Assalamualaikumwarahmatullah..
Salam aurora..salam imtihan..salam perjuangan..
Ranjau kehidupan..tersimpan seribu satu yang tersirat..tersemat rahsia..tak dapat diduga..tak dapat dijangka..
Tiada siapa yang tidak mahukan kejayaan..tiada siapa yang memohon kegagalan..walau siapa pun..walau dimana pun..yang baik inginkan kejayaan dalam kebaikannya..yang jahat..tidak putus mengharapkan rancangan kejahatannya berjaya..pokoknya..kejayaan suatu impian yang sangat diidam-idamkan..
(al-Baqarah ayat 195)
Tahniah!..yeah!..dua orang memegang segulung ijazah..dua-dua berjaya..tapi rasanya berbeza..ada yang melompat-lompat kegirangan..ada yang bersorak-sorak..ada yang tersengih-sengih..ada yang bersahaja..bukan bererti yang bersahaja itu kecewa..tetapi kerana dia sudah biasa dengan kejayaan bukan suatu yang membanggakan baginya..berbeza dengan yang melompat-lompat kerana belum merasai kejayaan sebegitu..
Itulah kita..destinasi yang ingin dituju sama..tapi jalannya berbeza..andai jalannya sama sekali pun..halangannya tetap berbeza..kita punya kekuatan tersendiri..kita ada kelebihan masing-masing..kelemahan masing-masing..samada nilai kejayaan..mahupun nilai kegagalan..tetap berbeza..kita mungkin sama..tapi kita tak serupa..kerana itulah kita yang diciptakan..telah ditakdir perjalanan ini..
Mengapa perlu untuk kita menilai..kerana kadang-kala kita terasa tidak wajar bagi kita..tenanglah hati..ingatkan diri..kita punya identiti sendiri..jadilah seorang yang memahami..jadilah seorang yang menyapu kesakitan orang lain dengan senyuman..jadilah seorang yang bergembira kerana gembiranya mereka..yang menyokong..bukan yang mempersoalkan..yang membimbing..bukan yang merimaskan..kerana mereka sangat memerlukan..untuk difahami..bukan untuk ditangisi..
(az-Zumar ayat 39)
Peringatan buat diriku..yang dambakan kekuatan berpanjangan dariNya..yang mahukan sokongan dari mereka..

walau jalan itu sukar,
walau keputusan itu berat,
walau highway sentiasa lurus,
walau langit sentiasa cerah,
walau apapun keadaan senang atau sukar yang dilalui,
aku hanya inginkan yang terbaik buat diriku,
dan hanya Dia yang Maha Mengetahui'
-mimie.mizah@aurora-








