk cari dana..fokus-makanan..sebab time tu ada mpi(minggu penghayatan islam)..jadi bermulalah ekspedisi menerjah ke setiap program yang berlangsung sepanjang mpi..kite redah je! as the result..cendawan hailam goreng and kopi susu kambing!yup!ini bukan main-main..dan alhamdulillah keuntungan yang diperoleh sedikit sebanyak membantu menjayakan program khidmat masyarakat ni..macam-macamlah insiden-insiden yang ditempuh sepanjang cari dana ni..takda gambar yang dapat dirakamkan..sekadar memori terimbau dalam kenangan..pada mulanya hanya 3 orang yang bertungkus-lumus dengan tepung, cendawan di dapur..dan kemudian..alhamdulillah..ramai yang membantu..thanzs to all!Sedih jugak rasa sebab tak dapat nak upload gambar wallpaper jualan cendawan hailam goreng dan kopi susu kambing(pendrive hilang,huhu)..takpelah..nanti kalu ada terjumpa,mie upload..sebab sangat menarik wallpaper tu..haha~
Dan selain dari jualan tu, kitaorang edarkan tabung khidmat masyarakat..dan alhamdulillah..hasilnya cukup lumayan..oppss..hehe..tak..sebenarnya hasil jualan dan tabung tersebut 100% digunakan untuk membeli hamper-hamper, barang-barang pertandingan yang juga dihadiahkan kepada peserta-peserta masyarakat disana, hadiah cabutan untuk masyarakat di sana..untuk dana program..duit-duit tersebut langsung tak disentuh..insyaAllah..ada 3 insiden yang menarik sepanjang pengedaran tabung tersebut..first..masa kali pertama diedarkan..time tu..ceramah isu palestin semasa mpi..tanpa diduga..tabung tu hilang!ya Allah..sabar jelah..jumpa-jumpa tabung..duit kat dalam tu dah takda!adeh!kalu dimasukkan dalam tabung palestin takpelah..tapi kalu dimasukkan dalam poket,tiada maaf bagimu!huhu~
Insiden kedua..time bengkel kepimpinan Dato' Dr Fadhilah Kamsah..berbelah bagi samada nak g mintak nga dato' or tak..akhirnya, dengan meminta izin dan pendapat beberapa orang senior, beranikan jugak diri g mintak sedikit sumbangan dari dato'..tapi..hanya tuhan je tahu perasaan masa tu..redah je!..jutaan terima kasih dato' atas sumbangan yang diberikan..insiden ketiga lak..hehe..manis sangat..masa konsert MANIS(malam anuerah inspirasi seni)..salah satu program mpi..dan apa yang lebih manis..RAIHAN!wah!genap 10 tahun meminati group nasyid ni!akhirnya dapat jugak bersua muka!ku tak pernah curang padamu!ahakz!..gambar kat atas tu..diambil melepasi waktu 12 tengah malam..huhu..lama tunggu raihan keluar dari bilik vip sebab nak mintak sedikit sumbangan dari pihak raihan untuk program nie..dan alhamdulillah..che am mewakili raihan menyumbangkan 10 cd terbaru raihan..dan cd-cd ini telah kami hadiahkan kepada pihak balai islam pulau ketam untuk dihadiahkan pada saudara-saudara baru di pulau tersebut..jutaan terima kasih jugak diucapkan pada Raihan yang memberi sumbangan yang cukup berharga ini..dan berjuta-juta terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah memberi sumbangan samada secara langsung atau tidak untuk menjayakan program ini..Allah akan menilai setiap nano kebaikan kalian..insyaAllah..
Pelbagai cubaan..berbagai-bagai ujian..beraneka dugaan..ditempuh..diterjah..diredah..sepanjang merealisasikan tanggal 22-25 Januari ni..dan memang tak dapat nak nafikan..begitu banyak yang dipelajari..sahabat-sahabatku..kalian cukup mengerti..maaf atas segala-galanya dan jazakumullah atas segala-galanya..beberapa kali mata ini merembeskan sejenis cecair yang terkenal dengan panggilan air mata..tapi kalian..cukup memahami..kerana kurangnya ilmu..kerana kurangnya pengalaman..masalah yang tak patutnya timbul,bercambah bagaikan cendawan..
Redah Pun Kena Tengok Kiri Kanan Jugak,
Salah Redah, Mati Katak!


7/1/2009:MENYAYAT HATI... 